Sunday, March 31, 2013

PERHATIAN

Antara order2 yg sudah dibungkus untuk pengeposan esok..makluman utk yg dah order barang mintak bankin duit ASAP ye or dlm tempoh 48 jam dari masa sy bg total tu.stok jalan cepat jadi sy mmg tak dapat hold barang lama2..klu berhari2 masih tak bankin mohon jgn masukkan duit tanya sy dulu sbb mgkin barang tu dah takde sbb sy akan bg pada yg boleh byr cepat..situasi ni selalu berlaku bila stok sgt limited y. Harap maklum . tq :)


CUSTOMER YANG BERPUAS HATI DENGAN MINI TELEKUNG LENGAN

Alhamdulillah, kebanyakkan customer yang terima mini telekung lengan suka dengan design dan materialnya..
terima kasih semua..:)

customer 1 

customer 2


Tuesday, March 26, 2013

TESTIMONI CUSTOMER

Alhamdulillah..pagi tadi saya dapat pm daripada seorang customer yang dah balik dari umrah hujung bulan lepas.Puan ni beli mini telekung lengan,tudung ibadah,sarung lengan, stoking hajjah dan kasut korea.Puan ni dari awal bulan 12 lagi dah mula tanya2 tentang keperluan yg perlu dibawa.Memang bagus awal-awal dah buat persediaan..
terima kasih puan, saya juga bersyukur puan gembira dengan semua yang puan beli disini..
terima kasih dengan gambar yang diberikan..:)



MINI TELEKUNG BERLENGAN

Assalamualaikum dan selamat pagi.
bagi yang kurang jelas macamana rupa mini telekung berlengan ni macam ni yer..hujung dia dah ada getah so kita just masukkan tangan kita dalam tu n dah jadi macam baju..:)




btw kenapa saya rasa mini telekung design ni sangat praktikal :

1. sesuai dipakai semasa mengerjakan haji dan umrah..tambah2 masa musim haji pakailah masa melontar..takde la terselak nampak baju kita. lagi satu bila pakai mini telekung lengan ni rasanya mmg tak perlu pakai sarung lengan sebab dah grip.

2. dipakai di sini,pakai dirumah buat telekung harian.boleh pakai yang warna hitam. katakan kat rumah kita pakai tshirt pendek so bila solat dengan mini telekung lengan hitam ni takde la nampak bayang tangan kita or kadang klu telekung yg cotton tu kan jarang.tak boleh pakai telekung jarang kan..

3. sesuai juga dibawa sebagai telekung travel. sebab dibuat daripada kain lycra jadi mudah senang dilipat kecik2.kalau anda jenis pakai dress or skirt labuh keluar rumah cukup dengan mini telekung ni + stoking tebal terus boleh solat..kalau tempat yg kita pergi takde telekung or tak cukup telekung jadi tak alasan kita tak solat sebab ada juga orang yg tak solat sebab takde telekung.

4. design yang cantik . nampak macam ala-ala baju jadi kalau kita nak pergi masjid,ade kelas mengaji, kuliah agama or apa saja pun sangat sesuai.

5. dijadikan hadiah..mesti ramai yang suka dapat hadiah mini telekung lengan ni.. :)

dan lagi satu masa ramadhan nnti pun sangat sesuai bawak pergi taraweh..ramadhan nak dekat dah ni :)

ok ada 3 pilihan warna..hitam,putih dan kelabu. tapi yang kelabu tu limited edition.jarang-jarang ada. tapi kalau ada memang laku..:)


terima kasih

ORDER-ORDER

Assalamualaikum semua

ni pengeposan semalam.saja atur-atur gini dan snap pic :)


byk yg order maxi dress, mini telekung lengan, mini telekung lycra, tudung labuh hitam putih, kasut korea, sarung lengan, stoking hajjah.nosk pun ada.ehram 2 set dan lain2 lagi..

sy jual ya..tq :)

Wednesday, March 20, 2013

ORDER-ORDER

Assalamualaikum semua

antara pengeposan hari ni :

sebenarnya bila packing barang saya suka susun atur macam ni dan ambik gambar utk setiap customer.tapi kalau banyak sangat memang tak sempat nak snap pic..tp utk hari ni antara yang saya bungkus utk customer2 hari ni..
1. mini telelekung lycra hitam dan putih + kasut korea 6 psg + sarung lengan cotton + botol spray wuduk + seluar cotton
2. maxi dress choc
3. maxii dress red + stoking jari
4. inner telekung







terima kasih , saya jual ya ..:)

Tuesday, March 19, 2013

1ST GIVEAWAY

Assalamualaikum

Buat pertama kalinya blog Kelengkapan Haji dan Umrah ini mengadakan giveaway.

apa yang perlu anda lakukan adalah like di Facebook page Kelengkapan Haji & Umrah serta komen di bawah gambar " Saya berharap dapat mengerjakan umrah......"

Tarikh Tutup pada hari Ahad 24.3.2013

Like page ,Komen digambar dan Share pada wall anda !

Mungkin anda salah seorang yang bertuah untuk memiliki telekung ehram ini untuk dipakai semasa mengerjakan umrah nanti..:)




pergi di facebook  ya. terima kasih 

Wednesday, March 13, 2013

KASUT STOKING KOREA

Assalamualaikum semua

tolong refer pada latest pic yang saya upload ni ya.jangan refer pada posting lama..
dulu ada 5 design kan.tapi sekarang cuma ada 3 sahaja.
design pic 2 n pic 4 sudah habis.tak ada stok dari Korea lagi.

