Wednesday, June 29, 2011

BERKUASA

8. Soalan :
Apa erti berkuasa dalam Ibadat Haji?

Jawapan :
Berkuasa seperti berupaya menunaikan Fardhu Haji sama ada dengan sendirinya atau dengan pertolongan orang lain.

9. Soalan :
Apa erti berkuasa dengan sendirinya ?

Jawapan :
Berkuasa dengan sendiri bererti : -
i)Mampu mengadakan bekalan dan perbelanjaan untuk diri dan saraan nafkah mereka yang di dalam tanggungan yang ditinggalkan
ii)Mampu mendapatkan kenderaan untuk pergi dan balik
iii)Aman perjalanan bagi diri dan harta dari musuh dan penyakit
iv)Sihat tubuh badan
v)Berkesempatan masa untuk mengerjakan Haji dan Umrah

10. Soalan :
Apa erti berkuasa dengan pertolongan orang lain ?

Jawapan :
Berkuasa dengan pertolongan orang lain ertinya seseorang itu telah cukup semua syarat untuk mengerjakan 'Ibadat Haji tetapi dia'uzur kerana sakit yang tiada harapan sembuh atau terlalu tua,maka beliau boleh mewakilkan kepada orang lain untuk menunaikan fardhu Haji bagi pihak dirinya.

11. Soalan :
Adakah orang buta wajib ke atasnya menunaikan fardhu Haji sekiranya tiada orang yang membantunya?

Jawapan :
Tidak wajib orang buta menunaikan fardhu Haji kecuali ada pembimbin dan ia berkuasa membayar perkhidmatannya.

12. Soalan :
Adakah tertunai Rukun Islam yang kelima bagi seorang yang belum mampu menunaikan Haji tetapi dengan pertolongan anak-anaknya beliau dapat menunaikan fardhu Haji ?

Jawapan :
Bakal Haji yang dapat menunaikan fardhu Haji dengan bantuan kewangan/pertolongan daripada anak-anaknya hajinya sah dan tertunai Rukun Islam yang ke-5.

No comments:

Post a Comment