Wednesday, July 27, 2011

ORDER-ORDER

Assalamualaikum.
Saya baru balik dari pos barang.Pagi tadi Sharina order 2 stoking wudhu dan 3 serkop lipat.





Ok.have a nice day semua..terima kasih ;))

Wednesday, July 20, 2011

KAD PRABAYAR/PREPAID

Assalamualaikum...
Malam ni late entry pulak..
ok skrang saya nak share tentang prepaid yang sangat berguna untuk para jemaah jemaah haji dan umrah.
Anda boleh beli prepaid ini dengan saya.Dalam kad ada airtime sebanyak 20 riyal.
Semasa di KLIA boleh aktifkan dah.
Semasa di Arab Saudi boleh topup kredit masuk ke dalam no ni dan call/sms ke Malaysia.

Apa yang best dengan prepaid ni adalah ia merupakan prepaid yang termurah untuk buat call atau sms ke Malaysia semasa di Arab Saudi.

1 sms = 40 sen
1 panggilan = 1.80 sen seminit

murahkan?

dan lagi satu kalau takut tak sempat nak beli topup kat sana/ tercari2 takut tak cukup masa bolehlah anda beli prepaid ni 2 pek untuk buat simpanan kalau jadi apa2 hal.
Kalau bukan untuk diri sendiri,mungkin kawan kita memerlukan semasa di sana.siapa taukan..

Prepaid ni sah selama 90 hari.




RIHAL Prepaid
stay connected

Hanya RM50
( Mengandungi Airtime sebanyak 20 Riyal )

Kelebihan :
  • tiada caj roaming
  • tiada pendaftaran
  • mudah diaktifkan
  • sedia maklum nombor sebelum keberangkatan

Kalau sesiapa yang berminat bolehlah sms.tapi maaf nombor tak dapat pilih ya...:)

CONTOH JEMAAH PEREMPUAN

Contoh : --> pakai mini telekung,sarung lengan,ada uncang kasut dan uncang batu.

Tuesday, July 19, 2011

MINI TELEKUNG JERSEY



Warna : Putih / Hitam

Ciri-ciri
  • Dibuat dari kain jersey.
  • Mempunyai lining sehingga paras dada.
  • Mempunyai lapik dagu serta mampu melindungi aurat muka.
  • Bahagian atas dahi dijahit kedut getah. (saiz muka - free size)
  • Labuh sehingga pergelangan tangan.
Fungsi
  • Mengelak telekung dari terpijak semasa solat atau tertarik semasa berada di tempat yang ramai.
  • Memudahkan pergerakan.
Saranan
  • Sesuai dipakai semasa solat,ziarah atau melontar.
  • Tidak perlu membawa telekung pasang memadai dengan memakai mini telekung,sarung lengan,jubah dan stoking untuk bersolat / berihram.
Harga : RM32

TUDUNG IBADAH

TUDUNG IBADAH  LABUH



  • Dibuat dari kain LYCRA
  • Mempunyai LAPIK DAGU untuk menutup aurat dagu
  • Sengkuap/Awning LEMBUT tanpa pengeras jadi mudah untuk sujud
  • Labuh dari dagu 25"
  • Warna putih atau hitam
  • Boleh dipakai bila-bila masa sahaja tidak hanya semasa Umrah atau Haji





  • Harga : RM45 (harga dah naik pada rm50 sebab kita besarkan dan labuhkan lagi sikit potongannya ) 

    sila rujuk posting yang terbaru

    terima kasih 

    ORDER-ORDER

    Assalamualaikum..
    Baru balik dari pos barang yang di order oleh Kak Rose dari Shah Alam.

    Semalam Kak Rose order Tudung Ziarah,Sarung Lengan Lycra dan Serkop Aurat Lycra.



    InsyaAllah sampai besok.
    Terima kasih kak.Saya jual ye...:))

    Saturday, July 16, 2011

    ORDER-ORDER

    Assalamualaikum
    Semalam saya pos order dari Kak Sukma dari Klang.

    Dia order 2 Mini Telekung SP Lycra


    Hopefully sampai hari ni.Saya jual ye kak..makasih :))

    Tuesday, July 12, 2011

    ORDER-ORDER

    Assalamualaikum
    Yang ini order dari Kak Yantty.Dari Klang.Bila check-check record balik kak Yantty adalah customer kita yang dulu.hehehe

    So semalam petang pos harap hari ni sampai la.

