Monday, December 31, 2012

ORDER-ORDER

Assalamualaikum..
Alhamdulillah semua order semalam dan hari ni sudah dipos.ni antara pic yang sempat disnap ya..
1. maxi dress hitam putih, sarung lengan
2. mini telekung lengan hitam,NOSK - penapis hidung
3. 5 sarung lengan hitam
4. kasut korea, Simkad
5. NOSK
6. Maxi dress kelabu
7. Maxi dress kelabu
8. Maxi dress hitam dan kelabu
9. kasut korea, inner telekung,simkad dan stoking hajjah
10. tudung ibadah, simkad,sarung lengan
11. maxi dress hitam,tudung ibadah hitam, stoking hajjah
12. kasut korea, sarung lengan
13. inner telekung,tudung ibadah,sarung lengan





saya akan sms,email dan pm tracking no ya..terima kasih semua,saya jual ya..:)

Sunday, December 30, 2012

KASUT STOKING KOREA

Assalamualaikum..

saya update baru untuk kasut ni.boleh pilih ikut pic.nyatakan bunga kaler apa.








Saturday, December 29, 2012

MAXI DRESS

STOK MAXI SEPERTI BERIKUT :

MAXI DRESS GREY - 1 HELAI SAJA 


MAXI DRESS HITAM - 5 HELAI SAJA


MAXI DRESS PUTIH - ADA


Thursday, December 27, 2012

ORDER-ORDER

Alhamdulillah antara yang dah siap dipacking untuk pengeposan awal pagi esok..
nnti sy sms dan pm tracking no ya..


terima kasih :)


MASUK KE RAUDHAH

Dengar perkataan RAUDHAH , rasa tenang sangat lepas tu terus terbayang makam Rasulullah. Ya Allah rindunya kat Rasulullah..


Raudhah juga disebut “Taman Syurga” berdasarkan pada hadis Nabi SAW :
“Diantara rumahku dan mimbarku adalah sebahagian Taman Syurga”

Raudhah ni dalam Masjid Nabawi. Sapa yang tak pergi masuk dalam rugi la.rugi sangat. Tempat berdoa paling makbul di Tanah Haram Madinah.
Bila masuk dalam tu memang ada satu feeling yang seolah Rasulullah tau kita datang. 
Nak tau kawasan Raudhah adalah bila mana kita dah terpijak karpet warna hijau. Karpet masjid nabawi warna merah. Itu bezanya..
Jadi untuk masuk ke Raudhah ada time untuk kaum wanita..Orang lelaki no problem anytime saja. hanya 3 waktu saja dibuka untuk perempuan iaitu :
1. lepas subuh sampai sebelum zuhur
2. lepas zuhur sampai asar
3. lepas isyak sampai tengah malam

Jadi kena guna masa ni betul-betul. Kecik saja ruang untuk orang perempuan.Memang berasak la,macam berperang dalam tu semua nak ruang yang terbaik. Selalunya jemaah dari Malaysia dan Indonesia akan jadi last group yang masuk ke Raudhah. Guard-guard perempuan tu dia susun group2 masuk ke Raudhah mengikut pada negara. so sebabkan kita ni jenis badan kecik-kecik jadi last-last la. walaupun menunggu agak lama tapi sempat la nak lama dalam tu.

Jadi tips yang saya nak bagi ialah : (bagi perempuan)
Pergi awal masa kawasan dah dibuka untuk orang perempuan masuk.Dan akan ada guard yang akan suruh duduk dalam group-group ikut negara. kalau pegi awal mungkin boleh berada kat group2 depan,tak kisah la negara mana pun ikut je. Bila berjalan ke dalam perhatikan bila dah terpijak karpet hijau itu adalah Raudhah. Kita boleh nampak makam Rasulullah dari bahagian tepi. Bila masuk terus ke depan atau ke tepi jangan berhenti tengah-tengah. Terus ke depan ambik spot untuk buat solat-solat sunat. Kalau tengah-tengah nanti ditolak orang belakang dan nak sujud nanti sure dipijak atau kepala kena pijak.sebab kepala saya kena duduk oleh makcik depan.haha sabar je lah sebab memang begitu  keadaannya. Lepas tu kita akan dengar guard-guard dia akan kata " Ibu, keluar ibu keluar (loghat arab ni) , dorang asik suruh keluar je..hiraukan...terus je solat dan berdoa. sebab tu saya kata cari tempat yang depan2 or tepi, jadi orang tak kacau. sembahyang slow-slow jangan rushing sampai kita selesai barulah keluar ikut laluan tu. dan tak boleh la kita nak lama2 sangat sebab kena bagi ruang kat orang lain nak solat jugak kan.

