Pages

Wednesday, August 7, 2019

NOTA HAJI DI TANAH MINA ( TIPS & STEPS )



credit pic : google

Nota ini dikongsi oleh Puan Zana Rafie di group Kenangan Haji & Umrah. Terima kasih berkongsi, semoga menjadi panduan buat semua para jemaah haji.

9 Zulhijjah ni semua jemaah haji akan berwukuf di Arafah. Allahuakhbar satu pengalaman yg sangat indah dalam hidup ni. Allah rezekikan aku dan 2 sahabat baik ku utk mengerjakan haji pada tahun 2011. Mmg itu harapan kami bertiga utk buat haji pada umur kerasulan Nabi saw. Alhamdulillah dimakbulkan Allah swt.
Hari berangkat ke Arafah tu kami dikumpulkan di lobi. Mcm2 perasaan yg timbul ketika tu. Satu yg baru bagi kami wpun dah bbrp kali lakukan umrah sebelum ni. Seolah2 kita semua sedang berangkat menuju ke padang mahsyar. Dlm bas kami x byk berbual.
Kat sini saya nak share sikit nota ringkas yg saya buat masa sy di Arafah dan Mina dgn para jemaah yg akan bertolak ke Arafah nnt:-
🔹Sewaktu bertolak ke Arafah, jgn seronok sgt, jgn merokok, jgn huha2, kurangkan bercakap & bykkan zikir sbb kita sdg membawa jutaan dosa kita di bahu utk kita persembahkan kpd Allah utk diampunkan. Tak takut ke?
🔹 Sepanjang waktu bermula dr bertolak ke Arafah, mulut & hati tak berhenti membaca "Laillahailallah Subhanal Maliqil Quddus" supaya Allah uruskan dan mengetuai segala urusan kita di sana dan terus berniat "Ya Allah jadikanlah segala perbuatanku sepanjang aku berada di sana sebagai satu ibadah buatku". Baca niat ni supaya kalau kita tidur, makan pun dpt pahala jgk...bestkan
🔹 Jgn sesekali buruk sangka dgn Allah. Kene igt syaitan juga wujud di keliling kita. Wpun kita tau dugaan itu adalah utk menyucikan diri dr dosa2 silam tp cuba selama di sana jgn buruk sangka dgn Allah. Kita ni tetamu Allah mana mungkin Allah nak layan tetamuNya dgn layanan buruk. Setiap dugaan berlaku JANGAN salahkan Allah, salahkan diri dan salahkan syaitan. Ingat!! Allah bersama dgn sangkaan kita pdNya
🔹Melangkah kaki kanan ke dalam bas terus baca "Bismillahi tawaqaltu....." sebyk 7x. Selepas itu niat supaya segala urusan kita akan diambil alih oleh Allah dan para malaikat. Tolong baca setiap pagi lepas solat subuh di sana
🔹Bawa buku2 dan kitab2 utk dibaca sewaktu kita di Arafah dan di Mina. Sebab masa lapang sgt byk bagi org yg tak tau nak buat apa. Tp ms jadi singkat pada org yg tau memanfaatkan waktu itu. Paling penting SHARE ilmu yg kita tau dgn jemaah lain.
🔹Tulis doa siap2 dlm kertas atau hp. Fikir baik2 jgn ada yg tertinggal. Gunakan word KAMI dlm berdoa bukan word AKU. Secara x lgsg kita turut mendoakn semua yg ada di khemah kita tu. Bila kita mendoakan org lain tanpa pengetahuan mrk maka Allah akan pandang kpd semua doa2 kita tu
🔹Turun shj dr bas menuju ke khemah, yg muda2 tolong jgn sibuk nak berebut tempat tidur. Biar org2 tua ambil tmpt mrk dulu. Biar mrk dekat dgn pintu spy senang nak keluar. Tmpt kita biar Allah yg tentukan. Kan kita dah serah urusan kita pd Allah kannn. Tlg bawakan bag2 jemaah yg tua terus ke dlm khemah. Dekat bg kita yg muda tp jauh bg mrk yg tua.
🔹 Utk wanita, tlg bawa disposable panties dan panty liner. Air wadi atau air mazi yg keluar dr kemaluan wanita boleh membatalkan wudhu. Kat sini tak payah nak basuh2 spender. Sbb khemah sebelah mgkn khemah lelaki jd x elok nmpk sotong kering kita tergantung2 kat luar. Guna je spender pakai buang. Tisu basah bawak byk2. Byk kegunaan di sana.
🔹Sepanjang di sana kene bykkn berbual dgn Allah sbb ketika tu Allah sgt dekat dgn kita sbb tu kurangkan borak2 kosong. Lebihkan berbual dgn Allah. Contoh..Ya Allah aku nak makan ni, alhamdulillah sedap sgt makanan kat sini. Ya Allah aku nak tido kejap, tlg kejutkan aku utk qiam nnt Ya Allah, rindu sgt nak borak dgnMu. Cuba la....seronokkk sgt
