Tuesday, July 10, 2012

UNCANG KASUT DAN UNCANG BATU

Assalamualaikum semua

Ada jemaah haji yang sudah melakukan persediaan dengan membeli barang-barang keperluan haji sedikit demi sedikit.Sebenarnya bagi yang dah confirm untuk pergi tahun ni eloklah buat persediaan awal-awal supaya tak kelam kabut cari barang nanti.

Esok saya akan pos order dari bakal jemaah haji yang membeli tudung ibadah dan juga uncang kasut dan uncang batu.

Untuk perhatian semasa ibadah umrah kita hanya perlukan uncang kasut saja tapi bila melakukan ibadah haji uncang batu adalah wajib. Uncang  batu digunakan untuk menyimpan batu-batu kecil yang dikutip di Muzdalifah untuk lontaran jamrah nanti. 
 [Nota: Berapa banyak batu? Pada 10 Zulhijjah, melontar satu jamrah (i.e. Jamrah Aqabah) - 7 biji. Pada 11, 12 dan 13 Zulhijjah - melontar ketiga-tiga jamrah setiap hari = 3 hari x 3 jamrah x 7 biji batu setiap satu =  63 biji batu. Jadi dikutip 7 + 63 batu = 70 batu semuanya].


Pada sesiapa yang berminat bolehlah order sekarang :)


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...