Wednesday, May 16, 2012

CHECKLIST UNTUK JEMAAH WANITA

Assalamualaikum..
Saya coretkan serba sedikit panduan untuk para jemaah wanita khususnya bagi para 1st timer yang akan ke Tanah Suci. Ini berdasarkan pengalaman saya dan juga dari pemerhatian saya sepanjang disana.Maaf sangat dah hampir 2 bulan balik baru saya nak tulis pasal ni..;)

Secara amnya persediaan asas bagi jemaah perempuan ialah :

1. Jubah biasa /maxi dress / Jubah seluar / baju kurung ke- (orang kata tak payah bawak banyak baju dari sini sebab kat sana boleh beli jubah2 tapi bagi saya bawak saja Maxi dress atau jubah-jubah yang selesa kita pakai 3,4 helai untuk dipakai beribadat..jubah kat sana bagi saya lebih sesuai dibeli untuk bawa balik sebab manik2 telebih )

2. Mini telekung - ( mengikut pemerhatian saya jemaah-jemaah yang pakai telekung/mini telekung adalah kebanyakkan dari Malaysia, Indonesia,Brunei ). Bawaklah mini telekung yang sesuai kelabuhannya jangan terlalu singkat nanti tergantung-gantung dibahagian dada. Tak kira putih atau hitam boleh saja. JANGAN pakai telekung yang labuh sebab nanti susah nak jaga bila dah bersesak-sesak contohnya masa tawaf nanti tertarik-tarik.

3. Tudung labuh - (pastikan tudung mempunyai lapik dagu supaya aurat dagu terpelihara.pastikan juga awningnya lembut supaya mudah dibawa solat,senang untuk sujud). Sebenarnya sepanjang saya disana saya hanya memakai tudung saja kecuali waktu saya melakukan umrah wajib yang pertama tu saya pakai mini telekung. 

p/s : Anggaran berapa helai untuk bawak mini telekung/tudung labuh ni terpulang pada anda.Bawa lebih tak apa sebab kita boleh ganti-ganti.Mini telekung boleh bawak 2, tudung boleh bawak 2.

4. Sarung lengan : (Ini adalah antara benda yang wajib.Pastikan anda sentiasa memakai sarung lengan ya.Kalau jubah yang jenis tak grip di pergelangan tangan tu confirm2 akan nampak kulit kita.Contohnya semasa waktu makan,waktu shopping dan lain-lain semuanya harus dijaga. Jangan ambil mudah.)

5. Stoking - Pakai yang selesa,tidak tebal + tidak nipis.Wajib pakai ya. KAKI adalah AURAT. bila balik Malaysia pun pastikan anda sentiasa memakai stoking. Jangan ambil mudah ya.

6. Kasut tawaf/saie - Bagi saya ini adalah wajib. Nama saja kasut/stoking tawaf saie tapi sebenarnya pakai sepanjang masa di dalam masjid.Sebaik saja saya membuka kasut di luar pintu gate nak masuk ke dalam masjid terus saya ganti dengan pakai kasut ni.dipanggil kasut sebab ada tapak kat bawah tu.biji-biji yang dipanggil anti-slippery.




SAMPLE : Saya pakai stoking biasa dan kasut ni bila dalam masjid..ALL THE TIME

7. Spec mata - (PENTING NI ! kalau anda terpaksa melakukan umrah/tawaf yang waktu tengahari,petang make sure pakailah atau semasa ziarah sebab mata rasa perit.berair..tambah kalau tepaksa bertawaf dengan ramai orang agak slow pergerakan bersilau mata sebab kita nak pandang Kaabah kan.so spec mata adalah WAJIB..bagi saya la..:)  

8 . Kasut - Pakailah kasut yang selesa,kasut yang bertutup.flat shoes pun ok janji kita selesa.Saya pakai kasut biasa je.kasut kungfu cina tu je pun.Pastikan kasut yang lasak ye sebab kita ni banyak bejalan ke masjid,balik masjid,ziarah,beli-beli barang,panjat2 bukit..So carilah yang terbaik,yang selesa,lasak.


