Pages

Wednesday, August 29, 2012

MAKLUMAN

UNTUK SENARAI BARANG DAN HARGA YANG DIJUAL DI BLOG INI UNTUK MUSIM HAJI TAHUN NI SILA RUJUK TAB DI ATAS YER..

"PRODUK HAJI 2012"

TAPI SILA PM/SMS/EMAIL UNTUK MENGETAHUI STATUS TERKINI BARANG-BARANG.

TERIMA KASIH :)

ORDER HAJI 2012

yang sudah dihantar pada customer2 (29/8/2012)


1. sarung beg, uncang batu, simkad, kasut korea, label telekung dan botol wuduk
2. botol wuduk,cawat ehram,simkad dan stoking hajjah
3. mini telekung berlengan putih, botol wuduk,uncang kasut dan uncang batu

SARUNG BEG DAN TALI RAJUT

Assalamualaikum semua.
mari bercerita tentang keselamatan beg pulak.

sumber dari tabung haji : 

Terdapat 3 jenis beg yang boleh dibawa ke tanah suci oleh bakal-bakal haji : 

1. Beg besar - had berat tidak melebihi 20kg
2. Beg bimbit/Hand Luggage - had berat tidak melebihi 5kg
3. Beg kecil/Sling Bag - beg simpanan passport/Buku Rekod Kesihatan yang boleh digantung pada leher


semasa musim haji keadaan terlalu padat di lapangan terbang dengan para jemaah.Bagi memastikan beg kita dapat dikenalpasti dengan cepat di tempat pengambilan beg buatlah tanda,ikatlah dengan tali,kain atau riben berwarna warni..

semasa di tempat pengambilan beg kalau dapat kenal pasti beg terus pergi ambil ya jangan biarkan pekerja2 yang berkeliaran tu sambar beg kita sebab mereka bukan tolong free ye tapi berbayar.tak pasal2 kena bayar 10riyal.
lepas tu beg kita ni akan byk kali transit.dari bas ke hotel.hotel ke bas.mekah madinah.so untuk mengelakkan dari beg pecah akibat dilempar atau apa saja kemungkinan silalah ambil langkah berjaga2. (byk bedoa dan bertawakal pada Allah ya)

1. anda boleh pakai sarung beg mcm ni, ada label semua siap untuk tulis pengenalan kita.



ada 2 saiz : M dan L
M untuk beg saiz 26" ke bawah 
L untuk beg saiz 28" ke atas
*warna begantung pada stok yang ada.

RM25


IKUT LANGKAH-LANGKAH SEPERTI GAMBAR DI BAWAH INI

1.


Masukkan sarung beg pada beg 
2.


Masukkan tali dari bawah
3.


Tarik tali yang di atas / jerutkan

4.


5.


Masukkan tali melalui pemegang, bawa ke depan

6.


Masukkan tali ke celah-celah spt dalam gambar


7.


Tarik ke belakang

8.

9.



Tarik dan jerutkan ke belakang
ikat kuat dan kemas


10.




dah siap


jangan lupa untuk kuncikan beg anda dengan padlock yer..takut juga orang tak bertanggungjawab bukak.. :)


PENGUMUMAN

MINI TELEKUNG BERLENGAN PUTIH HABIS YA...OUT OF STOCK 



WARNA HITAM ADA..

TUNGGU SAYA UPDATE KALAU STOCK ADA.
TERIMAKASIH

Tuesday, August 28, 2012

ORDER HAJI 2012

Pengeposan petang ni


mini telekung berlengan putih,mini telekung jersey hitam dan putih, 3 kasut korea, 2 simkad dan 3 sarung lengan hitam.

ORDER HAJI 2012

Assalamualaikum
pengeposan petang semalam..


1. mini telekung berlengan putih
2. mini telekung berlengan hitam
3. 3 tudung ibadah
4. 3 pasang kasut korea

terima kasih 

Monday, August 27, 2012

ORDER HAJI 2012

Assalamualaikum semua..
hari ni sudah ada pengeposan dari order2 bakal2 jemaah haji kita..semua yang dah dapat tarikh penerbangan sudah mula membuat persiapan dengan membeli keperluan.




saya akan sms track no pada anda.terima kasih :)

Sunday, August 26, 2012

SIMKAD HAJI

STOK BARU SUDAH MASUK

Yang ni RM15 dalam ada 10 riyal ya..

perhatian pada jemaah2 :
ini adalah simkad mula.bila sampai di Arab Saudi bolehlah masukkan kad dalam handphone anda dan nanti akan keluar nombor telefon.simpan baik2 simkad malaysia.untuk topup boleh beli di sana.pastikan semasa membeli topup MOBILY,dari provider yang sama...ada kes penjual yang menipu dengan menjual topup kad jenama lain dan juga ada yang menaikkan harga lebih 5 riyal dari nilai sebenar topup.hati-hati..Kalau was-was atau tak tahu sila bertanya pada mutawiff masing-masing atau suruh saja mereka belikan..

untuk pasangan suami isteri yang terpisah bilik,berada dalam kumpulan lain bolehlah beli 2 kad supaya senang nak contact.



Saturday, August 25, 2012

persiapan keperluan untuk dibawa semasa haji

Assalamualaikum semua..
di bawah adalah koleksi komen2 dari haji dan hajah yang pernah pergi haji,saya ambil dari facebook,pelbagai pendapat dari pengalaman masing2...saya pastekan kat sini semoga bermanfaat dan memberi idea untuk semua bakal jemaah haji dalam mempersiapkan mental dan fizikal..


