Adakah wajib bagi seorang yang telah cukup syarat menunaikan fardhu Haji tetapi ia masih mempunyai hutang?
Jawapan
Ia hendaklah membayar hutangnya terlebih dahulu,jika baki wangnya tidak mencukupi untuk ia menunaikan fardhu Haji maka tidak wajib baginya menunaikan fardhu Haji.
14. Soalan
Seseorang membayar hutang melalui pendapatan bulanan secara beransur-ansur.Dia telah mempunyai perbelanjaan yang cukup baginya untuk menunaikan fardhu Haji.Adakah dia wajib mengerjakan Haji sedangkan hutangnya masih berbaki hingga dia selesai mengerjakan Haji ?
Jawapan
Orang itu wajib mengerjakan Haji sekiranya jumlah perbelanjaan atau harta (selain daripada harta yang menjadi keperluan asasi) yang terkumpul pada satu-satu musim Haji telah mencukupi untuk perbelanjaan menunaikan fardhu Hajinya termasuk perbelanjaan orang di dalam tanggungannya yang ditinggalkan,sementara hutangnya dibayar beransur-ansur seperti yang telah dipersetujui di antaranya dan pihak yang dihutangnya.
15. Soalan
Bolehkah berhutang untuk menunaikan fardhu Haji?
Jawapan
Tidak boleh berhutang untuk menunaikan fardhu Haji.Ini berdasarkan sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Al-Imam Al-Baihaqi daripada Abdullah bin Auf dia berkata :
Maksudnya : - Saya bertanya kepada Rasulullah dalam masalah seorang yang belum mengerjakan Haji,adakah dia boleh berhutang untuk menunaikan Hajinya.Jawab Rasulullah : "Tidak"
16. Soalan
Adakah dibolehkan seorang yang memberi hutang menghalang orang yang berhutang dari menunaikan fardhu Haji melalui makhamah sivil atau makhamah syariah kerana orang yang berhutang itu sentiasa berdolak-dalik untuk menjelaskan hutangnya padahal ia mampu?
Jawapan
Boleh