Thursday, May 31, 2012

MOBILY - KAD PREPAID UMRAH HAJI

Assalamualaikum


Stok baru untuk kad prepaid umrah haji sudah masuk tapi yang ini bukan Mobily Rihal tapi yang baru iaitu 


Mobily Hala International - Mobily prepaid line for Hajj and Umrah visitors.




Harga - RM10 sahaja , dalam kad :-

  • ada 3 Riyal
  • boleh 12x sms (charge sms lebih murah dari mobily rihal)
  • sampai di Arab boleh terus pakai
  • Jangka aktif kad adalah 3 bulan dari tarikh diaktifkan
  • KALAU NAK CALL,TOPUP DULU YE, 3 RIYAL CUMA CUKUP UNTUK SMS SAHAJA
Nanti sampai dekat sana boleh terus aktifkan dan sms orang di Malaysia. Untuk topup boleh cari di sana sebab di kedai-kedai tepi jalan nak ke masjid tu ada je orang jual topup.ada 10 riyal,20 riyal,30 riyal.
Janji kita kat sini dah buat persediaan dengan ada simkad,sampai2 sana terus aktifkan je..ok 

sapa yang berminat boleh sms saya 0122560257, tak mahal pun RM10 SAHAJA..(^.^)

Wednesday, May 30, 2012

order-order

Assalamualaikum
Pengeposan hari ni 




30.5.2012

kaftan polkadot + tudung ibadah hitam + 3 sarung lengan hitam + 3 kasut korea

Tuesday, May 29, 2012

order-order

Assalamualaikum


Pengeposan hari ini


maxi dress hitam




MAKLUMAN : MAXI DRESS HITAM HABIS STOK , PUTIH AVAILABLE 

LABEL MALAYSIA

Label MALAYSIA ini adalah dari kain jadi jemaah wanita bolehlah menjahit di belakang mini telekung/telekung atau tudung.


Sangat berguna semasa musim haji supaya dapat membezakan jemaah dari Malaysia dan negara-negara lain.




Sekeping RM2

Monday, May 28, 2012

order-order

Assalamualaikum


pengeposan hari ini 28.5.2012 adalah seperti berikut :



1. 2 maxi dress hitam + 1 maxi dress putih (terengganu)
2. 1 maxi dress hitam + 1 maxi dress putih (sabah)







UNTUK MAKLUMAN --> MAXI DRESS HITAM SOLD OUT YE ! PUTIH MASIH ADA..TQ

Saturday, May 26, 2012

order-order

Assalamualaikum...


pengeposan hari ni :




1. maxi dress hitam n putih
2. maxi dress hitam + mini telekung jc hitam dan putih + 2 kasut korea + 2 sarung lengan
3. maxi dress putih

Wednesday, May 23, 2012

CARA IKAT CAWAT EHRAM

Cara ikatan ni diajar oleh seorang ustaz..Jemaah2 boleh bertanya pada ustaz masing2 untuk lebih jelas


1.






2.


3.





4.


5.






Bila kita simpulkan macam di atas senang nak tarik dan leraikan
















JANGAN IKAT MATI SEPERTI GAMBAR DI BAWAH SEBAB AKAN DIKIRA SEBAGAI BERCANTUM/BERSAMBUNG





Tuesday, May 22, 2012

TALI PINGGANG EHRAM

TALI PINGGANG - RM 27






Pakai dengan kain ehram supaya kain ehram terletak elok di pinggang.
saiz 40,42,44,46,48
boleh adjust untuk longgar or ketatkan

order-order

Assalamualaikum


22.5.2012
delivery to wangsa maju dan pengeposan ke gurun,kedah





1. Kain Ehram + cawat ehram + maxi dress hitam+ 2 uncang kasut + kasut korea
2. maxi dress hitam dan putih + tudung ibadah hitam

Monday, May 21, 2012

order-order

Assalamualaikum semua...