Kita kan masa nak masuk ke Raudhah tu kita dah nampak Makam Rasulullah pastu kita dah terpijak karpet hijau ntah tiba-tiba je terus menangis..terharu betul , memang rasa satu aura yang Rasulullah tau kita datang..:) 

Walaupun penuh kesukaran kat dalam Raudhah, tapi Allah bagi ruang juga kat saya untuk selesaikan semua solat-solat sunat yang saya nak buat + berdoa semua doa yang saya hajatkan + sampaikan salam  pada Rasulullah daripada semua kawan-kawan dan saudara yang mengirim..:)

Kaum lelaki takde masalah senang je untuk dorang. anytime boleh masuk. ruang besar. dari apa yang adik lelaki saya cerita. Dia siap boleh ke lubang tu lagi sampaikan salam untuk Rasulullah . tapi adik saya tak ambik gambar masa dia dalam Raudhah bahagian lelaki. kalau tak boleh share kat sini..:)

oh ya kalau pergi melawat perkuburan Baqi pun orang perempuan tak boleh masuk . Lelaki saja..Perkuburan baqi adalah tempat perkuburan bagi isteri-isteri dan anak-anak Rasulullah,sahabat-sahabat Rasulullah,para tabien, ulama-ulama salaf dan para shuhada.

Sebab apa tak boleh masuk ? = ada jemaah-jemaah perempuan dari negara-negara lain yang akan meraung,menangis,menjerit-jerit kat perkuburan ni. 

MOTIP : TAK TAU LA 
















semua pic di Perkuburan Baqi yang adik lelaki saya ambil 




ni pintu masuk Masjid Nabawi bagi kaum perempuan.
semua akan diperiksa untuk memastikan NO CAMERA , NO HP CAMERA, NO IPAD OR WHATEVA UNTUK MENGAMBIL GAMBAR.
Tapi sapa-sapa yang pandai tu selinap je bawak masuk. bukan dorang check details sangat :)

Wednesday, December 26, 2012

TUDUNG IBADAH

this is my mom wearing maxi dress koko and tudung ibadah. kita bukan pakai macam ni dekat Mekah n Madinah sahaja tapi di sini juga kita pakai macam ni supaya pakaian kita adalah pakaian solat. jadi kita tak perlukan telekung. dengan tudung yang labuh dan maxi dress yang longgar itulah pakaian kita untuk terus solat. 

masa dekat Madinah kita berjumpa dengan Prof Kamil , dia pesan pastikan pakaian yang kita pakai adalah pakaian yang boleh pakai untuk terus solat. takde telekung bukan alasan..macamana kita berpakaian utk solat begitu jugalah pakaian harian kita..:)



Monday, December 24, 2012

MENCIUM BATU HAJAR ASWAD

hari ni saya nak kongsi pasal  mencium batu hajar aswad.



ya sesiapa saja yang pergi ke Mekah pasti berhajat untuk dapat mencium batu suci ini...tapi realitinya bukan senang nak dapat laluan mudah ke situ. apa yang saya lihat sewaktu saya mengerjakan umrah ialah manusia berasak-asak,saling menolak antara satu sama lain,berebut nak mencium batu hajar aswad.
polis yang mengawal terpaksa menjerit-jerit dan menolak mereka yang menolak-nolak orang lain. ada satu ketika seorang perempuan jemaah negara pakistan kalau tak salah saya (boleh tau dari cara pemakaian) sampai tercabut tudung yang dipakai habis nampak rambut gara-gara berasak-asak nak mencelah antara kaum lelaki di situ. memang thrill sangat tengok keadaan tu. bila jadi macam tu sy dah takut nak mencuba sebab saya menjaga ibu dan adik saya semasa kami tawaf.adik lelaki saya cuma dapat menyentuh saja batu hajar aswad nak cium memang tak ada ruang. tak apalah tak ada rezeki...Allah blum izin kami untuk mencium batu ini :)

