Saturday, August 25, 2012

persiapan keperluan untuk dibawa semasa haji

Assalamualaikum semua..
di bawah adalah koleksi komen2 dari haji dan hajah yang pernah pergi haji,saya ambil dari facebook,pelbagai pendapat dari pengalaman masing2...saya pastekan kat sini semoga bermanfaat dan memberi idea untuk semua bakal jemaah haji dalam mempersiapkan mental dan fizikal..


  1. Bagi saya PERSIAPAN yang terbaik adalah ILMU. Beramal secara berilmu adalah yg terbaik. minta, adik benar2 faham tujuan dan ibadah yg akan dilakukan.. Jangan jadi jemaah yang terikut-ikut, fahami asas ibadah yg hendak dilakukan and refer to ustaz, ustazah dan mutawif2 insyallah Mabrur haji adik.. Tq n salam
  2. Senaraikan apa yg nak dilakukan sebelum dan selepas kerja haji contoh: sebelum wukuf iktikaf diHaram dari Zohor sampai Isyak serta pengisiannya bacaan Quran hingga khatam. Selepas kerja haji apa nak dibuat...kerja Umrah, iktikaf.Buat senarai doa yg nak dibaca ketika wukuf sebanyak-banyaknya...amalan-amalan sunat dan zikir-zikir yg nak diamal
  3.  Bagi saya adik perlu tengok keperluan masa wukuf di Arafah.. semasa di Mekah 40 hari atau 60 hari ini terpulang kepada diri masing2 samada pembersih ke, kaya ke, pemalas ke...Keutamaan semasa berada di Arafah, bagi saya lelaki memang simple.. 3 helai kain ihram bukan 3 pasang sudah mencukupi. sistemnya kalu yg bawah sudah kotor maka gunakan yg ketiga sebagai simpanan insyallah kalu basuh yg kotor tadi sempat kering.. bagi jemaah perempuan saya rasa boleh guna sistem yang sama. Kenapa saya berkata begitu ??? kerana ruang atau hak adik semasa berada di Arafah, Muzdalifah dan Mina hanya lah sebesar liang lahad. Jadi kalu terlebih bekalan takut takut kita termakan kawasan orang lain.. amalkan sikap less is better, simple is good... wallahualam.
  4.   betul tu...kalau bawa banyak sangat pun payah,2 -3 helai telekung atau 3 helai kain ihram pun dah memadai,bawa yang sebelah atas ja,kalau bawa banyak pun buat banyak dalam beg ja,sebab kalau kotor..sekejap ja dah kering jika dibasuh. nanti nak beli beg pula masa nak balik,lagi 1,saya akan bawa beg spare,untok isi buah kurma dan lain2,nanti taklah nak beli lagi beg jika tak cukup beg masa nak balik,memang kebiasaan bila pergi mekah,beg mesti beranak,dari 1 jadi 2...dari 2 jadi 3..
  5. Kalau boleh,tak perlu bwa baju kurung...jubah memadai...bawalah dalam 3/4 helai...kerana kita pakai telekong...jadi, basuh cepat kering....lagi satu save space...bawa juga tali utk dibuat penyidai dan juga sepit baju...jgn lupa penyangkut baju......semasa packing baju dlm bag besar...elok digulung baju-baju tu dan diikat dgn getah...save space ...bawa getah (rubber band) lebih...sebab bila dah bershopping tu...baju-baju tu eloklah digulung dan disusun dlm beg tadi.....wallahualam.
  6.  bagi saya bab2 baju ni ikut pada kesesuaian masing2. macam saya suka pakai maxi/jubah tp dlm pakai seluar. tak perlu tebal2 materialnya sebab senang nak keringkan klu nak cuci. 3-4 maxi & seluar pjg dlm (putih tu) dah cukup. telekung pun gitu 3-4 cukup. tp saya suka pakai saiz ziarah tak labuh coz tak dipijak2 jemaah ketika di dlm masjid hatta ketika pencuci masjid tetiba lalu dgn mop. socks saya suka tebal selesa utk tawaf tp 4-5 helai pun ok sebab takut lambat kering & kita nak selalu tukar takut kotor. di arafah & mina tu khaskan sock utk ke toilet kerana takut terkena najis. sediakan tudung berwarna gelap utk ke tandas jadi telekung tu tak perlu pakai + nak ringkas & cepat sebab ramai yg dok beratur belakang. nak story byk lg ni sebab saya mmg agak teliti tp hanya pd yg benar2 perlu utk diri saya
  7. Alhamdullillah dpt mnjd tetamunya ...Ilmu hndaklah dikukuhkan dan ibadat2 sunat hndaklah diamalkan mulai dr sini lg.... Mengenai kelengkapan bawalah telekung 2@ 3 helai dan kainnya bawalah 1 @x payah pun x pe....Baju kurung bawalah 2 @3 helai jubah kalau nk bawa pun boleh yg selesa kita pakai.....seluar pjg...kalau say dulu saya kemasid pakai seluar dan baju kurung serta telekung.....ringkas..x perlu bawa byk2..
