Friday, December 30, 2011

SAMBUNGAN - PERMASALAHAN HAID DALAM HAJI DAN UMRAH

PERHATIAN / PERINGATAN 
(NIAT IHRAM BERSYARAT)


   Jemaah tidak digalakkan mengambil pil penahan haid atau suntikan tahan haid. Ini kerana ditakuti akan berlaku putaran haid yang tidak menentu dan mendatangkan masalah semasa tawaf.Boleh juga menggangu amalan ibadat haji dan umrah serta amalan harian.
   Jemaah umrah digalakkan untuk niat bersyarat bagi wanita dalam masa niat ihram umrah.Tidak digalakkan niat bersyarat dalam masa niat ihram haji.
   Amalan umrah dan haji mesti disempurnakan sehingga selesai (tahalul) setelah berniat ihram jemaah tidak boleh berhenti melakukan amalan umrah atau haji sebelum tahalul,jika hendak berhenti juga disebabkan terhalang daripada menyempurnakannya (seperti kedatangan haid yang tidak kering dan disekat daripada melakukan tawaf rukun) maka dia dikehendaki tahalul ihsar dengan syarat menyempurnakan penyembelihan kambing setelah keluar dua marhalah dari Makkah dan bergunting rambut sebagai syarat tahalul.
    Dicadangkan kepada jemaah wanita semasa melaksanakan ibadat umrah berniat ihram bersyarat,iaitu jika berlaku apa-apa yang disyaratkan itu maka akan terjadilah halal dalam ihram selepas berlaku apa yang disyaratkan itu.Contoh :"Sahaja aku mengerjakan umra dan berihram dengannya dengan syarat,sekiranya saya datang haid dalam masa ihram maka halallah saya kerana Allah Taala."Bermaksud sekiranya dia didatangi haid dalam masa ihram maka bebaslah dia daripada ihram umrah.Umrahnya tak sah dan tidak dikenakan apa-apa dam.Jika dia ingin melakukan umrah selepas daripada itu,dia kena tunggu sehingga darah haid kering (24 jam selepas kering) pergi ke Miqat umrah untuk berniat ihram umrah,menjaga larangan dalam ihram,tawaf,saie dan tahalul.
   Walaubagaimanapun,niat bersyarat yang dibolehkan ada dua keadaan sahaja :


A. YANG DIBOLEHKAN
     1.Dalam keadaan tidak berhaid dia berniat ihram dengan bersyarat 
        Contoh niat :"Sahaja aku mengerjakan umrah dan berihram dengannya dengan syarat,sekiranya saya datang haid dalam masa ihram maka halallah saya kerana Allah Taala. Bermaksud sekiranya dia datang haid dalam masa ihram maka bebaslah dia daripada ihram umrah dan umrahnya tak sah dan tidak dikenakan apa-apa dam.Jika dia ingin melakukan umrah selepas daripada itu,dia kena tunggu sehingga darah haid kering (24 jam selepas kering) pergi ke Miqat umrah untuk berniat ihram umrah,menjaga larangan dalam ihram,tawaf,saie dan tahalul.
         Atau contoh niat : "Sahaja aku mengerjakan umrah dan berihram dengannya dengan syarat,sekiranya saya datang haid dan haid saya berterusan sehingga tarikh pulang maka jadi halallah saya kerana Allah Taala. Bermaksud sekiranya darah haid tidak kering juga sehingga tarikh pulang maka halallah dia daripada ihram umrah.Umrahnya tak sah serta tidak dikenakan apa-apa dam.


   2.Niat bersyarat dalam keadaan berhaid.
       Contoh niat."Sahaja aku mengerjakan umrah dan berihram dengannya serta syarat jika haid aku berterusan sehinga tarikh pulang maka halallah aku." Ihram umrahnya terbatal setalah sampai tarikh balik dalam keadaan darah haidnya tak juga kering.Umrahnya tak sah dan tidak dikenakan apa-apa dam.


B. YANG TIDAK BOLEH (Tidak sah niat bersyarat)
     1.Dalam keadaan tidak berhaid, dia berniat ihram umrah kemudian ketika dia datang haid selepas daripada dia niat umrah,dia berkata, " Jika haid aku berterusan sehingga tarikh pulang maka halallah aku." Jemaah ini tak sah niat bersyaratnya sebaliknya dia terpaksa menunggu sehingga kering darah haid (selepas 24 jam kering bermula pada masa darah kering ) baru boleh dibolehkan dia tawaf umrah,saie dan tahalul maka sahlah umrahnya.Jika dia terpaksa balik juga sedangkan amalan umrahnya tak selesai lagi,dia boleh tahalul ihsar untuk menghalalkan ihram umrahnya.Serta dengan syarat menyembelihkan kambing (dam ihsar) setelah dia keluar lebih dua marhalah dari Makkah dan bergunting rambut selepas daripada itu.Umrahnya tak sah.

No comments:

Post a Comment