Tuesday, April 30, 2013

TAWAF WADA'

Assalamualaikum semua.

Pada kursus haji Ahad lepas tajuk yang kita belajar ialah TAWAF WADA'.
Jadi ni serba sedikit catatan tentang tawaf wada' dan hal ini sangat penting untuk difahami oleh para jemaah haji dan umrah sekali.


Tawaf Wada' ialah tawaf selamat tinggal yang wajib dilakukan bagi mereka yang hendak meninggalkan Makkah lebih dari 2 Marhalah (lebih kurang 56 batu atau 91 kilometer) dan lebih.

Tawaf Wada' hukumnya adalah WAJIB. Jikalau tidak buat maka damnya adalah seekor kambing. 

Tapi jikalau mengalami uzur syari'e tidak perlu melakukan :
1. Perempuan haid , nifas atau mustahadhah di dalam tempoh haid.
2. Penyakit salisulbaul (kencing tidak lawas)
3. Luka,nanah,darah yang boleh menajiskan masjid.
4. Orang yang dipaksa meninggalkan tawaf.
5. Takut dizalimi.
6. Takut ditinggalkan rakan seperjalanan.
7. Bimbangkan keselamatan diri dan hartanya.
8. Tidak punyai air atau debu atau tanah untuk bersuci.

Ni nota-nota yang dalam buku ya..tak larat saya nak tulis.banyak sangat.hehe





TOLONG AMBIL PERHATIAN : USTAZ CAKAP JEMAAH MALAYSIA BANYAK LAKUKAN PERKARA INI YANG MENYEBABKAN TAWAF WADA TERBATAL.

PERKARA YANG TIDAK BOLEH DILAKUKAN




tolong take note tentang perkara ini ya..tq 

yang menyampaikan kursus haji ini ialah Tuan Haji Lukmanul Hakim Haji Hanafi - Pakar rujuk Lembaga Tabung Haji



MANICURE SET


RM10.90

-Mudah dibawa untuk travel atau ke mana saja. 
-Gunting boleh digunakan untuk bertahalul


Thursday, April 25, 2013

TALI RAJUT BEG - TALI NYLON



Tali BEG -
-dibuat daripada tali nylon
-kukuh
-senang diikat
-sebagai keselamatan pada beg lebih-lebih lagi pada musim haji

Contoh dalam gambar adalah beg andalusia yang 24" .

Ada 3 iaitu saiz 24 ", 26" dan saiz 30"

ukur dulu tinggi beg yang akan anda bawa semasa umrah atau haji nanti.
tidak mahu ada sebarang kesilapan semasa mengorder ya..tq

RM39 seunit

Wednesday, April 24, 2013

MAXI DRESS IN STOCK - FREE SAIZ N BIG SAIZ -


Assalamualaikum semua.
Maxi Dress ni tak hanya dipakai semasa mengerjakan haji dan umrah saja malah dipakai disini sebagai dress harian.Selain itu maxi dress ini juga boleh dipakai oleh ibu-ibu mengandung yang mencari dress yang longgar,selesa, tidak panas serta cantik dan yang paling penting menutup aurat..:)

*dlm pic warna grey saya pakai semasa di Mekah dan Madinah. warna dark blue tu pakai semasa kat sini, keluar jalan2.
*pic yang big saiz tu dipakai oleh kawan saya sebagai dress harian




Maxi Dres FREE SAIZ - dari kain cotton - 

Bahu - 16"
Dada - 36"
Tangan - 22"
Labuh dress - 55"



Warna yang ada seperti dlm gambar :
(sesuai pergi umrah)
1. hitam
2. kelabu
3. biru gelap
4. coklat gelap
5. putih

lain2 warna : ikut turutan dari atas ya, dari kaler ungu gelap tu ke bawah.

