Monday, June 29, 2015

KASUT HAJJAH WANITA DAN SELIPAR HAJI LELAKI


Assalamualaikum dan selamat pagi.
Berikut gambar untuk Kasut Hajjah.
Ada warna PUTIH saja untuk stok sekarang.
Saiz : 38,39,40,41,42
Harga : RM38
Kasut ini tapaknya getah. Bahagian dalamnya lembut.
Selesa dipakai untuk para jemaah yang akan banyak berjalan nanti.
Kasut ini tirus di hadapan. Jika jenis kaki kembang di hadapan boleh ambik satu saiz yang besar.


Assalamualaikum dan selamat pagi
Berikut gambar untuk Selipar Haji.
Warna : PUTIH
Saiz : 39, 40, 41, 42, 43
RM27
Selesa dipakai oleh jemaah lelaki. Selipar ini ringan dan kukuh.


TESTIMONI CUSTOMER : SELUAR ALADDIN

Alhamdulillah, customer yang dah pergi haji memang pakai seluar jenis macam ini untuk dipakai di dalam jubah. 
Kain yang sejuk, selesa dipakai antara faktor orang akan repeat order.

Customer ini mula-mula beli 3 helai dan untuk second order beli 6 helai lagi.

terima kasih :)



TESTIMONI CUSTOMER : SELUAR ALADDIN

Assalamulaikum dan selamat pagi.

Alhamdulillah kami menerima feedback yang positif dan repeat order lagi untuk seluar aladdin ini.




Monday, June 22, 2015

UNCANG KASUT DAN UNCANG BATU



Uncang batu dan Uncang Kasut stok sudah ada.
Musim Haji uncang batu digunakan untuk menyimpan batu-batu kecil yang akan digunakan untuk melontar kelak.

Uncang batu - RM6.50

Uncang kasut - RM12

Sunday, June 21, 2015

SELUAR ALADDIN


Assalamualaikum
SELUAR ALADDIN stok baru masuk semalam tapi hari ni dah tinggal sikit saja. Ada yang dah pos tadi dan selebihnya esok.
Warna yang ada :
Hitam
Dark Choc
Dark Grey
Dark Purple
RM32 sehelai saja.
Sesiapa yang berminat boleh inbox page/whatsapp/sms 0122560257.
Esok boleh pos terus. Ok terima kasih :)

Friday, June 19, 2015

BOTOL SPRAY WUDUK


HARGA : RM8 sebotol

Botol spray wuduk digunakan untuk mengambil wuduk untuk jemaah haji/umrah semasa berada di dalam :

1. Dalam penerbangan - 
   (KADANG PENERBANGAN BALIK WAKTU SUBUH KITA AKAN BERADA 
   ATAS FLIGHT JADI BAGI YANG TAKNAK BANGUN KE TOILET,GUNA  JE BOTOL SPRAY NI 
   DI SEAT ANDA.JANGAN LUPA UNTUK SOLAT SUBUH.SOLAT DUDUK DI SEAT, JANGAN 
   CARI ALASAN UNTUK TIDAK SOLAT)


2. Di Mina

3. Di Arafah

4. Di tempat kekurangan air 

5. Di dalam masjid. 
    (JIKA TIBA-TIBA WUDUK TERBATAL BAGI JEMAAH PEREMPUAN BOLEH AMBIK WUDUK DI SAF TANPA PERGI KE
     TOILET. TOILET UNTUK ORANG PEREMPUAN AGAK JAUH. KALAU AMBIK WUDUK DEKAT SINKI AIR ZAM-ZAM
     BOLEH SAJA TAPI AURAT MUNGKIN TERNAMPAK.         

6. Letakkan air zam-zam di dalam botol spray, jika mengantuk spraykan saja air ke muka. 

7. Pastikan botol spray sentiasa berada di dalam beg sandang yang kita bawak ke masjid. 

Thursday, June 18, 2015

JUBAH WUDU

Assalamualaikum semua
Jubah wudu ni dah sampai Oman bulan lepas. Kawan ada urusan di sana dan pakai jubah ini. Alhamdulillah selesa dan cantik designnya. smile emoticon
Yang ini hitam penuh. Untuk RAYA COLLECTION tak ada warna hitam penuh ya.
Ada 4 warna tangan tu iaitu ELECTRIC BLUE, GREEN, GREY DAN CHOC.
- LIMITED COLLECTION FOR RAYA -
*kita tak shoot gambar di studio untuk kali ini. Tunggu lepas raya nanti untuk collection haji nanti.
Ok yang berminat atau ada pertanyaan boleh inbox di page atau sms/whatsapp 0122560257
Selamat berbuka puasa !
terima kasih