perkara sebenar yang saya ingin berkongsi adalah tentang sindiket membawa orang mencium batu hajar aswad ini.
bagi sesiapa yang belum tau atau tidak diberitahu oleh mutawwif masing-masing atau yang dah pergi tapi belum terkena silalah ambil perhatian.
semasa anda tawaf kalau tiba-tiba anda didatangi oleh lelaki atau perempuan indonesia yang akan cakap macam ni " mau cium hajar aswad mbak, dik , saya bawakan " saya boleh tolong "
TOLONG JANGAN SETUJU. ITU BUKAN SERVICE PERCUMA TAPI BERBAYAR.
katakan anda dapat cium , lepas tu diorang akan ikut anda  untuk mintak bayaran lebih kurang RM800 - RM1000. mereka akan ikut sampai ke hotel untuk claim duit service tadi. ya anda akan terkejut tapi itulah hakikatnya,tak percayakan benda macam ni boleh terjadi di Tanah Suci tapi nak buat macamana, ujian ada dimana-mana.

salah seorang kawan dalam rombongan kami terkena..dia cerita dengan saya masa dia tawaf dengan cousin dia tiba-tiba seorang lelaki indonesia datang tanya nak cium batu hajar aswad tak. so dorang tak suspect apa2 la sebab ingat memang ada org nak tolong. ada 3 orang. so caranya ialah dorang bawak kawan2 saya ni dari arah tepi , so dengan tenaga 3 orang tu diorang dapat kepung space untuk bagi kawan saya ruang untuk cium batu ni. dapat memang dapat. Alhamdulillah..gembira betul dorang dapat cium.hehe
tapi selepas tu keluar dari lingkaran tawaf tu salah seorang mintak rm800 untuk dibahagi 3. katanya untuk kerja tadi. terkejut la kawan saya ni. kawan saya kata tak ada duit. dorang macam marah-marah dan ikut balik sampai ke hotel.jadi kawan saya terpaksa bagi rm200.dia kata ada banyak ni saja. dorang ambik tapi frust n agak marah la sebab tak dapat amount yang nak.

saya dah tau pasal modus operandi mencium batu hajar aswad ni pun dari pakcik saya yang pergi umrah tahun 2010..dia cerita ada lelaki indonesia tanya pakcik nak cium hajar aswad tak..apalagi org dah nak tolong setuju saja la.habis dapat cium , dia mintak rm1000..tapi pakcik kata dia tak duit,datang sini pun anak yang bawak. so lelaki tu pergi sebab tak nak tunggu lagi , sebab nak cari mangsa seterusnya la tu..
dan banyak cerita2 yang sy dengar dan dari pembacaan sebelum saya pergi umrah sama je modus operandi nyer.

saya pun pernah terserempak dengan perempuan yang buat kerja ni , 2 kali, kecik je orangnya .sebabkan saya dah tau saya tanya berapa harga u ambik..saya tak mau,u charge bukan tolong free..dia diam pastu terus pergi..haha

jadi kesimpulannya hati-hatilah ya..jangan sebarangan ambik offer orang yang tak dikenali.tapi kadang kita tak tau jugakan.ni semua Allah nak test kita.mungkin juga yang dah terkena rm1000 tu kiranya macam Allah ambik balik hak kita , mungkin kafarah atas dosa-dosa kita masa kat Malaysia. jadi redha saja lah.

oh ya kalau betul2 berazam nak cium pasti dapat. sebelum turun untuk tawaf tu silalah buat solat taubat n solat hajat untuk Allah mudahkan perjalanan mencium hajar aswad. dengan keazaman yang tinggi dan keyakinan 100% kat Allah pasti dapat cium batu hajar aswad.

saya ada azam nak cium tapi masih ada takut-takut nak merempuh lautan manusia lagipun sebab saya taknak mak saya ikut tersepit juga jadi tak apalah. sunat saja cium batu ni. kami cuma dapat cium dan  pegang Rukun Yamani saja. tu pun masa waktu tahajjud ya sebelum subuh pukul 2 -3 pagi macam tu, memang tak banyak orang.