Pengeposan pada hari ini adalah seperti berikut :




21.5.2012 

1. 3 uncang kasut + tali rajut+ 2 tali pinggang haji
2. tudung ibadah hitam dan putih + 3 pasang kasut korea
3. 3 pasang kasut korea
4. tudung ibadah hitam dan kelabu + cawat
5. 2 tudung ibadah putih + 6 sarung lengan hitam
6. 2 tudung ibadah putih + 1 tudung ibadah hitam + maxi dress hitam
7. maxi dress hitam dan putih + tudung ibadah hitam dan krim + sarung lengan hitam
8. maxi dress hitam + 3 pasang kasut korea + 2 sarung lengan hitam
9. maxi dress hitam
10. tudung ibadah putih dan kelabu + kasut korea



terima kasih pada semua,insyaAllah esok sampai ler tu..;)

Saturday, May 19, 2012

Kasut Korea

PENGUMUMAN :

Sila tengok di FB KELENGKAPAN HAJI DAN UMRAH untuk stok kasut korea yang tinggal..

TQ

Friday, May 18, 2012

order-order

Pengeposan pada hari ni
18.5.2012


1. maxi dress hitam + mini telekung jersey hitam + cawat ehram
2. maxi dress putih + kasut korea + cawat ehram
3. mini telekung jersey hitam + 3 kasut korea


terima kasih semua :)

Thursday, May 17, 2012

KASUT/STOKING KOREA

STOK BARU SUDAH MASUK !!!


Perhatian pada sapa yang menantikan kasut korea ni, sudah ada !!


Design boleh pilih mengikut PIC 1, PIC 2 atau PIC 3 








kasut ini mempunyai tapak di bawah yang berbiji-biji getah dimana ia bertindak sebagai "anti-slippery" yang dapat membantu mengurangkan kelicinan semasa berjalan di dalam masjid.






kasut ni saya pakai sepanjang masa di dalam  masjid sewaktu di Tanah Suci 







RM 18 sepasang - kalau beli 3 pasang RM45
free size 
stretchable




berminat sms saya ok or like page di FB dan pm saya :)

order-order

Assalamualaikum
Pengeposan semalam 16.5.2012




Kain Ehram + cawat ehram + tudung ibadah hitam dan putih + sarung lengan

Pengeposan hari ini 17.5.2012


1. maxi dress hitam + kasut korea
2. maxi dress hitam dan putih + kasut korea
3. tudung ibadah hitam

Wednesday, May 16, 2012

APA YANG PERLU ADA DALAM BEG

Untuk posting yang ini saya nak bagi panduan APA YANG PERLU ADA DALAM BEG semasa kita nak ke masjid.
Bawaklah beg yang dirasa sesuai. Beg yang dibagi oleh agensi,beg sekolah,beg sling atau apa2 sahaja yang boleh untuk kita memuatkan perkara berikut :

1. Uncang kasut - (pastikan uncang kasut sentiasa ada dalam beg ya.bila dah masukkan kasut dalam uncang kasut bawa saja masuk ke dalam masjid letak sebelah kita. sebab ada kes uncang kasut yang letak dekat rak pun hilang sebab mungkin ada pekerja yang alih2 untuk dibersihkan.kasut adik saya pun hilang walaupun kitaorg letak di rak. kalau boleh uncang kasut ni jangan kongsi,satu sorang lebih baik.macam kes saya adik saya pegang uncang kasut kami tapi entah macamana kitaorg terpisah semasa tawaf jadi saya tak dapat cari dia.saya terpaksa balik ke hotel dengan memakai kasut saie tu saja..

2. Sejadah kecik/sejadah muka - (rupaya sejadah ni penting sangat.Kadang-kadang kita terlambat pergi ke masjid orang dah ramai,nak masuk ke dalam dah pack sangat jadi terpaksa sembahyang di luar.Jadi sejadah ni sebagai penyelamat supaya kita takdelah sujud kat atas lantai je.tapi pastikan sejadah yang kecik saja supaya tak menggangu jemaah sebelah kita atau boleh juga sejadah yg besar tapi nipis jadi kita boleh berkongsi dengan jemaah sebelah kita kalau dia takde sejadah..)

3. Kasut tawaf saie - ( yang ni pun pastikan ada sentiasa dalam beg.bila sampai kat masjid je bukak kasut terus pakai yang ni pula. )

4. Botol mineral - ( bawak yang kecik sudah untuk isi air zam-zam.setiap kali masuk masjid isi air zam-zam boleh bawak minum semasa tunggu waktu masuk dan bawak balik ke hotel.)