  8. Alhamdulillah telah menjadi tetamu ALLAH...akk pergi haji tahun lepas..selama 2bulan..musim haji kat sana barang2 agak mahal..ape yg perlu dibawa adalah ubat batuk,minyak angin,koyok,ubat demam,pakaian bawak ler 4,5 helai,telekung 3psg kainnya xperlu bawak,tikar kecik (digunakan waktu wukuf) kalu tidak diberi oleh tabung haji,payung kecik,pisau kecik dan makanan seperti serunding dan barang2 kering utk pembuka selera selepas wukuf.suar pjg & baju,hanger dan minuman 3in1 pun...itu saje keperluan yg penting..insya'allah cukup satu bag sahaja...kalu bersama suami, asing2kan..bag suami dan isteri..coz kt tidak tinggal bersama kalu pergi secara muahasasah..insya'allah semoga dipermudahkan segala urusan dan ibadah di sana nnt..
  9. saya selalu pesan kpd jemaah, bawa kain batik sarong ketika nk kearafah/mina...tujuannya ialah.....bila nk ketandas/bilik air sewaktu disana, bukalah seluar/seluar panjang didlm khemah terlebih dahulu dan memakai kain, supaya x ambil masa lama bila masuk kebilik air tuk membuka byk benda, elak dari terkena kotor ......lebih2 lg kat luar barisan panjang menungu giliran......hehe
  10.  lampu suloh n payong,x perlu .....serunding daging ,ikan bilis bawa banyak sikit.....{asam jawa...kembang semangkok,getah anggur n selasih} sekira nya suka minum bolih bawa tuk menyejukan badan hihi\
  11. ihram memang kena beli 2 pasang, cuma bila bawa ke Arafah sehelai sahaja, yang lagi dua dah pun kena pakai.... lelaki nie mudah berbanding dengan perempuan.. maka ruang bag yg lebih itu boleh guna pakai utk bawa keperluan isteri isteri tersayang.. al maklum para para isteri tersayang kita ini banyak keperluannya.. saling faham dan memahami keperluan masing masing adalah terbaik... 
  12.  Bila didlm khemah diarafah/mina, bawa sama uncang kasut yg biasa dibawa kemjid, & letak bhampiran ...pernah berlaku bila hujan, semua kasut2 yg diletak diluar khemah hanyut . .., bawalah beberapa helai beg plastic tuk mengisi pakaian kotoran dsbg
  13. Alhamdullilah saya telah menjadi dhuyuf Al-Rahman 2011. Yang mencabar di arafah/muzdalifah/mina ( masyaeir ). Kalau tidak kat mekah dn madinah mcm buat umrah je. Jadi persiapan penting untk kemudahan di masyaeir. Saya bawa jubah sahaja sebab 1piece jadi mudah pack dan basuh. Jubah saya smua satu pesyen, zip panjang depan supaya mudah tukar pakaian dan ada 2 poket kiri kanan untuk letak apa2x esp at masyaeir. Pakaian temasuk telekung pilih kain yang tak panas dan mudah kering. Di masyaeir mcm camping dimana toilet primitif. Cakap terus terang. Bawa bag plastic yang kukuh waterproof size sedang untuk letak toiletries etc untuk tandas masyaeir. Juga bawa S hook untuk sangkut beg plastic di tandas. Bawa krim pelembap dan kole plastic kecil, berguna untuk tadah air di masyaeir. Bawa ubat batuk yang sesuai, kena tau apa yang mujarab sebab kalau tidak batuk tak baik2x. Ubat tussidex forte elok untuk batuk yang kering. Simpan sim card malaysia baik2x selepas tukar sim card saudi. Jagn lupa bawa universal adaptor untk hotel. K harap membantu.