Jadi pada yang bakal-bakal pergi atau yang mak ayah bakal pergi , saling berpesan lah yer..dimana saja harus berhati-hati.

selamat ya buat semua :)


ORDER-ORDER

Assalamualaikum semua dan selamat malam..
baru sempat update ni..

pengeposan hari ni


yang ni pengeposan hari ni.
1. maxi dress koko n inner tudung berdagu warna biru
2. kasut korea
3. maxi dress hitam dan putih
4. kasut korea, stoking hajjah dan mini telekung berlengan hitam
5. kasut korea, tudung ibadah dan mini telekung berlengan putih (last putih yang ni )

yang lain sy tak sempat nak ambik gambar..nnti sy sms / pm tracking no k..
terima kasih, sy jual ya :)


yang ni penghantaran semalam


ehram,cawat ehram dan maxi dress koko


terima kasih semua :)

Saturday, December 22, 2012

ORDER-ORDER

Assalamualaikum semua
pengeposan today
1. mini telekung berlengan dan kasut korea
2. maxi dress hitam dan kelabu
3. maxi dress hitam
4. maxi dress hitam
5. mini telekung berlengan hitam putih, inner telekung, botol wuduk dan cawat ehram



terima kasih..sy akan sms/pm utk tracking no..
sy jual ya.tq :)

Friday, December 21, 2012

ORDER-ORDER

Assalamualaikum..
ni pengeposan pagi ni dan juga untuk delivery..utk yang petang kena tunggu update ya. 
1. maxi grey n koko , kasut korea, stoking hajjah,botol wuduk,tali rajut, NOSK, sarung lengan, simkad 
2. maxi grey, kasut korea,botol wuduk, stoking hajjah,sarung lengan 
3.maxi putih, uncang kasut, kasut korea,stoking hajjah n inner telekung 
4. mini telekung berlengan 
5. stoking hajjah pos ke sarawak



terima kasih ya

Wednesday, December 19, 2012

ORDER-ORDER

Assalamualaikum dan selamat malam

saya packing siap2 utk pos esok pagi sebab esok saya agak sibuk.

mini telekung berlengan hitam dan kasut korea






pengeposan siang tadi

1. 2 ehram, 2 cawat dan 1 tudung ibadah hitam
2. maxi dress putih, mini telekung berlengan putih, kasut korea, tudung ibadah 



SEJADAH MUKA




ni adalah sejadah kecil yang kami beli di Madinah. Harga cuma 5 riyal saja beli dekat peniaga tepi jalan on the way balik ke hotel lepas habis solat jemaah di Masjid Nabawi..:)

kenapa sejadah ini penting ? 
ini kerana kalau2 kita terlambat ke masjid dan orang dah penuh kita terpaksa solat di luar. kat luar beralaskan lantai saja la jawabnya. tapi takpe alaskan dengan kain kecil atau sejadah muka macam ni untuk dahi kita sujud.
kecil saja cukup untuk sorang atau bolehlah pusing untuk share dengan kawan sebelah kan..
bagi saya sejadah ni biarlah yang kecil2 saja cukup untuk kita sujud. tak perlu besar gedabak sebab kita akan ambik space orang dan kadang2 orang sebelah pun rasa besalah nak duduk sebab takut dengan sejadah kita yang besar tu. saya perhatikan jemaah2 negara lain memang ada yang bawak besar2..tapi kita jangan begitu jangan sesekali kita pentingkan diri kita. 

bawak saja sejadah muka yang kecil letak sentiasa dalam beg..nak bawa dari Malaysia pun tak pe atau nak beli kat Madinah or Mekah pun tak ada masalah..kami tepaksa beli ni pun sebab terlupa bawa dari Malaysia la.hehe

ORDER-ORDER

Assalamualaikum.
baru sempat update tuk pengeposan semalam 

1. mini telekung berlengan hitam dan stoking hajjah 
2. maxi dress dan mini telekung berlengan hitam putih 
3. maxi dress, tudung dan inner telekung 
4. maxi dress, kasut korea dan inner berdagu


utk pengeposan hari ni nnti saya update dan sms ok..;)

Monday, December 17, 2012

MAXI DRESS UNTUK UMRAH

Assalamualaikum semua

Stok maxi dress WARNA HITAM saya hanya dapat 10 helai saja.minggu ni inshaAllah dapat.Jadi pada sapa2 yang nak warna hitam tu bolehlah order dan bankin duit sebab saya hanya bagi pada sapa yang dulu dan buat bayaran saja.selain pada tu warna lain yang tinggal :

