Pages

Saturday, June 13, 2015

Me, Seluar Aladdin & Japan

Assalamualaikum semua

Posting ini tidak ada kaitan dengan Haji atau Umrah. Cuma ada kena mengena dengan Seluar Aladdin yang dijual saja. hehe

Pertamanya cerita ini hanya sebagai perkongsian berdasarkan pengalaman sendiri. Tahun lepas saya sempat bercuti di Jepun semasa musim luruh. Percutian yang memang meninggalkan kesan dalam diri kerana negara Jepun sangat best. Negara yang bersih dan penduduknya yang penuh adab. Nilai-nilai murni yang sepatutnya ada di dalam seorang Muslim ada dijumpai di sana. InsyaAllah saya berharap dapat kembali ke Jepun untuk pengembaraan yang seterusnya. ^.^

Balik kepada cerita asal, semuanya bermula apabila saya pergi umrah pada tahun 2012. Kita diajar untuk memakai seluar panjang di dalam jubah supaya pergerakan lebih cepat dan juga dapat menjaga aurat dengan lebih sempurna. Jadi dari situ saya tahu yang memakai seluar panjang adalah lebih baik berbanding memakai kain dalam.

Semasa di Jepun, seperti mana juga di sini atau di mana saja, saya pastikan apabila memakai dress, skirt atau jubah saya mesti memakai seluar panjang di dalamnya. Jadi seluar aladdin adalah seluar wajib untuk saya bawak apabila pergi travel. Selain daripada memakainya sebagai alas dalam, saya juga memakainya sebagai seluar tidur atau seluar santai di rumah.

Pada hari ketiga di Jepun, berlaku aktiviti yang tidak dirancang. Yang tidak ada di dalam itinerary iaitu aktiviti berbasikal. Pada waktu itu saya sudah macam tak best sebab pakai skirt tapi bila dipikir balik bila lagi nak berbasikal di Jepun. Jadi saya pun bersetuju. Tak jadi masalah untuk saya sebenarnya kerana alhamdulillah saya memang memakai seluar aladdin di dalam. :)


macam tak match saja kan biru dan ungu. hehe tapi ok saja :)

Aktiviti berbasikal dengan kawan-kawan berjalan dengan lancar walaupun saya seorang sahaja yang memakai skirt. Saya dapat mengayuh basikal tanpa perlu risau.


Apa yang saya ingin kongsikan di sini ialah dengan memakai seluar aladdin di dalam saya merasa selamat. Jika terjadi apa-apa seperti terselak kain contohnya, seluar aladdin ada sebagai alas dalam. Lagi pula seluar ini tidak ketat. Kainnya sejuk dan memang selesa untuk dipakai di dalam jubah, dress atau skirt. 

Tambah pula seluar aladdin ada getah di hujung seluar. Bagi saya ini sangat memudahkan apabila pergi ke toilet. Apabila menarik seluar ke betis, ia kekal di situ. Tidak melorot jatuh ke bawah. Point ini ibu saya juga bersetuju kerana mudah katanya bagi orang tua. 

Justeru itu suka saya untuk menyatakan yang seluar aladdin adalah seluar favorite saya. Kalau kita lihat orang-orang Arab mereka pun memakai seluar panjang di dalam jubah. Kebanyakkannya memakai seluar jeans. Tapi bagi saya kalau pakai seluar jeans kurang selesa kerana ia ketat di pinggang dan paha apabila melakukan pergerakan solat.

Disebabkan saya dan keluarga memang memakai seluar ini jadi saya memang mengesyorkan pada semua. 

Saya gembira apabila mendapat feedback yang positif daripada semua customer yang membeli seluar aladdin. Baik daripada customer yang membeli untuk dipakai semasa haji atau umrah juga customer yang membeli untuk dipakai sebagai seluar harian. Tambah gembira apabila ibu-ibu mengandung juga mengatakan mereka selesa memakainya.

Alhamdulillah apa yang baik kita kongsikan bersama. Semoga semua pun mendapat manfaatnya.

Inilah cerita saya tentang seluar aladdin. Anda boleh baca testimoni-testimoni yang lain di album di page atau di blog ini. Itu yang sempat diupdate. Ada banyak lagi yang saya tak sempat nak screenshot dan upload. 

Saya ucapkan berbanyak terima kasih kepada customer-customer Hawwa Firdaus yang berurusan dengan kami. Salah silap dan kekurangan mohon maaf ya. 

Terima kasih dan selamat menyambut bulan Ramadhan :)

No comments:

Post a Comment