Wednesday, May 16, 2012

APA YANG PERLU ADA DALAM BEG

Untuk posting yang ini saya nak bagi panduan APA YANG PERLU ADA DALAM BEG semasa kita nak ke masjid.
Bawaklah beg yang dirasa sesuai. Beg yang dibagi oleh agensi,beg sekolah,beg sling atau apa2 sahaja yang boleh untuk kita memuatkan perkara berikut :

1. Uncang kasut - (pastikan uncang kasut sentiasa ada dalam beg ya.bila dah masukkan kasut dalam uncang kasut bawa saja masuk ke dalam masjid letak sebelah kita. sebab ada kes uncang kasut yang letak dekat rak pun hilang sebab mungkin ada pekerja yang alih2 untuk dibersihkan.kasut adik saya pun hilang walaupun kitaorg letak di rak. kalau boleh uncang kasut ni jangan kongsi,satu sorang lebih baik.macam kes saya adik saya pegang uncang kasut kami tapi entah macamana kitaorg terpisah semasa tawaf jadi saya tak dapat cari dia.saya terpaksa balik ke hotel dengan memakai kasut saie tu saja..

2. Sejadah kecik/sejadah muka - (rupaya sejadah ni penting sangat.Kadang-kadang kita terlambat pergi ke masjid orang dah ramai,nak masuk ke dalam dah pack sangat jadi terpaksa sembahyang di luar.Jadi sejadah ni sebagai penyelamat supaya kita takdelah sujud kat atas lantai je.tapi pastikan sejadah yang kecik saja supaya tak menggangu jemaah sebelah kita atau boleh juga sejadah yg besar tapi nipis jadi kita boleh berkongsi dengan jemaah sebelah kita kalau dia takde sejadah..)

3. Kasut tawaf saie - ( yang ni pun pastikan ada sentiasa dalam beg.bila sampai kat masjid je bukak kasut terus pakai yang ni pula. )

4. Botol mineral - ( bawak yang kecik sudah untuk isi air zam-zam.setiap kali masuk masjid isi air zam-zam boleh bawak minum semasa tunggu waktu masuk dan bawak balik ke hotel.)

5. Tasbih / buku doa/ Quran kecil - ( supaya dapat berzikir,baca mengisi masa semasa menunggu waktu solat, isikan waktu dengan bermanfaat..jangan tidur atau bersembang dalam masjid..RUGI)

6. Handphone- (yang ni pilihan saja, kalau nak bawak untuk contact kalau2 terpisah atau dah berjanji mana2 tapi tak muncul2..bolehlah guna handphone..
btw peringatan ya UNTUK JEMAAH PEREMPUAN SEMASA DI MASJID NABAWI ANDA tidak dibenarkan  untuk membawa KAMERA,HP KAMERA..guard perempuan disini sangat strict..mereka akan check dulu beg anda sebelum masuk ke dalam masjid,klu dorang jumpa dorang akan suruh letak kat opis dorang..hp yang biasa2 dibenarkan..tapi apapun yang penting PANDAI-PANDAILAH NAK HIDUP jadi pandailah-pandailah untuk sembunyikan..hehe
UNTUK JEMAAH LELAKI takde masalah mereka bebas masuk ke dalam masjid nak bawak hp atau kamera tidak ada checking di pintu masuk
Kalau DI MEKAH pula, takde masalah boleh saja bawak masuk hp,kamera untuk ambil gambar.

7. GUNTING (semasa nak buat umrah)- gunting kecil jangan dilupakan.simpan siap2 dalam beg.yang kecil dan tajam nak guna semasa bertahalul nnti.



semasa di Masjid Nabawi pada waktu malam..cantik sangat :)

No comments:

Post a Comment