Friday, December 30, 2011

ORDER-ORDER

Assalamualaikum,baru sempat update pagi ni.


Semalam saya dah pos serkop aurat ke Terengganu order dari Puan Hasanah. Semoga sampailah hari ni atau esok..:))




saya jual yer..:)

SAMBUNGAN - PERMASALAHAN HAID DALAM HAJI DAN UMRAH

PERHATIAN / PERINGATAN 
(NIAT IHRAM BERSYARAT)


   Jemaah tidak digalakkan mengambil pil penahan haid atau suntikan tahan haid. Ini kerana ditakuti akan berlaku putaran haid yang tidak menentu dan mendatangkan masalah semasa tawaf.Boleh juga menggangu amalan ibadat haji dan umrah serta amalan harian.
   Jemaah umrah digalakkan untuk niat bersyarat bagi wanita dalam masa niat ihram umrah.Tidak digalakkan niat bersyarat dalam masa niat ihram haji.
   Amalan umrah dan haji mesti disempurnakan sehingga selesai (tahalul) setelah berniat ihram jemaah tidak boleh berhenti melakukan amalan umrah atau haji sebelum tahalul,jika hendak berhenti juga disebabkan terhalang daripada menyempurnakannya (seperti kedatangan haid yang tidak kering dan disekat daripada melakukan tawaf rukun) maka dia dikehendaki tahalul ihsar dengan syarat menyempurnakan penyembelihan kambing setelah keluar dua marhalah dari Makkah dan bergunting rambut sebagai syarat tahalul.
    Dicadangkan kepada jemaah wanita semasa melaksanakan ibadat umrah berniat ihram bersyarat,iaitu jika berlaku apa-apa yang disyaratkan itu maka akan terjadilah halal dalam ihram selepas berlaku apa yang disyaratkan itu.Contoh :"Sahaja aku mengerjakan umra dan berihram dengannya dengan syarat,sekiranya saya datang haid dalam masa ihram maka halallah saya kerana Allah Taala."Bermaksud sekiranya dia didatangi haid dalam masa ihram maka bebaslah dia daripada ihram umrah.Umrahnya tak sah dan tidak dikenakan apa-apa dam.Jika dia ingin melakukan umrah selepas daripada itu,dia kena tunggu sehingga darah haid kering (24 jam selepas kering) pergi ke Miqat umrah untuk berniat ihram umrah,menjaga larangan dalam ihram,tawaf,saie dan tahalul.
   Walaubagaimanapun,niat bersyarat yang dibolehkan ada dua keadaan sahaja :


A. YANG DIBOLEHKAN
     1.Dalam keadaan tidak berhaid dia berniat ihram dengan bersyarat 
        Contoh niat :"Sahaja aku mengerjakan umrah dan berihram dengannya dengan syarat,sekiranya saya datang haid dalam masa ihram maka halallah saya kerana Allah Taala. Bermaksud sekiranya dia datang haid dalam masa ihram maka bebaslah dia daripada ihram umrah dan umrahnya tak sah dan tidak dikenakan apa-apa dam.Jika dia ingin melakukan umrah selepas daripada itu,dia kena tunggu sehingga darah haid kering (24 jam selepas kering) pergi ke Miqat umrah untuk berniat ihram umrah,menjaga larangan dalam ihram,tawaf,saie dan tahalul.
         Atau contoh niat : "Sahaja aku mengerjakan umrah dan berihram dengannya dengan syarat,sekiranya saya datang haid dan haid saya berterusan sehingga tarikh pulang maka jadi halallah saya kerana Allah Taala. Bermaksud sekiranya darah haid tidak kering juga sehingga tarikh pulang maka halallah dia daripada ihram umrah.Umrahnya tak sah serta tidak dikenakan apa-apa dam.


   2.Niat bersyarat dalam keadaan berhaid.
       Contoh niat."Sahaja aku mengerjakan umrah dan berihram dengannya serta syarat jika haid aku berterusan sehinga tarikh pulang maka halallah aku." Ihram umrahnya terbatal setalah sampai tarikh balik dalam keadaan darah haidnya tak juga kering.Umrahnya tak sah dan tidak dikenakan apa-apa dam.


