Wednesday, December 20, 2017

STOCK UPDATE : MINI TELEKUNG LENGAN & JUBAH MAXI

Assalamualaikum

Stok untuk Mini Telekung Lengan dan Jubah Maxi sudah masuk.

Mini Telekung Lengan warna hitam dan putih


Material : Lycra High Quality
Saiz : Free Saiz
Warna available : Hitam & Putih
Harga : RM89 sehelai

Berminat atau ada pertanyaan boleh whatsapp terus di sini : 

JUBAH MAXI



Material : Valentro
Cutting A shape
Zip di hadapan 

Warna available : Putih dan Hitam

Saiz : S, M, L, XL, 2XL dan 3XL
Harga : RM139


Thursday, December 14, 2017

CARA AMBIL WUDUK DENGAN BOTOL SPRAY




Cara ambil wuduk guna spray dengan syarat2 tertentu..demo dari petugas Haji Ustaz Syed Shahridzan

credit vid : Siakap Keli

Wednesday, November 29, 2017

STOCK UPDATE : INNER TELEKUNG

Assalamualaikum, alhamdulillah stok yang ditunggu sudah masuk. Inner telekung ini antara top selling product Hawwa Firdaus.



Material : Lycra
Warna : Putih & Hitam sahaja
Harga : RM20 sehelai


Kalau yang berminat dengan material jersey stok ada warna hitam & putih juga.




Material : Jersey
Warna : Hitam
Harga : RM15 sehelai


boleh whatsapp www.wasap.my/60122560257 atau 

inbox di page Kelengkapan Haji & Umrah Hawwa Firdaus 

Terima Kasih :)



Thursday, November 16, 2017

Parcel received :)


Alhamdulillah parcel yang dipos ke Australia pada 9 November 2017 sudah selamat diterima oleh customer semalam, 15 November 2017. 
Hanya 7 hari saja untuk barang sampai menggunakan khidmat Pos Laju Malaysia. 

Kos pengeposan untuk parcel puan ini adalah RM218. Jadi untuk customer yang tinggal di luar negara nak order barang, kami akan timbang dulu berat parcel di pos laju baru kita akan bagi jumlah keseluruhan. 

Untuk puan dan keluarga, semoga segala urusan dipermudahkan dan kami doakan mendapat umrah yang mabrur. Amin :)



Friday, November 10, 2017

Order from Australia


Alhamdulillah pertama kali dapat order daripada Malaysian yang tinggal di Australia. 
Customer-customer yang biasa order dengan Hawwa Firdaus selalunya yang dari Brunei dan Singapura. Ini pertama kali yang kami pos ke Australia. Alhamdulillah semalam 9/11 sudah pos ke sana menggunakan perkhidmatan pos laju EMS Malaysia. 

Terima Kasih puan kerana membeli dengan Hawwa Firdaus. Semoga barang sampai dengan selamat dan nanti inform ya bila barang dah dapat. Kami menunggu perkhabaran !

Bagi yang tinggal di luar negara dan berminat untuk membeli barang-barang dengan kami, mudah saja. Untuk customer luar negara biasanya pembayaran menggunakan paypal. Tapi ada juga customer yang tinggal di Brunei buat pembayaran menggunakan bank transfer. 

Jadi jika ada pertanyaan boleh hubungi kami di whatsapp : 


Terima Kasih :)


Thursday, November 9, 2017

STOK UPDATE : TUDUNG IBADAH WARNA

Assalamualaikum 

Tudung Ibadah warna sesuai dipakai semasa mengerjakan umrah dan juga sebagai tudung harian.

Harga : RM39 sehelai
Material : Mosscrepe

Tudung ini adalah saiz L

Ukuran seperti berikut : -
  • Labuh depan dari dagu - 22"
  • Labuh depan dari kepala - 30 1/2" 
  • Labuh belakang - 34"
  • Saiz muka - 10"




stok warna yang tinggal untuk tudung ibadah warna. 




boleh whatsapp www.wasap.my/60122560257 atau 

inbox di page Kelengkapan Haji & Umrah Hawwa Firdaus 

Terima Kasih :)


Tuesday, November 7, 2017

UNCANG KASUT



Harga : RM12 sehelai

Warna yang available (bergantung pada stok )  : 

Orange, Dark Green, Blue Black, Royal Blue, Maroon, Baby Pink, Purple 

boleh whatsapp www.wasap.my/60122560257 atau 

Friday, October 20, 2017

BOTOL SPRAY WUDUK


Harga : RM8
240ml

Mudah untuk disimpan di dalam beg sandang. 