KELABU : 3 HELAI SAJA
BIRU GELAP : 1 HELAI SAJA
KOKO GELAP : 2 HELAI SAJA
PUTIH : ADA 


FREE SIZE , KAIN COTTON , SELESA, KAIN TEBAL

latest komen daripada customer : Maxi akak dah sampai. Puas hati, nampak selesa & kain tebal. Labuh pun ngam2 dgn akak yg sederhana tinggi ni. Poskan satu lagi kaler grey bersama tudung yg dh siap nanti ya. (akak ni beli maxi putih sblum ni)




boleh contact saya terus ya di sms,email atau pm di fb.
terima kasih 
kerjasama anda sangat dihargai ;)



Thursday, December 13, 2012

AMALAN KELANCARAN REZEKI

Assalamualaikum semua.
saya nak share tips/amalan kelancaran rezeki dari ustaz tempat saya mengaji.so ustaz cakap selain dari usaha kita yang mmg kena usaha, amalan batin kena ada.


1. setiap kali lepas solat 5 waktu sila berzikir 11 atau 21 kali kalimah Lailahaillallah   (لاَ Ø¥ِÙ„َÙ‡َ Ø¥ِÙ„َّاالله)  .. kena istiqamah
2. amalkan solat dhuha - dhuha adalah pintu rezeki, zikir adalah kunci pada rezeki.
selain pada itu SILA 
BAYAR ZAKAT PERNIAGAAN bagi yang berniaga kerana akan mengembangkan perniagaan kita dan ZAKAT PENDAPATAN bagi yang bekerja dengan majikan untuk kesuburan dan keberkatan pada gaji yang diterima.

Semoga sama2 kita mendapat rezeki yang luas lagi berkat ya..Sama-sama kumpul duit untuk pergi buat umrah dan haji boleh bawak satu family..Aminnn (^.^)

SELAMAT BERAMAL

Wednesday, December 12, 2012

MAXI DRESS


YANG AVAILABLE CUMA :

DARK BROWN
GREY
DARK BLUE
WHITE

SAPA YANG BETUL2 BERMINAT NAK BELI SAHAJA YA..
MAAF, SAYA TAK TERIMA BOOKING MEMANDANGKAN STOK SGT TERHAD. SAYA HANYA MENDAHULUKAN KEPADA ORANG YANG BAYAR DULU.
TERIMA KASIH

ORDER-ORDER

pengeposan hari ni
1. maxi dress biru gelap
2. maxi dress hitam
3. maxi dress putih
4. 2 mini telekung berlengan putih
5. kasut korea
6. 2 ehram + belt ehram

terima kasih, saya jual :)






PERSIAPAN FIZIKAL SEBELUM KE TANAH SUCI

Assalamualaikum semua bakal-bakal para tetamu Allah :)

Pada semua yang dah merancang akan mengerjakan umrah pada tahun hadapan baiklah anda mula menjaga kesihatan dari sekarang supaya stamina lebih fit.
Kita pergi kesana untuk melakukan ibadah total jadi stamina,tenaga mesti ada. Kalau dari sekarang tak fit takut nanti kat sana pun lembik saja tak larat. Bukan apa setiap kali masuk waktu kita akan berjalan kaki dari hotel ke Masjid Nabawi atau Masjidil Haram untuk berjemaah disana. Semasa tawaf 7 kali pun kalau anda berada dalam lingkungan bulat yang luar besar juga pusingan nak pusing. Semasa saie, kita di Bukit Safa nampak je Bukit Marwah nun di hujung sana tapi cubalah jalan, jauhhh..7 kali ulang alik dari Safa dan Marwah..pusingan yang ke 4 ke atas pasti terasa dah nak krem kat betis. 
Sebab tu kita harus ada training dari sekarang. Apa yang saya boleh cadangkan untuk anda ialah dari sekarang :

1. Exersise-lah 
Pergi jogging atau walking pagi-pagi2. hirup udara segar. buat 7 pusingan , kalau dah berjaya upgrade lagi ke 9, 11 atau seterusnya. In shaa Allah kalau training dari sekarang anda tak akan semput semasa di sana. 
- semasa saya nak pergi umrah dulu kitaorg satu family dah pegi jogging or jalan cepat untuk dapatkan stamina.target saya mmg 7 pusingan jalan cepat dan dari hari ke hari akan tambah lagi pusingan. percayalah badan mmg akan fit.