🔹Buat wakaf jangka pendek tp pahala jangka panjang. Contohnya sediakan plastik sampah dlm khemah dan dlm bilik air. Sediakan gayung dlm bilik air. Ambilkan air dan letakkan dlm khemah utk kegunaan semua. Bawa kipas tangan atau kipas bateri dan share guna. Jgn merungut panas nnt akan rs lebih panas.
🔹Khemah kita tu ada lubuk pahala di dlmnya utk kita. Kita pegi ke sana x bawa ibubapa kita tp Allah gantikan org2 tua lain utk gantikan ibubapa kita. Layan mrk spt ibubapa kita sndr. Srh mrk doakan kita. Srh mrk sentuh kepala kita. Santuni mrk selama di sana maka Allah akan santuni kita seumur hidup kita
🔹 Waktu di Arafah sgt singkat. Bg mrk yg ada ilmu tu cubalah manfaatkan masa yg singkat itu tp tolonglah pandang2 keliling kita kejap. Ada jgk org2 tua yg lgsg x tau nak buat apa-apa waktu tu. Tolong mrk. Guide mrk. Tlg ajar mrk apa nak buat. Jgn pentingkan diri sendiri, jgn sibuk dgn doa kita je. Bantu la org2 tua ni utk menikmati waktu mustajab doa tersebut
Tips utk berdoa di Arafah:-
 Mulakan dgn bacaan "Allahuakhbar kabiraw.......waasilah" (awal Doa Iftitah) diikuti dgn surah Alfatihah lepas tu baru berdoa
 Tips doa yg dimakbulkan ialah bykkan memuji Allah lepas tu br meminta. Nisbahnya 5 kali puji Allah : 1 kali minta : 1 kali selawat. Jgn pulak puji 5 kali pastu minta 15 kali. Malu kat Allah.....
 Tutup doa kita dgn bacaan Yassin. Pada ayat 82 baca sampai perkataan KUN diikuti dgn doa "Ya Allah makbulkanlah semua doa2 yg telah kupohon td. Sesungguhnya Engkau lbh tahu apa yg terbaik buat ku di dunia dan akhirat" lepas tu terus sambung ayat FAYAKUN hingga akhir ayat.
 Selain dr doa sndr apa lg doa yg boleh diamalkan di sana? Baca doa yg mudah, yg kita hafal dan kita faham maksudnya. Amalkan sbg zikir di sana. Tlg ajar org2 tua di sana sekali ye. Sharing is Caring :-
 Baca doa masuk masjid utk mohon rahmat Allah
 Baca doa qunut utk mohon hidayah dari Allah
 Baca doa makan utk mohon hidup yg barokah
 Baca doa dijauhi dari gangguan syaitan
🔹Sblm tenggelamnya matahari baca selawat nabi saw 100x dan Sayyidul Istighfar sbb ms tu malaikat tukar shif. Semoga segala amalan yg dicatit dlm buku amalan kita yg dibawa ke atas tika itu adalah amalan terbaik di sisi Allah
🔹Buat sujud syukur sebaik sampai di Arafah dan sebelum keluar dari tanah Arafah utk ke Muzdalifah dan di Mina. Lagi byk kita bersyukur Allah janji akan menambah kenikmatannya. Kene yakin dan buat selalu sepanjang berada di sana. Zikir Alhamdulillah 200x tiap lps solat
🔹Lepas tu kita akan bertolak ke Muzdalifah. Sy istilahkan sbg trip yg paling kritikal sbb ms tu kita dlm keadaan yg sgt penat, x cukup tenaga, x cukup tidur. Bygkan org2 tua mcmana. Jadi ringankan tulang bantu mrk. Lepaskan mrk naik bas dulu. Jgn sibuk nak duduk laki bini 1 kerusi. Yg bini jgn mengada2 nak reservekan kerusi utk laki. Bagi org2 tua semua duduk di depan. Waktu ni kita sgt2 penat. JGN PENTINGKAN DIRI SENDIRI.
🔹Sampai saja di Muzdalifah kita akan lihat lautan manusia di atas padang dlm keadaan letih. Kita perlu merentas ribuan manusia utk mencari port rehat sambil tu kene bawak bag sendiri. Sekali lg tolong bawakan bag2 org tua. Pimpin tgn mrk dan sediakan tmpt rehat utk mrk lps tu br cari tmpt rehat utk kita. Di Muzdalifah biasanya kita akan rehat dan tidur sbb sgt2 letih
🔹Spray air dan bekalan air sangat2 penting di sini sbb air sgt limited. Nak ke toilet pun susah sbb kene merentas manusia. Jd pastikan bekalan air mencukupi. Bantu org2 tua utk ambil wudhu guna spray. Tlg jaga aurat sesama kita. Bila letih mcm2 boleh terselak dan tersentuh.
🔹Lepas solat subuh kita akan bertolak ke Mina. Mcm biasa jgn berebut naik bas. Bagi org tua2 naik bas dulu. PERINGATAN KALI KEDUA...TOLONG JGN SIBUK RESERVEDKAN SEAT UTK LAKI/BINI. Mudahkan urusan org Allah akan mudahkan urusan kita.
