Di Mekah - Cuaca agak panas dan terik,berangin
Setelah berada di Madinah selama 5 hari kami pun berangkat ke menuju Kota Mekah.Perjalanan hampir 5 jam rasanya.Sepanjang perjalanan saya hanya tidur saja..hehe
Kami sampai di hotel dalam pukul 10:30 malam.Setelah siap meletakkan beg-beg dalam hotel dan bersiap apa yang patut kami langsung menuju ke Masjidil Haram untuk melakukan umrah pertama.
Kiranya gambar2 yang diambil adalah setelah habis melakukan tawaf,saie dan bertahlul.
comel sangat anak orang arab ni pakai ehram,saie dengan bapak die
Batu yang disimenkan di Bukit Marwah
sedang bertahalul
Habis bertahalul kami masuk balik ke tempat tawaf untuk ambil gambar kaabah
Zam Zam Tower - Menara Jam
Hari seterusnya kami dibawa untuk ziarah luaran sekitar Kota Mekah.
Jabal Thur
Di Arafah - Jabal Rahmah - Banyaknya orang kat atas bukit tu. Mungkin pergi menulis nama dan berdoa untuk jodoh memandangkan bukit itu dikatakan tempat pertemuan Nabi Adam dan Hawa setelah berpisah lamanya.
Tapi sebenarnya lebih baik berdoa di depan Kaabah dalam Masjidil Haram,kan banyak tempat2 mustajab berdoa.
Kami melewati kawasan2 semasa musim haji.Khemah2 yang diguna pakai semasa wukuf
Gambar2 kat bawah pulak masa kami pergi melakukan tawaf sunat pada pukul 2 pagi
memang tak banyak orang masa ni
jemaah2 dah mula datang dan melakukan tawaf, dah mula penuh
kawasan tawaf tingkat atas, kami solat di atas saja lebih tenang
pintu Kaabah dari gambaran atas
Bulan yang mula turun. masa ni pukul 4 lebih.dah nak azan subuh pertama
Hari ke-10 kami dibawa ke Hudaibiyah untuk melawat ladang unta dan bermiqat di HUDAIBIYAH.
Setelah solat sunat ihram di masjid dan berniat ihram kami terus ke ladang unta.
Ladang unta kat sini adalah padang pasir.Bukan ada kandang2 macam kandang kuda. Dan cuaca sangat terik.
mari beli susu unta. 1 botol 5 riyal
susu unta sangat sedap.fresh giler rasanya.orang kata minum susu unta untuk cuci perut.minum sikit pun akan nak ke toilet boleh buat cirit birit tapi takde jadi papepun kat saya..hehe
Dan gambar dibawah adalah gambar semasa waktu subuh terakhir kami disini.Hari Jumaat..Subhanallah penuhhh sangat.Dah macam musim ramadhan dan musim hajikan..
Sekian gambar2 di Mekah.Akan saya update lagi untuk topik seterusnya..:)