Saturday, August 25, 2012

PANDUAN MENGERJAKAN HAJI

KL--> JEDDAH-->MADINAH ATAU KL-->MADINAH

A.1 SEBELUM PERGI MENUNAIKAN HAJI.
  • BANYAKKAN BERTAUBAT DI ATAS SEGALA DOSA-DOSA YANG KITA LAKUKAN SAMADA SEDAR ATAU TIDAK.
  • TAUBAT YANG SEBENAR-BENAR TAUBAT,TAUBAT NASUHA>TAUBAT YANG TIDAK AKAN MELAKUKAN DOSA LAGI,TIDAK INGATKAN DOSA LAGI,TINGGALKAN SEMUA YANG BERKAITAN DENGAN DOSA WALAUPUN DI DALAM HATI.
  • SOLAT SUNAT TAUBAT.TAUBAT SESUNGGUH-SUNGGUH.
  • NIAT” SAHAJA AKU SEMBAHYANG SUNAT TAUBAT 2 RAKAAT KERANA ALLAH TAALA
  • BANYAKKAN SADAQAH.
  • BERMAAF-MAAFAN SESAMA KAUM MUSLIMIN TAK KIRA SAUDARA,SAHABAT ATAU JIRAN TETANGGA SAMADA BUAT SALAH ATAU TIDAK.
  • BANYAKKAN ZIKIR DAN SOLAT SUNAT.
  • LAKUKAN SEMUA ITU DENGAN HATI YANG IKHLAS
A.2 PERSEDIAAN SEMASA HENDAK BERANGKAT.

  • BERSIHKAN BADAN,CUKUR JANGGUT DAN MISAI BULU KETIAK.SEMUA AKAN TUMBUH BALIK NANTI KALAU SAYANG SANGAT PUN.
  • SOLAT WAKTU DAHULU KALAU DAH MASUK WAKTU SOLAT.SOLAT SUNAT SAFAR/MUSAFIR DUA RAKAAT.
  • PAKAIAN BIASA SAHAJA TAPI MENUTUP AURAT.
 A.3 MENUJU KELANA JAYA
1. TENGOK TARIKH PENERBANGAN.TENGOK BETUL-BETUL DAN PERLU ADA DI KELANA JAYA SEKURANG-KURANGNYA ENAM JAM SEBELUM PENERBANGAN.
2. BAGI YANG JAUH LEBIH 60 KM DARI KELANA JAYA BOLEH DATANG AWAL DAN BOLEH MOHON BILIK ASRAMA DI KELANA JAYA UNTUK LEPAK.TAPI MESTI MOHON DULU.
3. TURUN DARI RUMAH TERUS KE KELANA JAYA.
4. JANGAN LUPA SOLAT BILA MASUK WAKTU.RAMAI YANG LEPAS SOLAT SEBAB TERLALU SIBUK NAK PERGI HAJI.
5. DAH BOLEH SEMBAHYANG JAMAK/HIMPUN DAN QASAR/PENDEK.
6. KAT KELANA JAYA ADALAH PROSES SEMUA PERKARA YANG PERLU.
7. JEMAAH AKAN DIHANTAR KE AIRPORT DENGAN BAS URUSAN TABUNG HAJI.JADI TAK PERLU RISAU LAH.
8. BAS HANTAR SAMPAI DEPAN TANGGA KAPALTERBANG.JALAN SIKIT AJA LAH.
9. BILA DAH NAIK KAPALTERBANG JAGALAH TATATERTIB SEBAGAI MUSLIM.
10. MAKANLAH APA YANG DIHIDANGKAN.BIASANYA HALAL.TAK MAKAN NANTI LAPAR O.
11. PENERBANGAN SELAMA LAPAN JAM.JADI MUNGKIN KENA MASA WAKTU  
     SOLATWAJIB.MAKA SOLATLAH ANDA SECARA DHARURAT ATAU SOLAT HORMATI WAKTU.
      NANTI BILA SAMPAI AIRPORT SOLATLAH BALIK. 

