Friday, August 30, 2013

MENDOAKAN MEREKA YANG AKAN MENGERJAKAN HAJI



Mari sama-sama kita membaca doa ini mendoakan pada mereka yang akan berangkat mengerjakan haji pada minggu hadapan. Penerbangan pertama adalah pada 7 september iaitu pada hari Sabtu.Semoga selamat semuanya dan mudah semua urusan dan memperoleh haji mabrur pastinya.

Hari ni hari jumaat yang penuh keberkatan banyakkan berselawat, banyakkan berdoa semoga kita-kita yang belum berkesempatan ke Tanah Suci pasti akan ke sana secepat mungkin..Dengan izinNya..amin 



Thursday, August 29, 2013

JUBAH PUTIH COTTON RENDA



Alhamdulillah, customer yang beli jubah cotton renda untuk mak pergi haji.

Terima kasih 

Wednesday, August 28, 2013

MAXI DRESS COTTON


1.Maxi Dress Belang Merah 
Stok ada - 10 helai saja
Harga - RM119
FREE SIZE

2.Maxi dress belang koko oren
Stok ada - 4 helai saja
Harga - RM119
FREE SIZE


No booking. First come first serve. 


Dark blue 
Stok ada - SOLD
Harga - RM99
FREE SIZE ( fit S - L)

*pic daripada customer yang pergi umrah 

Tuesday, August 27, 2013

KASUT STOKING KOREA




Assalamualaikum semua.

KASUT STOKING KOREA PIC 1 denim blue black & PIC 2 stripes SOLD OUT . yang ada Pic 3 dan Pic 4 saja tapi dah tak banyak. habis stok yang ni kena tunggu stok dari Korea sampai ya.

harap maklum

terima kasih 

Monday, August 26, 2013

KATALOG HAJI 1434



Jubah Putih Ihram Cotton Renda

RM139

-mempunyai poket kiri kanan
-ada zip di bahagian depan
-dalam pakai seluar dan tshirt atau inner panjang
-kain cotton , selesa dan sejuk

S, M , L, XL, 2XL








Nosk Penapis hidung

1 pek ada 2 unit = RM20
1 kotak ada 5 pek = RM95









Friday, August 23, 2013

NOSK PENAPIS HIDUNG


#NOSK #PENAPIS HIDUNG untuk #jemaah #haji

1 pek ada 2 unit = RM20
1 kotak ada 5 pek = RM100
(tidak termasuk postage)

#Kelengkapanhajidanumrah membuka order untuk nosk /penapis hidung ini. 

Memandangkan stok adalah terhad jadi yang betul-betul berminat boleh buat order dan bankin duit. Hari selasa insyaAllah boleh dipos terus bila stok sampai.

--> Boleh guna semula : syor setelah 8 jam digunakan, #NOSK direndam , dibilas dengan air bersih perlahan-lahan dan dikering sebelum sebelum diguna semula (8x basuhan untuk setiap 1 unit Nosk)

berminat terus SMS or inbox dekat FB ya. terima kasih

Tuesday, August 20, 2013

Jubah Putih Cotton Renda

Alhamdulillah gambar yang diberikan oleh customer yang baik hati semasa beliau pergi kursus haji perdana sabtu lepas di Pahang.

Kakak ni pakai jubah putih cotton renda. Selain daripada jubah cotton yang dibeli daripada Kelengkapan Haji & Umrah,beliau juga pakai sarung lengan putih dan juga stoking hajjah.
Alhamdulillah semuanya selesa katanya.

terima kasih kak untuk gambar dan tips semuanya.sama-sama share dengan semua orang.
Semoga Allah memudahkan perjalanan haji nanti, amin ..




TIPS HAJI




tips yang diberikan oleh customer saya yang pergi kursus haji perdana di negeri Pahang pada Sabtu dan Ahad lepas.
terima kasih kak kerana berkongsi 

Monday, August 19, 2013

JUBAH PUTIH IHRAM WANITA

PAKAIAN IHRAM JEMAAH WANITA


Jubah Putih Ihram Cotton Renda

RM139


-mempunyai poket kiri kanan
-ada zip di bahagian depan
-dalam pakai seluar dan tshirt atau inner panjang
-kain cotton , selesa dan sejuk

S, M , L, XL, 2XL

ukuran 


Thursday, August 15, 2013

Tarikh-tarikh penting HAJI 1434H


Jadual Penerbangan Musim Haji 1434H

Untuk makluman, jadual penerbangan haji akan dikeluarkan secara berperingkat-peringkat. Sekiranya sebelum ini anda telah mendapat tawaran dan membalas untuk menerima tawaran haji 1434H/2013M, anda disarankan untuk menghubungi THCC dari semasa ke semasa bagi semakan Jadual Penerbangan Haji.