2. Jaga pemakanan
Kurangkan makan daging merah, makanan berlemak.Lebihkan sayuran,buahan dan makanan yang sihat. Amalkan juicing pagi-pagi. In shaa Allah kesihatan lebih baik.

3. Bangunlah sebelum subuh.Waktu tahajjud.
Indahnya waktu ni kalau sapa yang dapat bangun.Cubalah tidur awal dari sekarang dan doalah kat Allah supaya anda digerakkan untuk dapat bertahajjud.
Semasa di sana nanti kurangkan tidur. 3-4 jam dah cukup. Bangun pagi-pagi dalam pukul 2 pagi macam tu get ready untuk pergi buat tawaf sunat dan buat solat2 sunat di sana. Ya Allah time ni memang tak ramai dan semasa tawaf anda boleh berada di bulatan yang kecil dan pasti ada ruang untuk pergi cium Hajar Aswad atau Rukun Yamani. Nak masuk ke Hijr Ismail,solat dan berdoa dalam tu. Semua mudah. Tak berebut atau bertolak macam siang hari atau waktu2 padat macam maghrib atau lepas isyak. Habis buat tawaf sunat boleh solat kat dataran masjidil haram sebab tak ramai orang kan jadi lingkaran orang tawaf tu masih kecil. Masa ni polis-polis takde la nak kacau kita suruh pergi tempat lain.Orang perempuan selalunya yang kena halau.Kiranya boleh duduk lama sikit la sambil merenung Kaabah. Habis solat kat bawah , lepas tu  bolehlah siap-siap cari tempat untuk tunggu waktu Subuh masuk. Kalau orang perempuan saya cadangkan pergi tingkat 2 cari spot yang bedekatan lampu hijau selari dengan Hajar Aswad  dan Multazam atau pintu Kaabah. duduk atas pun mmg jelas nampak Kaabah. Kalau anda datang lambat masa orang azan subuh pertama sure tempat terbaik tak dapat lah.Dan jemaah2 negara lain akan menolak2 anda, berhimpit2.kita pulak jadi tak selesa dengan keadaan macam tu. Jadi pergilah lebih awal pasti dapat tempat paling depan,korbankan waktu tidur ya..:)

ok,mulakan dari sekarang...:)

solat kat dataran , lama2 pun takpe :)


masa ni blum azan pertama. dalam 4 lebih macam tu orang dah mula ramai ni . 


sebelum subuh. kat atas masih lengang, siap ada kapel arab santai2 kat laluan tawaf tingkat atas. 

kita kat tingkat atas cari tempat paling terbaik untuk solat dan dapat tengok Kaabah dengan jelas

Monday, December 10, 2012

PERSIAPAN UMRAH MUSIM SEJUK

Assalamualaikum..

Saya ingin berkongsi tips-tips untuk bakal jemaah yang akan pergi pada musim sejuk. Musim sejuk adalah dari sekarang Disember,Januari, Februari dan March. 

Bagi yang tidak pernah ke negara-negara bercuaca sejuk pasti terkejut dengan perubahan cuaca ni. Sama seperti saya yang pergi pada bulan Februari 2012..sejukkkk sangatt..:) 

Semasa umrah kami dulu , rombongan kami masuk ke Madinah dahulu sebelum ke Mekah. Cuaca di Madinah lebih sejuk berbanding di Mekah. Cuaca dingin dan angin kuat. Disebabkan tidak ada panduan dan pertama kali ke negara musim sejuk jadi perkara asas paling penting saya lupa bawa ialah moisturizer aka pelembap muka. Ya Allah betapa keringnya muka, sakit tepi2 bibir. Keringnya muka tapi tidak mengelupas. Rasa tebal kulit muka. Jadi untuk mengurangkan keperitan yang dialami saya akan sembur, cuci muka dengan air zam-zam bila masuk Masjid Nabawi dan Masjidil Haram dan bawa balik air zam zam ke bilik hotel. Habis di Madinah kami bergerak ke Mekah, sampai di sana saya ada beli moisturizer di farmasi tapi Ya Allah mahalnya dekat RM100. tapi tepaksa beli sebab dah tak tahan sangat keringnya. Ntah jenama apa saya pun tak sure. Saya cuma pakai 2, 3 kali rasanya sbb rasa tak serasi. Tapi alhamdulillah masa di Mekah cuaca sejuk dah berkurang. lebih pada angin sempoi2 kuat. Jadi kulit pelan2 dah jadi normal balik. sambil2 tu bila cuci muka dengan air zam zam berdoa kat Allah supaya elokkan balik kulit yang kering ni. Alhamdulillah..