A.4 SAMPAI JEDDAH ATAU MADINAH.
 1. SAMPAI JEDDAH/MADINAH KAT AIRPORT.TUNAIKAN SOLAT YANG TERTINGGAL TADI
ATAU YANG BUAT SOLAT DHARURAT.
2. JANGAN BEREBUT-REBUT.BEG DIURUSKAN OLEH MUASASAH.BAWA BEG SANDANG DAN
BEG PERLU SAHAJA.
3. PEMERIKSAAN KASTAM DAN IMIGRESEN AMBIL MASA.
4. BUKA KUNCI BEG BESAR SETELAH AMBIL DARI CONVEYER BAGASI.
5. MULA KENA SABAR DAN JANGAN MARAH-MARAH ATAU MERUNGUT-RUNGUT.
6. JAGA MAHRAM KITA.
7. KAT AIRPORT JEDDAH /MADINAH LEBIH KURANG 2 JAM JADI (BIASANYA SOLAT)SUBUH
KENA KAT AIRPORT KOT.JANGAN TINGGAL SOLAT.SOLATLAH DI MUSOLLA AIRPORT.
8. JANGAN BERASING BILA DI JEDDAH/MADINAH
9 KALAU DI JEDDAH JEMAAH AKAN DIBAWA DENGAN BAS KE MADINAH.ADALAH LEBIH
KURANG 6 JAM.
10 YANG TURUN DI MADINAH AKAN DIBAWA KE HOTEL.
11 DI MADINAH TIDAK PERLU MEMAKAI IHRAM.
12 KALAU DAH SIAP BOLEHLAH KE MASJIDIL NABAWI BUAT SOLAT TAHIYATUL MASJID DAN
ZIARAH MAQAM RASUL SERTA MASUK KE RAUDHAH.
13 DI MADINAH,TABUNG HAJI TELAH SUSUN PROGRAM ZIARAH SEMENTARA MENUNGGU HARI 
    KE MAKKAH.  

A.5 KE MAKKAH DARI MADINAH.
1. BERSIHKAN BADAN,CUKUR JANGGUT DAN MISAI BULU KETIAK.SEMUA AKAN TUMBUH BALIK NANTI KALAU SAYANG SANGAT PUN.
2. MANDI SUNAT IHRAM.
3. AMBIL AIR SEMBAHYANG/WUDHU.
4. PAKAI KAIN IHRAM.JANGAN PAKAI SELUAR DALAM ATAU SINGLET.
5. JANGAN PAKAI MINYAK WANGI/TAK PAKAI PUN TAK APA EH.
6. PAKAI KAIN IHRAM SAHAJA.GUNA TALIPINGGANG HAJI.
7. LAKUKAN ZIARAH WADA’
8. JANGAN NIAT IHRAM DI HOTEL.JANGAN NIAT IHRAM KERANA NIAT IHRAM NANTI DI MIQAT
DI BIR ALI ATAU MASJID MIQAT.10 KM KOT DARI MADINAH KE MAKKAH.
9. SOLAT WAKTU DAHULU KALAU DAH MASUK WAKTU SOLAT.
10. SOLAT SUNAT SAFAR/MUSAFIR DUA RAKAAT.SAMPAI DI BIR ALI MASUK MASJID AMBIL
WUDHU DAN SOLAT SUNAT IHRAM.
11. LEPAS TU NIAT IHRAM UMRAH SEBELUM NAIK BAS.
12. ”SAHAJA AKU BERNIAT MENGERJAKAN UMRAH DAN BERIHRAM AKU DENGANNYA KERANA
ALLAH TAALA.
13. NAIK BAS .MULAKAN BERTALBIAH ( SUARA KUAT BAGI JEMAAH LELAKI )
14. BAS AKAN BERTOLAK KE MAKKAH.BAS AKAN BERHENTI DI AL HIJRAH TEMPAT
PEMERIKSAAN IMIGRESEN SEBELUM SAMPAI KE MAKKAH.
15. MASUK HOTEL BOLEH MANDI TAPI KENA JAGA PANTANG LARANG IHRAM.KALAU
TERLANGGAR PANTANG IHRAM KENA DAM.JANGAN MARAH-MARAH ATAU MERUNGUT-
