Wednesday, December 19, 2012

SEJADAH MUKA




ni adalah sejadah kecil yang kami beli di Madinah. Harga cuma 5 riyal saja beli dekat peniaga tepi jalan on the way balik ke hotel lepas habis solat jemaah di Masjid Nabawi..:)

kenapa sejadah ini penting ? 
ini kerana kalau2 kita terlambat ke masjid dan orang dah penuh kita terpaksa solat di luar. kat luar beralaskan lantai saja la jawabnya. tapi takpe alaskan dengan kain kecil atau sejadah muka macam ni untuk dahi kita sujud.
kecil saja cukup untuk sorang atau bolehlah pusing untuk share dengan kawan sebelah kan..
bagi saya sejadah ni biarlah yang kecil2 saja cukup untuk kita sujud. tak perlu besar gedabak sebab kita akan ambik space orang dan kadang2 orang sebelah pun rasa besalah nak duduk sebab takut dengan sejadah kita yang besar tu. saya perhatikan jemaah2 negara lain memang ada yang bawak besar2..tapi kita jangan begitu jangan sesekali kita pentingkan diri kita. 

bawak saja sejadah muka yang kecil letak sentiasa dalam beg..nak bawa dari Malaysia pun tak pe atau nak beli kat Madinah or Mekah pun tak ada masalah..kami tepaksa beli ni pun sebab terlupa bawa dari Malaysia la.hehe

No comments:

Post a Comment