Masa kemas-kemas bilik terjumpa kasut stoking korea ni. Kasut korea ni saya pakai semasa umrah tahun 2012. Tapi yang ada cuma sebelah saja. Jadi teringat kisah kehilangan sebelah lagi semasa di Madinah.
dibuat daripada kain velvet. cantik !
Hilangnya cuma di dalam bilik. Semasa packing barang untuk bertolak ke Mekah yang ada cuma sebelah saja. Puas dicari satu bilik tak jumpa-jumpa juga. Heran sungguh tapi saya ikhlaskan saja sebab dekat Tanah Haram apa saja boleh berlaku. Adik saya hilang kasut dua kali masa di Mekah. Ajaib sapa yang ambik tu. hehe
Hilang sebelah tapi Alhamdulillah ada lagi spare sebab memang bawak lebih. 3psg seorang. Jadi masa di Mekah pakai yang design lain pula.
Sebabkan design ini cuma sekali saja keluarannya jadi saya simpan sehingga ke hari ini. Sayang sebab comel. Seperti yang diberitahu untuk stok-stok yang dari Korea, mereka tidak repeat design. Design mereka based on seasons. Korea kan ada 4 seasons. Jadi untuk winter selalunya yang gelap-gelap dan tebal. Musim bunga dan luruh design lebih ceria. Musim panas pula lebih nipis. Untuk pasaran kita insyaAllah kita pastikan yang gelap-gelap dan tebal sebab nak pergi haji dan umrah lebih sesuai begitu ya. :)
Selalunya bila orang tanya saya berapa kena bawak , saya selalu pesan bawak lebih. 2 - 3 psg insyaAllah cukup. Kalau jadi macam saya hilang sebelah, ada lagi dalam simpanan.
dalam gambar di atas adalah koleksi sendiri. Ada lagi design lain tapi tak tau letak mana. Senang letak je dalam setiap beg. Waktu tidur pun pakai. Dalam rumah pun sama. Masa pergi masjid atau taraweh dalam bulan Ramadhan pun pakai yang ni sebab kita praktis ala2 di Mekah dan Madinah.hihi
Masa musim haji orang suka beli stoking ni untuk dijadikan hadiah pada saudara-mara atau kawan-kawan yang akan pergi haji. Memang sesuai dijadikan hadiah sebab stoking ni comel dan memang praktikal untuk jemaah perempuan :)
Kalau ada yang nak order, tengok latest post ya under kategori kasut stoking korea. Kalau tengok post yang bawah-bawah memang design tu dah tak ada pun.
ok, terima kasih,semoga membantu :)
No comments:
Post a Comment