Pages

Monday, December 10, 2012

PERSIAPAN UMRAH MUSIM SEJUK

Assalamualaikum..

Saya ingin berkongsi tips-tips untuk bakal jemaah yang akan pergi pada musim sejuk. Musim sejuk adalah dari sekarang Disember,Januari, Februari dan March. 

Bagi yang tidak pernah ke negara-negara bercuaca sejuk pasti terkejut dengan perubahan cuaca ni. Sama seperti saya yang pergi pada bulan Februari 2012..sejukkkk sangatt..:) 

Semasa umrah kami dulu , rombongan kami masuk ke Madinah dahulu sebelum ke Mekah. Cuaca di Madinah lebih sejuk berbanding di Mekah. Cuaca dingin dan angin kuat. Disebabkan tidak ada panduan dan pertama kali ke negara musim sejuk jadi perkara asas paling penting saya lupa bawa ialah moisturizer aka pelembap muka. Ya Allah betapa keringnya muka, sakit tepi2 bibir. Keringnya muka tapi tidak mengelupas. Rasa tebal kulit muka. Jadi untuk mengurangkan keperitan yang dialami saya akan sembur, cuci muka dengan air zam-zam bila masuk Masjid Nabawi dan Masjidil Haram dan bawa balik air zam zam ke bilik hotel. Habis di Madinah kami bergerak ke Mekah, sampai di sana saya ada beli moisturizer di farmasi tapi Ya Allah mahalnya dekat RM100. tapi tepaksa beli sebab dah tak tahan sangat keringnya. Ntah jenama apa saya pun tak sure. Saya cuma pakai 2, 3 kali rasanya sbb rasa tak serasi. Tapi alhamdulillah masa di Mekah cuaca sejuk dah berkurang. lebih pada angin sempoi2 kuat. Jadi kulit pelan2 dah jadi normal balik. sambil2 tu bila cuci muka dengan air zam zam berdoa kat Allah supaya elokkan balik kulit yang kering ni. Alhamdulillah..


Memandangkan saya dah ada pengalaman jadi saya nak share dengan semua yang akan pergi bulan Januari,Februari  2013. Ada juga yang dapat visa special bulan 12 nikan..? hehe

Jadi ini antara  yang saya boleh kongsikan ya :

1. Bawa baju sejuk, sarung tangan , selendang , seluar panjang tebal mcm long john tu (terpulang masing-masing) 

2. Bawa moisturizer , lip balm , krim tumit atau apa2 yang dirasakan perlu. Moisturizer + lip balm anda boleh apply siap2 masa kat dalam plane. Jangan masa dah  sampai kat Madinah or Mekah. Better apply sebelum terkena angin sejuk tu..Cegah sebelum kering..;)
3. Sunblock bagi kaum perempuan macam biasalah apply ler sebelum keluar bilik. walaupun cuaca sejuk tapi panas matahari terasa ya. Tambah-tambah  masa nak tawaf waktu tengahari sebelum zuhur atau lepas zuhur kalau yang nak buat umrah lagi tu. terik jugak time ni. Jangan lupa pakai spek.

ni entry yang sy buat masa dalam persiapan umrah dulu :


http://kelengkapanhajidanumrah.blogspot.com/2012/02/siap2-umrah-sarung-tangan.html


Rasanya ini saja yang saya ingat. Kalau ada lagi saya akan tambah disini atau buat entry lain ya..


Terima kasih :)


kita bersweater, bersarung tangan, berselendang..mmg sejukkkk

5 comments:

  1. terima kasih atas info ini...sangat berguna untuk sy yg akan ke sana 10hb ini...:D

    ReplyDelete
  2. Insyallah saya akan menunai umrah pd 5/12/2014 ..terima kasih atas info yg diberi..

    ReplyDelete
  3. Terima kasih atas info yg sgt berguna ini. Insyallah sy dan isteri ke tanah suci pada 5.12.14 ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. selamat menunaikan umrah buat tuan sekeluarga. semoga memperoleh umrah yang mabrur :)

      Delete