Musim Haji sudah bermula. Penerbangan pertama pada 27 Ogos 2014. Hujung bulan ni saja. Bakal-bakal jemaah haji juga sudah mulai membuat persiapan membeli barang-barang keperluan untuk dipakai disana. Pasti berdebar-debar. Begitulah perasaan kalau pertama kali akan ke Tanah Suci. Tambah lagi ibadah haji.
Tahun 2014 masuk tahun ke4 saya menjalankan business online barang haji dan umrah. Dan 4 tahun juga sudah saya berurusan dengan jemaah-jemaah haji dan umrah. Suka saya membantu para pelanggan membeli barang terutamanya yang pertama kali ke sana. Pelbagai ragam sebenarnya tetapi itulah ya insyaAllah semuanya baik-baik saja. Yang lagi best bila lepas balik dari haji atau umrah ada sebahagian customer yang akan still contact saya kembali untuk menceritakan pengalaman mereka disana. Ada juga customer yang dengan senang hati membawa doa yang saya titipkan untuk didoakan disana. Ya Allah, sangat baik customer-customer ini.
Doa yang saya selalu kirim tak lain tak bukan ialah supaya dapat ke sana lagi bersama keluarga. Rindu untuk buat umrah lagi. Dan target secepatnya juga untuk mengerjakan haji bersama ibu saya. Musim haji ni tittiplah doa pada mereka-mereka yang akan menunaikan haji. Bawalah doa untuk dibaca semasa di Arafah. Sewaktu wukuf makbul insyaAllah. Pintu langit terbuka. Ingat lagi sewaktu makcik saya pergi menunaikan haji pada tahun 2009 saya ada titipkan doa. Pulangnya dia selepas mengerjakan haji Alhamdulillah doa itu makbul. :)
Saya mohon maaf jika sepanjang berurusan dengan saya ada kesilapan atau terkurang mohon dimaafkan. InsyaAllah akan terus buat yang terbaik buat semua pelanggan ya. 4 tahun berniaga online mohon doa dari semua supaya tahun depan nanti boleh bukak butik sendiri. InsyaAllah memang sudah niat ke arah itu. Ramai yang suruh bukak kedai sebab senang nak try try baju..hehe
Doakan ya.
Selamat menunaikan ibadah Haji pada yang akan berangkat nanti, saya mendoakan anda semua mendapat Haji Mabrur. Semoga perjalanan pergi dan balik semuanya selamat. Mudah urusan dan lancar semuanya. Allah jaga insyaAllah :)
Mohon doa supaya saya dapat menunaikan haji secepatnya juga ya.terima kasih :)
teringat semasa pergi umrah dulu. :)
No comments:
Post a Comment