A.1 SEBELUM PERGI MENUNAIKAN HAJI.
- BANYAKKAN BERTAUBAT DI ATAS SEGALA DOSA-DOSA YANG KITA LAKUKAN SAMADA SEDAR ATAU TIDAK.TAUBAT YANG SEBENAR-BENAR TAUBAT,TAUBAT NASUHA>TAUBAT YANG TIDAK AKAN MELAKUKAN DOSA LAGI,TIDAK INGATKAN DOSA LAGI,TINGGALKAN SEMUA YANG BERKAITAN DENGAN DOSA WALAUPUN DI DALAM HATI>.
- SOLAT SUNAT TAUBAT.TAUBAT SESUNGGUH-SUNGGUH.NIAT” SAHAJA AKU SEMBAHYANG SUNAT TAUBAT 2 RAKAAT KERANA ALLAH TAALA
- BANYAKKAN SADAQAH.
- BERMAAF-MAAFAN SESAMA KAUM MUSLIMIN TAK KIRA SAUDARA,SAHABAT ATAU JIRAN TETANGGA SAMADA BUAT SALAH ATAU TIDAK.
- BANYAKKAN ZIKIR DAN SOLAT SUNAT.
- LAKUKAN SEMUA ITU DENGAN HATI YANG IKHLAS.
1.BERSIHKAN BADAN,CUKUR JANGGUT DAN MISAI BULU KETIAK.SEMUA AKAN TUMBUH BALIK NANTI KALAU SAYANG SANGAT PUN.
2.MANDI SUNAT IHRAM.
3.AMBIL AIR SEMBAHYANG/WUDHU
4.PAKAI KAIN IHRAM.JANGAN PAKAI SELUAR DALAM ATAU SINGLET.
5.JANGAN PAKAI MINYAK WANGI. TAK PAKAI MINYAK WANGI PUN TAK APA TAK RUGI EH.
6.PAKAI KAIN IHRAM SAHAJA.GUNA TALIPINGGANG HAJI.
7.JANGAN NIAT IHRAM DI RUMAH.JANGAN NIAT IHRAM KERANA NIAT IHRAM NANTI DALAM KAPAL TERBANG SEMASA DAH DEKAT DENGAN MAKKAH.
8.MIQAT HAJI/UMRAH ADALAH DI QARNUL MANAZIL LEBIHKURANG 40 MINIT SEBELUM LANDING TIME.
9.SOLAT WAKTU DAHULU KALAU DAH MASUK WAKTU SOLAT.
10.SOLAT SUNAT SAFAR/MUSAFIR DUA RAKAAT.
1.TENGOK TARIKH PENERBANGAN.TENGOK BETUL-BETUL DAN PERLU ADA DI KELANA JAYA SEKURANG-KURANGNYA ENAM JAM SEBELUM PENERBANGAN.
2.BAGI YANG JAUH LEBIH 60 KM DARI KELANA JAYA BOLEH DATANG AWAL DAN BOLEH MOHON BILIK ASRAMA DI KELANA JAYA UNTUK LEPAK.TAPI MESTI MOHON DULU.
3.TURUN DARI RUMAH TERUS KE KELANA JAYA.
4.JANGAN LUPA SOLAT BILA MASUK WAKTU.RAMAI YANG LEPAS SOLAT SEBAB TERLALU SIBUK NAK PERGI HAJI.
5.DAH BOLEH SEMBAHYANG JAMAK/HIMPUN DAN QASAR/PENDEK.
6.KAT KELANA JAYA ADALAH PROSES SEMUA PERKARA YANG PERLU.
7.JEMAAH AKAN DIHANTAR KE AIRPORT DENGAN BAS URUSAN TABUNG HAJI.JADI TAK PERLU RISAU LAH.
8.BAS HANTAR SAMPAI DEPAN TANGGA KAPALTERBANG.JALAN SIKIT AJA LAH.
