Tuesday, April 30, 2013

TAWAF WADA'

Assalamualaikum semua.

Pada kursus haji Ahad lepas tajuk yang kita belajar ialah TAWAF WADA'.
Jadi ni serba sedikit catatan tentang tawaf wada' dan hal ini sangat penting untuk difahami oleh para jemaah haji dan umrah sekali.


Tawaf Wada' ialah tawaf selamat tinggal yang wajib dilakukan bagi mereka yang hendak meninggalkan Makkah lebih dari 2 Marhalah (lebih kurang 56 batu atau 91 kilometer) dan lebih.

Tawaf Wada' hukumnya adalah WAJIB. Jikalau tidak buat maka damnya adalah seekor kambing. 

Tapi jikalau mengalami uzur syari'e tidak perlu melakukan :
1. Perempuan haid , nifas atau mustahadhah di dalam tempoh haid.
2. Penyakit salisulbaul (kencing tidak lawas)
3. Luka,nanah,darah yang boleh menajiskan masjid.
4. Orang yang dipaksa meninggalkan tawaf.
5. Takut dizalimi.
6. Takut ditinggalkan rakan seperjalanan.
7. Bimbangkan keselamatan diri dan hartanya.
8. Tidak punyai air atau debu atau tanah untuk bersuci.

Ni nota-nota yang dalam buku ya..tak larat saya nak tulis.banyak sangat.hehe





TOLONG AMBIL PERHATIAN : USTAZ CAKAP JEMAAH MALAYSIA BANYAK LAKUKAN PERKARA INI YANG MENYEBABKAN TAWAF WADA TERBATAL.

PERKARA YANG TIDAK BOLEH DILAKUKAN




tolong take note tentang perkara ini ya..tq 

yang menyampaikan kursus haji ini ialah Tuan Haji Lukmanul Hakim Haji Hanafi - Pakar rujuk Lembaga Tabung Haji



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...