Friday, August 24, 2012

STOK BARU KASUT/STOKING KOREA

Assalamualaikum..

stok baru kasut korea sudah masuk.

  • kegunaan dipakai sepanjang masa di dalam masjid,semasa melakukan tawaf,saie dan juga waktu tidur untuk mengelakkan angin masuk dalam badan.
  • boleh juga dijadikan hadiah untuk diberi pada sahabat2 kita yang bakal mengerjakan haji...:)
  • tapak adalah anti-slippery 
  • kalau untuk musim haji minimum bawalah 2 pasang ..
  • (dinasihatkan stoking2,sarung lengan sila bawa lebih ya) 
FREE SIZE , STRETCHABLE 


SEPASANG RM18 , 3 PASANG RM45






berminat terus sms pada saya 0122560257 atau boleh pm di fb kelengkapanhajidanumrah untuk check status ya..:)

Tuesday, August 21, 2012

TARIKH-TARIKH PENTING

Assalamualaikum semua..
Selamat Hari Raya,Maaf Zahir dan Batin..

Di bawah adalah jangkaan tarikh penerbangan,tarikh wukuf,raya haji dan tarikh pulang bagi jemaah-jemaah haji pada tahun ini.

Semoga menjadi panduan buat bakal-bakal jemaah dalam melakukan persiapan-persiapan.

credit : tetamuallah.com

Wednesday, July 18, 2012

BOTOL SPRAY WUDUK HAJI DAN UMRAH


Botol spray ini digunakan untuk mengisi air biasa / air zam zam bagi memudahkan para jemaah mengambil wuduk jika terbatal tanpa perlu ke tandas.
Ianya sangat berguna terutamanya semasa musim haji.

Dari pengalaman saya mengerjakan umrah tempat untuk jemaah wanita mengambil wuduk agak jauh dan kadang2 penuh.bagi jemaah lelaki sangat mudah kerana mereka boleh mengambil wuduk di sink air zam-zam.Ada juga jemaah wanita yang mengambil wuduk disitu tetapi susah nak jaga aurat pasti ternampak lengan dan kaki.
Kadang-kadang kita beriktikaf di masjid dan berusaha menjaga wuduk supaya tidak batal.Jika terbatal terpaksa mencari tandas.Jadi bagi memudahkan para jemaah guna saja botol spray ni.Isikan dengan air zam-zam.Selain untuk ambil wuduk boleh juga basahkan muka dengan air zam-zam kalau-kalau mengantuk semasa beriktikaf di masjid. ;)

Bawalah botol spray ini di dalam beg anda. kemana saja.InsyaAllah memudahkan.



Di Malaysia saya gunakan botol spray ni dengan air zam-zam,bangun pagi2 sembur air zam-zam ke muka ..(^.^)

Tuesday, July 10, 2012

UNCANG KASUT DAN UNCANG BATU

Assalamualaikum semua

Ada jemaah haji yang sudah melakukan persediaan dengan membeli barang-barang keperluan haji sedikit demi sedikit.Sebenarnya bagi yang dah confirm untuk pergi tahun ni eloklah buat persediaan awal-awal supaya tak kelam kabut cari barang nanti.

Esok saya akan pos order dari bakal jemaah haji yang membeli tudung ibadah dan juga uncang kasut dan uncang batu.

Untuk perhatian semasa ibadah umrah kita hanya perlukan uncang kasut saja tapi bila melakukan ibadah haji uncang batu adalah wajib. Uncang  batu digunakan untuk menyimpan batu-batu kecil yang dikutip di Muzdalifah untuk lontaran jamrah nanti. 
 [Nota: Berapa banyak batu? Pada 10 Zulhijjah, melontar satu jamrah (i.e. Jamrah Aqabah) - 7 biji. Pada 11, 12 dan 13 Zulhijjah - melontar ketiga-tiga jamrah setiap hari = 3 hari x 3 jamrah x 7 biji batu setiap satu =  63 biji batu. Jadi dikutip 7 + 63 batu = 70 batu semuanya].


Pada sesiapa yang berminat bolehlah order sekarang :)


Wednesday, June 20, 2012

order-order

Assalamualaikum

pengeposan hari ni



15.6.2012
maxi dress coklat + kasut korea

20.6.2012
maxi dress putih

Tuesday, June 12, 2012

NOTA IBADAT HAJI

Assalamualaikum

Kepada bakal2 jemaah haji tahun ini boleh mendownload nota kursus haji di sini ya -->

http://www.tetamuallah.com/nota_ceramah_ibadathaji_kih1432.pdf

Semoga membantu..terima kasih :)

order-order

pengeposan hari ni


3 kasut korea