Jadi pilih seperti dibawah ya




pilih pic n nyatakan bunga

TESTIMONI CUSTOMER


terima kasih..saya jual ya kak..:)

Monday, March 11, 2013

TUDUNG IBADAH II

SOLD OUT

TUDUNG LABUH UNTUK HAJI DAN UMRAH


-Berlapik dagu
-Soft Awning
-Terus dibawa solat
-Free Saiz

RM45 Sahaja




Monday, March 4, 2013

MINGGU KE 4 - KURSUS HAJI 1434

Assalamualaikum.

Tajuknya minggu ke4 tapi untuk saya baru minggu ke2 mengikuti Kursus Haji ini. Kursus dimulai lebih awal dari minggu lepas, jadi kita pun bergerak dari rumah lebih awal.


Maxi dress polkadot ni sangat selesa dipakai . free saiz tapi sesuai untuk orang S, M dan L sahaja. RM70 

Alhamdulillah lebih kurang pukul 2:10 petang dan Alhamdulillah dapat meja.senang nak menulis. last week tak dapat sebab datang lambat. Kesimpulannya dimana saja kita berada nak dapat tempat terbaik kena datang awal. Nak saf yang terbaik dan depan kenalah datang awal :)

Kursus dimulakan dengan kata-kata ringkas dari Ustaz Lukman. Beliau merupakan seorang pakar rujuk dari Lembaga Tabung Haji yang sangat berpengalaman dan pakar dalam hal-hal berkaitan haji dan umrah. 


Tajuk yang kita akan belajar pada minggu ini ialah :


TALBIAH 



Dengar talbih dalam video di atas, menusuk jantung betul. Ingat lagi masa buat umrah dulu , kita semua dalam bas dari Madinah dengan berpakain ihram melaungkan talbiah ni bersama-sama dengan mutawwif. Berlinang air mata.Perasaan berdebar-debar menuju Ke Mekah 

Aku datang memenuhi panggilan Mu , Tiada sekutu bagiMu , Aku datang memenuhi panggilan Mu.

Setelah habis tentang talbiah kita masuk pada RUKUN HAJI.

Rukun Haji - Pekerjaan yang mesti dilakukan oleh jemaah haji ketika mengerjakan haji. Jika tidak ditunaikan, haji seseorang tidak sah dan tidak sempurna, tergantung dan masih tertakluk dengan larangan ihram.

Jika tertinggal salah satu daripada rukun haji :
  • tak sah haji
  • berdosa
  • dikenakan dam
  • kena qadha haji 
ini disebut Haji Mardhud.


Rukun Haji ada 6 
  1. Niat ihram haji
  2. Wuquf di Arafah
  3. Tawaf haji
  4. Sa'ie haji
  5. Bercukur atau bergunting
  6. Tertib pada kebanyakkan rukun haji
Wajib Haji - Pekerjaan yang wajib dilakukan ketika mengerjakan haji. Jika tidak mengerjakan salah satu daripadanya haji tersebut tetap sah tetapi dikenakan dam menurut syarat-syaratnya dan menanggung dosa jika meninggalkan perkara tersebut dengan sengaja.

Wajib Haji ada 6 :
  • Niat di Miqat atau sebelum Miqat
  • Larangan ihram
  • (Bermalam) Mabit di Mudzalifah
  • Melontar Jamrah Kubra 10 Zulhijjah
  • Melontar Ketiga-tiga Jamrah pada 11,12,13 Zulhijjah

12 perkara di atas (rukun haji + wajib haji ) wajib kena buat 

Cara Mengerjakan Haji
Ada 3 cara mengerjakan haji :
1. Haji Ifrad
2. Haji Tamattu'
3. Haji Qiran

Menurut ustaz, Haji Tamattu' merupakan pilihan paling glemer bagi jemaah haji Malaysia kerana syarat-syarat dalam cara ini lebih mudah.

Makna dan Niat Haji-haji ni boleh dicari dalam buku ya.

Seterusnya kita masuk bab Wukuf .

Wukuf ialah berada di bumi Arafah walau satu saat sekalipun dalam sebarang keadaan bermula dari gelincir mata hari 9 Zulhijjah sehingga sebelum terbit fajar 10 Zulhijjah.
Waktu Wukuf - bermula dari gelincir matahari hari 9 Zulhijjah hingga seketika sebelum terbit fajar pada hari 10 Zulhijjah.
Waktu Afdal Wukuf - Berwukuf sebahagian dari siang hari 9 Zulhijjah dan sebahagian dari malam 10 Zulhijjah.

Habis je tentang wukuf maka selesailah kursus kita pada petang semalam. Azan asar berkumandang maka kita ramai-ramai terus menuju ke ruang solat untuk solat berjemaah.


Sempat ambil gambar pakai mini telekung berlengan hitam :)

Saturday, March 2, 2013

MINI TELEKUNG BERLENGAN

Assalamualaikum semua dan selamat pagi.
PENGUMUMAN : MINI TELEKUNG BERLENGAN SUDAH SIAP JAHIT. Hanya ada 20 helai untuk setiap warna (hitam dan putih ) . Jadi pada sapa yang pernah tanya boleh terus pm sy or sms , saya akan bagi total dan akan terus pos isnin ni. Please take note ya, saya mendahulukan pada sapa yang bayar dulu sahaja. terima kasih :)