Friday, October 20, 2017

BOTOL SPRAY WUDUK


Harga : RM8
240ml

Mudah untuk disimpan di dalam beg sandang. 

Thursday, October 19, 2017

SELUAR COTTON VISCOISE

Seluar Cotton Viscoise untuk dipakai di dalam jubah. 

Untuk perempuan ada renda di bahagian bawah. 

Material : Cotton

Poket berzip di kiri dan kanan

Saiz : S, M , L, XL , 2XL, 3XL

Harga : RM35 sehelai 


boleh whatsapp www.wasap.my/60122560257 atau 

ORDER CUSTOMERS



Terima kasih pada semua yang membeli. Semoga semua urusan dimudahkan oleh Allah S.W.T :)

Monday, October 16, 2017

MINI TELEKUNG GETAH


Ada yang berminat dengan mini telekung ini ? 
Stok ada untuk warna hitam dan putih. Warna putih ada lining kat dalam.


Material : Lycra
Free Saiz


Harga : RM79 sehelai (tidak termasuk postage )
Berminat atau sebarang pertanyaan boleh terus 

whatsapp www.wasap.my/60122560257 atau 

inbox di page Kelengkapan Haji & Umrah Hawwa Firdaus 


Terima Kasih :).

Saturday, October 14, 2017

NEW : SERKOP MAGIC


Material : Moss Crepe
Free Saiz

- sedap dipakai
- jahitan kemas

Harga : RM10 sehelai
(tidak termasuk postage)

Boleh whatsapp/sms : 0122560257

Bagi yang suka serkop jenis ini boleh dapatkan dalam 16 warna seperti di bawah : 


1. Dark Brown
2. Beige
3. Golden Brown
4. Purple Manggis
5. Maroon
6. Salmon Pink
7. Pale Pink
8. Dusty Pink
9. Black
10. Blue Black
11. Dark Grey
12. Light Grey
13. Dusty Grey
14. True Green
15. Cream
16. Offwhite

*pembelian borong minimum 20 helai ke atas

Terima Kasih :)

TIPS : PENAWAR BATUK DI TANAH SUCI


Perkongsian daripada Puan Hajjah Raihanah Abdullah tentang tips Penawar batu di Tanah Suci. Boleh baca di link ini ya :


INFO : KAD PRABAYAR ( SIMKAD )



Musim haji selesailah sudah... Alhamdulillah. Tidak berapa lama lagi tibalah pula musim umrah. Pastinya ramai di kalangan ahli keluarga kita, saudara mara, sahabat handai dan jiran tetangga yang akan pergi menunaikan ibadah umrah sebaik sahaja visa umrah dibuka pada bulan November nanti.
Sedikit tips atau perkongsian ilmu daripada saya buat bakal-bakal duyufurahman terutama bagi mereka yang baru pertama kali akan menjejakkan kaki ke bumi Haramain pada bulan November dan Disember ini.
Untuk makluman anda, kad prabayar sudah tidak dijual di kedai-kedai biasa, kaki-kaki lima hotel dan di setiap lobi-lobi hotel seperti dahulu. Jika ada pun yang dijual adalah kad untuk isian semula (top-up). Anda perlu membeli kad prabayar untuk telifon bimbit anda di kedai syarikat telekomunikasi atau kaunter-kaunter prabayar yang telah disediakan.
Kerajaan Saudi telah mengenakan syarat baru bagi jemaah-jemaah umrah yang hendak membeli kad prabayar.Imbasan cap jari telunjuk anda akan diambil dan anda juga perlu menunjukkan pasport beserta visa semasa anda ingin membeli kad prabayar tersebut.
Bagi jemaah umrah dari Malaysia, pasport anda biasanya akan dikumpulkan dan disimpan oleh mutawwif atau pihak hotel. Jadi, sebagai langkah alternatif agar anda tidak menghadapi masalah ketika mahu membeli kad prabayar, anda bolehlah membuat salinan (photostat) pasport dan visa anda kerana petugas tersebut tetap akan menerima salinan pasport dan visa anda itu. Pastikan pas pengenalan diri (gantung di leher) yang diberi oleh pihak travel anda pakai ketika itu.
Jika anda lewat terima visa anda dan tidak sempat untuk anda photostat, sebaik sahaja anda terima pasport anda daripada pihak travel di airport, segera ambil gambar bahagian depan pasport, bahagian bergambar pasport dan bahagian helaian yang ditampalkan visa anda. Insyaa-Allah dengan menunjukkan gambar dari telifon bimbit tersebut anda masih boleh membeli kad prabayar itu nanti.
Bagi anda yang pertama kali, tidak perlu risau tentang hal ini. Dapatkan khidmat nasihat dan tunjuk ajar daripada mutawwif/fah atau pembimbing yang bertugas. Insyaa-Allah mereka sentiasa bersedia membantu anda.
Anda boleh dapatkan kad prabayar ini di setiap lapangan terbang di Saudi kerana setiap lapangan terbang ada disediakan kaunter untuk pembelian. Manakala, jika anda berada di Madinah anda boleh dapatkan di bahagian pintu pagar 25 menghala dataran jam. Di deretan kedai sebelah kanan dari Masjidil Nabawi ada dua atau tiga kedai syarikat telekomunikasi.
Kadang-kala, bagi hotel yang agak terkenal pihak syarikat telekomunikasi ada menyediakan kaunter kad prabayar di bahagian sudut lobi. Di Mekah pula, anda boleh dapatkan di dalam bangunan Zam Zam Tower. Ada kaunter yang disediakan di tingkat 1 pusat membeli belah itu. Juga anda boleh dapatkan di lobi Dar Al Tauhid Intercontinental. Kadang-kala ada juga disediakan kaunter di sudut lobi sesetengah hotel di Mekah.
Harga pula bergantung kepada keperluan anda. Ada yang hanya untuk penggunaan telifon sahaja dalam lingkungan harga 20 hingga 30 riyal. Manakala, penggunaan telifon beserta internet biasanya 60 riyal ke atas.
Sumber : Backpack2Mecca
@notaumrahziarah

INFO : CAJ SAR 2000

Nota Umrah Ziarah:

عملائنا الكرام

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته ،


إشارة إلى ما وردنا من شركة سجل التقنية نفيدكم أنه سيتم تطبيق رسوم 2000 ريال لموسم 1439هـ على المعتمرين الذين سبق لهم دخول المملكة في موسم 1438هـ .

وهذا للعلم والإحاطه .


وشكراً


خدمات العملاء
باب العمرة

Berita dari Muassasah. Caj SAR 2000 bagi mereka yang pernah mengerjakan umrah pada musim 1438H.

Jemaah yang berangkat winter nanti, sila semak dengan TA visa anda untuk pengesahan

Bagi yang lambat berangkat lagi, boleh tunggu dah lihat dahulu. Harap ini hanyalah "gurauan" awal musim saja, sistem yang baru nak warming up 😁

Boleh semak juga disini. Ada jemaah di caj SAR 2000 melalui semakan

https://eservices.haj.gov.sa/eservices3/pages/VisaInquiry/SearchVisa.xhtml?dswid=-125

Terima Kasih 

Wednesday, October 11, 2017

KAIN EHRAM



100% benang kapas asli (cotton)
Saiz : 45 x 90'

Harga : RM69 ( tidak termasuk kos pos)