sumber : FB official : Lembaga Tabung Haji
Ibadat haji memerlukan tahap fizikal dan mental yang optimum, persediaan ini amat penting dalam menghadapi perbezaan suasana di Mekah berbanding di Malaysia. Dari tahun ke tahun, cabaran yang akan dihadapi mungkin berbeza daripada segi cuaca, suasana dan keadaan semasa.
Cabaran menghadapi penyakit berjangkit terutama ketika musim haji yang menghimpunkan jutaan umat Islam dari serata dunia, juga tidak kurang hebatnya. Umpamanya pada 2003, wabak Seevere Acute Respiratory Syndrome (SARS) yang menggemparkan dan wabak Pandemik Swine Flu (H1N1) yang melanda dunia pada 2009 turut memberi kesan kepada jemaah haji seluruh dunia. Manakala, pada tahuh 2012, Pertubuhan Kesihatan Sunia (WHO) melaporkan kes jangkitan virus yang dinamakan Middle East Respiratory Syndrome Corona Virus (MERS-CoV) yang dahulunya dikenali sebagai Novel Coronavirus telah dikesan dari negara-negara di Asia Barat.
Persediaan sebelum berangkat
1.Sentiasa memastikan tahap kesihatan berada dalam keadaan baik, khasnya yang berpenyakit kronik seperti asma, penyakit salur pernafasan tersekat kronik (COPD), sakit jantung, diabetes dan lain-lain.
Kerajaan Arab Saudi mencadangkan agar bakal jemaah haji warga emas dan yang mempunyai penyakit kronik menangguhkan pemergian.
2.Mengambil vaksin tambahan iaitu vaksin influenza dan Pneumococcal (amat digalakkan) terutama yang berumur atau mempunyai penyakit kronik dan mengikut nasihat pegawai perubatan.
3.Membawa bekalan penutup mulut dan hidung (mask) yang mencukupi dan pencuci tangan (hand sanitizer) untuk kegunaan sendiri semasa berada di Mekah dan dalam kapal terbang.
4.Sentiasa mengikuti perkembangan semasa mengenai wabak ini dan langkah pencegahan yang perlu diambil dari semasa ke semasa.
Pencegahan di Mekah
1.Sentiasa mengamalkan tahap kebersihan diri yang tinggi, seperti kerap mencuci tangan, terutama selepas batuk, bersin atau selepas bersalam.
2.Sentiasa membawa penutup hidung dan mulut seta pencuci tangan untuk digunakan ketika perlu.
3.Sentiasa mengamalkan etika batuk (cough etiquette) yang baik.
4.Mengelakkan daripada mengambil makanan mentah atau tidak dimasak sepenuhnya.
5.Membasuh buah-buahan dan sayur-sayuran terlebih dahulu sebelum dimakan.
6.Mengelak minum air tidak terawat.
7.Memakai penutup hidung dan mulut sekiranya terdapat tanda-tanda jangkitan MERS-CoV dan dapatkan rawatan segera.
Secara amnya, semua bakal haji mempunyai risiko untuk mendapat jangkitan virus MERS-CoV ini. Lantas, sebagai salah satu ikhtiar, semua bakal haji dan kakitangan Tabung Haji yang bertugas di sana mestilah mengambil langkah yang dinyatakan di atas. Di samping itu, berdoa ke hadrat Allah SWT supaya bebas daripada jangkitan.
Sumber : Utusan Malaysia, 26 Julai 2013
No comments:
Post a Comment