5. Tasbih / buku doa/ Quran kecil - ( supaya dapat berzikir,baca mengisi masa semasa menunggu waktu solat, isikan waktu dengan bermanfaat..jangan tidur atau bersembang dalam masjid..RUGI)

6. Handphone- (yang ni pilihan saja, kalau nak bawak untuk contact kalau2 terpisah atau dah berjanji mana2 tapi tak muncul2..bolehlah guna handphone..
btw peringatan ya UNTUK JEMAAH PEREMPUAN SEMASA DI MASJID NABAWI ANDA tidak dibenarkan  untuk membawa KAMERA,HP KAMERA..guard perempuan disini sangat strict..mereka akan check dulu beg anda sebelum masuk ke dalam masjid,klu dorang jumpa dorang akan suruh letak kat opis dorang..hp yang biasa2 dibenarkan..tapi apapun yang penting PANDAI-PANDAILAH NAK HIDUP jadi pandailah-pandailah untuk sembunyikan..hehe
UNTUK JEMAAH LELAKI takde masalah mereka bebas masuk ke dalam masjid nak bawak hp atau kamera tidak ada checking di pintu masuk
Kalau DI MEKAH pula, takde masalah boleh saja bawak masuk hp,kamera untuk ambil gambar.

7. GUNTING (semasa nak buat umrah)- gunting kecil jangan dilupakan.simpan siap2 dalam beg.yang kecil dan tajam nak guna semasa bertahalul nnti.



semasa di Masjid Nabawi pada waktu malam..cantik sangat :)

CHECKLIST UNTUK JEMAAH WANITA

Assalamualaikum..
Saya coretkan serba sedikit panduan untuk para jemaah wanita khususnya bagi para 1st timer yang akan ke Tanah Suci. Ini berdasarkan pengalaman saya dan juga dari pemerhatian saya sepanjang disana.Maaf sangat dah hampir 2 bulan balik baru saya nak tulis pasal ni..;)

Secara amnya persediaan asas bagi jemaah perempuan ialah :

1. Jubah biasa /maxi dress / Jubah seluar / baju kurung ke- (orang kata tak payah bawak banyak baju dari sini sebab kat sana boleh beli jubah2 tapi bagi saya bawak saja Maxi dress atau jubah-jubah yang selesa kita pakai 3,4 helai untuk dipakai beribadat..jubah kat sana bagi saya lebih sesuai dibeli untuk bawa balik sebab manik2 telebih )

2. Mini telekung - ( mengikut pemerhatian saya jemaah-jemaah yang pakai telekung/mini telekung adalah kebanyakkan dari Malaysia, Indonesia,Brunei ). Bawaklah mini telekung yang sesuai kelabuhannya jangan terlalu singkat nanti tergantung-gantung dibahagian dada. Tak kira putih atau hitam boleh saja. JANGAN pakai telekung yang labuh sebab nanti susah nak jaga bila dah bersesak-sesak contohnya masa tawaf nanti tertarik-tarik.

3. Tudung labuh - (pastikan tudung mempunyai lapik dagu supaya aurat dagu terpelihara.pastikan juga awningnya lembut supaya mudah dibawa solat,senang untuk sujud). Sebenarnya sepanjang saya disana saya hanya memakai tudung saja kecuali waktu saya melakukan umrah wajib yang pertama tu saya pakai mini telekung. 

p/s : Anggaran berapa helai untuk bawak mini telekung/tudung labuh ni terpulang pada anda.Bawa lebih tak apa sebab kita boleh ganti-ganti.Mini telekung boleh bawak 2, tudung boleh bawak 2.

4. Sarung lengan : (Ini adalah antara benda yang wajib.Pastikan anda sentiasa memakai sarung lengan ya.Kalau jubah yang jenis tak grip di pergelangan tangan tu confirm2 akan nampak kulit kita.Contohnya semasa waktu makan,waktu shopping dan lain-lain semuanya harus dijaga. Jangan ambil mudah.)

