Sumber : Berita Harian Online 2014/05/28 - 15:50:17 PM
KUALA LUMPUR: Tepat jam 5.16 petang waktu Malaysia hari ini, matahari berada tegak di atas Kaabah di Masjidil Haram, Makkah.
Bagi jemaah yang sedang mengerjakan umrah di Makkah boleh menyaksikan fenomena itu pada jam 12.16 tengah hari waktu tempatan.
Umat Islam ditempat lain pula boleh menggunakan kesempatan itu untuk mencari arah kiblat dengan tepat.
Cara paling mudah untuk mencari arah kiblat pada waktu berkenaan ialah dengan memacakkan kayu atau tiang, atau di tepi dinding bangunan yang tegak tepat 90 darjah.
Pada jam 5.16 petang, perhatikan bayang-bayang yang terhasil oleh objek berkenaan.
Arah kiblat kita adalah arah yang berlawanan dengan bayang tadi. Fenomena sama akan berulang pada jam 5.27 petang pada 16 Julai akan datang.
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Sumber : ARAB NEWS FB PAGE
ZERO-SHADOW: The faithful brave the noon-day heat to perform Dhuhr prayer at the Kaaba at the Grand Mosque in Makkah on Wednesday, May 28, 2014, during which the sun was positioned directly over the holy city. Astronomers explain that the celestial phenomenon occurs twice every year — May 28 and July 16th — at the Grand Mosque because of its location between the equator and the Tropic of Cancer. (AN photos by Ahmad Hashad)
No comments:
Post a Comment