Thursday, May 29, 2014

STOCK UPDATE - MAXI DRESS LAST BATCH


Maxi dress belang koko oren - 10 Helai
Maxi dress plain hitam - 1 helai
Maxi dress plain grey - 3 helai



Free size untuk orang saiz S,M dan L.

berminat boleh terus inbox di page/sms/wassap 0122560257.

-SERIOUS BUYER ONLY-

TQ

*this picture was taken last week. model is 165cm tall and L size.

TERIMA KASIH PELANGGAN YANG BAIK HATI


Alhamdulillah syukur sudah selamat pulang daripada mengerjarkan umrah. semua lancar.

Terima kasih pada customer yang baik hati kerana berkongsi gambar.  

Puan ni pakai maxi dress dark blue.



Wednesday, May 28, 2014

PENENTUAN ARAH KIBLAT : MATAHARI TEGAK ATAS KAABAH

Sumber : Berita Harian Online 2014/05/28 - 15:50:17 PM


KUALA LUMPUR: Tepat jam 5.16 petang waktu Malaysia hari ini, matahari berada tegak di atas Kaabah di Masjidil Haram, Makkah. 

Bagi jemaah yang sedang mengerjakan umrah di Makkah boleh menyaksikan fenomena itu pada jam 12.16 tengah hari waktu tempatan. 

Umat Islam ditempat lain pula boleh menggunakan kesempatan itu untuk mencari arah kiblat dengan tepat. 
Cara paling mudah untuk mencari arah kiblat pada waktu berkenaan ialah dengan memacakkan kayu atau tiang, atau di tepi dinding bangunan yang tegak tepat 90 darjah. 

Pada jam 5.16 petang, perhatikan bayang-bayang yang terhasil oleh objek berkenaan. 

Arah kiblat kita adalah arah yang berlawanan dengan bayang tadi. Fenomena sama akan berulang pada jam 5.27 petang pada 16 Julai akan datang.


----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Sumber : ARAB NEWS FB PAGE

ZERO-SHADOW: The faithful brave the noon-day heat to perform Dhuhr prayer at the Kaaba at the Grand Mosque in Makkah on Wednesday, May 28, 2014, during which the sun was positioned directly over the holy city. Astronomers explain that the celestial phenomenon occurs twice every year — May 28 and July 16th — at the Grand Mosque because of its location between the equator and the Tropic of Cancer. (AN photos by Ahmad Hashad)








Wednesday, May 14, 2014

TESTIMONI : MINI TELEKUNG LENGAN

Assalamualaikum dan selamat malam

Alhamdulillah hari ni dapat pic daripada customer yang akan menunaikan umrah pada 26 Mei 2014 nanti. Dah tak sabar tu kakak ni nak pergi. Suka kakak ni dengan Mini Telekung Lengan,sebelum ni dah beli yang warna hitam. Minggu lepas stok putih sampai terus order untuk warna putih pula. Kakak ni akan pergi satu family. Semua persiapan alhamdulillah sudah siap katanya. Sama-sama kita doakan perjalanan mereka nanti lancar pergi dan balik, dilindungi dan pastinya mendapat umrah yang mabrur. InsyaAllah ya. :)



Mini Telelekung Lengan warna HITAM & PUTIH ADA STOK tau. Cepat2 sebelum kehabisan lagi :)

AL- KISAH KASUT STOKING KOREA

Assalamualaikum dan selamat pagi.

Masa kemas-kemas bilik terjumpa kasut stoking korea ni. Kasut korea ni saya pakai semasa umrah tahun 2012. Tapi yang ada cuma sebelah saja. Jadi teringat kisah kehilangan sebelah lagi semasa di Madinah. 


dibuat daripada kain velvet. cantik !

Hilangnya cuma di dalam bilik. Semasa packing barang untuk bertolak ke Mekah yang ada cuma sebelah saja. Puas dicari satu bilik tak jumpa-jumpa juga. Heran sungguh tapi saya ikhlaskan saja sebab dekat Tanah Haram apa saja boleh berlaku. Adik saya hilang kasut dua kali masa di Mekah. Ajaib sapa yang ambik tu. hehe
Hilang sebelah tapi Alhamdulillah ada lagi spare sebab memang bawak lebih. 3psg seorang. Jadi masa di Mekah pakai yang design lain pula. 

Sebabkan design ini cuma sekali saja keluarannya jadi saya simpan sehingga ke hari ini. Sayang sebab comel. Seperti yang diberitahu untuk stok-stok yang dari Korea, mereka tidak repeat design. Design mereka based on seasons. Korea kan ada 4 seasons. Jadi untuk winter selalunya yang gelap-gelap dan tebal. Musim bunga dan luruh design lebih ceria. Musim panas pula lebih nipis. Untuk pasaran kita insyaAllah kita pastikan yang gelap-gelap dan tebal sebab nak pergi haji dan umrah lebih sesuai begitu ya. :)

Selalunya bila orang tanya saya berapa kena bawak , saya selalu pesan bawak lebih. 2 - 3 psg insyaAllah cukup. Kalau jadi macam saya hilang sebelah, ada lagi dalam simpanan. 


dalam gambar di atas adalah koleksi sendiri. Ada lagi design lain tapi tak tau letak mana. Senang letak je dalam setiap beg. Waktu tidur pun pakai. Dalam rumah pun sama. Masa pergi masjid atau taraweh dalam bulan Ramadhan pun pakai yang ni sebab kita praktis ala2 di Mekah dan Madinah.hihi

Masa musim haji orang suka beli stoking ni untuk dijadikan hadiah pada saudara-mara atau kawan-kawan yang akan pergi haji. Memang sesuai dijadikan hadiah sebab stoking ni comel dan memang praktikal untuk jemaah perempuan :)

Kalau ada yang nak order, tengok latest post ya under kategori kasut stoking korea. Kalau tengok post yang bawah-bawah memang design tu dah tak ada pun.

ok, terima kasih,semoga membantu :)

Thursday, May 8, 2014

STOCK UPDATE : MINI TELEKUNG LENGAN


Assalamualaikum semua

Mini Telekung lengan warna PUTIH ada stok. 

HITAM DAN PUTIH ADA STOK SEKARANG.

Yang pernah tanya mohon PM semula or sms/wassap sebab saya hanya akan contact customer yang dalam waiting list saja.

No booking, selling fast.

RM79 tidak termasuk pos.

Tq 

Sunday, May 4, 2014

JUBAH PUTIH COTTON RENDA


Alhamdulillah gambar yang diberi oleh customer yang baik hati memakai jubah putih cotton renda. 
Kalau tengok payung kat belakang macam ni semestinya di Masjid Nabawi. :)

Jubah putih ni saiz yang  masih ada dari M, L, XL, 2XL. saiz S dah habis. Ada 2 poket di hadapan jadi senang nak letak barang. Ada zip kat depan juga. Untuk ukuran boleh cek chart di bawah ya


Harga RM139 sehelai

* dalam bolehlah pakai tshirt dan seluar panjang putih or hitam. Walau kain tebal tapi sebab warna putih jadi kalau kena cahaya bayang-bayang kaki boleh nampak. Dalam mesti pakai seluar panjang senang untuk berjalan pantas.




Thursday, May 1, 2014

1 REJAB 1435H

Assalamualaikum dan selamat pagi

1 REJAB 1435H , KHAMIS

58 hari menuju Ramadhan 

Selamat bercuti hari ini.