Wednesday, June 29, 2011

MASALAH BERHUTANG

13. Soalan
Adakah wajib bagi seorang yang telah cukup syarat menunaikan fardhu Haji tetapi ia masih mempunyai hutang?

Jawapan
Ia hendaklah membayar hutangnya terlebih dahulu,jika baki wangnya tidak mencukupi untuk ia menunaikan fardhu Haji maka tidak wajib baginya menunaikan fardhu Haji.

14. Soalan
Seseorang membayar hutang melalui pendapatan bulanan secara beransur-ansur.Dia telah mempunyai perbelanjaan yang cukup baginya untuk menunaikan fardhu Haji.Adakah dia wajib mengerjakan Haji sedangkan hutangnya masih berbaki hingga dia selesai mengerjakan Haji ?

Jawapan
Orang itu wajib mengerjakan Haji sekiranya jumlah perbelanjaan atau harta (selain daripada harta yang menjadi keperluan asasi) yang terkumpul pada satu-satu musim Haji telah mencukupi untuk perbelanjaan menunaikan fardhu Hajinya termasuk perbelanjaan orang di dalam tanggungannya yang ditinggalkan,sementara hutangnya dibayar beransur-ansur seperti yang telah dipersetujui di antaranya dan pihak yang dihutangnya.

15. Soalan
Bolehkah berhutang untuk menunaikan fardhu Haji?

Jawapan
Tidak boleh berhutang untuk menunaikan fardhu Haji.Ini berdasarkan sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Al-Imam Al-Baihaqi daripada Abdullah bin Auf dia berkata :
Maksudnya : - Saya bertanya kepada Rasulullah dalam masalah seorang yang belum mengerjakan Haji,adakah dia boleh berhutang untuk menunaikan Hajinya.Jawab Rasulullah : "Tidak"

16. Soalan
Adakah dibolehkan seorang yang memberi hutang menghalang orang yang berhutang dari menunaikan fardhu Haji melalui makhamah sivil atau makhamah syariah kerana orang yang berhutang itu sentiasa berdolak-dalik untuk menjelaskan hutangnya padahal ia mampu?

Jawapan
Boleh


BERKUASA

8. Soalan :
Apa erti berkuasa dalam Ibadat Haji?

Jawapan :
Berkuasa seperti berupaya menunaikan Fardhu Haji sama ada dengan sendirinya atau dengan pertolongan orang lain.

9. Soalan :
Apa erti berkuasa dengan sendirinya ?

Jawapan :
Berkuasa dengan sendiri bererti : -
i)Mampu mengadakan bekalan dan perbelanjaan untuk diri dan saraan nafkah mereka yang di dalam tanggungan yang ditinggalkan
ii)Mampu mendapatkan kenderaan untuk pergi dan balik
iii)Aman perjalanan bagi diri dan harta dari musuh dan penyakit
iv)Sihat tubuh badan
v)Berkesempatan masa untuk mengerjakan Haji dan Umrah

10. Soalan :
Apa erti berkuasa dengan pertolongan orang lain ?

Jawapan :
Berkuasa dengan pertolongan orang lain ertinya seseorang itu telah cukup semua syarat untuk mengerjakan 'Ibadat Haji tetapi dia'uzur kerana sakit yang tiada harapan sembuh atau terlalu tua,maka beliau boleh mewakilkan kepada orang lain untuk menunaikan fardhu Haji bagi pihak dirinya.

11. Soalan :
Adakah orang buta wajib ke atasnya menunaikan fardhu Haji sekiranya tiada orang yang membantunya?

Jawapan :
Tidak wajib orang buta menunaikan fardhu Haji kecuali ada pembimbin dan ia berkuasa membayar perkhidmatannya.

12. Soalan :
Adakah tertunai Rukun Islam yang kelima bagi seorang yang belum mampu menunaikan Haji tetapi dengan pertolongan anak-anaknya beliau dapat menunaikan fardhu Haji ?