  1. Bagi saya PERSIAPAN yang terbaik adalah ILMU. Beramal secara berilmu adalah yg terbaik. minta, adik benar2 faham tujuan dan ibadah yg akan dilakukan.. Jangan jadi jemaah yang terikut-ikut, fahami asas ibadah yg hendak dilakukan and refer to ustaz, ustazah dan mutawif2 insyallah Mabrur haji adik.. Tq n salam
  2. Senaraikan apa yg nak dilakukan sebelum dan selepas kerja haji contoh: sebelum wukuf iktikaf diHaram dari Zohor sampai Isyak serta pengisiannya bacaan Quran hingga khatam. Selepas kerja haji apa nak dibuat...kerja Umrah, iktikaf.Buat senarai doa yg nak dibaca ketika wukuf sebanyak-banyaknya...amalan-amalan sunat dan zikir-zikir yg nak diamal
  3.  Bagi saya adik perlu tengok keperluan masa wukuf di Arafah.. semasa di Mekah 40 hari atau 60 hari ini terpulang kepada diri masing2 samada pembersih ke, kaya ke, pemalas ke...Keutamaan semasa berada di Arafah, bagi saya lelaki memang simple.. 3 helai kain ihram bukan 3 pasang sudah mencukupi. sistemnya kalu yg bawah sudah kotor maka gunakan yg ketiga sebagai simpanan insyallah kalu basuh yg kotor tadi sempat kering.. bagi jemaah perempuan saya rasa boleh guna sistem yang sama. Kenapa saya berkata begitu ??? kerana ruang atau hak adik semasa berada di Arafah, Muzdalifah dan Mina hanya lah sebesar liang lahad. Jadi kalu terlebih bekalan takut takut kita termakan kawasan orang lain.. amalkan sikap less is better, simple is good... wallahualam.
  4.   betul tu...kalau bawa banyak sangat pun payah,2 -3 helai telekung atau 3 helai kain ihram pun dah memadai,bawa yang sebelah atas ja,kalau bawa banyak pun buat banyak dalam beg ja,sebab kalau kotor..sekejap ja dah kering jika dibasuh. nanti nak beli beg pula masa nak balik,lagi 1,saya akan bawa beg spare,untok isi buah kurma dan lain2,nanti taklah nak beli lagi beg jika tak cukup beg masa nak balik,memang kebiasaan bila pergi mekah,beg mesti beranak,dari 1 jadi 2...dari 2 jadi 3..
  5. Kalau boleh,tak perlu bwa baju kurung...jubah memadai...bawalah dalam 3/4 helai...kerana kita pakai telekong...jadi, basuh cepat kering....lagi satu save space...bawa juga tali utk dibuat penyidai dan juga sepit baju...jgn lupa penyangkut baju......semasa packing baju dlm bag besar...elok digulung baju-baju tu dan diikat dgn getah...save space ...bawa getah (rubber band) lebih...sebab bila dah bershopping tu...baju-baju tu eloklah digulung dan disusun dlm beg tadi.....wallahualam.
  6.  bagi saya bab2 baju ni ikut pada kesesuaian masing2. macam saya suka pakai maxi/jubah tp dlm pakai seluar. tak perlu tebal2 materialnya sebab senang nak keringkan klu nak cuci. 3-4 maxi & seluar pjg dlm (putih tu) dah cukup. telekung pun gitu 3-4 cukup. tp saya suka pakai saiz ziarah tak labuh coz tak dipijak2 jemaah ketika di dlm masjid hatta ketika pencuci masjid tetiba lalu dgn mop. socks saya suka tebal selesa utk tawaf tp 4-5 helai pun ok sebab takut lambat kering & kita nak selalu tukar takut kotor. di arafah & mina tu khaskan sock utk ke toilet kerana takut terkena najis. sediakan tudung berwarna gelap utk ke tandas jadi telekung tu tak perlu pakai + nak ringkas & cepat sebab ramai yg dok beratur belakang. nak story byk lg ni sebab saya mmg agak teliti tp hanya pd yg benar2 perlu utk diri saya
  7. Alhamdullillah dpt mnjd tetamunya ...Ilmu hndaklah dikukuhkan dan ibadat2 sunat hndaklah diamalkan mulai dr sini lg.... Mengenai kelengkapan bawalah telekung 2@ 3 helai dan kainnya bawalah 1 @x payah pun x pe....Baju kurung bawalah 2 @3 helai jubah kalau nk bawa pun boleh yg selesa kita pakai.....seluar pjg...kalau say dulu saya kemasid pakai seluar dan baju kurung serta telekung.....ringkas..x perlu bawa byk2..
  8. Alhamdulillah telah menjadi tetamu ALLAH...akk pergi haji tahun lepas..selama 2bulan..musim haji kat sana barang2 agak mahal..ape yg perlu dibawa adalah ubat batuk,minyak angin,koyok,ubat demam,pakaian bawak ler 4,5 helai,telekung 3psg kainnya xperlu bawak,tikar kecik (digunakan waktu wukuf) kalu tidak diberi oleh tabung haji,payung kecik,pisau kecik dan makanan seperti serunding dan barang2 kering utk pembuka selera selepas wukuf.suar pjg & baju,hanger dan minuman 3in1 pun...itu saje keperluan yg penting..insya'allah cukup satu bag sahaja...kalu bersama suami, asing2kan..bag suami dan isteri..coz kt tidak tinggal bersama kalu pergi secara muahasasah..insya'allah semoga dipermudahkan segala urusan dan ibadah di sana nnt..
  9. saya selalu pesan kpd jemaah, bawa kain batik sarong ketika nk kearafah/mina...tujuannya ialah.....bila nk ketandas/bilik air sewaktu disana, bukalah seluar/seluar panjang didlm khemah terlebih dahulu dan memakai kain, supaya x ambil masa lama bila masuk kebilik air tuk membuka byk benda, elak dari terkena kotor ......lebih2 lg kat luar barisan panjang menungu giliran......hehe
  10.  lampu suloh n payong,x perlu .....serunding daging ,ikan bilis bawa banyak sikit.....{asam jawa...kembang semangkok,getah anggur n selasih} sekira nya suka minum bolih bawa tuk menyejukan badan hihi\
  11. ihram memang kena beli 2 pasang, cuma bila bawa ke Arafah sehelai sahaja, yang lagi dua dah pun kena pakai.... lelaki nie mudah berbanding dengan perempuan.. maka ruang bag yg lebih itu boleh guna pakai utk bawa keperluan isteri isteri tersayang.. al maklum para para isteri tersayang kita ini banyak keperluannya.. saling faham dan memahami keperluan masing masing adalah terbaik... 
  12.  Bila didlm khemah diarafah/mina, bawa sama uncang kasut yg biasa dibawa kemjid, & letak bhampiran ...pernah berlaku bila hujan, semua kasut2 yg diletak diluar khemah hanyut . .., bawalah beberapa helai beg plastic tuk mengisi pakaian kotoran dsbg
  13. Alhamdullilah saya telah menjadi dhuyuf Al-Rahman 2011. Yang mencabar di arafah/muzdalifah/mina ( masyaeir ). Kalau tidak kat mekah dn madinah mcm buat umrah je. Jadi persiapan penting untk kemudahan di masyaeir. Saya bawa jubah sahaja sebab 1piece jadi mudah pack dan basuh. Jubah saya smua satu pesyen, zip panjang depan supaya mudah tukar pakaian dan ada 2 poket kiri kanan untuk letak apa2x esp at masyaeir. Pakaian temasuk telekung pilih kain yang tak panas dan mudah kering. Di masyaeir mcm camping dimana toilet primitif. Cakap terus terang. Bawa bag plastic yang kukuh waterproof size sedang untuk letak toiletries etc untuk tandas masyaeir. Juga bawa S hook untuk sangkut beg plastic di tandas. Bawa krim pelembap dan kole plastic kecil, berguna untuk tadah air di masyaeir. Bawa ubat batuk yang sesuai, kena tau apa yang mujarab sebab kalau tidak batuk tak baik2x. Ubat tussidex forte elok untuk batuk yang kering. Simpan sim card malaysia baik2x selepas tukar sim card saudi. Jagn lupa bawa universal adaptor untk hotel. K harap membantu.
  14. makanan seperti serunding,ikan bilis,asam jawa atau lain2 tak perlu bawa.kita takan makan/guna pun kat sana nanti.automatik tak ada selera nak makan semua tu.memberatkan bagasi je.lagipun kat mekah memang ada jual budu,asam jawa,sayur,dan berbagai makanan melayu yang lain.tak payah bawalah.kat mekah ada jual dapur elektrik yang berharga lebih kurang 30 riyal.kita boleh beli kalau kita teringin nak memasak.boleh memasak di hotel tapi hati2 dan kurang digalakan
  15. kalau ada ubat yang perlu dimakan jangan lupa bawa.disana ada klinik dan farmasi tapi takut tiada ubat yang khas untuk kita tu
  16. off course ilmu...adalah persiapan terbaik tp physical preprration also needed... d tanah air ni banyaklah execise dan banyak duduk lama lama di masjid sebab jika kita nak dapat tempat d dalam masjidil haram atau masjid nabawi kena dtg awal terutama solat jumaat kalau tak sembahyang tepi jalan kita......selamat menunaikan haji
  17.  tambah lagi... makanan ada d sediakan tak perlu d risau kalau nak ubah selera kedai makanan da d sekitar kawasan masjid,sabar juga memain peranan yg amat besar d mana dlm perjalanan nak ke arafah,muzalifah dan mina juga duduk d khemah dan melontar adalah satu pergorbanan yg besar. banyak doa pada allah d permudahkan urusan :-)
  18. Saya diberi kesempatan menunaikn haji pd 2011. 1) plan jadual anda dari skrg supaya masa yg ada digunakn sepenuhnya utk beribadah. 2) plan ibadah & doa2 utk waktu wukuf yg amat singkat(zohor-maghrib) 3) bawa milo/3in1 nestum/ horlick utk breakfst sebelum ke masjid...milo di sana pek1kg rm80.Saya breakfst dulu di bilik sebelum ke masjid utk subuh hingga selesai dhuha. 4) payung ampaian kecil utk jemur socks & sarung tgn yg byk digunakn. Semoga beroleh haji yg mabrur..InshaAllah :)
  19.  Selain dari ILMU dan semua yg disebut diatas ygjuga selalu disebut oleh asatizah kita ialah kena bawa"SABAR" byk2.Isi poket kanan poket kiri dan mana mana yg boleh diisi.Tahap kesabaran anda yg paling tinggi akan diuji.:-)
  20. Yang penting fizikal n mental mesti kuat...jgn trpengaruh dgn keujudan ustaz n ustazah yg xbertauliah...ramai yg mengaku tahu itu n ini...kalau ada masalah tanya pd yg berkelayakan"...pasal makanan xperlu risau disana terlalu banyak makanan disediakan.....banyakkan exercise berjalan kaki semasa disini......>
