Thursday, December 27, 2012

MASUK KE RAUDHAH

Dengar perkataan RAUDHAH , rasa tenang sangat lepas tu terus terbayang makam Rasulullah. Ya Allah rindunya kat Rasulullah..


Raudhah juga disebut “Taman Syurga” berdasarkan pada hadis Nabi SAW :
“Diantara rumahku dan mimbarku adalah sebahagian Taman Syurga”

Raudhah ni dalam Masjid Nabawi. Sapa yang tak pergi masuk dalam rugi la.rugi sangat. Tempat berdoa paling makbul di Tanah Haram Madinah.
Bila masuk dalam tu memang ada satu feeling yang seolah Rasulullah tau kita datang. 
Nak tau kawasan Raudhah adalah bila mana kita dah terpijak karpet warna hijau. Karpet masjid nabawi warna merah. Itu bezanya..
Jadi untuk masuk ke Raudhah ada time untuk kaum wanita..Orang lelaki no problem anytime saja. hanya 3 waktu saja dibuka untuk perempuan iaitu :
1. lepas subuh sampai sebelum zuhur
2. lepas zuhur sampai asar
3. lepas isyak sampai tengah malam

Jadi kena guna masa ni betul-betul. Kecik saja ruang untuk orang perempuan.Memang berasak la,macam berperang dalam tu semua nak ruang yang terbaik. Selalunya jemaah dari Malaysia dan Indonesia akan jadi last group yang masuk ke Raudhah. Guard-guard perempuan tu dia susun group2 masuk ke Raudhah mengikut pada negara. so sebabkan kita ni jenis badan kecik-kecik jadi last-last la. walaupun menunggu agak lama tapi sempat la nak lama dalam tu.

Jadi tips yang saya nak bagi ialah : (bagi perempuan)
Pergi awal masa kawasan dah dibuka untuk orang perempuan masuk.Dan akan ada guard yang akan suruh duduk dalam group-group ikut negara. kalau pegi awal mungkin boleh berada kat group2 depan,tak kisah la negara mana pun ikut je. Bila berjalan ke dalam perhatikan bila dah terpijak karpet hijau itu adalah Raudhah. Kita boleh nampak makam Rasulullah dari bahagian tepi. Bila masuk terus ke depan atau ke tepi jangan berhenti tengah-tengah. Terus ke depan ambik spot untuk buat solat-solat sunat. Kalau tengah-tengah nanti ditolak orang belakang dan nak sujud nanti sure dipijak atau kepala kena pijak.sebab kepala saya kena duduk oleh makcik depan.haha sabar je lah sebab memang begitu  keadaannya. Lepas tu kita akan dengar guard-guard dia akan kata " Ibu, keluar ibu keluar (loghat arab ni) , dorang asik suruh keluar je..hiraukan...terus je solat dan berdoa. sebab tu saya kata cari tempat yang depan2 or tepi, jadi orang tak kacau. sembahyang slow-slow jangan rushing sampai kita selesai barulah keluar ikut laluan tu. dan tak boleh la kita nak lama2 sangat sebab kena bagi ruang kat orang lain nak solat jugak kan.

Kita kan masa nak masuk ke Raudhah tu kita dah nampak Makam Rasulullah pastu kita dah terpijak karpet hijau ntah tiba-tiba je terus menangis..terharu betul , memang rasa satu aura yang Rasulullah tau kita datang..:) 

Walaupun penuh kesukaran kat dalam Raudhah, tapi Allah bagi ruang juga kat saya untuk selesaikan semua solat-solat sunat yang saya nak buat + berdoa semua doa yang saya hajatkan + sampaikan salam  pada Rasulullah daripada semua kawan-kawan dan saudara yang mengirim..:)

Kaum lelaki takde masalah senang je untuk dorang. anytime boleh masuk. ruang besar. dari apa yang adik lelaki saya cerita. Dia siap boleh ke lubang tu lagi sampaikan salam untuk Rasulullah . tapi adik saya tak ambik gambar masa dia dalam Raudhah bahagian lelaki. kalau tak boleh share kat sini..:)

oh ya kalau pergi melawat perkuburan Baqi pun orang perempuan tak boleh masuk . Lelaki saja..Perkuburan baqi adalah tempat perkuburan bagi isteri-isteri dan anak-anak Rasulullah,sahabat-sahabat Rasulullah,para tabien, ulama-ulama salaf dan para shuhada.

Sebab apa tak boleh masuk ? = ada jemaah-jemaah perempuan dari negara-negara lain yang akan meraung,menangis,menjerit-jerit kat perkuburan ni. 

MOTIP : TAK TAU LA 
















semua pic di Perkuburan Baqi yang adik lelaki saya ambil 




ni pintu masuk Masjid Nabawi bagi kaum perempuan.
semua akan diperiksa untuk memastikan NO CAMERA , NO HP CAMERA, NO IPAD OR WHATEVA UNTUK MENGAMBIL GAMBAR.
Tapi sapa-sapa yang pandai tu selinap je bawak masuk. bukan dorang check details sangat :)

No comments:

Post a Comment