Thursday, October 19, 2017

SELUAR COTTON VISCOISE

Seluar Cotton Viscoise untuk dipakai di dalam jubah. 

Untuk perempuan ada renda di bahagian bawah. 

Material : Cotton

Poket berzip di kiri dan kanan

Saiz : S, M , L, XL , 2XL, 3XL

Harga : RM35 sehelai 


boleh whatsapp www.wasap.my/60122560257 atau 

ORDER CUSTOMERS



Terima kasih pada semua yang membeli. Semoga semua urusan dimudahkan oleh Allah S.W.T :)

Monday, October 16, 2017

MINI TELEKUNG GETAH


Ada yang berminat dengan mini telekung ini ? 
Stok ada untuk warna hitam dan putih. Warna putih ada lining kat dalam.


Material : Lycra
Free Saiz


Harga : RM79 sehelai (tidak termasuk postage )
Berminat atau sebarang pertanyaan boleh terus 

whatsapp www.wasap.my/60122560257 atau 

inbox di page Kelengkapan Haji & Umrah Hawwa Firdaus 


Terima Kasih :).

Saturday, October 14, 2017

NEW : SERKOP MAGIC


Material : Moss Crepe
Free Saiz

- sedap dipakai
- jahitan kemas

Harga : RM10 sehelai
(tidak termasuk postage)

Boleh whatsapp/sms : 0122560257

Bagi yang suka serkop jenis ini boleh dapatkan dalam 16 warna seperti di bawah : 


1. Dark Brown
2. Beige
3. Golden Brown
4. Purple Manggis
5. Maroon
6. Salmon Pink
7. Pale Pink
8. Dusty Pink
9. Black
10. Blue Black
11. Dark Grey
12. Light Grey
13. Dusty Grey
14. True Green
15. Cream
16. Offwhite

*pembelian borong minimum 20 helai ke atas

Terima Kasih :)

TIPS : PENAWAR BATUK DI TANAH SUCI


Perkongsian daripada Puan Hajjah Raihanah Abdullah tentang tips Penawar batu di Tanah Suci. Boleh baca di link ini ya :


INFO : KAD PRABAYAR ( SIMKAD )