  21. stokin kena bawa lebih sikit rasanya .....
  22. Yayayaya suka dan setuju sangat dgn apa yg diperkatakan oleh hajjah Zunaidah bab ustaz ustazah segera, menghukum sana sini yayayayaya tak lupa jugak hajjah bab pemberita yg tangkap wap, bercerita mengalahkan CNN mahu pun AL JAZZERA... Harspan saya jemaah tumpukan ibadah haji itu, kurangkan kawan insyallah kurang mengumpat dan perbanyakkan amalan.. Walllahulam, TQ
  23. jangan lupa bawak plastik hitam tebal ( beberapa keping) , lipatkan saja kecil kecil bawa masa di arafah dan Mina nanti.. .... masa saya di Arafah dulu banjir, carpet tempat tidur basah, walaupun air surut.. alhamdulillah maktab kami di peringat bawa palstik hitam tebal di bawah pimpinan Ustad Shafawi..amat berguna nanti nak buat lapik atas karpet di arafah /Mina dan juga nak dudduk duduk di Mudzalifah... stokin tebal bola tu pun amat penting, terutamanya masa saie stokin tebal kaki kita lebih terpelihara ada masa masa sebahagian orang alah dengan lantai saie ... tapak kaki jadi kering dan merekah. Stokin yang di jual di sana sangat nipis dan amat jarang, beli dari sini stokin tebal tu, lebih..krim versallin untuk kulit kering antara yang terbaik juga..selamat menunaikan Fardhu Haji...semoga diberikan kesabaran dan kesenangan di sana nanti dan dapat haji mabrur
  24. banyak berzikir kat Arafah, Mina dan Mudzalifah...moga moga dapat banyakkan baca terjemahan dan faham makna Al quran , semasa ditanah suci nanti, yang perempuan tu kalau haid jangan duduk kat bilik dan shopping sahaja.. boleh duduk kat tempat saie sambil dapat memandang kaabah dan bacalah terjemahan al quran... wanita haid boleh duduk baca al quran di tempat saie.. azam lah juga nak habiskan baca keseluruhan isi terjemahan al quran juga sepanjang buat haji..al quran panduan hidup kita .. cuba fahamkannya di tempat yang terbaik.... insyaAllah ada banyak nikmatnya faham al quran..
  25. Di Arafah, Mudzalifah dan Mina memang kena banyak zikir dan berdoa... tempat duduk dan baring sangat terhad..terutamnya bagi yang Muasasah..nak baca alquran pun agak terhad terutamanya di Mina. Di Mina 3 hari melontar tu biasanya ada jualan murah dan lelong boleh je shoping sebelum balik Mekah.. nak duduk dalam khemah je sempit hehehe..sebenarnya hadiah Allah kurniakan untuk tetamu dalam pelbagai nikmat, beli cendera hati murah untuk keluarga dan sanak saudara kat Mina satu Rahmat Allah bagi juga... ..antara zikir terbaik di padang Arafah baca لاَ Ø¥ِÙ„َـهَ Ø¥ِلاَّ اللهُ ÙˆَØ­ْدَÙ‡ُ لاَ Ø´َرِÙŠْÙƒَ Ù„َÙ‡ُ، Ù„َÙ‡ُ الْÙ…ُÙ„ْÙƒُ ÙˆَÙ„َÙ‡ُ الْØ­َÙ…ْدُ، ÙˆَÙ‡ُÙˆَ عَÙ„َÙ‰ ÙƒُÙ„ِّ Ø´َÙŠْØ¡ٍ Ù‚َدِÙŠْرٌ (“Tiada Tuhan yang berhak disembah selain Allah, Yang Maha Esa, Tiada sekutu bagiNya. BagiNya kerajaan dan pujian. Dialah Yang Mahakuasa atas segala sesuatu) ... zikir ni juga antara yang terbaik semasa di Mudzalifah dan Mina.. sambil sambil shoping pun ada hadis yang mengatakan ketika orang lain lalai mengingati Allah tapi kita ingat Allah dengan membca zikir ini.. ganjaran pahala amat banyak..
  26. http://doandzikir.wordpress.com/2010/11/02/doa-ketika-wukuf-di-arafah/ baca zikir zikir tu biar kita tahu makna... penting, terutamanya zikir masa tawaf ( mulakan tawaf dengan istighfar dulu, barulah zikir zikir lain) begitu juga semasa bersaie.. ulangkaji makna makna zikir, makna bacaan sembahyang, biarlah kita tahu makna makna semua zikir dan doa doa yang kita lafaz..hayati dan faham maksudnya amat penting.... penghayatan amat bermakna, bukan sekadar persediaan fizikal...penting juga ulangkaji wuduk dan rukun solat sebelum kesana..persediaan biarlah dari yang paling asas juga..dalam mencapai Haji manbrur insyaAllah.
  27.  Pengalaman saya, elok juga sediakan sejadah siap2 untuk solat berjemaah di Masjidil Haram dan Nabawi. Musim haji tiada karpet di Masjil Haram, lebih-lebih lagi kalau musim haji ni nak melangkah untuk ke pintu2 masjid pun merupakan 'cabaran yang sukar' waktu masuk solat melainkan kita telah berada di dalam masjid 2 jam sebelumnya. Sentiasa sedia dengan sejadah agar dapat terus melaksanakan solat di dataran MH jika tidak berjaya mengharungi lautan manusia... Sama jugak di Masjid Nabawi. W/pun ada karpet dlm masjid, tapi belum gerenti boleh solat dalam masjid.
  28.  saya pun setuju bawa sendiri sejadah tp saya suka bawa sejadah lebar tp nipis sebab kengkadang tu kita blh kongsi dgn jemaah sebelah kita andaikata dia tiada sejadah. tp dia juga bertindak sebagai alas utk keseluruhan anggota badan kita andai "terpaksa" solat di luar esp di kaki lima jln. ni time dah semakin hampir waktu wukuf. sebenarnya bknnya tak muat di dlm tu cuma ramai yg gemar solat di luar mungkin nak cepat pulang ke hotel lps solat. sejadah nipis tu saya lipat & gulung kecil2 sedang elok muat beg sandang TM tu. maklum la ada yg suka bawa al-quran sendiri.
  29.   ni bab makan.....serunding daging atau ikan tu d bungkus kecil2....masa2 sesak di mina atau kat bilik...utk sendiri kluarga dan share ngan kawan2.....bukan sume org seleranya sama...ramai juge yg tak sesuai ngan masakan bangla atau rohingya.....
  30.  Muasasah makanan agak mewah kat mekah dan madinah alhamdulillah teratur. Tabung Haji bagi makan 2 kali sehari, cuma sarapan je sendiri ( tak di sediakan) tapi banyak jual kat sana.. masa saya pergi dulu setiap hari Jumaat Nasi Arab briyani dengan ayam yang sedap. Makanan biasanya dapat sebungkus seorang dengan air dan buah buahan... makanan Ok dan sedap semua.. cuma masa kat Mina je agak kurang sikit .. bolehlah bawa bekal bekal tu dan Maggie Indo juga di beri buat alas perut. Muasasah tak sama macam yang pegi pakej...pakej dihidang cara buffet. Saya pulak enjoy je pi makan restoran Pakistan, Arab, Turki, Lebanon... merasa je makanan orang Arab sekitar masjidilharam, terutamanya bila puasa malas balik bilik jauh nak jalan kaki.. hotel al janadriah. Makanan tengah hari kat hotel Muasasah biasanya pukul 11.00 dah ada dah... saya dan husband makan awal, ....lepas makan pergi masjidilharam zohor, asar, maghrib , isyak kat masjidilharam baru kita orang balik... niat iktikaf terus.. balik isyak makanan dah tersedia dapat 1 peket sorang satu...tidur awal, tak banyak borak borak... dalam pukul 4 pagi bagun siap sedia nak pergi masjidilharam untuk subuh. Lepas solat subuh dan Duha di dataran kaabah baru balik bilik.... lepas subuh, biasanya dataran kaabah agak lengang ( orang rebut rebut nak balik bersarapan), kita tunggulah kejap mengaji dan baca matsurat...boleh je nak solat depan kaabah hari hari solat Duha.... memang best sangat ketika macam ni. balik bilik lepas duha kat dataran kabah..beli sarapan, yang banyak jual kat sana.. itulah rutin sementara nak tunggu wukuf dan semasa berada di Mekah..bilik air kat masjid nabawi dan Mekah ada banyak , lama lama jadi biasalah dengan orang yang ramai ramai tu...macam tu kehidupan kami lebih kurang pada yang nak pergi Haji cara Muasasah tahun ni, khusus yang first time ni..sharing is caring..moga moga bermenafaat perkongsian saya ini..
  31. thn kami pergi haji dulu tu lah tahun terakhir bangunan lama masih berdiri teguh tp dah siap bertanda "X" tanda akan dirobohkan. saya & suami akan lalu laluan berbeza, sanggup naik turun bukit dr ikut jln pasar zink walhal tu la jln terdekat. tapi suka sgt dpt tau jln2 alternatif sesambil keluar masuk bangunan + lalu ikut kedai2. cuci mata juga kiranya tu tp rules hubby saya tetap kena ikut. dah final week nak ke madinah baru dia kasi beli brg2. ada juga hikmah rupanya, harga kopiah yg dulunya sr10 utk 3 dah jadi utk 5. kami mmg mmg tiba makkah lewat dlm 8-9 lg utk wukuf + buat ifrad jadi mmg nak betul2 jadi pantang larang dlm tempoh masa yg agak lama. alhamdulillah semuanya sempurna
  32. ramai dah berikan tips.. dalam beg sandang tu jangan lupa masukkan ubat sakit tekak, tisu,( yg kecil2 kat sana mahal), buku solat sunat, memo pad ( untuk tulis apa yg selalu lupa macam tempat kasut, boleh tulis alamat kwn2 yg baru kenal, dll), pen, panty liner, seluar pakai buang. Tapi jangan lupa jgn bwk masuk yg kotor( najis) masa bertawaf!! Alat mengira pusingan tawaf macam tasbih 7 biji atau alat mengira mesin comel tu..wallahualam
  33. saya karang doa2 dalam bahasa melayu bagi setiap tempat yg bakal dikunjungi...spert jabal rahmah, di arafah dll...bukan apa takut sampai di sana kita tercari2 doa untuk dibaca. maklumlah dlm buku biasanya tidak sistemmatik...semasa di masjid nabawi, madinah...ada hamba allah dari indonesia yg mohon dikongsi. itulah sekadar kongsi pengalaman.
  34. Jgn bawak tupperware/bekas plastik utk simpan lebihan makanan, tetapi bawalah beg plastic yg zipper-lock tu. Senang bila kita ada lebihan biskut agar tak masuk angin, dan senang bila nak agih makanan/buah sesama jemaah.