  14. makanan seperti serunding,ikan bilis,asam jawa atau lain2 tak perlu bawa.kita takan makan/guna pun kat sana nanti.automatik tak ada selera nak makan semua tu.memberatkan bagasi je.lagipun kat mekah memang ada jual budu,asam jawa,sayur,dan berbagai makanan melayu yang lain.tak payah bawalah.kat mekah ada jual dapur elektrik yang berharga lebih kurang 30 riyal.kita boleh beli kalau kita teringin nak memasak.boleh memasak di hotel tapi hati2 dan kurang digalakan
  15. kalau ada ubat yang perlu dimakan jangan lupa bawa.disana ada klinik dan farmasi tapi takut tiada ubat yang khas untuk kita tu
  16. off course ilmu...adalah persiapan terbaik tp physical preprration also needed... d tanah air ni banyaklah execise dan banyak duduk lama lama di masjid sebab jika kita nak dapat tempat d dalam masjidil haram atau masjid nabawi kena dtg awal terutama solat jumaat kalau tak sembahyang tepi jalan kita......selamat menunaikan haji
  17.  tambah lagi... makanan ada d sediakan tak perlu d risau kalau nak ubah selera kedai makanan da d sekitar kawasan masjid,sabar juga memain peranan yg amat besar d mana dlm perjalanan nak ke arafah,muzalifah dan mina juga duduk d khemah dan melontar adalah satu pergorbanan yg besar. banyak doa pada allah d permudahkan urusan :-)
  18. Saya diberi kesempatan menunaikn haji pd 2011. 1) plan jadual anda dari skrg supaya masa yg ada digunakn sepenuhnya utk beribadah. 2) plan ibadah & doa2 utk waktu wukuf yg amat singkat(zohor-maghrib) 3) bawa milo/3in1 nestum/ horlick utk breakfst sebelum ke masjid...milo di sana pek1kg rm80.Saya breakfst dulu di bilik sebelum ke masjid utk subuh hingga selesai dhuha. 4) payung ampaian kecil utk jemur socks & sarung tgn yg byk digunakn. Semoga beroleh haji yg mabrur..InshaAllah :)
  19.  Selain dari ILMU dan semua yg disebut diatas ygjuga selalu disebut oleh asatizah kita ialah kena bawa"SABAR" byk2.Isi poket kanan poket kiri dan mana mana yg boleh diisi.Tahap kesabaran anda yg paling tinggi akan diuji.:-)
  20. Yang penting fizikal n mental mesti kuat...jgn trpengaruh dgn keujudan ustaz n ustazah yg xbertauliah...ramai yg mengaku tahu itu n ini...kalau ada masalah tanya pd yg berkelayakan"...pasal makanan xperlu risau disana terlalu banyak makanan disediakan.....banyakkan exercise berjalan kaki semasa disini......>
  21. stokin kena bawa lebih sikit rasanya .....
  22. Yayayaya suka dan setuju sangat dgn apa yg diperkatakan oleh hajjah Zunaidah bab ustaz ustazah segera, menghukum sana sini yayayayaya tak lupa jugak hajjah bab pemberita yg tangkap wap, bercerita mengalahkan CNN mahu pun AL JAZZERA... Harspan saya jemaah tumpukan ibadah haji itu, kurangkan kawan insyallah kurang mengumpat dan perbanyakkan amalan.. Walllahulam, TQ
  23. jangan lupa bawak plastik hitam tebal ( beberapa keping) , lipatkan saja kecil kecil bawa masa di arafah dan Mina nanti.. .... masa saya di Arafah dulu banjir, carpet tempat tidur basah, walaupun air surut.. alhamdulillah maktab kami di peringat bawa palstik hitam tebal di bawah pimpinan Ustad Shafawi..amat berguna nanti nak buat lapik atas karpet di arafah /Mina dan juga nak dudduk duduk di Mudzalifah... stokin tebal bola tu pun amat penting, terutamanya masa saie stokin tebal kaki kita lebih terpelihara ada masa masa sebahagian orang alah dengan lantai saie ... tapak kaki jadi kering dan merekah. Stokin yang di jual di sana sangat nipis dan amat jarang, beli dari sini stokin tebal tu, lebih..krim versallin untuk kulit kering antara yang terbaik juga..selamat menunaikan Fardhu Haji...semoga diberikan kesabaran dan kesenangan di sana nanti dan dapat haji mabrur
  24. banyak berzikir kat Arafah, Mina dan Mudzalifah...moga moga dapat banyakkan baca terjemahan dan faham makna Al quran , semasa ditanah suci nanti, yang perempuan tu kalau haid jangan duduk kat bilik dan shopping sahaja.. boleh duduk kat tempat saie sambil dapat memandang kaabah dan bacalah terjemahan al quran... wanita haid boleh duduk baca al quran di tempat saie.. azam lah juga nak habiskan baca keseluruhan isi terjemahan al quran juga sepanjang buat haji..al quran panduan hidup kita .. cuba fahamkannya di tempat yang terbaik.... insyaAllah ada banyak nikmatnya faham al quran..
