Tajuknya minggu ke4 tapi untuk saya baru minggu ke2 mengikuti Kursus Haji ini. Kursus dimulai lebih awal dari minggu lepas, jadi kita pun bergerak dari rumah lebih awal.
Maxi dress polkadot ni sangat selesa dipakai . free saiz tapi sesuai untuk orang S, M dan L sahaja. RM70
Alhamdulillah lebih kurang pukul 2:10 petang dan Alhamdulillah dapat meja.senang nak menulis. last week tak dapat sebab datang lambat. Kesimpulannya dimana saja kita berada nak dapat tempat terbaik kena datang awal. Nak saf yang terbaik dan depan kenalah datang awal :)
Kursus dimulakan dengan kata-kata ringkas dari Ustaz Lukman. Beliau merupakan seorang pakar rujuk dari Lembaga Tabung Haji yang sangat berpengalaman dan pakar dalam hal-hal berkaitan haji dan umrah.
Tajuk yang kita akan belajar pada minggu ini ialah :
TALBIAH
Dengar talbih dalam video di atas, menusuk jantung betul. Ingat lagi masa buat umrah dulu , kita semua dalam bas dari Madinah dengan berpakain ihram melaungkan talbiah ni bersama-sama dengan mutawwif. Berlinang air mata.Perasaan berdebar-debar menuju Ke Mekah
Aku datang memenuhi panggilan Mu , Tiada sekutu bagiMu , Aku datang memenuhi panggilan Mu.
Setelah habis tentang talbiah kita masuk pada RUKUN HAJI.
Rukun Haji - Pekerjaan yang mesti dilakukan oleh jemaah haji ketika mengerjakan haji. Jika tidak ditunaikan, haji seseorang tidak sah dan tidak sempurna, tergantung dan masih tertakluk dengan larangan ihram.
Jika tertinggal salah satu daripada rukun haji :
- tak sah haji
- berdosa
- dikenakan dam
- kena qadha haji
ini disebut Haji Mardhud.
Rukun Haji ada 6
- Niat ihram haji
- Wuquf di Arafah
- Tawaf haji
- Sa'ie haji
- Bercukur atau bergunting
- Tertib pada kebanyakkan rukun haji
Wajib Haji - Pekerjaan yang wajib dilakukan ketika mengerjakan haji. Jika tidak mengerjakan salah satu daripadanya haji tersebut tetap sah tetapi dikenakan dam menurut syarat-syaratnya dan menanggung dosa jika meninggalkan perkara tersebut dengan sengaja.
Wajib Haji ada 6 :
- Niat di Miqat atau sebelum Miqat
- Larangan ihram
- (Bermalam) Mabit di Mudzalifah
- Melontar Jamrah Kubra 10 Zulhijjah
- Melontar Ketiga-tiga Jamrah pada 11,12,13 Zulhijjah
12 perkara di atas (rukun haji + wajib haji ) wajib kena buat
Cara Mengerjakan Haji
Ada 3 cara mengerjakan haji :
1. Haji Ifrad
2. Haji Tamattu'
3. Haji Qiran
Menurut ustaz, Haji Tamattu' merupakan pilihan paling glemer bagi jemaah haji Malaysia kerana syarat-syarat dalam cara ini lebih mudah.
Makna dan Niat Haji-haji ni boleh dicari dalam buku ya.
Seterusnya kita masuk bab Wukuf .
Wukuf ialah berada di bumi Arafah walau satu saat sekalipun dalam sebarang keadaan bermula dari gelincir mata hari 9 Zulhijjah sehingga sebelum terbit fajar 10 Zulhijjah.
Waktu Wukuf - bermula dari gelincir matahari hari 9 Zulhijjah hingga seketika sebelum terbit fajar pada hari 10 Zulhijjah.
Waktu Afdal Wukuf - Berwukuf sebahagian dari siang hari 9 Zulhijjah dan sebahagian dari malam 10 Zulhijjah.
Habis je tentang wukuf maka selesailah kursus kita pada petang semalam. Azan asar berkumandang maka kita ramai-ramai terus menuju ke ruang solat untuk solat berjemaah.
Sempat ambil gambar pakai mini telekung berlengan hitam :)
No comments:
Post a Comment