Namun begitu, sekiranya status haji anda masih lagi rayuan, dukacita dimaklumkan rayuan bagi menunaikan haji 1434H/2013M adalah tidak berjaya. Anda disarankan untuk mengemukakan surat rasmi rayuan haji bagi tahun hadapan 1435H/2014M setelah operasi haji tahun ini tamat sepenuhnya.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Tabung Haji Contact Center (THCC) di talian 03 62071919. -THCC

Sumber : FB Official : Lembaga Tabung Haji 

Langkah-langkah menjaga kesihatan semasa musim haji

sumber : FB official : Lembaga Tabung Haji

Ibadat haji memerlukan tahap fizikal dan mental yang optimum, persediaan ini amat penting dalam menghadapi perbezaan suasana di Mekah berbanding di Malaysia. Dari tahun ke tahun, cabaran yang akan dihadapi mungkin berbeza daripada segi cuaca, suasana dan keadaan semasa.

Cabaran menghadapi penyakit berjangkit terutama ketika musim haji yang menghimpunkan jutaan umat Islam dari serata dunia, juga tidak kurang hebatnya. Umpamanya pada 2003, wabak Seevere Acute Respiratory Syndrome (SARS) yang menggemparkan dan wabak Pandemik Swine Flu (H1N1) yang melanda dunia pada 2009 turut memberi kesan kepada jemaah haji seluruh dunia. Manakala, pada tahuh 2012, Pertubuhan Kesihatan Sunia (WHO) melaporkan kes jangkitan virus yang dinamakan Middle East Respiratory Syndrome Corona Virus (MERS-CoV) yang dahulunya dikenali sebagai Novel Coronavirus telah dikesan dari negara-negara di Asia Barat.

Persediaan sebelum berangkat

1.Sentiasa memastikan tahap kesihatan berada dalam keadaan baik, khasnya yang berpenyakit kronik seperti asma, penyakit salur pernafasan tersekat kronik (COPD), sakit jantung, diabetes dan lain-lain.

Kerajaan Arab Saudi mencadangkan agar bakal jemaah haji warga emas dan yang mempunyai penyakit kronik menangguhkan pemergian.

2.Mengambil vaksin tambahan iaitu vaksin influenza dan Pneumococcal (amat digalakkan) terutama yang berumur atau mempunyai penyakit kronik dan mengikut nasihat pegawai perubatan.

3.Membawa bekalan penutup mulut dan hidung (mask) yang mencukupi dan pencuci tangan (hand sanitizer) untuk kegunaan sendiri semasa berada di Mekah dan dalam kapal terbang.

4.Sentiasa mengikuti perkembangan semasa mengenai wabak ini dan langkah pencegahan yang perlu diambil dari semasa ke semasa.

Pencegahan di Mekah

1.Sentiasa mengamalkan tahap kebersihan diri yang tinggi, seperti kerap mencuci tangan, terutama selepas batuk, bersin atau selepas bersalam.

2.Sentiasa membawa penutup hidung dan mulut seta pencuci tangan untuk digunakan ketika perlu.

3.Sentiasa mengamalkan etika batuk (cough etiquette) yang baik.

4.Mengelakkan daripada mengambil makanan mentah atau tidak dimasak sepenuhnya.

5.Membasuh buah-buahan dan sayur-sayuran terlebih dahulu sebelum dimakan.

6.Mengelak minum air tidak terawat.

7.Memakai penutup hidung dan mulut sekiranya terdapat tanda-tanda jangkitan MERS-CoV dan dapatkan rawatan segera.
Secara amnya, semua bakal haji mempunyai risiko untuk mendapat jangkitan virus MERS-CoV ini. Lantas, sebagai salah satu ikhtiar, semua bakal haji dan kakitangan Tabung Haji yang bertugas di sana mestilah mengambil langkah yang dinyatakan di atas. Di samping itu, berdoa ke hadrat Allah SWT supaya bebas daripada jangkitan.



Sumber : Utusan Malaysia, 26 Julai 2013
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...