Musim haji selesailah sudah... Alhamdulillah. Tidak berapa lama lagi tibalah pula musim umrah. Pastinya ramai di kalangan ahli keluarga kita, saudara mara, sahabat handai dan jiran tetangga yang akan pergi menunaikan ibadah umrah sebaik sahaja visa umrah dibuka pada bulan November nanti.
Sedikit tips atau perkongsian ilmu daripada saya buat bakal-bakal duyufurahman terutama bagi mereka yang baru pertama kali akan menjejakkan kaki ke bumi Haramain pada bulan November dan Disember ini.
Untuk makluman anda, kad prabayar sudah tidak dijual di kedai-kedai biasa, kaki-kaki lima hotel dan di setiap lobi-lobi hotel seperti dahulu. Jika ada pun yang dijual adalah kad untuk isian semula (top-up). Anda perlu membeli kad prabayar untuk telifon bimbit anda di kedai syarikat telekomunikasi atau kaunter-kaunter prabayar yang telah disediakan.
Kerajaan Saudi telah mengenakan syarat baru bagi jemaah-jemaah umrah yang hendak membeli kad prabayar.Imbasan cap jari telunjuk anda akan diambil dan anda juga perlu menunjukkan pasport beserta visa semasa anda ingin membeli kad prabayar tersebut.
Bagi jemaah umrah dari Malaysia, pasport anda biasanya akan dikumpulkan dan disimpan oleh mutawwif atau pihak hotel. Jadi, sebagai langkah alternatif agar anda tidak menghadapi masalah ketika mahu membeli kad prabayar, anda bolehlah membuat salinan (photostat) pasport dan visa anda kerana petugas tersebut tetap akan menerima salinan pasport dan visa anda itu. Pastikan pas pengenalan diri (gantung di leher) yang diberi oleh pihak travel anda pakai ketika itu.
Jika anda lewat terima visa anda dan tidak sempat untuk anda photostat, sebaik sahaja anda terima pasport anda daripada pihak travel di airport, segera ambil gambar bahagian depan pasport, bahagian bergambar pasport dan bahagian helaian yang ditampalkan visa anda. Insyaa-Allah dengan menunjukkan gambar dari telifon bimbit tersebut anda masih boleh membeli kad prabayar itu nanti.
Bagi anda yang pertama kali, tidak perlu risau tentang hal ini. Dapatkan khidmat nasihat dan tunjuk ajar daripada mutawwif/fah atau pembimbing yang bertugas. Insyaa-Allah mereka sentiasa bersedia membantu anda.
Anda boleh dapatkan kad prabayar ini di setiap lapangan terbang di Saudi kerana setiap lapangan terbang ada disediakan kaunter untuk pembelian. Manakala, jika anda berada di Madinah anda boleh dapatkan di bahagian pintu pagar 25 menghala dataran jam. Di deretan kedai sebelah kanan dari Masjidil Nabawi ada dua atau tiga kedai syarikat telekomunikasi.
Kadang-kala, bagi hotel yang agak terkenal pihak syarikat telekomunikasi ada menyediakan kaunter kad prabayar di bahagian sudut lobi. Di Mekah pula, anda boleh dapatkan di dalam bangunan Zam Zam Tower. Ada kaunter yang disediakan di tingkat 1 pusat membeli belah itu. Juga anda boleh dapatkan di lobi Dar Al Tauhid Intercontinental. Kadang-kala ada juga disediakan kaunter di sudut lobi sesetengah hotel di Mekah.
Harga pula bergantung kepada keperluan anda. Ada yang hanya untuk penggunaan telifon sahaja dalam lingkungan harga 20 hingga 30 riyal. Manakala, penggunaan telifon beserta internet biasanya 60 riyal ke atas.
Sumber : Backpack2Mecca
@notaumrahziarah

INFO : CAJ SAR 2000

Nota Umrah Ziarah:

عملائنا الكرام

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته ،


إشارة إلى ما وردنا من شركة سجل التقنية نفيدكم أنه سيتم تطبيق رسوم 2000 ريال لموسم 1439هـ على المعتمرين الذين سبق لهم دخول المملكة في موسم 1438هـ .

وهذا للعلم والإحاطه .


وشكراً


خدمات العملاء
باب العمرة

Berita dari Muassasah. Caj SAR 2000 bagi mereka yang pernah mengerjakan umrah pada musim 1438H.

Jemaah yang berangkat winter nanti, sila semak dengan TA visa anda untuk pengesahan

Bagi yang lambat berangkat lagi, boleh tunggu dah lihat dahulu. Harap ini hanyalah "gurauan" awal musim saja, sistem yang baru nak warming up 😁

Boleh semak juga disini. Ada jemaah di caj SAR 2000 melalui semakan

https://eservices.haj.gov.sa/eservices3/pages/VisaInquiry/SearchVisa.xhtml?dswid=-125

Terima Kasih 

Wednesday, October 11, 2017

KAIN EHRAM



100% benang kapas asli (cotton)
Saiz : 45 x 90'

Harga : RM69 ( tidak termasuk kos pos)

Tuesday, September 26, 2017

JUBAH SELUAR WANITA UNTUK UMRAH


Stok untuk Jubah seluar wanita warna putih sudah ada stok. 

Saiz yang ada dari S hinga 3XL.

Ciri-ciri

✓ dibuat daripada kain niagara peach
✓ kain selesa dan tidak panas,senang gosok, tidak mudah renyuk
✓ zip depan 
✓ ada poket di sebelah kanan baju dan seluar


Harga : RM140 ( tidak termasuk postage)

Jika berminat boleh terus inbox page atau whatsapp 0122560257.

Terima Kasih 


JUBAH LELAKI COTTON


Jubah Lelaki

Material - Cotton ( cotton lembut, sangat selesa, tidak panas)
Ada poket di kiri dan kanan
Saiz - S, M, L, XL dan 2XL

Harga : RM89 

Carta Ukuran 

Berminat dengan jubah ini boleh terus whatsapp 0122560257.