Berminat terus pm di fb/sms or email ya. 

terima kasih dengan kerjasama.. :)

* NO BOOKING . FIRST COME FIRST SERVE *



Maxi Dress SAIZ BESAR - dari kain Cotton -
Bahu - 18 "
Dada - 42"
Tangan - 22"
Labuh dress - 56 "

Harga Promosi sekarang = RM120 (exclude postage)

Warna yang ada but stok limited n selling fast :

1. Hitam
2. Kelabu
3. Merah gelap or maroon
4. Coklat gelap
5. Pumpkin
6. Turquoise 



* NO BOOKING . FIRST COME FIRST SERVE *




Sunday, April 21, 2013

TESTIMONI CUSTOMER :)


Petang tadi dapat pm daripada customer..
Mak and ayah puan linda dah berada di Madinah skrang. Ada pic tu .mak puan linda pakai maxi dress grey dan mini telekung lengan grey..sedondon warnanya..

Alhamdulillah..mari kita berdoa untuk mak n ayah puan linda supaya semua ibadah lancar,mudah urusan balik nnti dan mendapat umrah mabrur semestinya..amin...

terima kasih puan dengan gambar ni..:)



Puan yang order mini telekung lengan..cuba sehelai dulu, lepas tu order lagi 2 helai.
terima kasih puan :)

customer from johor
pernah beli maxi dress grey n items lain..order lagi maxi dress belang merah, belang ungu n belang koko oren.
terima kasih kak..jual yer..:)


Puan dari Sabah.
1st order berpuas hati, repeat dengan 2nd order.. Alhamdulillah semua selamat smpai dan semua ngam dengan beliau.


Thursday, April 11, 2013

Wednesday, April 3, 2013

FAMILY ARAB

Assalamualaikum semua dan selamat pagi


Ini cerita tentang keluarga arab. Tiba-tiba kita ada saudara mara yang tinggal di Mekah pulak.






family Arab dan Malaysia dalam kenangan :)


Alkisahnya bila dah tau yang kita akan pergi Mekah , jadi kabar gembira pun disampaikan pada saudara-saudara yang tua. Contohnya macam mak-mak saudara. Pesanan dari orang-orang tua ialah " jangan lupa cari saudara yang kat Mekah tu " 
Wah kita ada saudara di Mekah la..haha sangat excited. Tak sangka ada family orang Arab. So kita pun dapatkan contact no dari mak saudara sebab family Arab ni pernah turun Malaysia tapi saya n adik-adik tak pernah jumpa dengan diorang sebab belum ada rezeki. Bila mereka ni datang Malaysia pesanan mereka ialah " Jangan lupa datang rumah kami bila datang buat umrah atau haji "

So kita ringkaskan cerita bila sampai di Madinah, hari ke 2 macam tu umi saya telefon saudra kita yang bernama Halimah untuk memberitahu kedatangan kami sekeluarga mengerjakan umrah. Halimah ni kira pangkat tok dengan saya.  Yang paling best ialah Halimah boleh cakap melayu dengan fasih tapi slang Kedah + bunyi Arab. hehe memang kagum la. 

Setelah berada di Madinah beberapa hari kita pun berangkat ke Mekah. Janji dengan mereka ialah habis buat umrah kita akan pergi menziarahi mereka..Alhamdulillah hari ke 3 or 4 kita telefon Halimah balik kata kita free sebab dah selesai buat umrah dan pergi ziarah. Jadi hari yang tak ada ziarah luaran tulah yang kita pergi rumah diorang ni.

Kami adik-beradik ni punyalah excited. Tak tau nak gambarkan macamana. Janji dengan Halimah malam. Dia datang dengan driver ambik kami di depan hotel. Dalam kereta kita pun sembang-sembang dalam bahasa melayu kedah + slang Arab. heheh dengar kelakar sangat .. Tapi dalam hati ni berdebar-debar jugak sebab kami bukan menuju ke rumah Halimah tapi pergi ke rumah Ammi Rahim (ni pangkat moyang dengan saya ).  

Perjalanan dari hotel ke Aziziyah (still dalam Mekah ) sekejap je.Tup tup kita dah sampai..Bila sampai di kawasan perumahan tu nampak bangunan kotak je meninggi ke atas. Dengan perasan gundah gulana sebab tak tau cakap Arab , macamana nak communicate kan. 