B. YANG TIDAK BOLEH (Tidak sah niat bersyarat)
     1.Dalam keadaan tidak berhaid, dia berniat ihram umrah kemudian ketika dia datang haid selepas daripada dia niat umrah,dia berkata, " Jika haid aku berterusan sehingga tarikh pulang maka halallah aku." Jemaah ini tak sah niat bersyaratnya sebaliknya dia terpaksa menunggu sehingga kering darah haid (selepas 24 jam kering bermula pada masa darah kering ) baru boleh dibolehkan dia tawaf umrah,saie dan tahalul maka sahlah umrahnya.Jika dia terpaksa balik juga sedangkan amalan umrahnya tak selesai lagi,dia boleh tahalul ihsar untuk menghalalkan ihram umrahnya.Serta dengan syarat menyembelihkan kambing (dam ihsar) setelah dia keluar lebih dua marhalah dari Makkah dan bergunting rambut selepas daripada itu.Umrahnya tak sah.

Wednesday, December 14, 2011

PERMASALAHAN HAID DALAM UMRAH DAN HAJI

Catatan ini saya ambil dari Majalah Anis keluaran Oktober 2011 - oleh YM Haji Tengku Aziz B. Raja Abdullah (Pengurus Besar (Bimbingan) Tabung Haji -


      Masalah haid dalam masa mengerjakan ibadat haji dan umrah merupakan suatu perkara yang harus difahami dengan sedalam-dalamnya oleh para jemaah wanita.Sekiranya ia tidak dibuat dengan sempurna dan betul sebagaimana yang dikehendaki oleh syarak menyebabkan ia sentiasa berada dalam dosa sepanjang masa. Salah satu tujuan mengerjakan umrah untuk mendapatkan pahala daripada Allah S.W.T bukan bala daripada-Nya.
      Di sini saya sertakan tentang keadaan haid wanita semasa haji dan umrah,mudah-mudahan dapat membantu kefahaman jemaah tentang situasi haid dan umrah :


1. Datang Haid Sebelum Niat Ihram Umrah
    Sekiranya seorang wanita datang haid sebelum niat umrah,dia boleh niat ihram umrah (kerana niat ihram umrah tidak disyaratkan bersuci) di Miqat dan boleh memasuki Makkah serta berada dalam larangan ihram.Dia tidak boleh tawaf umrah sehingga dia bersuci. Setelah suci haid (24 jam bermula daripada darah haid kering ) setelah dia  mandi hadas besar dan berwuduk baru dia boleh tawar umrah (salah satu syarat tawaf mesti berwuduk), saie umrah dan bertahalul.Umrahnya sah dan tidak dikenakan apa-apa dam.


2. Datang Haid Selepas Niat Ihram Umrah
    Sekiranya seorang wanita berniat ihram di Miqat, selepas daripada itu dia datang haid,dia terus berada dalam ihram sehingga suci (kena jaga larangan dalam ihram).Setelah suci darah haid,dia kena tunggu sehingga darah itu betul-betul kering (24 jam bermula daripada darah haid kering),setelah dia mandi hadas serta berwuduk (salah satu syarat tawaf mesti berwuduk),pergi tawaf umrah,saie umrah,selepas itu bergunting rambut sekurang-kurangnya 3 helai dan bebaslah dia daripada ihram.Umrahnya sah dan tidak dikenakan apa-apa dam.


3. Datang Haid Ketika Tawaf Umrah
    Jika seorang wanita datang haid ketika tawaf,dia hendaklah keluar cepat-cepat dari Masjidik Haram dan pakai tuala wanita,dia terus berada dalam ihram dengan menjaga larangan dalam ihram sehinggalah dia bersuci.Setelah suci (24 jam bermula daripada haid kering) dia boleh mandi hadas dan berwuduk,pergi tempat tawaf dan sambung pusing tawaf yang berbaki bermula di penjuru Hajar Aswad itu lebih baik dan selepas itu bersaie umrah dan bergunting rambut sekurang-kurangnya 3 helai dan bebaslah dia daripada ihram umrahnya.Umrahnya itu sah dan tidak dikenakan apa-apa dam.


4. Datang Haid Selepas Tawaf Umrah
    Jika seorang wanita datang haid selepas tawaf umrah sebelum saie,dia hendaklah pakai tuala wanita dan boleh saie umrah kerana saie tidak disyaratkan bersuci.Selepas itu,bergunting 3 helai rambut sekurang-kurangnya dan bebaslah dia daripada ihram.Umrahnya itu sah dan tidak dikenakan apa-apa dam.