Wednesday, June 17, 2015

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK


Selamat Berpuasa esok.
Sama-sama kita mempertingkatkan amal ibadah dan melakukan yang terbaik di bulan yang mulia ini.
Salam Ramadhan semua :)


Saturday, June 13, 2015

Me, Seluar Aladdin & Japan

Assalamualaikum semua

Posting ini tidak ada kaitan dengan Haji atau Umrah. Cuma ada kena mengena dengan Seluar Aladdin yang dijual saja. hehe

Pertamanya cerita ini hanya sebagai perkongsian berdasarkan pengalaman sendiri. Tahun lepas saya sempat bercuti di Jepun semasa musim luruh. Percutian yang memang meninggalkan kesan dalam diri kerana negara Jepun sangat best. Negara yang bersih dan penduduknya yang penuh adab. Nilai-nilai murni yang sepatutnya ada di dalam seorang Muslim ada dijumpai di sana. InsyaAllah saya berharap dapat kembali ke Jepun untuk pengembaraan yang seterusnya. ^.^

Balik kepada cerita asal, semuanya bermula apabila saya pergi umrah pada tahun 2012. Kita diajar untuk memakai seluar panjang di dalam jubah supaya pergerakan lebih cepat dan juga dapat menjaga aurat dengan lebih sempurna. Jadi dari situ saya tahu yang memakai seluar panjang adalah lebih baik berbanding memakai kain dalam.

Semasa di Jepun, seperti mana juga di sini atau di mana saja, saya pastikan apabila memakai dress, skirt atau jubah saya mesti memakai seluar panjang di dalamnya. Jadi seluar aladdin adalah seluar wajib untuk saya bawak apabila pergi travel. Selain daripada memakainya sebagai alas dalam, saya juga memakainya sebagai seluar tidur atau seluar santai di rumah.

Pada hari ketiga di Jepun, berlaku aktiviti yang tidak dirancang. Yang tidak ada di dalam itinerary iaitu aktiviti berbasikal. Pada waktu itu saya sudah macam tak best sebab pakai skirt tapi bila dipikir balik bila lagi nak berbasikal di Jepun. Jadi saya pun bersetuju. Tak jadi masalah untuk saya sebenarnya kerana alhamdulillah saya memang memakai seluar aladdin di dalam. :)


macam tak match saja kan biru dan ungu. hehe tapi ok saja :)

Aktiviti berbasikal dengan kawan-kawan berjalan dengan lancar walaupun saya seorang sahaja yang memakai skirt. Saya dapat mengayuh basikal tanpa perlu risau.


Apa yang saya ingin kongsikan di sini ialah dengan memakai seluar aladdin di dalam saya merasa selamat. Jika terjadi apa-apa seperti terselak kain contohnya, seluar aladdin ada sebagai alas dalam. Lagi pula seluar ini tidak ketat. Kainnya sejuk dan memang selesa untuk dipakai di dalam jubah, dress atau skirt. 

Tambah pula seluar aladdin ada getah di hujung seluar. Bagi saya ini sangat memudahkan apabila pergi ke toilet. Apabila menarik seluar ke betis, ia kekal di situ. Tidak melorot jatuh ke bawah. Point ini ibu saya juga bersetuju kerana mudah katanya bagi orang tua. 

Justeru itu suka saya untuk menyatakan yang seluar aladdin adalah seluar favorite saya. Kalau kita lihat orang-orang Arab mereka pun memakai seluar panjang di dalam jubah. Kebanyakkannya memakai seluar jeans. Tapi bagi saya kalau pakai seluar jeans kurang selesa kerana ia ketat di pinggang dan paha apabila melakukan pergerakan solat.

Disebabkan saya dan keluarga memang memakai seluar ini jadi saya memang mengesyorkan pada semua. 

Saya gembira apabila mendapat feedback yang positif daripada semua customer yang membeli seluar aladdin. Baik daripada customer yang membeli untuk dipakai semasa haji atau umrah juga customer yang membeli untuk dipakai sebagai seluar harian. Tambah gembira apabila ibu-ibu mengandung juga mengatakan mereka selesa memakainya.

Alhamdulillah apa yang baik kita kongsikan bersama. Semoga semua pun mendapat manfaatnya.

Inilah cerita saya tentang seluar aladdin. Anda boleh baca testimoni-testimoni yang lain di album di page atau di blog ini. Itu yang sempat diupdate. Ada banyak lagi yang saya tak sempat nak screenshot dan upload. 

Saya ucapkan berbanyak terima kasih kepada customer-customer Hawwa Firdaus yang berurusan dengan kami. Salah silap dan kekurangan mohon maaf ya. 

Terima kasih dan selamat menyambut bulan Ramadhan :)

TESTIMONI CUSTOMER : SELUAR ALADDIN


Alhamdulillah, kak Anita repeat order lagi utk seluar Aladdin 4 helai. Sebelum ni beli 3 helai utk umrah.