ok semoga bermanfaat pada semua ya..:)

*kalau untuk haji tambahlah bilangan baju-baju tu..bawak sikit pun takpe sebenarnya janji rajin membasuh ..basuh sendiri saja jangan hantar laundry..dorang charge berdasarkan helai baju.bukan ikut kg mcm kat malaysia ni.sehelai jubah charge dari 6 ke 8 riyal.mahal gila..bawak tali rafia or tali nylon utk buat ampaian dalam bilik.bawak hanger and pengepit baju.cepat je kering kat sana.kan panasss..hehe

17 comments:

  1. saya baru pergi kursus umrah, ustaz memberitahu yang perempuan diharamkan menutup muka samada dgn purdah atau sunglasses, kecuali spek yang dipakai adalah spek sakit (rabun)..

    so spek mata di atas tu, spek ape? spek rabun ke?

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum puan elle

    maaf ya..tak perlu sarcastic begitu pertanyaannya.saya juga mengikuti kursus2 sebelum menunaikan umrah dan saya juga diberi penerangan tentang semua perkara.. dan tak jatuh haram hanya kerana memakai spek mata untuk melindungi mata dari panas sinaran matahari..

    perkara kecil saja iaitu spek mata, anda boleh ikut panduan yg ustaz anda berikan.smua coretan disini adalah dari pengalaman saya sendiri,tak ada paksaan untuk membaca atau menerimanya..
    selamat ya mengerjakan umrah semoga mendapat umrah mabrur :)

    ReplyDelete
  3. tq for d info. kalu ade info tuk knk2 lg menarik

    ReplyDelete
  4. saya google dah terjumpa entry ni. terima kasih atas info yang diberikan.

    ReplyDelete
  5. Salam sy nk tnya mse tawaf wajib boleh ke sy guna jubah berwarna hitam dan mini telekong bewarna hitam. Terima kasih

    ReplyDelete
  6. wslm..
    boleh saja warna hitam semua. tak ada apa2 kesalahan. cuma putih itu sunnah Rasulullah semasa dalam ihram. kalau pakai kaler lain selain putih juga tak mengapa.
    kalau pakai putih dapatlah pahala sunat pakai putih.tu saja.

    ReplyDelete
  7. salam...kak kt mane nk dptkan kasut korea tu

    ReplyDelete
  8. assalam, kat mana boleh beli kasut korea tu ye?

    ReplyDelete
  9. waalaikumsalam

    boleh sms saya..or pm kat fb or email saja..tq

    ReplyDelete
  10. Slm kak tlg bg no hp utk sy nk dptkan mklumt mgenai kasut korea tu..

    ReplyDelete
  11. Salam sis,
    Tq for info.bileh dptkan no telefon utk tanya kasut korea tu.very helpfull ur sharing.keep it up sis

    dhiaalpha.com

    ReplyDelete
  12. oh tq 4da info.. gagau google dok cari info psl g umrah ni. checklist tuk my mom. nk cr stokin.. nk cr stokin kasut tawaf tu pulak.. :)

    ReplyDelete
  13. Terima kasih atas info yg bermanafaat untuk saya yg baru pertama kali nak pergi. Tertanya-tanya apakah pakaian dan macamana jenis tudung yang perlu dibawa. Perkongsian puan sangat membantu saya. Semoga Allah merahmati puan atas prkongsian ini.

    ReplyDelete
  14. Alhamdulillah.. Bagus info..
    Cantik kasut puan. Mana nak cari tu..

    ReplyDelete
  15. as salam, mohon share info, kat mana nk beli kasut camtu yer?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam..cari dekat BATA ada..or kedai2 kasut biasa pun insyaAllah ada je. cari yang getah..sgt comfy :)

      Delete