  25. Di Arafah, Mudzalifah dan Mina memang kena banyak zikir dan berdoa... tempat duduk dan baring sangat terhad..terutamnya bagi yang Muasasah..nak baca alquran pun agak terhad terutamanya di Mina. Di Mina 3 hari melontar tu biasanya ada jualan murah dan lelong boleh je shoping sebelum balik Mekah.. nak duduk dalam khemah je sempit hehehe..sebenarnya hadiah Allah kurniakan untuk tetamu dalam pelbagai nikmat, beli cendera hati murah untuk keluarga dan sanak saudara kat Mina satu Rahmat Allah bagi juga... ..antara zikir terbaik di padang Arafah baca لاَ إِلَـهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ، وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٌ (“Tiada Tuhan yang berhak disembah selain Allah, Yang Maha Esa, Tiada sekutu bagiNya. BagiNya kerajaan dan pujian. Dialah Yang Mahakuasa atas segala sesuatu) ... zikir ni juga antara yang terbaik semasa di Mudzalifah dan Mina.. sambil sambil shoping pun ada hadis yang mengatakan ketika orang lain lalai mengingati Allah tapi kita ingat Allah dengan membca zikir ini.. ganjaran pahala amat banyak..
  26. http://doandzikir.wordpress.com/2010/11/02/doa-ketika-wukuf-di-arafah/ baca zikir zikir tu biar kita tahu makna... penting, terutamanya zikir masa tawaf ( mulakan tawaf dengan istighfar dulu, barulah zikir zikir lain) begitu juga semasa bersaie.. ulangkaji makna makna zikir, makna bacaan sembahyang, biarlah kita tahu makna makna semua zikir dan doa doa yang kita lafaz..hayati dan faham maksudnya amat penting.... penghayatan amat bermakna, bukan sekadar persediaan fizikal...penting juga ulangkaji wuduk dan rukun solat sebelum kesana..persediaan biarlah dari yang paling asas juga..dalam mencapai Haji manbrur insyaAllah.
  27.  Pengalaman saya, elok juga sediakan sejadah siap2 untuk solat berjemaah di Masjidil Haram dan Nabawi. Musim haji tiada karpet di Masjil Haram, lebih-lebih lagi kalau musim haji ni nak melangkah untuk ke pintu2 masjid pun merupakan 'cabaran yang sukar' waktu masuk solat melainkan kita telah berada di dalam masjid 2 jam sebelumnya. Sentiasa sedia dengan sejadah agar dapat terus melaksanakan solat di dataran MH jika tidak berjaya mengharungi lautan manusia... Sama jugak di Masjid Nabawi. W/pun ada karpet dlm masjid, tapi belum gerenti boleh solat dalam masjid.
  28.  saya pun setuju bawa sendiri sejadah tp saya suka bawa sejadah lebar tp nipis sebab kengkadang tu kita blh kongsi dgn jemaah sebelah kita andaikata dia tiada sejadah. tp dia juga bertindak sebagai alas utk keseluruhan anggota badan kita andai "terpaksa" solat di luar esp di kaki lima jln. ni time dah semakin hampir waktu wukuf. sebenarnya bknnya tak muat di dlm tu cuma ramai yg gemar solat di luar mungkin nak cepat pulang ke hotel lps solat. sejadah nipis tu saya lipat & gulung kecil2 sedang elok muat beg sandang TM tu. maklum la ada yg suka bawa al-quran sendiri.
  29.   ni bab makan.....serunding daging atau ikan tu d bungkus kecil2....masa2 sesak di mina atau kat bilik...utk sendiri kluarga dan share ngan kawan2.....bukan sume org seleranya sama...ramai juge yg tak sesuai ngan masakan bangla atau rohingya.....