PANDUAN MENGERJAKAN HAJI

A. KL>JEDDAH>MEKAH

A.1 SEBELUM PERGI MENUNAIKAN HAJI.
  •  BANYAKKAN BERTAUBAT DI ATAS SEGALA DOSA-DOSA YANG KITA LAKUKAN SAMADA SEDAR ATAU TIDAK.TAUBAT YANG SEBENAR-BENAR TAUBAT,TAUBAT NASUHA>TAUBAT YANG TIDAK AKAN MELAKUKAN DOSA LAGI,TIDAK INGATKAN DOSA LAGI,TINGGALKAN SEMUA YANG BERKAITAN DENGAN DOSA WALAUPUN DI DALAM HATI>.
  • SOLAT SUNAT TAUBAT.TAUBAT SESUNGGUH-SUNGGUH.NIAT” SAHAJA AKU SEMBAHYANG SUNAT TAUBAT 2 RAKAAT KERANA ALLAH TAALA
  • BANYAKKAN SADAQAH.
  • BERMAAF-MAAFAN SESAMA KAUM MUSLIMIN TAK KIRA SAUDARA,SAHABAT ATAU JIRAN TETANGGA SAMADA BUAT SALAH ATAU TIDAK.
  • BANYAKKAN ZIKIR DAN SOLAT SUNAT.
  • LAKUKAN SEMUA ITU DENGAN HATI YANG IKHLAS. 
A.2 PERSEDIAAN SEMASA HENDAK BERANGKAT. 

1.BERSIHKAN BADAN,CUKUR JANGGUT DAN MISAI BULU KETIAK.SEMUA AKAN TUMBUH BALIK NANTI KALAU SAYANG SANGAT PUN.
2.MANDI SUNAT IHRAM.
3.AMBIL AIR SEMBAHYANG/WUDHU
4.PAKAI KAIN IHRAM.JANGAN PAKAI SELUAR DALAM ATAU SINGLET.
5.JANGAN PAKAI MINYAK WANGI. TAK PAKAI MINYAK WANGI PUN TAK APA TAK RUGI EH.
6.PAKAI KAIN IHRAM SAHAJA.GUNA TALIPINGGANG HAJI.
7.JANGAN NIAT IHRAM DI RUMAH.JANGAN NIAT IHRAM KERANA NIAT IHRAM NANTI DALAM KAPAL TERBANG SEMASA DAH DEKAT DENGAN MAKKAH.
8.MIQAT HAJI/UMRAH ADALAH DI QARNUL MANAZIL LEBIHKURANG 40 MINIT SEBELUM LANDING TIME.
9.SOLAT WAKTU DAHULU KALAU DAH MASUK WAKTU SOLAT.
10.SOLAT SUNAT SAFAR/MUSAFIR DUA RAKAAT.

A.3 MENUJU KELANA JAYA
 
1.TENGOK TARIKH PENERBANGAN.TENGOK BETUL-BETUL DAN PERLU ADA DI KELANA JAYA SEKURANG-KURANGNYA ENAM JAM SEBELUM PENERBANGAN.
2.BAGI YANG JAUH LEBIH 60 KM DARI KELANA JAYA BOLEH DATANG AWAL DAN BOLEH MOHON BILIK ASRAMA DI KELANA JAYA UNTUK LEPAK.TAPI MESTI MOHON DULU.
3.TURUN DARI RUMAH TERUS KE KELANA JAYA.
4.JANGAN LUPA SOLAT BILA MASUK WAKTU.RAMAI YANG LEPAS SOLAT SEBAB TERLALU SIBUK NAK PERGI HAJI.
5.DAH BOLEH SEMBAHYANG JAMAK/HIMPUN DAN QASAR/PENDEK.
6.KAT KELANA JAYA ADALAH PROSES SEMUA PERKARA YANG PERLU.
7.JEMAAH AKAN DIHANTAR KE AIRPORT DENGAN BAS URUSAN TABUNG HAJI.JADI TAK PERLU RISAU LAH.
8.BAS HANTAR SAMPAI DEPAN TANGGA KAPALTERBANG.JALAN SIKIT AJA LAH.
9.BILA DAH NAIK KAPALTERBANG JAGALAH TATATERTIB SEBAGAI MUSLIM.
10.DALAM KAPALTERBANG JAGA KAIN IHRAM JANGAN KENA NAJIS/AIR KENCING SEBAB NANTI BILA SAMPAI MAKKAH KENA CUCI BILA NAK TAWAF UMRAH.
BOLEH GI BILIK AIR TAPI JAGA-JAGALAH KAIN IHRAM.INGAT KALAU KENA NAJIS NANTI TAWAF TIDAK SAH O.
11.MAKANLAH APA YANG DIHIDANGKAN.BIASANYA HALAL.TAK MAKAN NANTI LAPAR O.
12.PENERBANGAN SELAMA LAPAN JAM.JADI MUNGKIN KENA MASA WAKTU SOLAT WAJIB.MAKA SOLATLAH ANDA SECARA DHARURAT ATAU SOLAT HORMATI WAKTU.NANTI BILA SAMPAI AIRPORT SOLATLAH BALIK.
13.BILA DEKAT NAK SAMPAI,LEBIHKURANG 40 MINIT LAGI KITA DAH SAMPAI KE MIQAT MAKANI IAITU QARNUL MANAZIL.
14.WAKTU ITULAH KITA WAJIB NIAT UMRAH ATAU HAJI BAGI YANG BUAT HAJI IFRAD.NIAT ADALAH RUKUN.
15.LEPAS NIAT KALAU PRAMUGARI ATAU PRAMUGARA BAGI TISU WANGI TAK BOLEH GUNA EH.
16.BAGI YANG NAK BUAT HAJI TAMATU’ MAKA NIATLAH UMRAH.SAHAJA .
17.AKU BERNIAT MENGERJAKAN UMRAH DAN BERIHRAMA AKU DENGANNYA KERANA ALLAH TAALA.
15.BAGI YANG NAK BUAT HAJI IFRAD,MAKA NIATLAH HAJI.
16.SAHAJA AKU BERNIAT MENGERJAKAN HAJI DAN BERIHRAM AKU DENGANNYA KERANA ALLAH TAALA.
17.MAKA BERMULALAH PANTANG LARANG IHRAM SEBANYAK 13 PERKARA-RUJUK LAMPIRAN.
18.MULALAH BERTALBIAH HINGGA SAMPAI KE MAKKAH.TALBIAH TAMAT BILA MULA TAWAF.

