Ini cerita tentang keluarga arab. Tiba-tiba kita ada saudara mara yang tinggal di Mekah pulak.
family Arab dan Malaysia dalam kenangan :)
Alkisahnya bila dah tau yang kita akan pergi Mekah , jadi kabar gembira pun disampaikan pada saudara-saudara yang tua. Contohnya macam mak-mak saudara. Pesanan dari orang-orang tua ialah " jangan lupa cari saudara yang kat Mekah tu "
Wah kita ada saudara di Mekah la..haha sangat excited. Tak sangka ada family orang Arab. So kita pun dapatkan contact no dari mak saudara sebab family Arab ni pernah turun Malaysia tapi saya n adik-adik tak pernah jumpa dengan diorang sebab belum ada rezeki. Bila mereka ni datang Malaysia pesanan mereka ialah " Jangan lupa datang rumah kami bila datang buat umrah atau haji "
So kita ringkaskan cerita bila sampai di Madinah, hari ke 2 macam tu umi saya telefon saudra kita yang bernama Halimah untuk memberitahu kedatangan kami sekeluarga mengerjakan umrah. Halimah ni kira pangkat tok dengan saya. Yang paling best ialah Halimah boleh cakap melayu dengan fasih tapi slang Kedah + bunyi Arab. hehe memang kagum la.
Setelah berada di Madinah beberapa hari kita pun berangkat ke Mekah. Janji dengan mereka ialah habis buat umrah kita akan pergi menziarahi mereka..Alhamdulillah hari ke 3 or 4 kita telefon Halimah balik kata kita free sebab dah selesai buat umrah dan pergi ziarah. Jadi hari yang tak ada ziarah luaran tulah yang kita pergi rumah diorang ni.
Kami adik-beradik ni punyalah excited. Tak tau nak gambarkan macamana. Janji dengan Halimah malam. Dia datang dengan driver ambik kami di depan hotel. Dalam kereta kita pun sembang-sembang dalam bahasa melayu kedah + slang Arab. heheh dengar kelakar sangat .. Tapi dalam hati ni berdebar-debar jugak sebab kami bukan menuju ke rumah Halimah tapi pergi ke rumah Ammi Rahim (ni pangkat moyang dengan saya ).
Perjalanan dari hotel ke Aziziyah (still dalam Mekah ) sekejap je.Tup tup kita dah sampai..Bila sampai di kawasan perumahan tu nampak bangunan kotak je meninggi ke atas. Dengan perasan gundah gulana sebab tak tau cakap Arab , macamana nak communicate kan.
Kami disambut oleh isteri Ammi, Alawiyyah..lawanyaa makcik ni,hehe , cuma cakap Assalamualaikum sambil senyum-senyum dan salam.Kita masuk dalam rumah tu besarnya, eh tengok kat luar kan nampak kosong je.tak berseri.masuk je dalam wah mahligai :) rumah diorang banyak ruang ... memang real la saya datang rumah arab.haha
Ammi pun keluar , ammi cakap SELAMAT DATANG..family semua ok ka..waaaa ammi pun cakap melayu slang kedah bunyi arab..memang terbaik lah..untuk pengetahuan bapak ammi ialah orang melayu yang berhijrah ke Mekah zaman dulu-dulu. Jadi ammi ialah orang melayu yang dilahirkan disana. Kiranya ammi ni ialah moyang saudara saya..kot..hehe
Kami pun dikenalkan dengan anak-anak ammi, cucu-cucu ammi. cantik-cantik dan hensem-hensem (muka arab la ). Yang boleh cakap melayu cuma Ammi dan Halimah. Jadi tukang terjemah ialah Halimah dan kita cakap English dengan anak-anak Ammi. Tap sebabkan malu-malu kucing lebih banyak senyum dari bersembang.haha
Sebelum nak makan malam tu kami dihidangkan dengan manisan-manisan, teh halia arab, gula-gula dan kacang-kacang.Tiba saat makan malam memang terkejut dengan makanan yang dihidangkan. ada 2 talam besar nasi mandi dengan ayam seekor atas nasi setiap dulang. tepi-tepi dulang penuh dengan makanan-makanan sampingan . Macam ni caranya orang Arab menjamu tetamu ya. Mereka asik suruh kita makan je. Orang Malaysia kan makan sikit je. Macam saya makan bila dah habis makan memang jarang tambah. Tapi Alawiyah dah bersedia dengan senduk untuk mencedok lagi makanan ke pinggan kami. Dengan cakap NO NO dan sign tangan menunjukkan dah kenyang di perut.haha mangsa kena tambah makanan adalah umi saya dan adik lelaki saya..haha kesian dorang.
Habis makan kita pun bergerak ke ruang tamu balik. Bermulalah sesi penceritaan sejarah keluarga di Malaysia dan di Arab dan juga sesi mengenalkan diri masing-masing Semua excited. Memang bising ruang tamu tu dengan bahasa arab, bahasa melayu dan bahasa Inggeris sikit.
Ok rasanya cukuplah cerita ni rasa panjang sangat dah..Tapi yang pasti mereka sangat gembira kerana kami adalah keluarga Malaysia yang pertama yang sampai di rumah mereka. Walaupun ada saudara-saudara lain yang pergi buat umrah dan haji tapi alhamdulillah rezeki kami untuk sampai dulu di rumah mereka. Tu yang dorang excited dan teruja sangat tu. sampai berkali-kali Alawiyah suruh kami makan dan cakap suruh datang lagi. Ammi siap suruh kami extend hari lagi kat Mekah. haha
Sampai sekarang pun saya masih contact dengan anak Ammi, Amru namanya..hehe
oklah sekian cerita saya pada hari ni..
sebelum tu mari lihat gambar-gambar sepanjang di rumah Ammi
tengok tu talam besar macam tu . dah la tak habis.membazir je.orang Malaysia memang makan sikit je.huhu
anak menantu cucu Alawiyah dan Ammi. Alawiyah tu yangpakai jubah pink.
Ammi + anak -anak dan cucu-cucu dia
tu dia adik saya yang ketiduran sebab teman sebaya tak bersembang cuma senyum-senyum je
Pic ni Amru yang ambik , ntah apa yang umi saya tengah khusyuk sembang dengan Halimah tu
ni cucu Ammi, suka sangat datang kat saya..hehe
bersambung nanti cerita di rumah Halimah pula :)
No comments:
Post a Comment