Pages

Friday, September 4, 2015

Tips tips Mengisi 330 Minit Di Arafah Yang Perlu Dilakukan Oleh Jemaah Haji


Dari Ustaz Abu Anas Madani 

Apa yang perlu dilakukan semasa di Arafah. 

Waktu Wukuf bermula apabila masuk waktu Zuhur hingga ke Maghrib. 

Antara Zuhur ke Maghrib ada 330 minit. 

Setengah jam diperuntukkan untuk Solat Zuhur berjemaah maka tinggal lagi 300 minit. 

Manfaatkan 300 minit itu dengan banyak berdoa.

- 30  minit berdoa untuk diri sendiri. 

- suami isteri saling mendoakan. Isteri doakan suami, suami doakan isteri.

- doa pada ibu bapa. Baik yang masih hidup atau yang sudah tiada.

- doa pada anak-anak, cucu-cucu. 

Waktu nak hampir maghrib jangan sibuk dengan benda lain. 

Orang lelaki jangan merokok. Jangan bawak rokok ke Tanah Suci

- Doa sungguh-sungguh mintak Allah kabulkan apa yang kita nak.


Semoga para haji hajjah memperoleh haji yang mabrur :)

No comments:

Post a Comment