5. Stoking - Pakai yang selesa,tidak tebal + tidak nipis.Wajib pakai ya. KAKI adalah AURAT. bila balik Malaysia pun pastikan anda sentiasa memakai stoking. Jangan ambil mudah ya.

6. Kasut tawaf/saie - Bagi saya ini adalah wajib. Nama saja kasut/stoking tawaf saie tapi sebenarnya pakai sepanjang masa di dalam masjid.Sebaik saja saya membuka kasut di luar pintu gate nak masuk ke dalam masjid terus saya ganti dengan pakai kasut ni.dipanggil kasut sebab ada tapak kat bawah tu.biji-biji yang dipanggil anti-slippery.




SAMPLE : Saya pakai stoking biasa dan kasut ni bila dalam masjid..ALL THE TIME

7. Spec mata - (PENTING NI ! kalau anda terpaksa melakukan umrah/tawaf yang waktu tengahari,petang make sure pakailah atau semasa ziarah sebab mata rasa perit.berair..tambah kalau tepaksa bertawaf dengan ramai orang agak slow pergerakan bersilau mata sebab kita nak pandang Kaabah kan.so spec mata adalah WAJIB..bagi saya la..:)  

8 . Kasut - Pakailah kasut yang selesa,kasut yang bertutup.flat shoes pun ok janji kita selesa.Saya pakai kasut biasa je.kasut kungfu cina tu je pun.Pastikan kasut yang lasak ye sebab kita ni banyak bejalan ke masjid,balik masjid,ziarah,beli-beli barang,panjat2 bukit..So carilah yang terbaik,yang selesa,lasak.


ok semoga bermanfaat pada semua ya..:)

*kalau untuk haji tambahlah bilangan baju-baju tu..bawak sikit pun takpe sebenarnya janji rajin membasuh ..basuh sendiri saja jangan hantar laundry..dorang charge berdasarkan helai baju.bukan ikut kg mcm kat malaysia ni.sehelai jubah charge dari 6 ke 8 riyal.mahal gila..bawak tali rafia or tali nylon utk buat ampaian dalam bilik.bawak hanger and pengepit baju.cepat je kering kat sana.kan panasss..hehe

Tuesday, May 15, 2012

order-order

Assalamualaikum semua dan selamat pagi


hari ni saya akan pos :



1. maxi dress putih + tudung ibadah putih + sarung lengan
2. serkop + label malaysia

Thursday, May 10, 2012

STOCK UPDATE

Assalamualaikum..


harap maklum SIMKAD MOBILY SUDAH OUT OF STOCK ! Saya akan update bila dah masuk stok baru.

Wednesday, May 9, 2012

order-order

Assalamualaikum dan selamat pagi..


order2 yang dpos 7.5.2012


1. maxi dress  hitam
2. mini telekung sp lycra (NOTED : STOK UNTUK MINI TELEKUNG LYCRA SUDAH HABIS YA)


order2 yang dpos semalam 8.5.2012




1. tudung ibadah hitam
2. maxi dress putih + sarung lengan hitam/ungu + uncang kasut


order2 yang akan dpos pagi ni 9.5.2012




1. maxi dress hitam + tudung ibadah hitam + simkad mobily
2. maxi dress hitam

Tuesday, May 8, 2012

EHRAM LELAKI DAN CAWAT EHRAM

Assalamualaikum

Kain Ehram 
--100% cotton
-kain tebal dan sejuk (tidak panas boleh pakai masa musim sejuk atau panas)
-tekstur kain yang lembut memberikan keselesaan pada pemakai

Harga RM69  (postage bagi ehram adalah berbeza.bagi semenanjung Malaysia adalah RM15 / Sabah Sarawak RM20)




Cawat Ehram



-tidak berjahit
-dari kain cotton
-menggantikan seluar dalam semasa memakai ehram

-bagi yang mempunyai masalah sangat dianjurkan untuk memakai supaya kekotoran/najis tidak terkena pada ehram

RM25 ( 1 pack ada 3 unit)

Thursday, May 3, 2012

order-order

Assalamualaikum..
hari ni baru dapat update pasal order yang dipos dari isnin smpai hari ni




terima kasih :)