Ni saya ambil dari majalah Al-Ustaz soalan dan jawapan tentang haid.
oleh Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri
IHRAM WANITA HAID
Wanita haid dilarang melakukan solat.Bagaimana pula dengan haji?Ada seorang wanita semasa dalam penerbangan lagi dia mendapati dirinya didatangi haid.Apa yang perlu dilakukannya sebaik tiba masanya untuk berihram?
Jawapan :
Mukadimah : Secara umumnya ihram ialah masuk ke dalam ibadah haji atau umrah. Pada mazhab al-Syafi'i ada sedikit perincian iaitu:sekalipun tanpa talbiah.
Ringkasnya : Wanita haid boleh berihram untuk haji dan umrah.
Huraian : Ini berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w kepada Aisyah r.ha. yang bermaksud :"lakukanlah sebagaimana yang dilakukan oleh orang yang menunaikan haji,namun jangan melakukan tawaf di Baitullah melainkan setelah engkau suci."
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Ini menunjukkan bahawa perempuan yang dalam keadaan haid boleh melakukan ihram.Cuma tidak boleh tawaf dan solat sahaja. Jadi ihram perempuan yang haid tidak ada beza dengan perempuan yang suci kecuali pada sembahyang sunat dua rakaat untuk ihram.
Kemudiannya dia bolehlah melakukan seluruh ibadat haji seperti wuquf di Arafah,bermalam di Muzdalifah,melontar jamrah dan lain-lain kecuali tawaf dan solat dua rakaat untuk tawaf seperti yang telah disebutkan.
Tambahan : Sekiranya dia boleh menanti di miqat sehingga kembali suci baru memulakan ihram,maka itu lebih afdal.
TETAP TAWAF WALAUPUN HAID
Bagaimana pula sekiranya si wanita itu tetap melakukan tawaf sedangkan dia tahu keadaannya yang baru didatangi haid?
Jawapan :
Keempat-empat imam mahzab berpendapat bahawa perempuan yang didatangi haid dilarang melakukan tawaf berdasarkan hadis di atas.Walau bagaimanapun ulama berbeza pendapat dalam hal ini.
Kebanyakkan ulama menetapkan bahawa tawafnya tidak sah dan dia turut dikenakan bayaran dam.Manakala ulama Mahzab Hanafi berpendapatnya sah,namun dia dikenakan dam berupa seekor unta.Begitu juga dalam kes perempuan nifas dan orang yang berjunub.
Al-Mughirah pula berkata : "tidak disyaratkan bersuci untuk tawaf malah hukumnya sunat sahaja.Jika dia tawaf, dalam keadaan berhadas,maka dia dikenakan bayaran seekor kambing dan jika dalam keadaan berjunub maka dia dikenakan bayaran seekor unta."
HAID DATANG SELEPAS TAWAS SEBELUM SA'I
Saya inginkan kepastian.Ada seorang wanita mendapati darah haidnya baru keluar semasa dia bersiap untuk ke tempat sa'i.Bolehkan dia melakukan sa'i?
Jawapan :
Ringkasnya : Perempuan yang haid tidak dilarang melakukan ibadat-ibadat haji selain tawaf dan solat sunat untuk ihram sahaja.Maka sekiranya darah haid itu keluar setelah selesai tawaf seperti ketika sedang sa'i,dia boleh menyempurnakannnya tanpa apa-apa halangan.Ini kerana tidak disyaratkan melakukan sai dalam keadaan bersuci.
Hujah : Sayyid Sabiq menyebut dalam kitabnya Fiqh al-Sunnah bahawa kebanyakkan ahli ilmu berpendapat bahawa tidak disyaratkan dalam keadaan bersuci ketika sa'i antara Safa dan Marwah kerana sabda Nabi yang bermaksud:" Lakukanlah sebagaimana yang dilakukan oleh orang yang menunaikan haji,namun jangan melakukan tawaf di Baitullah dan selesai solat dua rakaat kemudia didatangi haid,maka dia hendaklah bersa'i di Safa dan Marwah." (Riwayat Ibn Abi Syaibah)
Imam Al-Nawawi dalam kitabnya al-Idah menyebut:"Taharah dan bersuci adlaah termasuk dalam sunat-sunat sa'i sahaja." Manakala dalam kitab al-Taudih beliau menyebut."Sunat bersa'i dalam keadaan taharah (bersuci) dan menutup aurat.Justeru jika dia melakukan sai dalam keadaan terdedah auratnya,berhadas,berjunub,haid atau memegang najis,sai'inya tetap sah."
Tambahan : Sayyid Sabiq berkata " Biarpun begitu,amat digalakkan agar seseorang sentiasa berada dalam keadaan suci ketika menunaikan segala ibadatnya.Bersuci perkara yang digalakkan oleh syarak."
No comments:
Post a Comment