Sunday, September 25, 2011

Amalan-amalan yang afdhal dilakukan semasa di Mekah

Amalan-amalan yang afdhal dilakukan semasa di Mekah


Hari Jumaat lepas Al-Kulliyah membincangkan topik Bulan Haji..Banyak info berguna yang dapat dikutip dari sesi perbincangan hari tu.


Ni saya sempat tulis sedikit amalan yang diberi oleh Ustaz Jemputan (soalan dari penonton)


Apakah amalan yang afdhal dilakukan semasa berada di sana ?


1. Sentiasa pergi untuk solat berjemaah (kalau hotel terlalu jauh tak payah pergi, kalau tak mampu jangan dipaksa) - harus minum banyak air


2. Lakukan umrah pertama,umrah ke-dua tapi jangan terlalu banyak sangat


3. Lakukan tawaf sunat (Sahaja aku tawaf sunat kerana Allah Taala)


4. Iktikaf di masjid dan melihat Kaabah (tengok Kaabah saja dah dapat pahala)


5. Berzikir, baca Al-Quran/baca tafsir


6. Minum air Zam-zam sebanyak mungkin
    masa minum niat untuk dapatkan :-
    a- Ilmu yang berguna
    b- Rezeki yang banyak dan luas
    c- Ubat/kesembuhan dari segala penyakit


Sekian,semoga membantu .. (^.^) 

No comments:

Post a Comment