Wednesday, June 6, 2012

SOAL JAWAB HAJI

.:. Menunaikan Haji Dalam Keadaan Berhutang .:.

SOALAN =>
Apakah hukum orang yang bercadang menunaikan haji sedangkan dia mempunyai hutang rumah dengan kerajaan,hutang kereta dengan bank dan juga hutang beli tanah? Ada pendapat yang menyatakan zaman sekarang hutang-hutang seperti membeli rumah dan kereta adalah keperluan terdesak. Oleh itu,ia tidak termasuk ke dalam syarat yang mengekang daripada mengerjakan hati. Benarkah ustaz?

USTAZ AZHAR IDRUS ~>
Seorang yang mempunyai hutang membeli rumah atau kenderaan masih wajib pergi menunaikan haji apabila cukup belanjanya. Perkataan yang mengatakan kita mesti habis bayar hutang dahulu kemudian baru wajib menunaikan haji adalah salah. Malah tidak ada seorang sarjana Islam pun sependapat dengan penyataan itu.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...