A.4 SAMPAI JEDDAH.
1.SAMPAI JEDDAH KAT AIRPORT.TUNAIKAN SOLAT YANG TERTINGGAL TADI ATAU YANG BUAT SOLAT DHARURAT.
2.JANGAN BEREBUT-REBUT.BEG DIURUSKAN OLEH MUASASAH.BAWA BEG SANDANG DAN BEG PERLU SAHAJA.
3.PEMERIKSAAN KASTAM DAN IMIGRESEN AMBIL MASA.
4.BUKA KUNCI BEG BESAR SETELAH AMBIL DARI CONVEYER BAGASI.
5.MULA KENA SABAR DAN JANGAN MARAH-MARAH ATAU MERUNGUT-RUNGUT.
6.INGATLAH.KITA DALAM IHRAM UMRAH ATAU HAJI.JANGAN ROSAKKAN UMRAH ATAU HAJI HANYA KERANA BARANG-BARANG.
7.JAGA MAHRAM KITA.
8.KAT AIRPORT JEDDAH LEBIH KURANG 2 JAM JADI SUBUH KENA KAT AIRPORT KOT.JANGAN TINGGAL SOLAT.SOLATLAH DI MUSOLLA AIRPORT.
9.JANGAN BERASING BILA DI JEDDAH.

A.5 KE MAKKAH BAGI PENERBANGAN HAMPIR AKHIR.
1.NAIK BAS IKUT ARAH MUASASAH.BAS AKAN BERTOLAK KE MAKKAH.DEKAT TAPI ADA MASA DEKAT 2 JAM.
2.MASUK HOTEL BOLEH MANDI TAPI KENA JAGA PANTANG LARANG IHRAM.
3.KALAU TERLANGGAR PANTANG IHRAM KENA DAM.JANGAN MARAH-MARAH ATAU MERUNGUT-RUNGUT ATAU BERTENGKAR.
4.MALAM KOT TABONG HAJI BAWA PI TAWAF.
5.KALAU DAH TAHU,PERGILAH KE MASJIDILHARAM BUAT TAWAF UMRAH BAGI YANG BUAT HAJI TAMATTU’ DAN TAWAF QUDUM BAGI YANG BUAT HAJI IFRAD.
6.MASUK MASJIDILHARAM NAK TAWAF UMRAH/HAJI TAK PAYAH SOLAT SUNAT TAHIYYATUL MASJID.DOALAH AGAR SEGALA URUSAN DIPERMUDAHKAN OLEH ALLAH.
7.TAWAF WAJIB ADA WUDHU/AIR SEMBAHYANG.
8.TAWAF UMRAH MESTI BUAT SAIE UMRAH.
9.TAWAF QUDUM BOLEH BUAT SAIE HAJI ATAU PUN TUNGGU BUAT SAIE HAJI LEPAS TAWAF HAJI NANTI.
10.MASA TAWAF BAHU MESTI SELALU TEPAT MENGIRI KAABAH.
11.JANGAN TOLEH BELAKANG.
12.JANGAN NIAT MENCARI-CARI ORANG,
13.JANGAN SENTUH KAABAH,HAJARUL ASWAD ATAU HIJR ISMAIL.
14.SEBELUM TAWAF JANJI TUNGGU KAT TEMPAT MANA SENANG JUMPA.ORANG RAMAI SANGAT.
15.CUKUP 7 KELILING TAWAF DENGAN YAKIN.BACALAH DOA YANG DIBERIKAN ATAU BACA DOA YANG ANDA FAHAM ATAU ZIKIR ATAU BACA AYAT-AYAT SUCI AL-QURAN.
16.KALAU TAK PANDAI BACA DOA DALAM BUKU TU,DOA YANG INGAT SAJA DAN BANYAK ZIKIR.
17.LEPAS TAWAF DENGAN YAKIN,SOLATLAH DI BELAKANG MAQAM IBRAHIM ATAU DI HIJR ISMAIL ATAU DI MANA-MANA SAHAJA DALAM MASJID SEBAB ORANG RAMAI SANGAT.TEMPAT MUSTAJAB DOA.
18.MINUM AIR ZAM-ZAM-SUNAT TU.MINUM SAMBIL BERDIRI.SATU-SATUNYA AIR YANG SUNAT MINUM SAMBIL BERDIRI.
19.SIAP TAWAF KENA PI BUAT SAI’.BAGI YANG BUAT HAJI TAMATTU’.HAJI IFRAD TAK PAYAH SAI DAN TAHALLUL ATAU BOLEH SAIE TAPI TAK BOLEH TAHALLUL.SEBAB HAJI IFRAD JEMAAH AKAN BERADA DALAM IHRAM SAMPAI HABIS TAWAF DAN SAI HAJI SELEPAS WUKUF DAN MELONTAR.
20.SAIE 7 PUSINGAN PERGI DAN BALIK.TAK PERLU ADA AIR SEMBAHYANG TAK APA.
21.SAI’ MULA DI BUKIT SAFA KENA PIJAK BATU HITAM DAN HABIS SATU PUSINGAN DI BUKIT MARWAH KENA PIJAK BATU HITAM JUGA.
22.KALAU HAUS BOLEH BERHENTI MINUM AIR ZAM-ZAM TAPI BILA NAK MULA SAI’ MESTI MULA SEBELUM TEMPAT BERHENTI TADI.
23.LEPAS 7 PUSINGAN BOLEH BERGUNTING/TAHALLUL .
24.GUNTING RAMBUT SENDIRI DAHULU.JANGAN GUNTING RAMBUT ORANG LAIN SEBELUM GUNTING UNTUK DIRI SENDIRI.
25.LEPAS TU BOLEH LA GUNTING RAMBUT SIAPA SAHAJA DALAM 4 /5 HELAI CUKUP..
26.SELESAILAH UMRAH PERTAMA.
27.TAPI BAGI YANG NIAT HAJI MAKA JEMAAH MASIH DALAM IHRAM HAJI SAMPAI HARI MELONTAR JAMRATUL QUBRA.
28.BALIK HOTEL BOLEH TUKAR PAKAIAN.
29.YANG HAJI IFRAD TAK BOLEH TUKAR PAKAIAN SEHINGGA SELESAI HAJI.
30.YANG UMRAH DAH HABIS IHRAM ,YANG HAJI IFRAD BELUM O.
31.JANGAN BUAT UMRAH SUNAT TERLALU BANYAK SEBAB TENAGA NAK GUNA MASA HAJI.
JANGAN IKUT-IKUT ORANG.
LEBIH BAIK SOLAT JEMAAH DI MASJIDIL HARAM DAN SIMPAN TENAGA.
32.TAK PERLU BUAT BANYAK UMRAH SUNAT.
33.SOLAT DI MASJIDIL HARAM 100 RIBU GANDA PAHALA.