Terima Kasih :)

Sunday, September 17, 2017

JUBAH WUDUK



Material : Niagara Peach + Lycra
Ada Poket di hadapan
Zip di hadapan
Sangat mudah untuk mengambil wuduk
Saiz dari M - 3XL 
Warna - Hitam saja

Harga : RM149

Boleh lihat video di bawah, mudah kan untuk ambil wuduk :)



Wednesday, September 13, 2017

JUBAH MAXI



Stok yang ada seperti berikut "

Warna Putih - M, L, XL, 2XL, 3XL
Warna Hitam - L, XL, 2XL , 3XL

Material : Valentro
- Kain tidak panas, tidak mudah renyuk

Harga : RM139


Tuesday, September 5, 2017

SARUNG LENGAN RING


Stok warna yang ada : Hitam & Putih

Material : Lycra

Free Saiz - Stretchable 

Harga : RM16 sepasang

SERKOP AURAT ( tanpa getah di dahi)

Assalamulaikum.

Stok ada untuk 13 warna. ( limited stock)

Material : Moss Crepe
Free Saiz 

Harga : RM12 sehelai 
(tidak termasuk postage)

-tanpa getah maksudnya tak ada getah di dahi-






1. Dark Brown
2. Light Grey
3. Blue Black
4. Purple Manggis
5. Dusty Pink
6. Pink Pale
7. Salmon Pink
8. Dark Grey
9. Black
10. Golden Brown
11. Mustard
12. Offwhite
13. Cream


Monday, September 4, 2017

TUDUNG IBADAH WARNA

Assalamualaikum

Tudung Ibadah Warna stok sudah ada.

Material : Moss Crepe
Harga : RM39

Tudung ini adalah saiz L

Ukuran seperti berikut : -
  • Labuh depan dari dagu - 22"
  • Labuh depan dari kepala - 30 1/2" 
  • Labuh belakang - 34"
  • Saiz muka - 10"





Stok warna yang ada seperti di bawah 


Boleh whatsapp di no 0122560257

Terima Kasih :)


Wednesday, August 23, 2017

MINI TELEKUNG UNTUK UMRAH

Assalamualaikum semua.

Bagi yang  mencari mini telekung untuk dipakai semasa umrah pada bulan 10, 11 dan 12 nanti boleh lihat di bawah. Ada 4 jenis mini telekung yang boleh anda pilih :)
Harga seperti di dalam gambar.


1. Mini Telekung Lengan






2. Mini Telekung Getah





3. Mini Telekung Lycra ( Hitam saja ada)



4. Mini Telekung Cotton 

SARUNG BEG PVC - MUSIM HAJI -

Order sarung beg pvc daripada customer haji. Sebahagian gambar yang sempat disnap :)




Gambar 2 beg yang berlainan saiz dihantar oleh customer sebelum raya Aidilfitri untuk mintak pendapat saiz apa yang sesuai untuk beg-beg ini yang berukuran :
Beg yang tinggi itu saiz 31" dan yang rendah sikit tu saiz 27". 
Saya advice beg besar ambik saiz 30 dan yang kecik tu saiz 26".

Puan yang berkenaan membeli 1 unit saiz 30 untuk test dulu dan bila sampai alhamduillah muat pada beg yang besar ( saiz 31") . Pic pertama seperti di atas. Beg yang telah tersarung dengan sarung beg. 
Kalau tak salah daripada cerita puan tu yang mereka satu keluarga dapat pergi haji tahun ni. Alhamdulillah, anak2 yang masih sekolah juga dapat panggilan untuk menunaikan haji. :) 
Jadi hampir 10 unit sarung beg yang dibeli untuk semua beg yang akan dibawa.

Di bawah pula pic customer2 yang beli untuk diri sendiri dan pasangan atau untuk ayah/ibu. Banyak lagi pic yang tak sempat nak snap bercampur dengan barangan yang lain. 

Untuk musim umrah ada juga customer yang pakai semasa pergi umrah. Jadi bukan untuk musim haji saja. Bila pakai sarung beg, senang nak bezakan beg kita dengan orang lain. 

Bermula musim umrah 1438H harga jadi rm59 ya. (postage ikut tempat dan berat)

Saiz sarung beg ada 3 saiz 24, 26 dan 30. (saiz 28,30,32 ambik saiz 30)







Ada apa2 pertanya boleh terus whatsapp atau sms 0122560257. Jangan call ya. Whatsapp dan sms saja. terima kasih :)