9.BILA DAH NAIK KAPALTERBANG JAGALAH TATATERTIB SEBAGAI MUSLIM.
10.DALAM KAPALTERBANG JAGA KAIN IHRAM JANGAN KENA NAJIS/AIR KENCING SEBAB NANTI BILA SAMPAI MAKKAH KENA CUCI BILA NAK TAWAF UMRAH.
BOLEH GI BILIK AIR TAPI JAGA-JAGALAH KAIN IHRAM.INGAT KALAU KENA NAJIS NANTI TAWAF TIDAK SAH O.
11.MAKANLAH APA YANG DIHIDANGKAN.BIASANYA HALAL.TAK MAKAN NANTI LAPAR O.
12.PENERBANGAN SELAMA LAPAN JAM.JADI MUNGKIN KENA MASA WAKTU SOLAT WAJIB.MAKA SOLATLAH ANDA SECARA DHARURAT ATAU SOLAT HORMATI WAKTU.NANTI BILA SAMPAI AIRPORT SOLATLAH BALIK.
13.BILA DEKAT NAK SAMPAI,LEBIHKURANG 40 MINIT LAGI KITA DAH SAMPAI KE MIQAT MAKANI IAITU QARNUL MANAZIL.
14.WAKTU ITULAH KITA WAJIB NIAT UMRAH ATAU HAJI BAGI YANG BUAT HAJI IFRAD.NIAT ADALAH RUKUN.
15.LEPAS NIAT KALAU PRAMUGARI ATAU PRAMUGARA BAGI TISU WANGI TAK BOLEH GUNA EH.
16.BAGI YANG NAK BUAT HAJI TAMATU’ MAKA NIATLAH UMRAH.SAHAJA .
17.AKU BERNIAT MENGERJAKAN UMRAH DAN BERIHRAMA AKU DENGANNYA KERANA ALLAH TAALA.
15.BAGI YANG NAK BUAT HAJI IFRAD,MAKA NIATLAH HAJI.
16.SAHAJA AKU BERNIAT MENGERJAKAN HAJI DAN BERIHRAM AKU DENGANNYA KERANA ALLAH TAALA.
17.MAKA BERMULALAH PANTANG LARANG IHRAM SEBANYAK 13 PERKARA-RUJUK LAMPIRAN.
18.MULALAH BERTALBIAH HINGGA SAMPAI KE MAKKAH.TALBIAH TAMAT BILA MULA TAWAF.
1.SAMPAI JEDDAH KAT AIRPORT.TUNAIKAN SOLAT YANG TERTINGGAL TADI ATAU YANG BUAT SOLAT DHARURAT.
2.JANGAN BEREBUT-REBUT.BEG DIURUSKAN OLEH MUASASAH.BAWA BEG SANDANG DAN BEG PERLU SAHAJA.
3.PEMERIKSAAN KASTAM DAN IMIGRESEN AMBIL MASA.
4.BUKA KUNCI BEG BESAR SETELAH AMBIL DARI CONVEYER BAGASI.
5.MULA KENA SABAR DAN JANGAN MARAH-MARAH ATAU MERUNGUT-RUNGUT.
6.INGATLAH.KITA DALAM IHRAM UMRAH ATAU HAJI.JANGAN ROSAKKAN UMRAH ATAU HAJI HANYA KERANA BARANG-BARANG.
7.JAGA MAHRAM KITA.
8.KAT AIRPORT JEDDAH LEBIH KURANG 2 JAM JADI SUBUH KENA KAT AIRPORT KOT.JANGAN TINGGAL SOLAT.SOLATLAH DI MUSOLLA AIRPORT.
9.JANGAN BERASING BILA DI JEDDAH.
1.NAIK BAS IKUT ARAH MUASASAH.BAS AKAN BERTOLAK KE MAKKAH.DEKAT TAPI ADA MASA DEKAT 2 JAM.
2.MASUK HOTEL BOLEH MANDI TAPI KENA JAGA PANTANG LARANG IHRAM.
3.KALAU TERLANGGAR PANTANG IHRAM KENA DAM.JANGAN MARAH-MARAH ATAU MERUNGUT-RUNGUT ATAU BERTENGKAR.
4.MALAM KOT TABONG HAJI BAWA PI TAWAF.
5.KALAU DAH TAHU,PERGILAH KE MASJIDILHARAM BUAT TAWAF UMRAH BAGI YANG BUAT HAJI TAMATTU’ DAN TAWAF QUDUM BAGI YANG BUAT HAJI IFRAD.
6.MASUK MASJIDILHARAM NAK TAWAF UMRAH/HAJI TAK PAYAH SOLAT SUNAT TAHIYYATUL MASJID.DOALAH AGAR SEGALA URUSAN DIPERMUDAHKAN OLEH ALLAH.
7.TAWAF WAJIB ADA WUDHU/AIR SEMBAHYANG.
8.TAWAF UMRAH MESTI BUAT SAIE UMRAH.
9.TAWAF QUDUM BOLEH BUAT SAIE HAJI ATAU PUN TUNGGU BUAT SAIE HAJI LEPAS TAWAF HAJI NANTI.
10.MASA TAWAF BAHU MESTI SELALU TEPAT MENGIRI KAABAH.
11.JANGAN TOLEH BELAKANG.
12.JANGAN NIAT MENCARI-CARI ORANG,
13.JANGAN SENTUH KAABAH,HAJARUL ASWAD ATAU HIJR ISMAIL.
14.SEBELUM TAWAF JANJI TUNGGU KAT TEMPAT MANA SENANG JUMPA.ORANG RAMAI SANGAT.
15.CUKUP 7 KELILING TAWAF DENGAN YAKIN.BACALAH DOA YANG DIBERIKAN ATAU BACA DOA YANG ANDA FAHAM ATAU ZIKIR ATAU BACA AYAT-AYAT SUCI AL-QURAN.
16.KALAU TAK PANDAI BACA DOA DALAM BUKU TU,DOA YANG INGAT SAJA DAN BANYAK ZIKIR.
17.LEPAS TAWAF DENGAN YAKIN,SOLATLAH DI BELAKANG MAQAM IBRAHIM ATAU DI HIJR ISMAIL ATAU DI MANA-MANA SAHAJA DALAM MASJID SEBAB ORANG RAMAI SANGAT.TEMPAT MUSTAJAB DOA.
18.MINUM AIR ZAM-ZAM-SUNAT TU.MINUM SAMBIL BERDIRI.SATU-SATUNYA AIR YANG SUNAT MINUM SAMBIL BERDIRI.
19.SIAP TAWAF KENA PI BUAT SAI’.BAGI YANG BUAT HAJI TAMATTU’.HAJI IFRAD TAK PAYAH SAI DAN TAHALLUL ATAU BOLEH SAIE TAPI TAK BOLEH TAHALLUL.SEBAB HAJI IFRAD JEMAAH AKAN BERADA DALAM IHRAM SAMPAI HABIS TAWAF DAN SAI HAJI SELEPAS WUKUF DAN MELONTAR.
20.SAIE 7 PUSINGAN PERGI DAN BALIK.TAK PERLU ADA AIR SEMBAHYANG TAK APA.
21.SAI’ MULA DI BUKIT SAFA KENA PIJAK BATU HITAM DAN HABIS SATU PUSINGAN DI BUKIT MARWAH KENA PIJAK BATU HITAM JUGA.
22.KALAU HAUS BOLEH BERHENTI MINUM AIR ZAM-ZAM TAPI BILA NAK MULA SAI’ MESTI MULA SEBELUM TEMPAT BERHENTI TADI.
23.LEPAS 7 PUSINGAN BOLEH BERGUNTING/TAHALLUL .
24.GUNTING RAMBUT SENDIRI DAHULU.JANGAN GUNTING RAMBUT ORANG LAIN SEBELUM GUNTING UNTUK DIRI SENDIRI.
25.LEPAS TU BOLEH LA GUNTING RAMBUT SIAPA SAHAJA DALAM 4 /5 HELAI CUKUP..
26.SELESAILAH UMRAH PERTAMA.
27.TAPI BAGI YANG NIAT HAJI MAKA JEMAAH MASIH DALAM IHRAM HAJI SAMPAI HARI MELONTAR JAMRATUL QUBRA.
28.BALIK HOTEL BOLEH TUKAR PAKAIAN.
29.YANG HAJI IFRAD TAK BOLEH TUKAR PAKAIAN SEHINGGA SELESAI HAJI.
30.YANG UMRAH DAH HABIS IHRAM ,YANG HAJI IFRAD BELUM O.
31.JANGAN BUAT UMRAH SUNAT TERLALU BANYAK SEBAB TENAGA NAK GUNA MASA HAJI.
JANGAN IKUT-IKUT ORANG.
LEBIH BAIK SOLAT JEMAAH DI MASJIDIL HARAM DAN SIMPAN TENAGA.
32.TAK PERLU BUAT BANYAK UMRAH SUNAT.
33.SOLAT DI MASJIDIL HARAM 100 RIBU GANDA PAHALA.
34.LEPAS TU TUNGGU SAMPAI 8 HB ZULHIJJAH (HARI TARWIYYAH).
35.MASA NAK PI WUKUF DI ARAFAH BARU PAKAI IHRAM/NIAT HAJI KAT HOTEL.
36.YANG BUAT HAJI IFRAD DOA NIAT ATAS KAPAL TERBANG DULU TU,INGAT LAGI TAK?TAK KAN LUPA LAK?
37.SAHAJA AKU MENUNAIKAN HAJI DAN BERIHRAM AKU DENGANNYA KERANA ALLAH TAALA.
38.PERGI WUKUF.WUKUF ADALAH RUKUN.
39.PADA PETANG HARI 8 HB NAIK BAS.JANGAN BEREBUT.SABAR DAN JANGAN MARAH-MARAH.
40.KADANG KADANG NAIK BAS SAMPAI 10 JAM.KADANG-KADANG 1 JAM SAHAJA.JANGAN MARAH KALAU LAMBAT.MASIH DALAM IHRAM JAGA PANTANG LARANG.
41.SAMPAI DI ARAFAH TERUS MASUK KHEMAH. REHAT.JANGAN BERGADUH ATAU BERTENGKAR. MESTI BANYAK SABAR.
42.MALAM TIDUR DALAM IHRAM.JAGA PANTANG LARANG.
43.BANYAKKAN SOLAT SUNAT DAN ZIKIR.
44.ESOK 9 HB ZULHIJJAH LEPAS DZUHUR WUKUF.
45.DUDUK LUAR KHEMAH SAMPAI LEPAS ASAR.DI ARAFAH BANYAK DOA DAN ZIKIR
46.LEPAS MAGHRIB MULA NAIK BAS KE MUDZALIFAH.SOLAT O.
47.BERMALAM DI MUDZALIFAH ADALAH WAJIB.DUDUK SANA SAMPAI TENGAH MALAM.MASIH DALAM IHRAM.BANYAK BERSABAR.
48.SAMPAI MUDZALIFAH CARI TEMPAT DUDUK BENTANG TIKAR PLASTIK DAN SOLAT SUNAT LAH.BANYAKKAN ZIKIR,SOLAT DAN DOA.
49.ORANG RAMAI O.
50.KUTIP BATU 7 BIJI SAHAJA DI MUDZALIFAH UNTUK LONTAR JAMRATUL QUBRA ESOK 10 HB ZULHIJJAH HARI RAYA TU.
51.MELONTAR JAMRAH ADALAH WAJIB.MELONTAR KETIGA-TIGA JAMRAH ADALAH WAJIB.