A.6 MENUNGGU WAKTU HAJI
34.LEPAS TU TUNGGU SAMPAI 8 HB ZULHIJJAH (HARI TARWIYYAH).
35.MASA NAK PI WUKUF DI ARAFAH BARU PAKAI IHRAM/NIAT HAJI KAT HOTEL.
36.YANG BUAT HAJI IFRAD DOA NIAT ATAS KAPAL TERBANG DULU TU,INGAT LAGI TAK?TAK KAN LUPA LAK?
37.SAHAJA AKU MENUNAIKAN HAJI DAN BERIHRAM AKU DENGANNYA KERANA ALLAH TAALA.
38.PERGI WUKUF.WUKUF ADALAH RUKUN.
39.PADA PETANG HARI 8 HB NAIK BAS.JANGAN BEREBUT.SABAR DAN JANGAN MARAH-MARAH.
40.KADANG KADANG NAIK BAS SAMPAI 10 JAM.KADANG-KADANG 1 JAM SAHAJA.JANGAN MARAH KALAU LAMBAT.MASIH DALAM IHRAM JAGA PANTANG LARANG.
41.SAMPAI DI ARAFAH TERUS MASUK KHEMAH. REHAT.JANGAN BERGADUH ATAU BERTENGKAR. MESTI BANYAK SABAR.
42.MALAM TIDUR DALAM IHRAM.JAGA PANTANG LARANG.
43.BANYAKKAN SOLAT SUNAT DAN ZIKIR.
44.ESOK 9 HB ZULHIJJAH LEPAS DZUHUR WUKUF.
45.DUDUK LUAR KHEMAH SAMPAI LEPAS ASAR.DI ARAFAH BANYAK DOA DAN ZIKIR
46.LEPAS MAGHRIB MULA NAIK BAS KE MUDZALIFAH.SOLAT O.
47.BERMALAM DI MUDZALIFAH ADALAH WAJIB.DUDUK SANA SAMPAI TENGAH MALAM.MASIH DALAM IHRAM.BANYAK BERSABAR.
48.SAMPAI MUDZALIFAH CARI TEMPAT DUDUK BENTANG TIKAR PLASTIK DAN SOLAT SUNAT LAH.BANYAKKAN ZIKIR,SOLAT DAN DOA.
49.ORANG RAMAI O.
50.KUTIP BATU 7 BIJI SAHAJA DI MUDZALIFAH UNTUK LONTAR JAMRATUL QUBRA ESOK 10 HB ZULHIJJAH HARI RAYA TU.
51.MELONTAR JAMRAH ADALAH WAJIB.MELONTAR KETIGA-TIGA JAMRAH ADALAH WAJIB.
52.LEPAS TENGAH MALAM NAIK BAS KE MINA.JAGA SOLAT SUBUH TAKUT TERLEPAS.
53.BANYAKKAN BERTALBIAH BILA MULA PERJALANAN KE MINA.
54.MASUK KHEMAH MINA.KECIK DAN SEMPIT.SABAR DAN JANGAN MERUNGUT.JAMBAN SIKIT SAJA.JANGAN MEMBASUH DI MINA.
55.LAKUKAN SOLAT YANG WAJIB DAN PATUT.
56.JANGAN BOK BEK-BOK BEK NANTI LANGGAR PANTANG IHRAM.
57.MALAM TU PI LONTAR DENGAN TABONG HAJI-JAMRATUL KUBRA.
58.KALAU DAH TAHU PERGILAH PADA WAKTU DHUHA 10 HB.ZULHIJJAH-HARI RAYA HAJI LAH TU.TAK DAK SOLAT SUNAT HARI RAYA O.KALAU HARI JUMAAT PUN TAK DAK SOLAT JUMAAT SEBAB KITA MUSAFIR.
59.BALIK KHEMAH BOLEH CUKUR ATAU GUNTING .TAHALLUL.TAHALLUL ADALAH RUKUN.
60.BOLEH TUKAR BAJU LEPAS GUNTING.
61.KUTIP BATU DI MINA.AMBIK BAWAH KARPET KHEMAH SAJA.SENANG.
62.AMBIK 21 BIJI SEORANG.
63.ESOK 11 HB LONTAR 3 JAMRAH.ULA,WUSTO & QUBRA.
64.SAMPAI TIGA HARI LONTAR.IAITI 12 HB DAN 13 HB .BERMAKNA SATU HARI 21 BUTIR SEORANG.
65.BATU AMBIK BAWAH KARPET DALAM KHEMAH.
66.LEPAS SIAP LONTAR SELAMA TIGA HARI IAITU HINGGA HARI 13 HB.
67.ESOKNYA 14 HB NAIK BAS BALIK KE MEKAH UNTUK TAWAF DAN SAI’E HAJI.
68.TAWAF HAJI DAN SAI’ ADALAH RUKUN HAJI.
69.SELESAILAH HAJI.JANGAN LUPA DAM HAJI TAMATTU’
70.SEMOGA MENDAPAT HAJI YANG MABRUR.
71.SEBELUM KE MADINAH ATAU MENINGGALKAN MAKKAH LAKUKAN TAWAF WADA’.

A.7 MADINAH
TAK PAYAH PAKAI KAIN IHRAM.
YANG PENTING ZIARAH MAQAM RASUL DAN KALAU BOLEH SEMBAHYANG DI RAUDHAH.
LELAKI DAN PEREMPUAN BERASINGAN DI MASJID NABAWI..

A.8 KE MADINAH DARI MAKKAH.
1.LEPAS TAWAF WADA’,JEMAAH AKAN NAIK BAS KE MADINAH.
2.BAS SELAMA LEBIH 6 JAM JARAK 450 KM.
3.SAMPAI DI MADINAH TERUS KE HOTEL.
4.JANGAN RISAU TENTANG BARANG-BARANG KERANA SEMUA AKAN DIURUS OLEH MUASASAH.
5.MASUK HOTEL DAN RELAKS.
6.JANGAN PULAK LUPA SOLAT.
7.LEPAS TU SIAP PERGI MASJIDIL NABAWI.SOLAT TAHIYATUL MASJID DAN ZIARAH MAQAM RASUL.
8.KALAU ADA PELUANG MASUKLAH KE RAUDHAH.
9.PROGRAM DI MADINAH ADALAH DIURUSKAN OLEH TABUNG HAJI.
10.BAGI YANG SUKA SOLAT DI MASJIDIL NABAWI MAKA HABISKAN MASA DI MASJID.


credit : intan liana yusoff (pengalaman haji dan umrah)

PANDUAN MENGERJAKAN HAJI

KL--> JEDDAH-->MADINAH ATAU KL-->MADINAH

A.1 SEBELUM PERGI MENUNAIKAN HAJI.
  • BANYAKKAN BERTAUBAT DI ATAS SEGALA DOSA-DOSA YANG KITA LAKUKAN SAMADA SEDAR ATAU TIDAK.
  • TAUBAT YANG SEBENAR-BENAR TAUBAT,TAUBAT NASUHA>TAUBAT YANG TIDAK AKAN MELAKUKAN DOSA LAGI,TIDAK INGATKAN DOSA LAGI,TINGGALKAN SEMUA YANG BERKAITAN DENGAN DOSA WALAUPUN DI DALAM HATI.
  • SOLAT SUNAT TAUBAT.TAUBAT SESUNGGUH-SUNGGUH.
  • NIAT” SAHAJA AKU SEMBAHYANG SUNAT TAUBAT 2 RAKAAT KERANA ALLAH TAALA
  • BANYAKKAN SADAQAH.
  • BERMAAF-MAAFAN SESAMA KAUM MUSLIMIN TAK KIRA SAUDARA,SAHABAT ATAU JIRAN TETANGGA SAMADA BUAT SALAH ATAU TIDAK.
  • BANYAKKAN ZIKIR DAN SOLAT SUNAT.
  • LAKUKAN SEMUA ITU DENGAN HATI YANG IKHLAS
A.2 PERSEDIAAN SEMASA HENDAK BERANGKAT.