5. Datang Haid Sebelum Pergi Wukuf
   Jemaah tersebut boleh niat ihram haji (niat ihram haji tidak disyaratkan bersuci), dia boleh berwukuf,bermalam di Muzdalifah,bermalam di Mina serta boleh melontar di semua jamrah dan bergunting.Apa yang tidak bolehnya ialah tawaf sebab salah satu syarat tawaf mesti bersuci.Tawaf haji boleh dilakukan setelah haid kering (selepas 24 jam kering bermula daripada darah kering bukan bermula ketika mandi hadas) selepas mandi hadas dan berwuduk dia boleh tawaf haji (ikut syarat-syarat sahnya tawaf) dan saie haji (ikut syarat-syarat sah saie)


6. Datang Haid Semasa Belum Selesai Amalan Umrah dan Tiba Masa Untuk Berwukuf
   Jemaah tersebut melaksanakan umrah sebelum wukuf, umrahnya tidak selesai kerana didatangi haid (tidak boleh tawaf) sebelum tawaf atau semasa tawaf (tidak sempurna tawaf), darah haid tidak suci juga untuk membolehkan dia tawaf atau sempurna tawaf.Sedangkan dalam masa yang sama sudah tiba untuk berangkat ke Arafah bagi melaksanakan wukuf.Jemaah ini boleh niat haji  (dalam keadaan ihram umrah ) sebelum berangkat ke Arafah dan melaksanakan amalan-amalan haji seperti biasa (wukuf,bermalam di Mudzalifah,bermalam di Mina,melontar jamrah dan bergunting untuk tahalul).Apabila darah haid kering (selepas 24 jam) baru dia boleh tawaf haji dan saie haji (terjadi Haji Qiran).


7. Datang Haid Sebelum Tawaf Wada'
   Sebelum berangkat pulang dia didatangi haid,sedangkan masa hendak balik darah haidnya belum kering agi.Sepatutnya mereka ang hendak meninggalkan Makkah wajib tawaf wada'.Dia boleh pulang tanpa mengerjakan tawaf wada' kerana mereka yang datang haid dikecualikan daripada tawaf wada'.



Monday, December 12, 2011

ORDER UNTUK MUSIM UMRAH SUDAH BERMULA :)

Assalamualaikum semua yang selalu masuk blog ini.Harap semuanya sihat sejahtera..


Musim Umrah akan bermula pada bulan Februari 2012 dan mengikut jadual Tabung Haji Travel penerbangan pertama adalah pada 20 Februari 2012.
Sesape yang berkemampuan untuk pergi menunaikan umrah dan ada niat untuk melakukannya bolehlah merujuk pada travel-travel agensi yang menawarkan pakej2 untuk musim umrah 2012..:)


Ok dibawah saya just nak update gambar2 barang2 yang saya pos pagi tadi order dari 2 customer yang berlainan.satu di Melaka dan satu lagi di Subang Jaya.


4 serkop aurat



order dari melaka
---------------------------------------------------------------------------------------

5 serkop aurat dan  4 serkop lipat


order dari subang


insyaAllah esok sampai..terima kasih,saya jual yer :))

Wednesday, November 16, 2011

HUKUM PAKAI TELEKUNG JARANG

Assalamualaikum..


ni saya share dari FB Printscreen Soal Jawab Ustaz Azhar Idrus tentang hukum memakai telekung yang jarang sehingga nampak warna kulit.




Semoga dengan perkongsian ini dapat membetulkan pemakaian kita dalam sembahyang.

Sunday, November 6, 2011

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA

Saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Haji pada semua umat Islam di seluruh dunia dan juga saya mendoakan semua jemaah2 haji dapat melakukan yang terbaik sepanjang beribadah di sana.Semoga semuanya mendapat haji mabrur.


Tidak lupa juga pada semua pelanggan2 saya, semoga selamat kembali nanti dan dapat haji mabrur.


Amin.....:))

Saturday, October 22, 2011

MINI TELEKUNG JC

SAPA-SAPA YANG NAK TAMBAH MINI TELEKUNG




ADA WARNA HITAM DAN PUTIH 


HANYA RAM 32 SAHAJA


SMS SAYA 0122560257


BANYAK ORANG DAH ORDER YANG NI JUGA..:))

CLEAR STOCK



MINI TELEKUNG SP LYCRA HITAM ADA 1 HELAI SAHAJA LAGI


SIMKAD ADA 2 LAGI


TALI RAJUT ADA 4 LAGI 

SAPA2 NAK SMS SAYA - 0122560257

Wednesday, October 19, 2011

UPDATE STOCK

SIM KAD - ADA 2 KEPING LAGI

TALI RAJUT UNTUK BEG SAIZ 28" DAN 30" - ADA 4 LAGI

MINI TELEKUNG SP LYCRA HITAM - 1 HELAI LAGI

SMS saya kalau nak 0122560257

tq

ORDER-ORDER - SPECIAL REQUEST-

Assalamualaikum...
Dah beberapa hari tak update order.Tak sempat online coz ada wedding family and so on.


