Pages

Sunday, July 3, 2011

ADA HARTA (RUMAH YANG MELEBIHI KEPERLUAN)

17. Soalan
Adakah wajib Haji di atas orang yang ada mempunyai rumah lebih dari secukupnya (hajatnya) tetapi dia tidak ada wang untuk perbelanjaan Haji?

Jawapan
Mengikut Mazhab Syafi'e orang yang sedemikian wajib ke atasnya mengerjakan Haji.Dia wajib menjual rumah yang lebih dari hajatnya untuk perbelanjaan menunaikan fardhu Hajinya.

18. Soalan
Saya mempunyai dua buah rumah,sebuah untuk kediaman saya dan sebuah lagi saya sewakan.Oleh kerana tidak mempunyai wang simpanan,saya cagarkan rumah sewa sejumlah RM60,000.00.RM20,000.00 saya gunakan untuk menunaikan fardhu Haji dan baki RM40,000.00 saya bayar balik kepada bank,baki yang lain saya bayar secara ansur melalui wang sewa rumah tersebut adakah diharuskan saya pergi Haji secara begini ?

Jawapan
Jika berhutang atau wang cagaran itu yang berkait dengan syarat riba atau bunga adalah haram dan pemergian Hajinya adalah dengan saluran haram.

No comments:

Post a Comment