Jawapan :
Bakal Haji yang dapat menunaikan fardhu Haji dengan bantuan kewangan/pertolongan daripada anak-anaknya hajinya sah dan tertunai Rukun Islam yang ke-5.

Tuesday, June 28, 2011

Haji Kanak-kanak

4. Soalan :
Apakah hukum Haji kanak-kanak yang belum baligh?

Jawapan:
Tidak wajib ke atas kanak-kanak yang belum baligh menunaikan Haji.Jika kanak-kanak yang muamaiyiz (yang tahu membezakan antara kotor dan bersih),tahu kerja-kerja Haji dan membuatnya sendiri,maka Hajinya sah tetapi tidak menggugurkan fardhu Haji dirinya.Ia boleh berniat Haji bagi dirinya dengan syarat diizin oleh bapa atau walinya.
Jika kanak-kanak itu belum mumaiyiz dan ada bersama-sama bapa atau walinya,maka bapa atau walinyalah yang meniatkan dan melakukan kerja-kerja Haji bagi kanak-kanak itu.

5. Soalan :
Bagaimana bapa atau wali berniat dan melakukan kerja-kerja Haji bagi kanak-kanak yang belum mumaiyiz?

Jawapan :
Cara bapa atau wali berniat dan melakukan kerja-kerja Haji bagi kanak-kanak yang belum mumaiyiz adalah seperti berikut:
(i)Niat - Bapa atau wali hendaklah berniat dalam hatinya dengan menjadikan anak/tanggungannya berihram.
Lafaz niatnya:Sahaja aku berihram dengan ihram Haji untuk anakku/tanggunganku kerana Allah Ta'ala.
(ii)Menyempurnakan rukun dan wajib-wajib Haji - Anak/Tanggungan itu hendaklah dibawa bersama untuk berwuquf,bermalam di Muzdalifah dan bermalam di Mina dan dicukurkan.Adapun Tawaf ,Sa'ie dan melontar maka bapa atau wali hendaklah mengerjakan kerja-kerja tersebut bagi dirinya sebelum daripada mengerjakannya bagi anak-anak tersebut.
(iii)Penjagaan pantang larang dalam ihram - Bapa atau wali sayugialah menjaga anak/tanggungannya dari melakukan perkara-perkara yang dilarang dalam ihram.Jika kanak-kanak itu (yang belum mumaiyiz) melakukan perkara-perkara yang dilarang dalam ihram tidak dikenakan fidyah (Dam).Tetapi bagi kanak-kanak yang mumaiyiz wajib disempurnakan Dam.

6. Soalan :
Apa hukum Haji yang dilakukan oleh kanak-kanak dan adakah dapat pahala?

Jawapan:
Haji yang dilakukan oleh kanak-kanak itu adalah Haji sunat,tidak menggugurkan Haji fardhunya.Ini bererti apabila ia baligh wajib ia mengerjakan Haji fardhu atas dirinya.
Ibu atau bapa yang melakukan Hajinya mendapat pahala,dalilnya terkandung dalam hadith yang dikeluarkan oleh Abu Isa At Tarmizi dengan katanya:
Maksudnya- Seorang perempuan telah mengangkat akan anak yang lelaki kepada Rasulullah serta berkata,Wahai Rasulullah adakah bagi anak ini Haji?
Jawab Rasulullah"Ya, dan bagi puan pahala"

7. Soalan :
Adakah boleh kanak-kanak belum mumaiyiz mengumpulkan anak-anak batu dengna sendiri atau walinya perlu mengutip untuknya?

Jawapan :
Boleh dan seeloknya wali hendaklah memungut dan memberi kepada anaknya untuk melontar atau wali melontarkan untuk anaknya.

ORDER

Alhamdulillah hari ni dapat order lagi dari orang Johor.


Mini Telekung SP LYCRA,Mini Telekung Jersey dan Baby Telekung.

