saya nak kongsi beberapa benda yang menarik , mesti cuba , mesti beli,mesti perhati,mesti tengok.. :)
Antara yang best di Tanah Suci ialah :
1. Jus buah warna warni - semasa di Madinah kita terjumpa dengan jus yang sangat cantik,sangat warna warna-warni dan sangat sedap. Harga cuma 4 riyal saja (harga di Madinah ). Harga di Mekah mahal sikit 6 riyal. Ada banyak flavor. antaranya mangga, kiwi, n beberapa lagi buah lain . First time jumpa jus macam ni,pekat ,manis dan diulang sangat sedap. Setiap kali balik dari masjid mesti singgah beli, tak kira di Madinah atau di Mekah..So carilah yer jus warna warni ni nnti :)
ni jus warna warni. cantikkan :)
kalau minum jus ni kawannya mesti shawerma (roti kebab)
2. Inai Mekah - Ingat lagi masa zaman kecik-kecik orang cakap inai Mekah adalah yang terbaik sedap bila pakai warna akan jadi merah,terang. Mesti nak pesan pada sapa-sapa yang pegi Mekah jangan lupa belikan inai. Tapi memang betul sila cari inai dan beli banyak-banyak bawak balik Malaysia. Harga cuma 5 riyal. Perempuan-perempuan kulit gelap dari Afrika yang jual. Dekat luar Masjidil Haram ada dan ada jugak dijual di Jabal Rahmah , Arafah. Kami beli 5bungkus rasanya dan ada lagi 2bungkus. Sebab apa inai ni best , untuk letak kat rambut la buat rawatan sendiri kat rumah. Campur dengan yogurt plain dan letak dekat kepala.kepala rasa sejuk dan rambut jadi sihat. Sila beli ya..
3. Pekerja-pekerja masjid - Perhatikan, uniform pekerja-pekerja di Masjid adalah warna hijau. Kerja mereka ialah membersihkan kawasan-kawasan masjid pastikan kebersihan lantai, angkat tong air zam-zam isikan penuhkan, mop lantai . Untungkan dapat kerja di dalam Masjidil Haram dan Masjid Nabawi,walaupun cuma cleaner tapi sangat berkat kerjanya..Jadi sediakan duit 1 riyal banyak2. Setiap kali nak pergi masjid atau balik dari solat mesti berselisih dengan mereka ni kasi la duit pada mereka. Sapa yang kita jumpa bagi je. Sedekahkan..:)
- maaf tak ada gambar, boleh google ya uniform dorang macamana
4. Peminta sedekah - Ni kena hati-hati. Jangan bagi sebarangan pada yang duk mengikut. Kalau kita bagi pada sorang, yang lain akan menyerbu. Geng-geng dia akan nampak saja. Kalau di Masjidil Haram , dekat luar pintu masuk waktu-waktu tertentu sebelum solat akan berbaris anak-anak peminta sedekah,ada yang kudung betul,tapi kebanyakkan nya tipu je . budak-budak ni masukkan tangan dalam baju n pura-pura nangis,jerit-jerit minta duit. Ini sindiket sebenarnya sebab kalau perasan ada perempuan yang seolah jadi guard tunggu kat tepi.dok awasi budak-budak ni. Bila ada penguatkuasa datang je bertempiaran lari. Tapi bila penguatkusa pegi dorang datang balik. Lagi satu hati-hati dengan perempuan jubah yang berpurdah pakai hitam yang mintak duit dia akan datang cuit-cuit badan kita mintak duit. Jaga-jaga takut dorang himpit kita dan seluk kat poket or beg. Sebab salah seorang kawan dalam group kami hilang hp. Ada group datang himpit2 , dia ingat biasa ja , bila cek poket handphone sudah hilang. Jadi hati-hati ya..:)
antara budak yang belakon kudung tangan, sebenarnya tangan dia ada je dalam baju tu
yang menjual barang-barang beralaskan kain je bila penguatkuasa datang, lariiiii
berbaris budak-budak ni , kesian tengok , ada yang mak-mak yang menjaga dorang ni ketuk kepala sebab ada yang tak nak mintak sedekah
Pegawai ni datang suruh perempuan ni masuk dalam van, dia protes duduk atas jalan. tapi akhirnya kena angkut jugak
5 . Kucing Mekah - Dekat Mekah banyak kucing. dekat bangunan yang dirobohkan tu , dekat jalan-jalan, tepi-tepi lorong...tapi kucing kat sana sangat menyedihkan..kotor,luka-luka..tak tau la kenapa,lalat hurung..mungkin sebab dekat Mekah agak berdebu ya dan dalam proses pengubahsuaian hotel-hotel dan kedai-kedai lama dirobohkan untuk pembesaran Masjidil Haram.
ni kucing yang kita jumpa dekat luar hotel , depan mata kami ada pekerja hotel yang sepak dia..teruk betul perangai.
kucing ni gemuk tapi kotor. yang best nya tak takut dengan manusia,manja. kita belikan dia shawerma ayam,habis dia makan..next time datang sini kena bawak friskies supaya boleh bagi kat kucing.hehe
ada pakcik yang baik hati dekat lorong belakang kedai2 yang runtuh bagi makan roti dekat kucing-kucing
ni antara yang saya dapat kongsi..selamat ya semua bila pergi sana :)
saja blogwalking tips2 ke sana persediaan moga2 tcapai impian mjejak kaki ke sana... setakat ni blog awak jelah yg ade tips psl kucing ni as an animal lover mmg good tip nih... 😊 terima kasih atas perkongsiannya ya... oh ya.. lupa plak nk tny... kat sana ada x jual minyak kasturi kijang ke? atau lebih kepada high end perfume n minyak attar ya?
ReplyDelete