Thursday, January 17, 2013

SYARAT BARU BAGI JEMAAH PEREMPUAN

Mulai 2013 Kerajaan Arab Saudi telah mengetatkan peraturan baru dimana jemaah perempuan yang berumur 45 tahun ke bawah dan jemaah lelaki yang berusia kurang dari 18 tahun yang ingin mengerjakan umrah tetapi tidak mempunyai mahram yang sah tidak akan mendapat visa. 
Telah disahkan oleh beberapa orang customer saya dimana mereka tidak dapat pergi kerana Kedutaan Arab Saudi telah menolak permohonan visa berikutan penguatkuasaan undang-undang baru ini.
Jadi bagi memudahkan bakal-bakal jemaah yang berhajat mengerjakan umrah dalam waktu terdekat atau beberapa bulan lagi sila AMBIL PERHATIAN. 
CONFIRMKAN DENGAN TRAVEL YANG AKAN ANDA IKUT NANTI TENTANG HAL INI. 
PASTIKAN JUGA ANDA MEMPUNYAI MAHRAM SEPERTI DALAM CATATAN BERIKUT :

PERATURAN PERMOHONAN VISA

Semua jemaah wanita yang berumur kurang dari 45 tahun atau jemaah lelaki yang berumur kurang dari 18 tahun pada tarikh permohonan visa umrah TETAPI TIDAK DITEMANI MAHRAM tidak akan diluluskan visa umrah oleh Kedutaan Arab Saudi lagi.

Contoh mahram yang dibenarkan dan dokumen diperlukan :-

1. Suami – surat nikah;

2. Bapa kandung – surat beranak;

3. Adik beradik lelaki kandung – surat beranak

4. Bapa saudara kandung – surat beranak wanita, surat beranak ibu/ bapa dan surat beranak bapa saudara

5. Datuk kandung - surat beranak wanita dan surat beranak ibu/ bapa


AMBIL PERHATIAN  DAN SILA ALERT DENGAN SAUDARA MARA KAWAN2 YANG BERHAJAT PERGI TETAPI TIDAK MEMPUNYAI MAHRAM. 

Kepada semua yang permohonan visa ditolak dan hajat untuk mengerjakan umrah tidak kesampaian, jangan bersedih lama2 ya. Sentiasa yakin pada Allah yang perancangan Allah adalah yang terbaik untuk kita. 

SEMANGAT YA !


No comments:

Post a Comment