RUNGUT ATAU BERTENGKAR.
16. LEPAS DUA JAM KOT TABONG HAJI BAWA PI TAWAF.
17. KALAU DAH TAHU,PERGILAH KE MASJIDILHARAM BUAT TAWAF UMRAH.
18.MASA NI BELUM ADA LAGI URUSAN HAJI.
19. MASUK MASJIDILHARAM NAK TAWAF UMRAH/HAJI TAK PAYAH SOLAT SUNAT
TAHIYYATUL MASJID.DOALAH AGAR SEGALA URUSAN DIPERMUDAHKAN OLEH ALLAH.
20. TAWAF WAJIB ADA WUDHU/AIR SEMBAHYANG.
21. MASA TAWAF BAHU MESTI SELALU TEPAT MENGIRI KAABAH.
22. JANGAN TOLEH BELAKANG.
23. JANGAN NIAT MENCARI-CARI ORANG,
24.SEBELUM TAWAF JANJI TUNGGU KAT TEMPAT MANA SENANG JUMPA.ORANG RAMAI
SANGAT.
25. JANGAN SENTUH KAABAH ATAU HIJR ISMAIL.
26. CUKUP 7 KELILING TAWAF DENGAN YAKIN.
27. KALAU TAK PANDAI BACA DOA DALAM BUKU TU,DOA YANG INGAT SAJA DAN BANYAK
ZIKIR.
28. LEPAS TAWAF DENGAN YAKIN,SOLATLAH DI BELAKANG MAQAM IBRAHIM ATAU DI HIJR
ISMAIL ATAU DI MANA-MANA SAHAJA DALAM MASJID SEBAB ORANG RAMAI SANGAT.
29. MINUM AIR ZAM-ZAM-SUNAT TU.MINUM SAMBIL BERDIRI.SATU-SATUNYA AIR YANG SUNAT
MINUM SAMBIL BERDIRI.
30. SIAP TAWAF KENA PI BUAT SAI’.
31. MULA SAIE DI BUKIT SAFA’
32. NAIK ATAS BUKIT SAFA,PIJAK BATU HITAM,PANDANG ARAH KAABAH DAN BERDOA.
33. TEMPAT MUSTAJAB DOA.
34. LAMBAI KE ARAH KAABAH DENGAN UCAPAN BISMILLAHI ALLAHHUAKBAR WALILLAHHILHAM.
35. MULA TURUN BERJALAN ARAH BUKIT MARWAH.
36. 7 PUSINGAN PERGI DAN BALIK.
37. TAK PERLU ADA AIR SEMBAHYANG TAK APA.
38. SAI’ MULA DI BUKIT SAFA KENA PIJAK BATU HITAM DAN HABIS SATU PUSINGAN DI BUKIT
MARWAH KENA PIJAK BATU HITAM JUGA.
39. KALAU HAUS BOLEH BERHENTI MINUM AIR ZAM-ZAM .
40. TAPI BILA NAK MULA SAI’ MESTI MULA SEBELUM TEMPAT BERHENTI TADI.
41. LEPAS 7 PUSINGAN BOLEH BERGUNTING/TAHALLUL .
42. GUNTING RAMBUT SENDIRI DAHULU.JANGAN GUNTING RAMBUT ORANG LAIN SEBELUM GUNTING UNTUK DIRI SENDIRI.
43. LEPAS TU BOLEH LA GUNTING RAMBUTSIAPA SAHAJA DALAM 4 /5 HELAI CUKUP.
44. SELESAILAH UMRAH PERTAMA.
45. BALIK HOTEL BOLEH TUKAR PAKAIAN.
46. DAH HABIS IHRAM .
47. JANGAN BUAT UMRAH SUNAT TERLALU BANYAK SEBAB TENAGA NAK GUNA MASA HAJI.
JANGAN IKUT-IKUT ORANG.LEBIH BAIK SOLAT JEMAAH DI MASJIDIL HARAM DAN SIMPAN
TENAGA.
48. TAK PERLU BUAT BANYAK UMRAH SUNAT.
49. SOLAT DI MASJIDIL HARAM 100 RIBU GANDA PAHALA.