    Akak ni beli sikit-sikit dari sekarang untuk mak mertua yang akan pergi ke Mekah bulan 9 nanti...:))





    Saturday, July 9, 2011

    ORDER-ORDER

    Assalamualaikum
    Entry ni patutnya tulis khamis lepas.Tapi sebab sedikit busy jadi pagi ni baru dapat update.
    Order hari rabu lepas adalah dari Kak Sarimah lagi.
    Akak ni order lagi 1 Mini Telekung Lycra,1 Mini Telekung Jersey,2 Serkop Lipat dan 2 Sarung lengan lycra.

    Saya pos pada hari khamis dan Alhamdulillah sampai hari Jumaat dan Kak Sarimah sms saya balik puas hati.:))



    Mini Telekung Lycra,Mini Telekung Jersey,Serkop Lipat dan Sarung Lengan


    Sekian,update tentang Order

    Terima Kasih :))

    Sunday, July 3, 2011

    WANG NAIK HAJI

    22. Soalan
    Adakah sah Haji seseorang yang menggunakan wang pampasan insuran?

    Jawapan
    Menggunakan wang pampasan insuran untuk menunaikan fardhu Haji adalah sah Hajinya.

    23. Soalan
    Apakah hukum Hajinya dengan menggunakan wang dari keuntungan pelaburan dalam Amanah Saham Nasional?

    Jawapan
    Jemaah Haji yang menggunakan Wang Naik Haji dari keuntungan Pelaburan Amanah Saham Nasional adalah sah Hajinya.

    WANG HARAM

    21. Soalan
    Apa hukum menunaikan fardhu Haji dengan wang haram?

    Jawapan
    Sah Hajinya dengan wang yang haram tetapi berdosa.

    INGIN BERKAHWIN

    20. Soalan
    Bagaimana jika seseorang yang ada wang yang mencukupi untuk perbelanjaan Haji tetapi dia juga ingin berkahwin?

    Jawapan
    Kiranya keinginan kahwin itu telah meningkat sekira-kira kalau ia tidak berkahwin boleh sampai melakukan zina maka hendaklah ia mendahulukan kahwin daripada Haji,sebaliknya jika keadaan tidak sedemikian itu maka Haji hendaklah didahulukan.

    ADA HARTA (PERNIAGAAN)

    19. Soalan
    Bagaimanakah pula kalau seseorang itu ada mempunyai perniagaan.Adakah wajib ia membelanjakan wang perniagaannya untuk Haji?

    Jawapan
    Mengikut qaul Imam Syafi'e yang kuat,wajib ia mengeluarkan perbelanjaan Hajinya dari wang perniagaannya,sekalipun langkah itu menghabiskan modal perniagaannya.Mengikut satu qaul yang lain tidak wajib yang demikian itu supaya tidak jatuh kepada kemiskinan.

    ADA HARTA (RUMAH YANG MELEBIHI KEPERLUAN)

    17. Soalan
    Adakah wajib Haji di atas orang yang ada mempunyai rumah lebih dari secukupnya (hajatnya) tetapi dia tidak ada wang untuk perbelanjaan Haji?

    Jawapan
    Mengikut Mazhab Syafi'e orang yang sedemikian wajib ke atasnya mengerjakan Haji.Dia wajib menjual rumah yang lebih dari hajatnya untuk perbelanjaan menunaikan fardhu Hajinya.

    18. Soalan
    Saya mempunyai dua buah rumah,sebuah untuk kediaman saya dan sebuah lagi saya sewakan.Oleh kerana tidak mempunyai wang simpanan,saya cagarkan rumah sewa sejumlah RM60,000.00.RM20,000.00 saya gunakan untuk menunaikan fardhu Haji dan baki RM40,000.00 saya bayar balik kepada bank,baki yang lain saya bayar secara ansur melalui wang sewa rumah tersebut adakah diharuskan saya pergi Haji secara begini ?

    Jawapan
    Jika berhutang atau wang cagaran itu yang berkait dengan syarat riba atau bunga adalah haram dan pemergian Hajinya adalah dengan saluran haram.