Tq kak smile emoticon

TESTIMONI CUSTOMER : SELUAR ALADDIN

Assalamualaikum

Alhamdulillah hari ni kita dapat feedback dari customer yang beli seluar Aladdin.


Alhamdulillah customer yang telah menerima seluar aladdin yang dibeli.

thank you sis sebab seluar aladdin ok dengan sis. jual ya. tq smile emoticon

Thursday, June 11, 2015

JUBAH WUDU' - RAYA COLLECTION

Assalamualaikum semua

Alhamdulillah baru dapat update tentang Jubah Wudu' untuk Raya Collection.

Untuk kali ini tangan warna hitam tak ada. 

Sebabkan koleksi raya jadi kasi meriah dengan 4 warna ini iaitu :

 ELECTRIC BLUE, GREY, CHOC & GREEN. 

Bahagian lengan ada lubang yang tersembunyi untuk keluarkan tangan masa ambik wuduk nanti. Kalau pakai jubah ni tak perlu pakai sarung lengan lagi :)

Material : Moss Crepe / Bahagian tangan kain glitter

Cutting : Flare 


Saiz : S, M , L , XL , 2XL 
(ukurannya lebih kurang dengan Jubah Jameela)






Pada sesiapa yang berminat boleh sms/whatsapp 0122560257 atau inbox di FB Page kami ya. 

LIMITED STOCK sebab untuk raya je ni !

terima kasih :)

Tuesday, June 9, 2015

TUDUNG IBADAH SULAM

Assalamualaikum
Tudung Ibadah Sulam warna putih dan kelabu ada stok.
Untuk warna putih anda boleh pakai inner telekung sebagai lapik dalam. Inner telekung boleh dipakai di dalam telekung, mini telekung dan juga tudung.
Inner telekung ada warna putih dan hitam.



Wednesday, June 3, 2015

CLEARANCE STOCK : MAXI DRESS

CLEARANCE STOCK UNTUK MAXI DRESS

RM100 saja dari harga sebelum RM119. 


Free Saiz (untuk orang S, M dan L)



Warna yang ada hanya dark blue dan dark grey saja. Lain-lain warna sudah habis.

Berminat boleh terus inbox ataus sms/whatsapp 0122560257.

Tuesday, June 2, 2015

PERSIAPAN HAJI 1436H


[ PERSIAPAN HAJI ]
Assalamualaikum
Bakal Jemaah Haji 1436H sudah mulai membuat persiapan kelengkapan untuk ke Tanah Suci.
Penerbangan pertama adalah pada 16 Ogos 2015.
Stok yang ada sekarang akan diupdate nanti.
Stay tune smile emoticon

STOCK UPDATE : KASUT STOKING KOREA

Assalamulaikum semua.
Kasut stoking Korea stok sudah sampai dari Korea.
Ada sedikit kenaikan harga.
Harga baru : 1 pasang - RM20 , 3 pasang RM48.
Kasut stoking korea ini berkualiti tinggi dan tahan lama.
Dipakai semasa tawaf dan saie atau sepanjang masa di dalam masjid. 

Tapak biji-biji bertindak sebagai anti slippery.






Monday, June 1, 2015

GELANG PENGENALAN HAJI (GPH)


Bakal Jemaah Haji 1436H telah dibekalkan Gelang Pengenalan Haji (GPH) melalui pos laju secara berperingkat ke alamat yang terdapat di dalam sistem Tabung Haji. 

GPH hendaklah dipakai apabila hendak melapor diri di stesen berlepas. Gelang ini hendaklah sentiasa dipakai semasa berada di Tanah Suci.

Tujuan pemakaian GPH adalah sebagai pengenalan bahawa pemakainya adalah Jemaah Haji Malaysia. Jika apa-apa berlaku kepada Jemaah Haji seperti pengsan, masuk hospital bakal haji mudah dikenali.

Pada GPH akan di lorek nama dan no kad pengenalan di bahagian dalam dan di bahagian luar di lorek Malaysia dan no tel di Mekah (Tujuan semasa kecemasan).


GPH mula di pakai oleh Jemaah haji pada Tahun 1991. Pengalaman 1990 semasa Peristewa Rempuhan Terowong di Mina, ramai Jemaah Haji meninggal termasuk jemaah Haji Malaysia. TH mengahadapi kesusahan untuk mengenali jenazah jemaah  haji Malaysia.
Semasa pemakaian GPH pada tahun-tahun yang lalu, banyak membantu TH menolong jemaah haji yang dalam kesulitan untuk mengenalkan diri.

Bakal Haji yang telah menerima GPH hendaklah di simpan dengan baik supaya apabila hendak berangkat ke Tanah Suci mudah didapati.



Sumber rujukan : Blog Haji Saya