A.6 MENUNGGU WAKTU HAJI
50. LEPAS TU TUNGGU SAMPAI 8 HB ZULHIJJAH MASA NAK PI WUKUF DI ARAFAH BARU PAKAI
IHRAM/NIAT HAJI KAT HOTEL.
51. SAHAJA AKU MENUNAIKAN HAJI DAN BERIHRAM AKU DENGANNYA KERANA ALLAH TAALA.
52. PERGI WUKUF.
53. BAWA BEG PAKAIAN UNTUKL TIGA HARI SAJA.
54. WUKUF ADALAH RUKUN.
55. PADA PETANG HARI 8 HB NAIK BAS.JANGAN BEREBUT.SABAR DAN JANGAN MARAH-
MARAH.
56. KADANG KADANG NAIK BAS SAMPAI 10 JAM.KADANG-KADANG 1 JAM SAHAJA.JANGAN 
MARAH KALAU LAMBAT.MASIH DALAM IHRAM JAGA PANTANG LARANG.
57. SAMPAI DI ARAFAH TERUS MASUK KHEMAH. REHAT.JANGAN BERGADUH ATAU
BERTENGKAR. MESTI BANYAK SABAR.
58. BANYAKKAN IBADAT-ZIKIR,SOLAT,MEMBACA AL-QURAN DAN BERDOA.
59. MALAM TIDUR DALAM IHRAM.JAGA PANTANG LARANG.
60. BANYAKKAN SOLAT SUNAT DAN ZIKIR.
61. ESOK 9 HB ZULHIJJAH LEPAS DZUHUR MULA WUKUF.
62. DUDUK LUAR KHEMAH SAMPAI LEPAS ASAR.DI ARAFAH BANYAK DOA DAN ZIKIR
63. LEPAS MAGHRIB MULA NAIK BAS KE MUDZALIFAH.
64. BERMALAM DI MUDZALIFAH ADALAH WAJIB.DUDUK SANA SAMPAI TENGAH MALAM.MASIH
DALAM IHRAM.BANYAKKAN BERSABAR.
65. SAMPAI MUDZALIFAH CARI TEMPAT DUDUK,BENTANG TIKAR PLASTIK YANG TH BAGI,MULA
SOLAT SUNAT,BANYAKKAN SOLAT DAN ZIKIR DAN DOA.
66. LEPAS TU KUTIP BATU 7 BIJI SAHAJA DI MUDZALIFAH UNTUK LONTAR JAMRATUL QUBRA
ESOK.
67. MELONTAR JAMRATUL AQABAH/QUBRA ADALAH WAJIB.
68. MELONTAR KETIGA-TIGA JAMRAH ADALAH WAJIB.
69. LEPAS TENGAH MALAM NAIK BAS KE MINA.
70. DALAM PERJALANAN KE MINA BANYAKKAN BERTALBIAH.TALBIAH TAMAT BILA MELONTAR
JAMRATUL KUBRA.
71. JAGA SOLAT SUBUH TAKUT TERLEPAS.
72. MASUK KHEMAH MINA.KECIK DAN SEMPIT.SABAR DAN JANGAN MERUNGUT.JAMBAN SIKIT
SAJA.JANGAN MEMBASUH DI MINA.
73. LAKUKAN SOLAT YANG WAJIB.ATAU BOLEH SOLAT SUNAT YANG BERKAITAN.BANYAKKAN
ZIKIR DAN DOA.
74. JANGAN DOK BOK BEK-BOK BEK DI MINA.
75. MALAM TU PI LONTAR DENGAN TABONG HAJI-JAMRATUL KUBRA.ADALAH LEBIH KURANG
3KM ONE WAY.
76. KALAU DAH TAHU PERGILAH PADA WAKTU DHUHA 10 HB.ZULHIJJAH-HARI RAYA HAJILAH
TU.
77. BALIK KHEMAH BOLEH CUKUR ATAU GUNTING .TAHALLUL.
78. TAHALLUL ADALAH RUKUN.
79. BOLEH TUKAR BAJU LEPAS GUNTING.
80. KUTIP BATU DI MINA.AMBIK BAWAH KARPET KHEMAH SAJA.SENANG.
81. AMBIK 21 BIJI SEORANG.
82. ESOK 11 HB LONTAR 3 JAMRAH.ULA,WUSTO & QUBRA.
83. SAMPAI TIGA HARI LONTAR IAITU 11 HB,12 HB DAN 13 HB.
84. BERMAKNA SATU HARI 21 BUTIR SEORANG.
85. BATU AMBIK BAWAH KARPET DALAM KHEMAH.
86. LEPAS SIAP LONTAR SELAMA TIGA HARI IAITU HINGGA HARI 13 HB.
87 ESOKNYA 14 HB NAIK BAS BALIK KE MEKAH UNTUK TAWAF DAN SAI’E HAJI.
88. TAWAF HAJI DAN SAI’ ADALAH RUKUN HAJI.
89. SELESAILAH HAJI.JANGAN LUPA DAM HAJI TAMATTU’
90 SEMOGA MENDAPAT HAJI YANG MABRUR.

A.6 SELEPAS MENGERJAKAN HAJI
PENUHKAN WAKTU YANG ADA DENGAN BERSOLAT DI MASJIDIL HARAM.BUATLAH UMRAH
ATAU SUNAT JIKA MAMPU. BUAT UMRAH BADAL UNTUK YANG TELAH PERGI.
KALAU NAK TAWAF KIDAI PUN TAK APA SEBAB KITA DAH SELESAI MENGERJAKAN HAJI.
TAWAF WADA’-JANGAN LUPA O.SEBELUM BALIK KEMAS BARANG-BARANG DAH SELESAI SEMUA PERGI BUAT TAWAF WADA’.BERDOALAH UNTUK DATANG LAGI DAN LAGI DAN LAGI DI MASA AKAN DATANG.

BALIK NANTI KENA LEPAK DI MADINATUL HUJJAJ-JEDDAH LAH.

credit : intan liana yusoff (pengalaman haji dan  umrah)

No comments:

Post a Comment