Pages

Wednesday, December 12, 2012

PERSIAPAN FIZIKAL SEBELUM KE TANAH SUCI

Assalamualaikum semua bakal-bakal para tetamu Allah :)

Pada semua yang dah merancang akan mengerjakan umrah pada tahun hadapan baiklah anda mula menjaga kesihatan dari sekarang supaya stamina lebih fit.
Kita pergi kesana untuk melakukan ibadah total jadi stamina,tenaga mesti ada. Kalau dari sekarang tak fit takut nanti kat sana pun lembik saja tak larat. Bukan apa setiap kali masuk waktu kita akan berjalan kaki dari hotel ke Masjid Nabawi atau Masjidil Haram untuk berjemaah disana. Semasa tawaf 7 kali pun kalau anda berada dalam lingkungan bulat yang luar besar juga pusingan nak pusing. Semasa saie, kita di Bukit Safa nampak je Bukit Marwah nun di hujung sana tapi cubalah jalan, jauhhh..7 kali ulang alik dari Safa dan Marwah..pusingan yang ke 4 ke atas pasti terasa dah nak krem kat betis. 
Sebab tu kita harus ada training dari sekarang. Apa yang saya boleh cadangkan untuk anda ialah dari sekarang :

1. Exersise-lah 
Pergi jogging atau walking pagi-pagi2. hirup udara segar. buat 7 pusingan , kalau dah berjaya upgrade lagi ke 9, 11 atau seterusnya. In shaa Allah kalau training dari sekarang anda tak akan semput semasa di sana. 
- semasa saya nak pergi umrah dulu kitaorg satu family dah pegi jogging or jalan cepat untuk dapatkan stamina.target saya mmg 7 pusingan jalan cepat dan dari hari ke hari akan tambah lagi pusingan. percayalah badan mmg akan fit.

2. Jaga pemakanan
Kurangkan makan daging merah, makanan berlemak.Lebihkan sayuran,buahan dan makanan yang sihat. Amalkan juicing pagi-pagi. In shaa Allah kesihatan lebih baik.

3. Bangunlah sebelum subuh.Waktu tahajjud.
Indahnya waktu ni kalau sapa yang dapat bangun.Cubalah tidur awal dari sekarang dan doalah kat Allah supaya anda digerakkan untuk dapat bertahajjud.
Semasa di sana nanti kurangkan tidur. 3-4 jam dah cukup. Bangun pagi-pagi dalam pukul 2 pagi macam tu get ready untuk pergi buat tawaf sunat dan buat solat2 sunat di sana. Ya Allah time ni memang tak ramai dan semasa tawaf anda boleh berada di bulatan yang kecil dan pasti ada ruang untuk pergi cium Hajar Aswad atau Rukun Yamani. Nak masuk ke Hijr Ismail,solat dan berdoa dalam tu. Semua mudah. Tak berebut atau bertolak macam siang hari atau waktu2 padat macam maghrib atau lepas isyak. Habis buat tawaf sunat boleh solat kat dataran masjidil haram sebab tak ramai orang kan jadi lingkaran orang tawaf tu masih kecil. Masa ni polis-polis takde la nak kacau kita suruh pergi tempat lain.Orang perempuan selalunya yang kena halau.Kiranya boleh duduk lama sikit la sambil merenung Kaabah. Habis solat kat bawah , lepas tu  bolehlah siap-siap cari tempat untuk tunggu waktu Subuh masuk. Kalau orang perempuan saya cadangkan pergi tingkat 2 cari spot yang bedekatan lampu hijau selari dengan Hajar Aswad  dan Multazam atau pintu Kaabah. duduk atas pun mmg jelas nampak Kaabah. Kalau anda datang lambat masa orang azan subuh pertama sure tempat terbaik tak dapat lah.Dan jemaah2 negara lain akan menolak2 anda, berhimpit2.kita pulak jadi tak selesa dengan keadaan macam tu. Jadi pergilah lebih awal pasti dapat tempat paling depan,korbankan waktu tidur ya..:)

ok,mulakan dari sekarang...:)

solat kat dataran , lama2 pun takpe :)


masa ni blum azan pertama. dalam 4 lebih macam tu orang dah mula ramai ni . 


sebelum subuh. kat atas masih lengang, siap ada kapel arab santai2 kat laluan tawaf tingkat atas. 

kita kat tingkat atas cari tempat paling terbaik untuk solat dan dapat tengok Kaabah dengan jelas

No comments:

Post a Comment