Monday, June 1, 2015

GELANG PENGENALAN HAJI (GPH)


Bakal Jemaah Haji 1436H telah dibekalkan Gelang Pengenalan Haji (GPH) melalui pos laju secara berperingkat ke alamat yang terdapat di dalam sistem Tabung Haji. 

GPH hendaklah dipakai apabila hendak melapor diri di stesen berlepas. Gelang ini hendaklah sentiasa dipakai semasa berada di Tanah Suci.

Tujuan pemakaian GPH adalah sebagai pengenalan bahawa pemakainya adalah Jemaah Haji Malaysia. Jika apa-apa berlaku kepada Jemaah Haji seperti pengsan, masuk hospital bakal haji mudah dikenali.

Pada GPH akan di lorek nama dan no kad pengenalan di bahagian dalam dan di bahagian luar di lorek Malaysia dan no tel di Mekah (Tujuan semasa kecemasan).


GPH mula di pakai oleh Jemaah haji pada Tahun 1991. Pengalaman 1990 semasa Peristewa Rempuhan Terowong di Mina, ramai Jemaah Haji meninggal termasuk jemaah Haji Malaysia. TH mengahadapi kesusahan untuk mengenali jenazah jemaah  haji Malaysia.
Semasa pemakaian GPH pada tahun-tahun yang lalu, banyak membantu TH menolong jemaah haji yang dalam kesulitan untuk mengenalkan diri.

Bakal Haji yang telah menerima GPH hendaklah di simpan dengan baik supaya apabila hendak berangkat ke Tanah Suci mudah didapati.



Sumber rujukan : Blog Haji Saya

No comments:

Post a Comment