11:45 p.m siap dibungkus tunggu nak pos pagi nanti

Terima kasih Kak Sarimah from Johor (^.^)

Monday, June 27, 2011

Hukum

2. Soalan:
Apakah hukum mengerjakan haji dan umrah?

Jawapan:
Haji dan Umrah kedua-duanya adalah wajib di dalam seumur hidup sekali sahaja.Sunat dikerjakan berkali-kali.

Hukum/Syarat

3. Soalan:
Ke atas siapakah Haji dan Umrah itu difardhukan?

Jawapan:
Haji dan Umrah difardhukan ke atas setiap orang Islam yang baligh,berakal,merdeka (bukan hamba) dan berkuasa sama ada lelaki atau perempuan.

Soal Jawab Haji dan Umrah

Assalamualaikum

Daripada buku soal jawab haji dan umrah terbitan Lembaga Tabung Haji , saya akan menaip setiap soalan dan jawapan untuk dijadikan rujukan dan info bersama bakal jemaah yang melayari blog ini.
Terima kasih


PENGERTIAN

1.Soalan:
Apakah perbezaan diantara 2 perkataan berikut :
i-Haji
ii-Umrah

Jawapan:
Haji pada syara' ialah mengunjungi Baitullah Al Haram dalam bulan-bulan Haji kerana mengerjakan Tawaf,Sa'ie dan Wuquf di Arafah dengan menurut syarat-syarat serta menunaikan segala rukun-rukun dan wajib-wajibnya.

Umrah pada syara' ialah menziarahi Baitullah Al Haram bila-bila masa kerana mengerjakan Tawaf,Sa'ie dengan menurut syarat-syaratnya serta menunaikan segala rukun-rukun dan wajib-wajibnya.

Perbezaan yang jelas di antara kedua-duanya ialah bahawa Haji itu boleh dikerjakan dalam bulan-bulan Haji sahaja iaitu mulai dari 1 Syawal hingga naik fajar hari 10 Zulhijjah.Manakala Umrah pula boleh dikerjakan pada bila-bila masa sepanjang tahun kecuali bagi orang yang dalam ihram dengan Haji.
Umrah tidak ada Wuquf,Mabit di Mudzaliffah,di Mina dan melontar jamrah

Sunday, June 26, 2011

PERSIAPAN SEBELUM PERGI

Assalamualaikum..
Saya ada mengikuti kursus umrah dan di dalam kuliah dengan ustazah itu, ustazah bercakap tentang persiapan yang perlu dilakukan sebelum kita berangkat ke Tanah Suci.

Berikut adalah senarai perkara-perkara yang harus dilakukan :

1. Banyakkan bertaubat
2. Bersihkan harta - dari perkara syubhah dan haram
- langsaikan segala hutang kita dengan Allah dan manusia
3. Tinggalkan semua perkara-perkara maksiat
4. Banyakkan istigfar
5. Ketaqwaan - ingatkan anak-anak jangan tinggal solat,jangan buat maksiat
6. Solat musafir


SEMOGA BERMANFAAT UNTUK PANDUAN KITA SEMUA..INSYAALLAH...:)

Thursday, June 23, 2011

13 Tempat Mustajab Untuk Berdoa

1.Hajar Aswad (batu dalam syurga)
2.Multazam - jam 12 tengah malam hingga azan subuh (minta kelepasan dari neraka)
3.Tempat Jibril mengimami Nabi Muhammad SAW
4.Tempat asal makam Nabi Ibrahim
5.Makam Nabi Ibrahim sekarang. Antara azan Subuh hingga iqamat (minta kebahagiaan keluarga)
6.Pintu Bani Syaibah - tempat masuk Nabi Muhammad SAW
7.Telaga zamzam.Antara azan Maghrib hingga iqamat (minta ilmu makrifat)
8.Hijr Ismail - selepas Asar hingga Maghrib (minta kekayaan harta benda)
9.Pancuran rahmat
10.Pintu keluar kaabah (ditutup) Multazam kedua.
11.Rukun Yamani
12.Tempat bermulanya tawaf (penjuru Hajar Aswad)
13.Mihrab Nabi Muhammad SAW di Madinah (bertentangan dengan pancur emas (kaabah)

kisah-kisah di Tanah Haram

Untuk memeriahkan blog ini saya akan selitkan kisah-kisah ajaib yang terjadi di Tanah Haram yang dilalui oleh jemaah umrah dan haji.