  30.  Muasasah makanan agak mewah kat mekah dan madinah alhamdulillah teratur. Tabung Haji bagi makan 2 kali sehari, cuma sarapan je sendiri ( tak di sediakan) tapi banyak jual kat sana.. masa saya pergi dulu setiap hari Jumaat Nasi Arab briyani dengan ayam yang sedap. Makanan biasanya dapat sebungkus seorang dengan air dan buah buahan... makanan Ok dan sedap semua.. cuma masa kat Mina je agak kurang sikit .. bolehlah bawa bekal bekal tu dan Maggie Indo juga di beri buat alas perut. Muasasah tak sama macam yang pegi pakej...pakej dihidang cara buffet. Saya pulak enjoy je pi makan restoran Pakistan, Arab, Turki, Lebanon... merasa je makanan orang Arab sekitar masjidilharam, terutamanya bila puasa malas balik bilik jauh nak jalan kaki.. hotel al janadriah. Makanan tengah hari kat hotel Muasasah biasanya pukul 11.00 dah ada dah... saya dan husband makan awal, ....lepas makan pergi masjidilharam zohor, asar, maghrib , isyak kat masjidilharam baru kita orang balik... niat iktikaf terus.. balik isyak makanan dah tersedia dapat 1 peket sorang satu...tidur awal, tak banyak borak borak... dalam pukul 4 pagi bagun siap sedia nak pergi masjidilharam untuk subuh. Lepas solat subuh dan Duha di dataran kaabah baru balik bilik.... lepas subuh, biasanya dataran kaabah agak lengang ( orang rebut rebut nak balik bersarapan), kita tunggulah kejap mengaji dan baca matsurat...boleh je nak solat depan kaabah hari hari solat Duha.... memang best sangat ketika macam ni. balik bilik lepas duha kat dataran kabah..beli sarapan, yang banyak jual kat sana.. itulah rutin sementara nak tunggu wukuf dan semasa berada di Mekah..bilik air kat masjid nabawi dan Mekah ada banyak , lama lama jadi biasalah dengan orang yang ramai ramai tu...macam tu kehidupan kami lebih kurang pada yang nak pergi Haji cara Muasasah tahun ni, khusus yang first time ni..sharing is caring..moga moga bermenafaat perkongsian saya ini..
  31. thn kami pergi haji dulu tu lah tahun terakhir bangunan lama masih berdiri teguh tp dah siap bertanda "X" tanda akan dirobohkan. saya & suami akan lalu laluan berbeza, sanggup naik turun bukit dr ikut jln pasar zink walhal tu la jln terdekat. tapi suka sgt dpt tau jln2 alternatif sesambil keluar masuk bangunan + lalu ikut kedai2. cuci mata juga kiranya tu tp rules hubby saya tetap kena ikut. dah final week nak ke madinah baru dia kasi beli brg2. ada juga hikmah rupanya, harga kopiah yg dulunya sr10 utk 3 dah jadi utk 5. kami mmg mmg tiba makkah lewat dlm 8-9 lg utk wukuf + buat ifrad jadi mmg nak betul2 jadi pantang larang dlm tempoh masa yg agak lama. alhamdulillah semuanya sempurna
  32. ramai dah berikan tips.. dalam beg sandang tu jangan lupa masukkan ubat sakit tekak, tisu,( yg kecil2 kat sana mahal), buku solat sunat, memo pad ( untuk tulis apa yg selalu lupa macam tempat kasut, boleh tulis alamat kwn2 yg baru kenal, dll), pen, panty liner, seluar pakai buang. Tapi jangan lupa jgn bwk masuk yg kotor( najis) masa bertawaf!! Alat mengira pusingan tawaf macam tasbih 7 biji atau alat mengira mesin comel tu..wallahualam
  33. saya karang doa2 dalam bahasa melayu bagi setiap tempat yg bakal dikunjungi...spert jabal rahmah, di arafah dll...bukan apa takut sampai di sana kita tercari2 doa untuk dibaca. maklumlah dlm buku biasanya tidak sistemmatik...semasa di masjid nabawi, madinah...ada hamba allah dari indonesia yg mohon dikongsi. itulah sekadar kongsi pengalaman.
  34. Jgn bawak tupperware/bekas plastik utk simpan lebihan makanan, tetapi bawalah beg plastic yg zipper-lock tu. Senang bila kita ada lebihan biskut agar tak masuk angin, dan senang bila nak agih makanan/buah sesama jemaah.

1 comment: