Pages

Monday, December 24, 2012

MENCIUM BATU HAJAR ASWAD

hari ni saya nak kongsi pasal  mencium batu hajar aswad.



ya sesiapa saja yang pergi ke Mekah pasti berhajat untuk dapat mencium batu suci ini...tapi realitinya bukan senang nak dapat laluan mudah ke situ. apa yang saya lihat sewaktu saya mengerjakan umrah ialah manusia berasak-asak,saling menolak antara satu sama lain,berebut nak mencium batu hajar aswad.
polis yang mengawal terpaksa menjerit-jerit dan menolak mereka yang menolak-nolak orang lain. ada satu ketika seorang perempuan jemaah negara pakistan kalau tak salah saya (boleh tau dari cara pemakaian) sampai tercabut tudung yang dipakai habis nampak rambut gara-gara berasak-asak nak mencelah antara kaum lelaki di situ. memang thrill sangat tengok keadaan tu. bila jadi macam tu sy dah takut nak mencuba sebab saya menjaga ibu dan adik saya semasa kami tawaf.adik lelaki saya cuma dapat menyentuh saja batu hajar aswad nak cium memang tak ada ruang. tak apalah tak ada rezeki...Allah blum izin kami untuk mencium batu ini :)

perkara sebenar yang saya ingin berkongsi adalah tentang sindiket membawa orang mencium batu hajar aswad ini.
bagi sesiapa yang belum tau atau tidak diberitahu oleh mutawwif masing-masing atau yang dah pergi tapi belum terkena silalah ambil perhatian.
semasa anda tawaf kalau tiba-tiba anda didatangi oleh lelaki atau perempuan indonesia yang akan cakap macam ni " mau cium hajar aswad mbak, dik , saya bawakan " saya boleh tolong "
TOLONG JANGAN SETUJU. ITU BUKAN SERVICE PERCUMA TAPI BERBAYAR.
katakan anda dapat cium , lepas tu diorang akan ikut anda  untuk mintak bayaran lebih kurang RM800 - RM1000. mereka akan ikut sampai ke hotel untuk claim duit service tadi. ya anda akan terkejut tapi itulah hakikatnya,tak percayakan benda macam ni boleh terjadi di Tanah Suci tapi nak buat macamana, ujian ada dimana-mana.

salah seorang kawan dalam rombongan kami terkena..dia cerita dengan saya masa dia tawaf dengan cousin dia tiba-tiba seorang lelaki indonesia datang tanya nak cium batu hajar aswad tak. so dorang tak suspect apa2 la sebab ingat memang ada org nak tolong. ada 3 orang. so caranya ialah dorang bawak kawan2 saya ni dari arah tepi , so dengan tenaga 3 orang tu diorang dapat kepung space untuk bagi kawan saya ruang untuk cium batu ni. dapat memang dapat. Alhamdulillah..gembira betul dorang dapat cium.hehe
tapi selepas tu keluar dari lingkaran tawaf tu salah seorang mintak rm800 untuk dibahagi 3. katanya untuk kerja tadi. terkejut la kawan saya ni. kawan saya kata tak ada duit. dorang macam marah-marah dan ikut balik sampai ke hotel.jadi kawan saya terpaksa bagi rm200.dia kata ada banyak ni saja. dorang ambik tapi frust n agak marah la sebab tak dapat amount yang nak.

saya dah tau pasal modus operandi mencium batu hajar aswad ni pun dari pakcik saya yang pergi umrah tahun 2010..dia cerita ada lelaki indonesia tanya pakcik nak cium hajar aswad tak..apalagi org dah nak tolong setuju saja la.habis dapat cium , dia mintak rm1000..tapi pakcik kata dia tak duit,datang sini pun anak yang bawak. so lelaki tu pergi sebab tak nak tunggu lagi , sebab nak cari mangsa seterusnya la tu..
dan banyak cerita2 yang sy dengar dan dari pembacaan sebelum saya pergi umrah sama je modus operandi nyer.

saya pun pernah terserempak dengan perempuan yang buat kerja ni , 2 kali, kecik je orangnya .sebabkan saya dah tau saya tanya berapa harga u ambik..saya tak mau,u charge bukan tolong free..dia diam pastu terus pergi..haha

jadi kesimpulannya hati-hatilah ya..jangan sebarangan ambik offer orang yang tak dikenali.tapi kadang kita tak tau jugakan.ni semua Allah nak test kita.mungkin juga yang dah terkena rm1000 tu kiranya macam Allah ambik balik hak kita , mungkin kafarah atas dosa-dosa kita masa kat Malaysia. jadi redha saja lah.

oh ya kalau betul2 berazam nak cium pasti dapat. sebelum turun untuk tawaf tu silalah buat solat taubat n solat hajat untuk Allah mudahkan perjalanan mencium hajar aswad. dengan keazaman yang tinggi dan keyakinan 100% kat Allah pasti dapat cium batu hajar aswad.

saya ada azam nak cium tapi masih ada takut-takut nak merempuh lautan manusia lagipun sebab saya taknak mak saya ikut tersepit juga jadi tak apalah. sunat saja cium batu ni. kami cuma dapat cium dan  pegang Rukun Yamani saja. tu pun masa waktu tahajjud ya sebelum subuh pukul 2 -3 pagi macam tu, memang tak banyak orang.

Jadi pada yang bakal-bakal pergi atau yang mak ayah bakal pergi , saling berpesan lah yer..dimana saja harus berhati-hati.

selamat ya buat semua :)


1 comment:

  1. Saya brrsyukur dapat mencium hajaral aswad dengan bantuan kumpulan ni.saya niat sedekah dengan khidmat yang diminta.saya redha dan halalkan apa yang diberi dan diminta.saya sedar tanpa tenaga mereka mungkin saya tidak dapat menunaikan hajat mencium hajaral aswad.syukurlah ada insan insan ini yg mahu bermati matian untuk menyampaikan hajat saya ni.alhamdulillah.

    ReplyDelete