🔹Tiba di Mina mcm mula2 td yg muda2 jangan nak pilih2 tmpt tidur. Biar org2 tua masuk dulu. Biar mrk dekat dgn pintu khemah. Kalau katil 2 tingkat yg muda biar di atas. Jgn mengada nak juntai2kan kaki ke bawah sbb kene igt ada org tua kat bawah tu. Jaga adab ye..
🔹Bila pegawai srh kita pi kutip batu. Tlg kutipkan lebih2 skt dan bagi pada jemaah2 yg tua. Jgn usung mrk pi kutip batu. Tolong kutipkan bukan susah pun. Sambil2 tu bawak la duit sikit sbb budak2 kecil ramai kat bukit2 tu, bykkan bersedekah selama 3 hr di Mina tu.
🔹Waktu melontar utk Msia telah ditetapkan jd jgn pergi sendiri2 tanpa maklumkan kpd pegawai bertugas. Sebelum bertolak bacalah "Bismillahillazi layadurru...". Tlg baca kuat skt spy jemaah2 yg tua2 tu boleh aminkan jika mrk x hafal.
🔹Sewaktu perjalanan melontar ni kene jaga2 skt sbb org sangat2 ramai. Yg muda2 tlg buat pagar dan yg tua2 berjalan di dalam. Yg muda tlg pimpin tangan yg tua. Pegang kuat2 jgn terlepas. Baca zikir "Laillahailallah Subhanal Maliqil Quddus" spy laluan menjadi mudah dan terasa dekat
🔹Kita akan duduk di Mina selama 3 hari. Apa nak buat kat sana? Kat sini lah ujian kita yg paling besar sbnrnya. Sbb ms tu kita rasa kita dah selamat dan dah bersih. Kat sini kita lihat org kurang beramal. Sibuk borak dan gelak tawa. Kita lupa yg Allah sedang melihat kita pd jarak yg paling dekat ms tu.
 Amalan semasa di Mina
 Baca buku2 dan kitab2 yg kita bawa
 Baca Al Quran
 Baca Doa Kanzul Arsy
 Baca Doa Akasyah
 Baca Doa Haikal
 Buat Tahlil Arwah
 Baca Doa Penerang Diri
 Baca Al Mathurat
 Zikir "Alhamdulillah" dan Selawat
 Qadho Solat
🔹 Jgn baca sendiri2. Sian la kat org2 tua yg tak tau apa2 tu. Guide mrk apa nak baca. Baca semua kat atas tu depan mrk. Srh mrk aminkan. Selalu igtkan mrk, makcik dah baca Alhamdulillah 100x? Jom makcik kita baca yassin. Jom kita buat tahlil. Yg muda2 tlg guide yg tua2. Jgn nak masuk syurga sorang2
🔹 Kalau pada sapa2 yg pandai baca quran tu, ms ni la kita boleh cari pahala extra. Ajar jemaah lain baca quran atau betulkan bacaan solat. Bayangkan lps ni brp byk pahala yg dpt kita tuai jika mrk membaca mengikut apa yg kita ajar. Ajar surah2 pendek je.
🔹 Kat sini kene ringan tulang. Dapur agak jauh dr khemah jadi bantu org2 tua utk ambil air panas tiap pagi dan ptg. Jgn kita je yg sedap minum teh panas depan mrk. Jemaah haji tlg bawa mug yg bertutup spy air x tumpah ms bawa ke khemah.
🔹Pilih 1 hari utk kita belanja jemaah 1 khemah makan. Beli makanan yg simple2 je mcm roti canai atau kuih2 yg ada jual kat tepi2 khemah kita. Kene ingat rezeki yg diinfaqkan di sana gandaannya bukan sikit tau. Ini yg selalu dilakukan oleh Allahyarhammah Hajah Rozaidah sahabat baik sy. Lgsg x lokek. Belanja ayam, kentang, roti canai utk jemaah. Semoga arwah ditempatkan di kalangan insan yg istimewa di sisi Allah...aaminn
🔹Hari terakhir di Mina adalah hari yang paling menyedihkan. Sebak nak meninggalkan bumi Mina. Sebaik batu terakhir dilontar di Jamrat terakhir, airmata turun mcm air terjun. Dr dlm bas kita nmpk bumi Mina sudah hampir kosong. Masa ni tolong byk2 berdoa atau berbual dgn Allah. "Ya Allah aku nak tinggalkan bumi barokah ini Ya Allah. Aku tinggalkan dgn penuh harapan. Tolong lah terima ibadah yg aku buat ni sbg ibadah terbaik di sisiMu Ya Allah. Tolong ampunkan semua dosa2 ku Ya Allah...Tolong Ya Allah. Biar bumi Mina ini jadi saksi yg Kau telah ampunkan segala dosa2 aku.........." Berbual lah dgn Allah sepanjang perjalanan kita pulang ke Mekah.
Alhamdulillah....ini antara nota yg sempat sy catat semasa di Arafah dan Mina. Semoga memberi manfaat di masa hadapan dan menjadi rujukan utk ibadah haji akan datang....InsyaAllah

No comments:

Post a Comment