Wednesday, June 22, 2011

Yakin atau tak yakin?

Ini cerita dari ustazah yang mengajar pasal umrah dan haji.
Kawan ustazah nak pergi buat umrah dan tarikh datang period pun sama dengan waktu yang nak buat umrah tu.Jadi kawan ustazah mintak nasihat macamana supaya period tak datang waktu disana.
Ustazah pun bagi petua supaya baca surah Yasin ayat 38 & surah Hud ayat 44 --> baca sini
ustazah suruh baca dengan syarat YAKIN SEYAKINNYA yang Allah akan tahan period untuk datang.

Alkisahnya kawan ustazah pun pergi menunaikan umrah dan sekembalinya dari Tanah Suci dia menceritakan pada ustazah yang waktu disana period datang.Ustazah tanya ada baca 2 surah yang diajar tak? Dia jawab baca tapi ada sedikit perasaan ragu period akan datang.

Naaaahhh terbukti bahawa dia tak yakin dengan ayat-ayat itu dan yang paling penting dia tak yakin yang Allah dapat stopkan period itu.

Kesimpulannya ialah apa-apa saja yang kita buat harus ada YAKIN. YAKIN itu adalah IMAN.
Bila yakin semuanya pasti terjadi.

InsyaAllah ya,bagi jemaah yang masih ada keraguan tentang hal ini,buangkan segala perasaan itu..baca ayat-ayat di atas letakkan seluruh keyakinan pada Allah dan jangan makan ubat doktor.

Yakin saja pada Allah :)

3 comments:

  1. salam..surah ni nk dibace selepas solat 5waktu ke?

    ReplyDelete
  2. wslm.
    ya bacalah lepas solat 5 waktu dan juga semasa solat taubat dan hajat.
    supaya Allah atur yang terbaik untuk kita tentang period ni. :)

    ReplyDelete
  3. macam mana nak normal kan kembali, mean after selesai umah or dia automatic normal..
    yelar biasa kalo ada doa stop mesti kena on kan balik..

    ReplyDelete