52.LEPAS TENGAH MALAM NAIK BAS KE MINA.JAGA SOLAT SUBUH TAKUT TERLEPAS.
53.BANYAKKAN BERTALBIAH BILA MULA PERJALANAN KE MINA.
54.MASUK KHEMAH MINA.KECIK DAN SEMPIT.SABAR DAN JANGAN MERUNGUT.JAMBAN SIKIT SAJA.JANGAN MEMBASUH DI MINA.
55.LAKUKAN SOLAT YANG WAJIB DAN PATUT.
56.JANGAN BOK BEK-BOK BEK NANTI LANGGAR PANTANG IHRAM.
57.MALAM TU PI LONTAR DENGAN TABONG HAJI-JAMRATUL KUBRA.
58.KALAU DAH TAHU PERGILAH PADA WAKTU DHUHA 10 HB.ZULHIJJAH-HARI RAYA HAJI LAH TU.TAK DAK SOLAT SUNAT HARI RAYA O.KALAU HARI JUMAAT PUN TAK DAK SOLAT JUMAAT SEBAB KITA MUSAFIR.
59.BALIK KHEMAH BOLEH CUKUR ATAU GUNTING .TAHALLUL.TAHALLUL ADALAH RUKUN.
60.BOLEH TUKAR BAJU LEPAS GUNTING.
61.KUTIP BATU DI MINA.AMBIK BAWAH KARPET KHEMAH SAJA.SENANG.
62.AMBIK 21 BIJI SEORANG.
63.ESOK 11 HB LONTAR 3 JAMRAH.ULA,WUSTO & QUBRA.
64.SAMPAI TIGA HARI LONTAR.IAITI 12 HB DAN 13 HB .BERMAKNA SATU HARI 21 BUTIR SEORANG.
65.BATU AMBIK BAWAH KARPET DALAM KHEMAH.
66.LEPAS SIAP LONTAR SELAMA TIGA HARI IAITU HINGGA HARI 13 HB.
67.ESOKNYA 14 HB NAIK BAS BALIK KE MEKAH UNTUK TAWAF DAN SAI’E HAJI.
68.TAWAF HAJI DAN SAI’ ADALAH RUKUN HAJI.
69.SELESAILAH HAJI.JANGAN LUPA DAM HAJI TAMATTU’
70.SEMOGA MENDAPAT HAJI YANG MABRUR.
71.SEBELUM KE MADINAH ATAU MENINGGALKAN MAKKAH LAKUKAN TAWAF WADA’.
TAK PAYAH PAKAI KAIN IHRAM.
YANG PENTING ZIARAH MAQAM RASUL DAN KALAU BOLEH SEMBAHYANG DI RAUDHAH.
LELAKI DAN PEREMPUAN BERASINGAN DI MASJID NABAWI..
1.LEPAS TAWAF WADA’,JEMAAH AKAN NAIK BAS KE MADINAH.
2.BAS SELAMA LEBIH 6 JAM JARAK 450 KM.
3.SAMPAI DI MADINAH TERUS KE HOTEL.
4.JANGAN RISAU TENTANG BARANG-BARANG KERANA SEMUA AKAN DIURUS OLEH MUASASAH.
5.MASUK HOTEL DAN RELAKS.
6.JANGAN PULAK LUPA SOLAT.
7.LEPAS TU SIAP PERGI MASJIDIL NABAWI.SOLAT TAHIYATUL MASJID DAN ZIARAH MAQAM RASUL.
8.KALAU ADA PELUANG MASUKLAH KE RAUDHAH.
9.PROGRAM DI MADINAH ADALAH DIURUSKAN OLEH TABUNG HAJI.
10.BAGI YANG SUKA SOLAT DI MASJIDIL NABAWI MAKA HABISKAN MASA DI MASJID.
credit : intan liana yusoff (pengalaman haji dan umrah)
No comments:
Post a Comment