So malam tadi sempat tangkap gambar order dari Badan Korporat.






Hari ni hantar...:))

Monday, October 17, 2011

UPDATE STOK

RIHAL PREPAID TINGGAL 3 SAHAJA..










SAPA NAK SMS 0122560257


RM50 dalam ada 25 RIYAL..nak topup nilai just cari kat sana je..yang ni starter pack dia..aktifkan kat sini dan bagi no pada family.mudah :))



MOBILY- RIHAL PREPAID

ASSALAMUALAIKUM

Sapa2 yang nak started pack mobily - rihal sms saya 0122560257

tq

Tuesday, October 11, 2011

ORDER-ORDER

Assalamualaikum

Order-order yang nak dipos esok 

Mini Telekung SP Lycra

Mini Telekung SP Lycra and 2 Stoking Wudhu




Tudung Ziarah Lycra

Saturday, October 8, 2011

STOK UPDATE

Assalamualaikum..

SIMKAD MOBILY-RIHAL --> ADA 5 KEPING SAJA DENGAN SAYA.

SESIAPA YANG BERMINAT NAK BELI SMS SAYA DI 0122560257, SAYA AKAN POS PADA HARI ISNIN

Friday, October 7, 2011

ORDER-ORDER

Assalamualaikum..

Tadi pagi siap di pos order2 malam tadi..

 
tudung ziarah,serkop lipat,serkop aurat dan sarung tangan

Inner telekung , Tudung Ziarah Rendah
 
sim kad, aromatic oil, cawat  dan tudung ziarah renda
 
 
siap dibungkus,esok insyaAllah sampai ;))


ORDER-ORDER

Assalamualaikum semua..di pagi Jumaat yang indah ni

Semalam saya pos order-order yang dalam gambar di bawah


                                                 tali rajut dan mini telekung sp lycra hitam

tali rajut,sarung beg jersey,label bag dan perpaid







ok,sapa2 nak order apa2 sila sms 0122560257 . tq



Thursday, October 6, 2011

STOCK UPDATE

ASSALAMUALAIKUM

STATUS TERKINI BARANG2 BERIKUT :-

MINI TELEKUNG SP LYCRA HITAM - SOLD OUT

PREPAID - SOLD OUT

TALI RAJUT SAIZ 28 " TINGGAL 4 SAHAJA

SMS - 0122560257

TQ


Wednesday, October 5, 2011

STOK UPDATE

PERHATIAN -- : STOK PREPAID MOBILY-RIHAL SUDAH HABIS !!

SEKARANG SAYA HANYA AMBIL ORDER MULAI DARI HARI NI 5/10/2011 SEHINGGA HARI SABTU 8/10/2011 SAHAJA.

STOK SANGAT LIMITED DAN ADA KUOTA. SO SAPA YANG NAK SILA SMS SAYA,BUAT ORDER DAN BANK IN DUIT.

PENGHANTARAN AKAN DIBUAT PADA MINGGU DEPAN HARI SELASA YA..SO BAGI JEMAAH YANG MULA TERBANG MULAI MINGGU DEPAN DAN MINGGU TERAKHIR BULAN 10 MASIH SEMPAT UNTUK BELI PREPAID NI.

seperti yang dimaklumkan dalam posting sebelum ni..

rate bila pakai no ni di sana :
contoh suami isteri lain bilik

- bila call = 0.70 sen duit kita 
-bila sms = 0.20 sen duit kita

bila call dari sana ke malaysia 
- 1.80 sen 1 minit
-bila sms 0.40 sen
(duit kita tinggi sikit dari riyal)

sangat murah ya..and tak de charge roaming.

berminat tolong sms 0122560257, buat order dan bank in duit. 

maaf ya sbb stok dah habis saya terpaksa ambil order dari orang yang benar2 serius nak beli sahaja.tq