  • BERSIHKAN BADAN,CUKUR JANGGUT DAN MISAI BULU KETIAK.SEMUA AKAN TUMBUH BALIK NANTI KALAU SAYANG SANGAT PUN.
  • SOLAT WAKTU DAHULU KALAU DAH MASUK WAKTU SOLAT.SOLAT SUNAT SAFAR/MUSAFIR DUA RAKAAT.
  • PAKAIAN BIASA SAHAJA TAPI MENUTUP AURAT.
 A.3 MENUJU KELANA JAYA
1. TENGOK TARIKH PENERBANGAN.TENGOK BETUL-BETUL DAN PERLU ADA DI KELANA JAYA SEKURANG-KURANGNYA ENAM JAM SEBELUM PENERBANGAN.
2. BAGI YANG JAUH LEBIH 60 KM DARI KELANA JAYA BOLEH DATANG AWAL DAN BOLEH MOHON BILIK ASRAMA DI KELANA JAYA UNTUK LEPAK.TAPI MESTI MOHON DULU.
3. TURUN DARI RUMAH TERUS KE KELANA JAYA.
4. JANGAN LUPA SOLAT BILA MASUK WAKTU.RAMAI YANG LEPAS SOLAT SEBAB TERLALU SIBUK NAK PERGI HAJI.
5. DAH BOLEH SEMBAHYANG JAMAK/HIMPUN DAN QASAR/PENDEK.
6. KAT KELANA JAYA ADALAH PROSES SEMUA PERKARA YANG PERLU.
7. JEMAAH AKAN DIHANTAR KE AIRPORT DENGAN BAS URUSAN TABUNG HAJI.JADI TAK PERLU RISAU LAH.
8. BAS HANTAR SAMPAI DEPAN TANGGA KAPALTERBANG.JALAN SIKIT AJA LAH.
9. BILA DAH NAIK KAPALTERBANG JAGALAH TATATERTIB SEBAGAI MUSLIM.
10. MAKANLAH APA YANG DIHIDANGKAN.BIASANYA HALAL.TAK MAKAN NANTI LAPAR O.
11. PENERBANGAN SELAMA LAPAN JAM.JADI MUNGKIN KENA MASA WAKTU  
     SOLATWAJIB.MAKA SOLATLAH ANDA SECARA DHARURAT ATAU SOLAT HORMATI WAKTU.
      NANTI BILA SAMPAI AIRPORT SOLATLAH BALIK. 

A.4 SAMPAI JEDDAH ATAU MADINAH.
 1. SAMPAI JEDDAH/MADINAH KAT AIRPORT.TUNAIKAN SOLAT YANG TERTINGGAL TADI
ATAU YANG BUAT SOLAT DHARURAT.
2. JANGAN BEREBUT-REBUT.BEG DIURUSKAN OLEH MUASASAH.BAWA BEG SANDANG DAN
BEG PERLU SAHAJA.
3. PEMERIKSAAN KASTAM DAN IMIGRESEN AMBIL MASA.
4. BUKA KUNCI BEG BESAR SETELAH AMBIL DARI CONVEYER BAGASI.
5. MULA KENA SABAR DAN JANGAN MARAH-MARAH ATAU MERUNGUT-RUNGUT.
6. JAGA MAHRAM KITA.
7. KAT AIRPORT JEDDAH /MADINAH LEBIH KURANG 2 JAM JADI (BIASANYA SOLAT)SUBUH
KENA KAT AIRPORT KOT.JANGAN TINGGAL SOLAT.SOLATLAH DI MUSOLLA AIRPORT.
8. JANGAN BERASING BILA DI JEDDAH/MADINAH
9 KALAU DI JEDDAH JEMAAH AKAN DIBAWA DENGAN BAS KE MADINAH.ADALAH LEBIH
KURANG 6 JAM.
10 YANG TURUN DI MADINAH AKAN DIBAWA KE HOTEL.
11 DI MADINAH TIDAK PERLU MEMAKAI IHRAM.
12 KALAU DAH SIAP BOLEHLAH KE MASJIDIL NABAWI BUAT SOLAT TAHIYATUL MASJID DAN
ZIARAH MAQAM RASUL SERTA MASUK KE RAUDHAH.
13 DI MADINAH,TABUNG HAJI TELAH SUSUN PROGRAM ZIARAH SEMENTARA MENUNGGU HARI 
    KE MAKKAH.  

A.5 KE MAKKAH DARI MADINAH.
1. BERSIHKAN BADAN,CUKUR JANGGUT DAN MISAI BULU KETIAK.SEMUA AKAN TUMBUH BALIK NANTI KALAU SAYANG SANGAT PUN.
2. MANDI SUNAT IHRAM.
3. AMBIL AIR SEMBAHYANG/WUDHU.
4. PAKAI KAIN IHRAM.JANGAN PAKAI SELUAR DALAM ATAU SINGLET.
5. JANGAN PAKAI MINYAK WANGI/TAK PAKAI PUN TAK APA EH.
6. PAKAI KAIN IHRAM SAHAJA.GUNA TALIPINGGANG HAJI.
7. LAKUKAN ZIARAH WADA’
8. JANGAN NIAT IHRAM DI HOTEL.JANGAN NIAT IHRAM KERANA NIAT IHRAM NANTI DI MIQAT
DI BIR ALI ATAU MASJID MIQAT.10 KM KOT DARI MADINAH KE MAKKAH.
9. SOLAT WAKTU DAHULU KALAU DAH MASUK WAKTU SOLAT.
10. SOLAT SUNAT SAFAR/MUSAFIR DUA RAKAAT.SAMPAI DI BIR ALI MASUK MASJID AMBIL
WUDHU DAN SOLAT SUNAT IHRAM.
11. LEPAS TU NIAT IHRAM UMRAH SEBELUM NAIK BAS.
12. ”SAHAJA AKU BERNIAT MENGERJAKAN UMRAH DAN BERIHRAM AKU DENGANNYA KERANA
ALLAH TAALA.
13. NAIK BAS .MULAKAN BERTALBIAH ( SUARA KUAT BAGI JEMAAH LELAKI )
14. BAS AKAN BERTOLAK KE MAKKAH.BAS AKAN BERHENTI DI AL HIJRAH TEMPAT
PEMERIKSAAN IMIGRESEN SEBELUM SAMPAI KE MAKKAH.
15. MASUK HOTEL BOLEH MANDI TAPI KENA JAGA PANTANG LARANG IHRAM.KALAU
TERLANGGAR PANTANG IHRAM KENA DAM.JANGAN MARAH-MARAH ATAU MERUNGUT-
RUNGUT ATAU BERTENGKAR.
16. LEPAS DUA JAM KOT TABONG HAJI BAWA PI TAWAF.
17. KALAU DAH TAHU,PERGILAH KE MASJIDILHARAM BUAT TAWAF UMRAH.
18.MASA NI BELUM ADA LAGI URUSAN HAJI.
19. MASUK MASJIDILHARAM NAK TAWAF UMRAH/HAJI TAK PAYAH SOLAT SUNAT
TAHIYYATUL MASJID.DOALAH AGAR SEGALA URUSAN DIPERMUDAHKAN OLEH ALLAH.
20. TAWAF WAJIB ADA WUDHU/AIR SEMBAHYANG.
21. MASA TAWAF BAHU MESTI SELALU TEPAT MENGIRI KAABAH.
22. JANGAN TOLEH BELAKANG.
23. JANGAN NIAT MENCARI-CARI ORANG,
24.SEBELUM TAWAF JANJI TUNGGU KAT TEMPAT MANA SENANG JUMPA.ORANG RAMAI
SANGAT.
25. JANGAN SENTUH KAABAH ATAU HIJR ISMAIL.
26. CUKUP 7 KELILING TAWAF DENGAN YAKIN.
27. KALAU TAK PANDAI BACA DOA DALAM BUKU TU,DOA YANG INGAT SAJA DAN BANYAK
ZIKIR.
28. LEPAS TAWAF DENGAN YAKIN,SOLATLAH DI BELAKANG MAQAM IBRAHIM ATAU DI HIJR
ISMAIL ATAU DI MANA-MANA SAHAJA DALAM MASJID SEBAB ORANG RAMAI SANGAT.
29. MINUM AIR ZAM-ZAM-SUNAT TU.MINUM SAMBIL BERDIRI.SATU-SATUNYA AIR YANG SUNAT
MINUM SAMBIL BERDIRI.
30. SIAP TAWAF KENA PI BUAT SAI’.
31. MULA SAIE DI BUKIT SAFA’
32. NAIK ATAS BUKIT SAFA,PIJAK BATU HITAM,PANDANG ARAH KAABAH DAN BERDOA.
33. TEMPAT MUSTAJAB DOA.
34. LAMBAI KE ARAH KAABAH DENGAN UCAPAN BISMILLAHI ALLAHHUAKBAR WALILLAHHILHAM.
35. MULA TURUN BERJALAN ARAH BUKIT MARWAH.
36. 7 PUSINGAN PERGI DAN BALIK.
37. TAK PERLU ADA AIR SEMBAHYANG TAK APA.
38. SAI’ MULA DI BUKIT SAFA KENA PIJAK BATU HITAM DAN HABIS SATU PUSINGAN DI BUKIT
MARWAH KENA PIJAK BATU HITAM JUGA.
39. KALAU HAUS BOLEH BERHENTI MINUM AIR ZAM-ZAM .
40. TAPI BILA NAK MULA SAI’ MESTI MULA SEBELUM TEMPAT BERHENTI TADI.
41. LEPAS 7 PUSINGAN BOLEH BERGUNTING/TAHALLUL .
42. GUNTING RAMBUT SENDIRI DAHULU.JANGAN GUNTING RAMBUT ORANG LAIN SEBELUM GUNTING UNTUK DIRI SENDIRI.
43. LEPAS TU BOLEH LA GUNTING RAMBUTSIAPA SAHAJA DALAM 4 /5 HELAI CUKUP.
44. SELESAILAH UMRAH PERTAMA.
45. BALIK HOTEL BOLEH TUKAR PAKAIAN.
46. DAH HABIS IHRAM .
47. JANGAN BUAT UMRAH SUNAT TERLALU BANYAK SEBAB TENAGA NAK GUNA MASA HAJI.
JANGAN IKUT-IKUT ORANG.LEBIH BAIK SOLAT JEMAAH DI MASJIDIL HARAM DAN SIMPAN
TENAGA.
48. TAK PERLU BUAT BANYAK UMRAH SUNAT.
49. SOLAT DI MASJIDIL HARAM 100 RIBU GANDA PAHALA.

