Thursday, August 15, 2013

Jadual Penerbangan Musim Haji 1434H

Untuk makluman, jadual penerbangan haji akan dikeluarkan secara berperingkat-peringkat. Sekiranya sebelum ini anda telah mendapat tawaran dan membalas untuk menerima tawaran haji 1434H/2013M, anda disarankan untuk menghubungi THCC dari semasa ke semasa bagi semakan Jadual Penerbangan Haji.

Namun begitu, sekiranya status haji anda masih lagi rayuan, dukacita dimaklumkan rayuan bagi menunaikan haji 1434H/2013M adalah tidak berjaya. Anda disarankan untuk mengemukakan surat rasmi rayuan haji bagi tahun hadapan 1435H/2014M setelah operasi haji tahun ini tamat sepenuhnya.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Tabung Haji Contact Center (THCC) di talian 03 62071919. -THCC

Sumber : FB Official : Lembaga Tabung Haji 

No comments:

Post a Comment