ORDER-ORDER -SPECIAL REQUEST-

Order lagi dari badan korporat untuk pekerja mereka yang akan berangkat malam nanti.
 kali ni untuk 4 perempuan dan 1 lelaki






terima kasih .. :)




ORDER-ORDER

Assalamualaikum.. order yang akan dipos hari ni...



sarung beg jersey, serkop lipat dan simkad mobily-rihal


sarung lengan cotton,mini telekung jersey dan serkop aurat


2 mini telekung sp lycra hitam dan mini telekung jersey



nnti sy sms track no ya..tq

Tuesday, October 4, 2011

UPDATE STOK

PERHATIAN --> MINI TELEKUNG SP LYCRA HITAM TINGGAL SATU SAHAJA LAGI.

TQ

ORDER-ORDER - SPECIAL REQUEST-

Assalamualaikum...
Baru sempat update..
Hari isnin kemarin siap hantar order dari badan Korporat untuk diberi pada pekerja-pekerja mereka yang akan pergi menunaikan ibadah haji.



untuk jemaah lelaki


untuk jemaah perempuan

Harap semua berpuas hati ya...tq :))

ORDER-ORDER



Tali Rajut



Mini telekung Sp Lycra Hitam




TALI RAJUT

PERHATIAN  --> UPDATE STOCK


TALI RAJUT SAIZ 28" HANYA ADA 5 UNIT SAHAJA DENGAN SAYA LAGI.


SAPA NAK SMS SAYA 0122560257


SAPA CEPAT DIA PUNYA YA....


TQ

Friday, September 30, 2011

ORDER-ORDER

Hari ni 30/9 akan mengepos order customer dari Cyberjaya,Johor,Negeri Sembilan.


Abang suhaimi mengorder 2 sarung beg PVC saiz 26" , 1 helai Mini Telekung Cotton Sulam Pilin dan Cawat Lelaki Ehram.


Puan Fauziah juga telah mengorder sarung beg tapi dari Kain Jersey, saiz 28"




dan juga customer yang sama juga dari Johor. Order kali ni 2 sarung beg jersey saiz 28" dan 26". dan juga 2 tali rajut.



Sy akan sms track no pada no anda ya..tq :))







ORDER-ORDER

Pagi-pagi dah dapat sms dari akak ni kata dah bankin duit. So dengan pantas juga telah membungkus 2 sim kad dan 1 mini telekung jersey hitam dah selamat dah dipos.


2 hari lepas baru je order and semalam order lagi. terima kasih kak :))

Thursday, September 29, 2011

ORDER-ORDER - SPECIAL REQUEST-

Alhamdulillah saya mendapat order dari 1 badan Korporat untuk diberi pada staff-staff mereka yang akan pergi menunaikan haji tahun ini.

So balutannya kena cantik sikit sebab ni kan hadiah..:)


Ada Ehram,Uncang kasut,Uncang Batu,Balm Tumit,Balm Bibir,Kain basahan,Label bag dan Mobily-Rihal Prepaid.




ORDER-ORDER

Assalamualaikum...

Order yang akan dipos pada hari ni

 Ada uncang kasut,uncang batu , kain basahan,serkop aurat dan lipat






track no akan disms nnti..tq


Wednesday, September 28, 2011

MOBILY - RIHAL PREPAID

Ni sedikit info pasal Mobily-Rihal Prepaid dari website dia  --> MOBILY

masuk sini untuk RIHAL PREPAID 


ORDER-ORDER

Siap membungkus semua order untuk dipos pada hari ni 28.9.2011




ada yang order CAWAT EHRAM LELAKI


Track No akan sy sms pagi esok ya..InsyaAllah semuanya dipos pagi nanti..:))

Tuesday, September 27, 2011

ORDER-ORDER - 27/9/2011

Pagi tadi pos 2 order satu ke Shah Alam n satu ke Sabah


ORDER-ORDER - 26/9/2011

Assalamualaikum..
Alhamdulillah siang tadi 26.9 dah siap pos dan hantar semua order ke Johor,Negeri Sembilan dan Selangor.




4 tali rajut dan 2 sarung beg jersey


En Din dari Johor


2 tali rajut dan 2 sarung beg jersey n buat tambahan lagi utk tali dan sarung beg jersey 
Customer dari FB - 


Dan semua order2 yang lain siap dihantar pada 26.9..semoga dapat semuanya pada hari ni 27.9.2011

tolong sms sy bila dah terima ya..terima kasih