A.6 MENUNGGU WAKTU HAJI
50. LEPAS TU TUNGGU SAMPAI 8 HB ZULHIJJAH MASA NAK PI WUKUF DI ARAFAH BARU PAKAI
IHRAM/NIAT HAJI KAT HOTEL.
51. SAHAJA AKU MENUNAIKAN HAJI DAN BERIHRAM AKU DENGANNYA KERANA ALLAH TAALA.
52. PERGI WUKUF.
53. BAWA BEG PAKAIAN UNTUKL TIGA HARI SAJA.
54. WUKUF ADALAH RUKUN.
55. PADA PETANG HARI 8 HB NAIK BAS.JANGAN BEREBUT.SABAR DAN JANGAN MARAH-
MARAH.
56. KADANG KADANG NAIK BAS SAMPAI 10 JAM.KADANG-KADANG 1 JAM SAHAJA.JANGAN 
MARAH KALAU LAMBAT.MASIH DALAM IHRAM JAGA PANTANG LARANG.
57. SAMPAI DI ARAFAH TERUS MASUK KHEMAH. REHAT.JANGAN BERGADUH ATAU
BERTENGKAR. MESTI BANYAK SABAR.
58. BANYAKKAN IBADAT-ZIKIR,SOLAT,MEMBACA AL-QURAN DAN BERDOA.
59. MALAM TIDUR DALAM IHRAM.JAGA PANTANG LARANG.
60. BANYAKKAN SOLAT SUNAT DAN ZIKIR.
61. ESOK 9 HB ZULHIJJAH LEPAS DZUHUR MULA WUKUF.
62. DUDUK LUAR KHEMAH SAMPAI LEPAS ASAR.DI ARAFAH BANYAK DOA DAN ZIKIR
63. LEPAS MAGHRIB MULA NAIK BAS KE MUDZALIFAH.
64. BERMALAM DI MUDZALIFAH ADALAH WAJIB.DUDUK SANA SAMPAI TENGAH MALAM.MASIH
DALAM IHRAM.BANYAKKAN BERSABAR.
65. SAMPAI MUDZALIFAH CARI TEMPAT DUDUK,BENTANG TIKAR PLASTIK YANG TH BAGI,MULA
SOLAT SUNAT,BANYAKKAN SOLAT DAN ZIKIR DAN DOA.
66. LEPAS TU KUTIP BATU 7 BIJI SAHAJA DI MUDZALIFAH UNTUK LONTAR JAMRATUL QUBRA
ESOK.
67. MELONTAR JAMRATUL AQABAH/QUBRA ADALAH WAJIB.
68. MELONTAR KETIGA-TIGA JAMRAH ADALAH WAJIB.
69. LEPAS TENGAH MALAM NAIK BAS KE MINA.
70. DALAM PERJALANAN KE MINA BANYAKKAN BERTALBIAH.TALBIAH TAMAT BILA MELONTAR
JAMRATUL KUBRA.
71. JAGA SOLAT SUBUH TAKUT TERLEPAS.
72. MASUK KHEMAH MINA.KECIK DAN SEMPIT.SABAR DAN JANGAN MERUNGUT.JAMBAN SIKIT
SAJA.JANGAN MEMBASUH DI MINA.
73. LAKUKAN SOLAT YANG WAJIB.ATAU BOLEH SOLAT SUNAT YANG BERKAITAN.BANYAKKAN
ZIKIR DAN DOA.
74. JANGAN DOK BOK BEK-BOK BEK DI MINA.
75. MALAM TU PI LONTAR DENGAN TABONG HAJI-JAMRATUL KUBRA.ADALAH LEBIH KURANG
3KM ONE WAY.
76. KALAU DAH TAHU PERGILAH PADA WAKTU DHUHA 10 HB.ZULHIJJAH-HARI RAYA HAJILAH
TU.
77. BALIK KHEMAH BOLEH CUKUR ATAU GUNTING .TAHALLUL.
78. TAHALLUL ADALAH RUKUN.
79. BOLEH TUKAR BAJU LEPAS GUNTING.
80. KUTIP BATU DI MINA.AMBIK BAWAH KARPET KHEMAH SAJA.SENANG.
81. AMBIK 21 BIJI SEORANG.
82. ESOK 11 HB LONTAR 3 JAMRAH.ULA,WUSTO & QUBRA.
83. SAMPAI TIGA HARI LONTAR IAITU 11 HB,12 HB DAN 13 HB.
84. BERMAKNA SATU HARI 21 BUTIR SEORANG.
85. BATU AMBIK BAWAH KARPET DALAM KHEMAH.
86. LEPAS SIAP LONTAR SELAMA TIGA HARI IAITU HINGGA HARI 13 HB.
87 ESOKNYA 14 HB NAIK BAS BALIK KE MEKAH UNTUK TAWAF DAN SAI’E HAJI.
88. TAWAF HAJI DAN SAI’ ADALAH RUKUN HAJI.
89. SELESAILAH HAJI.JANGAN LUPA DAM HAJI TAMATTU’
90 SEMOGA MENDAPAT HAJI YANG MABRUR.

A.6 SELEPAS MENGERJAKAN HAJI
PENUHKAN WAKTU YANG ADA DENGAN BERSOLAT DI MASJIDIL HARAM.BUATLAH UMRAH
ATAU SUNAT JIKA MAMPU. BUAT UMRAH BADAL UNTUK YANG TELAH PERGI.
KALAU NAK TAWAF KIDAI PUN TAK APA SEBAB KITA DAH SELESAI MENGERJAKAN HAJI.
TAWAF WADA’-JANGAN LUPA O.SEBELUM BALIK KEMAS BARANG-BARANG DAH SELESAI SEMUA PERGI BUAT TAWAF WADA’.BERDOALAH UNTUK DATANG LAGI DAN LAGI DAN LAGI DI MASA AKAN DATANG.

BALIK NANTI KENA LEPAK DI MADINATUL HUJJAJ-JEDDAH LAH.

credit : intan liana yusoff (pengalaman haji dan  umrah)