Kami disambut oleh isteri Ammi, Alawiyyah..lawanyaa makcik ni,hehe , cuma cakap Assalamualaikum sambil senyum-senyum dan salam.Kita masuk dalam rumah tu besarnya, eh tengok kat luar kan nampak kosong je.tak berseri.masuk je dalam wah mahligai :) rumah diorang banyak ruang ... memang real la saya datang rumah arab.haha

Ammi pun keluar , ammi cakap SELAMAT DATANG..family semua ok ka..waaaa ammi pun cakap melayu slang kedah bunyi arab..memang terbaik lah..untuk pengetahuan bapak ammi ialah orang melayu yang berhijrah ke Mekah zaman dulu-dulu. Jadi ammi ialah orang melayu yang dilahirkan disana. Kiranya ammi ni ialah moyang saudara saya..kot..hehe

Kami pun dikenalkan dengan anak-anak ammi, cucu-cucu ammi. cantik-cantik dan hensem-hensem (muka arab la ). Yang boleh cakap melayu cuma Ammi dan Halimah. Jadi tukang terjemah ialah Halimah dan kita cakap English dengan anak-anak Ammi. Tap sebabkan malu-malu kucing lebih banyak senyum dari bersembang.haha

Sebelum nak makan malam tu kami dihidangkan dengan manisan-manisan, teh halia arab, gula-gula dan kacang-kacang.Tiba saat makan malam memang terkejut dengan makanan yang dihidangkan. ada 2 talam besar  nasi mandi dengan ayam seekor atas nasi setiap dulang. tepi-tepi dulang penuh dengan  makanan-makanan sampingan . Macam ni caranya orang Arab menjamu tetamu ya. Mereka asik suruh kita makan je. Orang Malaysia kan makan sikit je. Macam saya makan bila dah habis makan memang jarang tambah. Tapi Alawiyah dah bersedia dengan senduk untuk mencedok lagi makanan ke pinggan kami. Dengan cakap NO NO dan sign tangan menunjukkan dah kenyang di perut.haha mangsa kena tambah makanan adalah umi saya dan adik lelaki saya..haha kesian dorang.

Habis makan kita pun bergerak ke ruang tamu balik. Bermulalah sesi penceritaan sejarah keluarga di Malaysia dan di Arab dan juga sesi mengenalkan diri masing-masing Semua excited. Memang bising ruang tamu tu dengan bahasa arab, bahasa melayu dan bahasa Inggeris sikit. 

Ok rasanya cukuplah cerita ni rasa panjang sangat dah..Tapi yang pasti mereka sangat gembira kerana kami adalah keluarga Malaysia yang pertama yang sampai di rumah mereka. Walaupun ada saudara-saudara lain yang pergi buat umrah dan haji tapi alhamdulillah rezeki  kami untuk sampai dulu di rumah mereka. Tu yang dorang excited dan teruja sangat tu. sampai berkali-kali Alawiyah suruh kami makan dan cakap suruh datang lagi. Ammi siap suruh kami extend hari lagi kat Mekah. haha

Sampai sekarang pun saya masih contact dengan anak Ammi, Amru namanya..hehe 

oklah sekian cerita saya pada hari ni..

sebelum tu mari lihat gambar-gambar sepanjang di rumah Ammi 




tengok tu talam besar macam tu . dah la tak habis.membazir je.orang Malaysia memang makan sikit je.huhu


anak menantu cucu Alawiyah dan Ammi. Alawiyah tu yangpakai jubah pink.

  
Ammi + anak -anak dan cucu-cucu dia




tu dia adik saya yang ketiduran sebab teman sebaya tak bersembang cuma senyum-senyum je


Pic ni Amru yang ambik , ntah apa yang umi saya tengah khusyuk sembang dengan Halimah tu



ni cucu Ammi, suka sangat datang kat saya..hehe



sekian..

bersambung nanti cerita di rumah Halimah pula :)



Monday, April 1, 2013

KASUT STOKING KOREA

REFER PIC DI BAWAH.
CUMA ADA 3 DESIGN KALI NI.




1 pasang = RM18
3 pasang = RM45