Memandangkan saya dah ada pengalaman jadi saya nak share dengan semua yang akan pergi bulan Januari,Februari  2013. Ada juga yang dapat visa special bulan 12 nikan..? hehe

Jadi ini antara  yang saya boleh kongsikan ya :

1. Bawa baju sejuk, sarung tangan , selendang , seluar panjang tebal mcm long john tu (terpulang masing-masing) 

2. Bawa moisturizer , lip balm , krim tumit atau apa2 yang dirasakan perlu. Moisturizer + lip balm anda boleh apply siap2 masa kat dalam plane. Jangan masa dah  sampai kat Madinah or Mekah. Better apply sebelum terkena angin sejuk tu..Cegah sebelum kering..;)
3. Sunblock bagi kaum perempuan macam biasalah apply ler sebelum keluar bilik. walaupun cuaca sejuk tapi panas matahari terasa ya. Tambah-tambah  masa nak tawaf waktu tengahari sebelum zuhur atau lepas zuhur kalau yang nak buat umrah lagi tu. terik jugak time ni. Jangan lupa pakai spek.

ni entry yang sy buat masa dalam persiapan umrah dulu :


http://kelengkapanhajidanumrah.blogspot.com/2012/02/siap2-umrah-sarung-tangan.html


Rasanya ini saja yang saya ingat. Kalau ada lagi saya akan tambah disini atau buat entry lain ya..


Terima kasih :)


kita bersweater, bersarung tangan, berselendang..mmg sejukkkk

Saturday, December 8, 2012

KASUT STOKING KOREA

Kasut stoking korea ini merupakan stoking dari Korea. Ia merupakan suatu cara pemakaian tradisional mengikut budaya masyarakat Korea. Mereka membawa stoking kasut ini di dalam beg tangan dan memakainya apabila berada di dalam rumah atau dimana-mana saja bagi tujuan melindungi dan memanaskan tapak kaki.

Nenek saya adalah orang Korea yang telah tinggal di Malaysia selama lebih dari 40tahun. Semasa menunaikan haji pada tahun 2005 , beliau telah menggunakan kasut ini sepanjang masa dan mendapati ianya banyak membantu terutamanya semasa mengerjakan tawaf dan saie.

Disamping kualiti, fabrik, dan rekaan yang menarik  kasut stoking ini sangat istimewa kerana mempunyai tapak yang ditambah dengan 'biji-biji bergetah' sebagai salah satu cara mengurangkan kelicinan semasa berjalan (anti-slippery).

Kelebihan penggunaan kasut stoking korea ini tidak hanya  semasa mengerjakan haji dan umrah, tetapi boleh juga digunakan untuk :


-pemakaian harian di dalam rumah / semasa tidur 

-wanita dalam pantang dan semasa period bagi mengelakkan daripada kemasukan angin.

Jadi bagi sapa2 yang berminat atau yang akan mengerjakan umrah tahun hadapan bolehlah mendapatkan kasut stoking ini yang sangat praktikal dan membantu tidak kira dimana jua anda berada.





RM18 - sepasang
RM45 - 3 pasang 



Thursday, December 6, 2012

STOCK : TALI RAJUT / SIMKAD

Saya hanya ada 4 unit saja tali rajut ni. sapa yang nak sila sms saya..kalau habis ni kena tunggu lama sikit ya sbb ni yang balance musim haji



RM35 sahaja seunit , muat semua beg

SIMKAD MOBILY masih ada 2 keping - RM50 dalam ada 25 riyal




ORDER-ORDER

Ini order puan dari Sarawak yang dah jadi agen. . dah byk puan ni ambik jual di sana.
pengeposan tadi adalah 6 mini telekung berlengan hitam dan 3 putih beserta 22 stoking hajjah. bagus puan ni meniaga semoga bertambah rezeki lagi. sama2 lah kita ya..
terima kasih :)


ORDER - ORDER

Assalamualaikum semua

Hari ni pengeposan dilakukan awal tadi..Alhamdulillah semua siap dpos tadi.