SENASKAH AL-QURAN

Cerita pada pagi ini ialah daripada bapa saudara saya yang telah menunaikan umrah pada 2010 dimana beliau selepas solat di MasjidilHaram telah terdetik di hati beliau untuk mendapatkan senaskah Al-Quran dari masjid ini.Tak berapa lama kemudian,seorang pegawai masjid yang muda menghampiri beliau dan menghulurkan senaskah Al-Quran.Bapa saudara saya membuka Quran itu dan terdapat cop rasmi MasjidilHaram.

Dan bila balik ke Malaysia beliau menunjukkan Al-Qurang itu pada kami semua..

SUBHANALLAH yang telah menunaikan hajat hamba-hambanya. :))


Wednesday, June 22, 2011

Yakin atau tak yakin?

Ini cerita dari ustazah yang mengajar pasal umrah dan haji.
Kawan ustazah nak pergi buat umrah dan tarikh datang period pun sama dengan waktu yang nak buat umrah tu.Jadi kawan ustazah mintak nasihat macamana supaya period tak datang waktu disana.
Ustazah pun bagi petua supaya baca surah Yasin ayat 38 & surah Hud ayat 44 --> baca sini
ustazah suruh baca dengan syarat YAKIN SEYAKINNYA yang Allah akan tahan period untuk datang.

Alkisahnya kawan ustazah pun pergi menunaikan umrah dan sekembalinya dari Tanah Suci dia menceritakan pada ustazah yang waktu disana period datang.Ustazah tanya ada baca 2 surah yang diajar tak? Dia jawab baca tapi ada sedikit perasaan ragu period akan datang.

Naaaahhh terbukti bahawa dia tak yakin dengan ayat-ayat itu dan yang paling penting dia tak yakin yang Allah dapat stopkan period itu.

Kesimpulannya ialah apa-apa saja yang kita buat harus ada YAKIN. YAKIN itu adalah IMAN.
Bila yakin semuanya pasti terjadi.

InsyaAllah ya,bagi jemaah yang masih ada keraguan tentang hal ini,buangkan segala perasaan itu..baca ayat-ayat di atas letakkan seluruh keyakinan pada Allah dan jangan makan ubat doktor.

Yakin saja pada Allah :)

Tuesday, June 21, 2011

CHECKLIST UNTUK JEMAAH HAJI

Dibawah ada checklist barang-barang untuk dibawa sewaktu haji. Bagi jemaah umrah sila kurangkan bilangan barang kerana waktu disana hanya dalam 2 minggu.

Contohnya kalau waktu haji perlu bawa 5 helai, untuk umrah kurangkan menjadi 2 helai.

Checklist ini sangat berguna lebih-lebih lagi kepada first timer ke haji dan umrah..:)


Monday, June 6, 2011

ORDER - TALI RAJUT


Assalamualaikum..
Alhamdulillah hari ni saya dapat order untuk 5 tali rajut..kakak ni nak pergi umrah next week so barang akan dipos esok. dan oleh kerana order kakak ini melebihi RM200 jadi saya hadiahkan sepasang kasut saie korea untuk kak izan.Semoga kakak suka ya..:)


Seperti yang sedia maklum tali rajut ni fungsi dia boleh baca --> sini

Memang praktikal dan sangat berguna tali ni untuk mengikat beg supaya barang-barang dalam beg tak terjatuh keluar sebab banyak kes beg pecah la,pemegang beg patah dan banyak lagi.Macam yang kita tau orang Arab dia pakai baling je beg-beg ni masa angkat tu.
Di samping tu dengan kaler-kaler tali yang striking ni mudah la untuk pengenalan beg kita.

Selamat menunaikan ibadah umrah untuk yang akan pergi umrah minggu ini..:)