Monday, February 25, 2013

KURSUS HAJI 1434 H/ 2013 M

Assalamualaikum semua

Semalam 24.2.2013 , saya telah mendaftar di Kursus Haji. Walaupun terlambat 2 minggu dimana kesibukan pada hari Ahad2 yang lepas dan Alhamdulillah minggu ni berjaya juga saya menghadirkan diri. Perjalanan kursus masih di awal dan tidak masuk momentum-momentum lagi. Yang menyampaikan ceramah adalah seorang ustaz dari Lembaga Tabung Haji Malaysia. saya lupa nama. nanti saya akan update lain..Penyampaian yang sangat bagus,penuh pengisian jadi waktu selama 2 jam itu berlalu terlalu cepat. Dan saya tidak sabar untuk pergi kursus yang minggu depan pula..:)




Dan atas saranan penceramah kami dianjurkan untuk ada 2 jenis buku. 

1 . NOTA KURSUS ASAS HAJI 
     Terbitan : Tabung Haji 
      Harga : RM20 



2. KITAB AL - TAUDHIH - PANDUAN LENGKAP KE ARAH KESEMPURNAAN IBADAH HAJI   & UMRAH - SYARH AL-IDHAH FI MANASIK AL-HAJJI WA AL-UMRAH  - 
    Karya :  DR. ZULKIFLI MOHAMAD AL-BAKRI 
    Harga :  RM60

Kitab ini adalah panduan lengkap. Harus dimiliki bagi bakal-bakal jemaah haji.

Ok sekarang saya nak kongsikan apa yang sempat saya tulis di dalam kursus semalam. Sebenarnya dalam NOTA KURSUS HAJI tu dah ada semua ya. tapi saya just nak share saja..:)

Antara isi-isi penting yang saya catat ialah :

  • Pergi haji bukan untuk berehat dan tidur di dalam hotel tetapi adalah untuk berada di Masjidil Haram dan beribadah di dalamnya. - saya dah baca buku 50 tips Motivasi Haji dari Prof Kamil juga menyatakan begitu. 15/16 jam kena berada di dalam masjid.
  • Pergilah haji masa muda,masa ada duit,masa sihat. Tak kiralah anda banyak dosa ke, penzina,pemabuk,atau bermacam kejahatan yang pernah buat pergilah mohon keampunan dari Allah.Bersungguh-sungguhlah mintak ampun,insyaAllah akan dihapuskan semua dosa dan akan bersih seperti bayi baru lahir.
  • Rasulullah S.A.W bersabda : 120 rahmat turun ke Kaabah setiap hari , 60 untuk orang yang tawaf, 40 untuk orang solat depan Kaabah dan 20 untuk orang yang hanya memandang Kaabah. Subhanaallah.
Kelebihan Haji Dan Umrah

  1. Mendapat status "Tetamu Allah S.W.T".
  2. Mendapat ganjaran yang besar.
  3. Selamat daripada kecelakaan seksaan sebagai yahudi dan nasrani.
  4. Mendapat syafaat di dalam doa dan keampunan Rasulullah S.A.W.
  5. Bersih seperti bayi yang baru lahir.
  6. Antara jihad yang paling utama.
  7. Haji yang mabrur balasannya adalah syurga.
Manfaat Duniawi
  1. Pertemuan orang Islam seluruh dunia.
  2. Kepentingan perniagaan dan ekonomi
  3. Menunjukkan persamaan antara orang Islam
Manfaat Ukhrawi

  1. Kem latihan penumpuan ibadat.
  2. Kem Latihan membentuk keperibadian muslim.
  3. Latihan supaya bersedia untuk meninggalkan alam dunia.
  4. Mendapat ganjaran pahala melihat Kaabah.
  5. Melatih diri supaya mengikhlaskan amalan hanya kerana Allah.
  6. Mendapat Haji Mabrur.
Tingkatan Ibadat Haji

Haji Mabrur
Ini haji yang paling tinggi dan istimewa. Diampun segala dosanya.Mengekalkan ibadat hingga akhir hayat dan dijamin masuk syurga.

Haji Makhsus
Haji yang sah dan diampunkan segala dosa-dosa.

Haji Maghbul
Haji yang diterima

Haji Mardud
Haji yang tidak diterima kerana kekurangan syarat-syarat dan rukunnya.

ok nilah sebahagian yang saya belajar semalam. Yang selebihnya kena baca buku n kitab tu.

Semoga bermanfaat ya.
terima kasih :)


2 comments:

  1. Salam.. dimana blh dptkan buku keluaran tabung haji ni ye.. ditempat sy mereka xsediakan buku ni... klau blh sy nak beli 2 naskah buku ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam.
      selalunya buku-buku ini memang dijual di kursus2 haji. Kursus yang dibuat di Masjid-masjid memang attach dengan ustaz-ustaz dari Tabung Haji. Mungkin boleh bertanya dengan penceramah di tempat tuan/puan :)

      tak silap saya kalau google ada PDF untuk nota kursus haji ni boleh download.tak ingat saya link dari ustaz mana. nnti kalau sy jumpa saya update ya.

      Delete