1. tali rajut
2. uncang kasut, cawat ehram, tali rajut, simkad dan tag pvc
3. sarung beg, tali rajut, stoking hajjah dan kasut korea
4. kasut korea


terima kasih, sy jual ya...;)

Wednesday, December 5, 2012

SIMKAD MOBILY

Assalamualaikum..

SIMKAD MOBILY HANYA ADA 2 KEPING SAJA BAKI STOK MUSIM HAJI.

SAPA YANG BERMINAT TERUS SMS SAYA. 
FIRST COME FIRST SERVE.
STOK UNTUK UMRAH BULAN 1 ATAU 2 NNTI BARU ADA..

AKAN SAYA INFORM NNTI KLU STOK DAH ADA.
JADI PADA SAPA2 YANG NAK 2 KEPING NI SILA SMS YA 
HARGA RM50 DALAM ADA 25RIYAL




TQ

STOCK UPDATE : PLEASE TAKE NOTE

Assalamualaikum semua..
ni antara stok yang tinggal ya..

BOTOL WUDUK - TINGGAL 3 BOTOL SAJA
TALI RAJUT - TINGGAL 4 UNIT 
SABUN EHRAM - SOLD OUT
MAXI DRESS HITAM - 2 HELAI SAJA
MAXI DRESS DARK BROWN - 2 HELAI SAJA
MAXI DRESS BIRU - 2 HELAI SAJA
MAXI DRESS PUTIH - 1 HELAI SAJA
MINI TELEKUNG BERLENGAN PUTIH - MASIH ADA- SELLING FAST-
MINI TELEKUNG BERLENGAN HITAM - MASIH ADA- SELLING FAST-
MINI TELEKUNG EHRAM - 3 HELAI SAJA

lain2 barang boleh sms/pm/email untuk pengesahan stok..barang2 di atas adalah yang paling dikehendaki oleh jemaah sebagai persediaan umrah 2013.

saya akan update untuk produk2 lain nanti ya.

ok.terima kasih :)


ORDER-ORDER


PENGEPOSAN PAGI NI


1. Uncang kasut, maxi dress hitam, botol wuduk , sabun ehram, stoking hajjah
2. botol wuduk dan stoking hajjah
3. maxi dress hitam, botol wuduk dan sarung lengan hitam
4. maxi dress kelabu, botol wuduk, stoking hajjah, tudung ibadah putih, sarung lengan

terima kasih :)

ORDER-ORDER

MINI TELEKUNG BERLENGAN PUTIH
Pengeposan hari isnin.semalam akak ni dah dapat. akak ni nak pergi haji tahun depan.dah siap2 beli sbgai persediaan sikit demi sikit..:)



Tuesday, December 4, 2012

STOCK UPDATE : TALI RAJUT

PERHATIAN : 
Alhamdulillah dapat juga stok tali rajut walaupun cuma 10 unit. 2 unit untuk customer yang sudah tanya berkali2..Alhamdulillah dapat juga utk dia nak pergi umrah bulan februari nnti.

Jadi sekarang hanya tinggal 8 unit sahaja.Selalunya orang akan beli 2 unit , husband and wife. 

SAPA YANG BERMINAT SMS SAYA OK SBB SEMENTARA WAKTU NI CUMA BYK NI SAJA SY DAPAT. HABIS NI MEMANG KENA TUNGGU LA..:;)

TERIMA KASIH






Ciri-ciri
  • Diperbuat dari tali kain
  • Tahan putus
  • Boleh dipintal dengan ikatan yang boleh dijerut mengikut kesesuaian beg
Fungsi
  • Digunakan untuk mengikat beg supaya kemas dan memudahkan proses transit di Tanah Suci semasa urusan mengangkut dan memindah beg
Saranan
  • Seandainya beg terjatuh atau pecah,tali rajut ini berfungsi untuk menampung isi kandungan beg dari terkeluar,tercicir atau hilang.
  • Senang dibuka dan disarungkan kembali pada bila-bila masa walaupun semasa berurusan di lapangan terbang.
  • Di hujung tali yang dipintal boleh diletakkan kunci (pet lock) untuk tujuan keselamatan

Harga : RM35