Pages

Tuesday, February 26, 2013

KENANGAN UMRAH

Hari ni 26.2.2013 genap setahun saya dan family menunaikan umrah.
Alhamdulillah , cepatnya masa berlalu..sangat cepat..
Masih ingat lagi pukul 3.30 dah bangun,mandi siap-siap,check apa yang patut dan terus bergerak ke KLIA. sampai di KLIA dalam pukul 5:30 jadi terus tunggu waktu subuh masuk dan solat di surau KLIA. 
Jemaah-jemaah dalam group kami masih belum tiba, kami yang terawal memandangkan ini first time jadi agak super excited ya.hehe 
Kita diarahkan menunggu di  kawasan McD jadi pada mulanya agak lengang , dalam pukul 6:30 ke pukul 7 pagi dah mula kedengaran riuh rendah dengan suara para jemaah dan ahli keluarga yang menghantar. 
Ustaz dari travel agensi kami juga sudah tiba dan jemaah-jemaah group kami juga sudah mula berkumpul. 
Ada lebih kurang 4 family besar yang akan berlepas pada 26.2.2012..3 family naik Saudi Airlines manakala kami 4 beranak naik Singapore Airlines. Kenapa berasingan ? kerana ada sesuatu berlaku di awalnya tentang hal visa dan sebaginya. Jadi tak mengapa janji kita pergi kerana Allah dan Allah yang membantu dalam setiap urusan kami. Alhamdulillah.



Setelah mendapat penerangan dari ustaz dan ketua rombongan kami pun berpecah . 3 family check in utk flight Saudi dan kami ke bahagian Singapore Airlines. Ada seorang ustaz yang mengiringi kami sampai ke pintu check in saja dan kami terus masuk menunggu. 
Kira-kira jam 10 pagi , kami pun berlepas. Sejam selepas itu kami transit di Changi Airport, first time ye masuk ke Singapore, apa yang boleh saya cakap airport dia memang terbaik. yang paling best ada zone-zone internet dan komputer-komputer yang disediakan untuk para penumpang yang menunggu menggunakan internet. Yes ini yang saya suka, sempat juga update di facebook kepada rakan-rakan..:)

Dalam penerbangan kami, dipenuhi dengan jemaah-jemaah dari Indonesia. ya kita berkenalan dengan mereka.

Selepas itu naik flight kembali dan kita stop di Abu Dhabi untuk kapal terbang isi minyak. tak lama , lebih kurang setengah jam saja. Penerbangan semula dan akhirnya kita sampai Jeddah lebih kurang pukul maghrib.
Kita sampai di terminal haji. 
Perasaan berdebar-debar, sambil menjijit beg sambil itu berjalan dan menghidupkan handphone.hehe tak sabar-sabar ya..sambil berjalan saya lihat hitam je semua kat bawah tu..jemaah-jemaah dari negara Iran memenuhi ruang ketibaan.tempat check point, tempat beg. 
Setelah kita lepas imigresen dimana adik lelaki saya ialah mahram dan dia dihadapan dan ada juga berlaku rempuhan dari jemaah2 Iran dimana mereka kurang tahu beratur dan bergerak secara dalam group.Wahhh baru sampai sudah kena rempuh ya,sabar-sabar.
Urusan imigresen dan cop-cop selesai kita menuju ke tempat ambil beg. Disitu Alhamdulillah kita bertemu dengan ustaz yang mengiringi kami tadi , flight mereka (Saudi Air) sudah tiba sejam yang lalu jadi mereka pula yang menunggu kami. 

Kami solat maghrib dulu. dan terus berkumpul dengan 3 family tadi dan bersama-sama bergerak menuju menaiki bas.

Perjalanan kami ke Madinah bermula................


Sepatutnya package yang kami ambil 13 hari saja. tapi kerana kami 4 orang sahaja yang menaiki Singapore Airlines dan ada masalah dimana kami tak dapat tiket untuk pulang pada hari yang ditetapkan. Dengan kuasa Allah, kami terpaksa stay 1 hari lagi di Mekah. Subhanaallah.Perancangan Allah yang terbaik. Allah memberikan kami 4 beranak peluang untuk berada di Tanah Suci Nya sehari lagi dan semuanya free. Kami tak perlu bayar duit extra apa-apa. Duit hotel,duit teksi ke airport semuanya ditanggung oleh pihak travel.

Alhamdulillah


Ni serba sedikit yang saya dapat coretkan untuk kenangan setahun yang lalu (^.^) 
Rindu hanya Allah yang saja yang tau, doakan saya dan family dapat mengerjakan haji pula secepatnya. aminnn :)

1 comment:

  1. Assalamualaikum Ima. Ini aunty, emak Athira Azrin dari Shah Alam, klu masih ingat. Kalau tak pun tak apa :) Aunty suka baca catatan/pesanan/perkongsian Ima, terima kasih. Kami ke sana hujung Januari. Aunty ingat kisah air color2, inai dan kucing yg Ima tulis sebelum ni. Benda2 tu aunty cari2 kat sana, teringat kat awak bila jumpa benda2 tu..:)
    Aunty Wan Aida

    ReplyDelete